Bab 2b

SABTU, 21 JAN.

Mincy menjelaskan bahawa dia adalah seorang saintis di Planet Merah. Di sana dia bersama-sama empat rakan seperjuangannya iaitu Ciccy, Dancy, Jancy, dan Piccy berusaha untuk mencipta lembayung penahan meteor. Usaha mereka Berjaya tapi masalah timbul apabila Guchy iaitu pengawal lembayung itu belot. Dia merosakkan alat itu tanpa berfikir bahaya yang akan mendatang kerana iri hati dengan kejayaan mereka berlima. Sebab tu lah pada hari tu juga Planet Merah dihentam meteor dan seluruh penduduk mati dan yang terselamat hanya mereka berlima. Planet mereka pecah dan mereka tak ada tempat untuk hidup lagi. Dalam terkapai-kapai di ruang angkasa lepas itulah, mereka tertarik ke Planet Bumi. Pergeseran dengan atmosfera bumi tak menjadi masalah bagi mereka berlima kerana mereka sudah biasa dengan suhu panas. Malang bertimpa-timpa kerana mereka terpisah dan hanya boleh berhubung melalui telepati. Melalui telepati, keempat-empat kawannya memaklumkan keadaan mereka. Setakat ini, mereka berempat baik-baik saja tapi mereka tak boleh bergerak ke mana-mana. Mereka ditawan! Siapa yang menawan tak mereka ketahui kerana apa yang mereka tahu, mereka berada di suatu tempat yang amat terpencil. Perhubungan mereka sesekali tergendala dan terputus.

Hazziq menjadi semakin tak sabar. " Jadi, apa yang awak nak lakukan?"

"Saya tak tahu... saya Cuma nak kawan-kawan saya balik dan berkumpul seperti sebuah keluarga bahagia. Saya dah tak ada tempat tinggal, planet saya dah musnah. Lepas ni, mungkin kami berlima akan berhijrah ke Marikh pula."

"Marikh? Alah..tak payah la pergi jauh-jauh. Mincy, dengar sini. Mulai hari ini, minit ini dan saat ini awak jadi kawan saya. Awak tak perlu la pergi. Just duduk je dengan saya. Boleh kan?"

"Awak terlalu mengharap, Hazziq. Saya sendiri pun tak tahu apa nasib saya jika terus di sini. Awak sanggup melindungi alien macam saya? Macam mana kalau semua cerita ni bohong, dan saya berhajat untuk menakluki planet Bumi ni? Awak sanggup ke berkongsi Bumi dengan makhluk lain?" Mincy menguji.

Hazziq merenung mata Mincy, mencari sinar kebenaran atas kata-kata itu. Seketika kemudian, dia tersenyum lebar. Tangannya membelai bulu lembut Mincy dan sekali-sekala mencuit hidung. " Apa ni Mincy, kok mahu menguji pun biarlah real. Ini tak, mata galak awak tu langsung tak mencerminkan kebohongan, tahu! Mata awak jernih, awak gagal untuk menjadi seorang pendusta. Mincy, keputusan saya ialah ...saya percaya awak 100%. Saya akan bantu awak membebaskan kawan-kawan dan membina sebuah keluarga bahagia untuk awak semua. Percayalah!"

"Ya, betul tu Mincy sayang. Abang saya takkan mengkhianati kawan sendiri. Saya pun." Wafiy berdiri betul-betul di pintu bilik. Dia tersenyum saja melihat abangnya meggelabah. Siap disembunyikan lagi Mincynya dalam baju.

Hazziq berpaling lambat-lambat ke arah adiknya yang masih tercegat di muka pintu. "Wafiy, macam mana...?"



--- bersambung

Previous: Bab 2
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh