Home Novel Thriller/Aksi Dunia Dua Alam
Dunia Dua Alam
Mr.Vampire
20/12/2017 09:42:54
19,534
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 2
"Aku nak korang rahsiakan benda ni," kata Daniel perlahan. Faiz menghembus nafas berat, amat berat sehingga melangkaui dasar perut. Tugas untuk dia menyimpan perkara ini amat berat. Baru dia tahu apa yang sebenarnya menimpa sahabatnya itu.

     "Boleh tak?" tanya Daniel mahukan kat asetuju daripada mereka berdua.

     "In syaa Allah," ucap Faiz perlahan, dia sebenarnya gusar melihat sahabatnya dalam ujian ini, namun dia tetap harus bersabar. Daniel mengeluh halus. Jawapan Faiz seolah-olah tidak cukup untuk memuaskan hatinya. Walau bagaimanapun dia tetap kasihankan ibunya, kalau ibunya tahu, apa yang akan terjadi kelak.

     Adam melihat dua luka di leher Daniel. Rupa-rupanya lelaki misteri itu mahukan darah Daniel. Puntianak. Adam menyebut perkataan itu didalam hatinya.

    "Kau kenal lelaki tu?" Faiz bertanya untuk mahukan kepastian. Daniel mengangguk perlahan. Namun Faiz tidak meneruskan soalannya. Dia mahu memberikan Daniel berehat sebentar.

    "Dahlah, kita lupakan jelah apa benda ni," Faiz cuba memujuk. Daniel hanya mengangguk lemah. Sudah kali kedua kejadian itu berlaku.

    Mereka bertiga berjalan menyusuri lorong gelap itu. Barang-barang yang ditinggalkan Daniel diambil kembali. Kesan luka pada leher Daniel dibersihkan semula untuk keselamatan. Mereka bertujuan untuk pulang ke rumah masing-masing. Berita gembira mengenai lanjutan pelajaran itu terbengkalai begitu sahaja apabila melihat peristiwa tadi. Bagi Faiz ini adalah ujian bagi ukhuwwah mereka. Ukhuwwah adalah satu perkara yang manis buatnya.Tapi yang membebankan fikirannya adalah mengapa ada puntianak di kawasan ni?


FAIZ membuka pintu biliknya, bebanan yang ditanggung amat berat dikepalanya. Dia melayan novel yang bertajuk Vehaen: satu cerita, sementara menunggu ibunya siap menghidangkan makan malam di dapur. Novel itu amat menarik minatnya, tentang kisah tiga sahabat yang penuh cabaran bagi ukhuwwah mereka.

     Pintu biliknya diketuk. Ustazah Zahirah terus membuka pintu biliknya.

     "Jomla makan," Ajak ibunya. Faiz hanya menuruti.  Sesampainya dia di meja makan dia terus mencedok nasi. Lapar sangat agaknya.

     "Amboi laparnya...." Ibunya mengusik. Faiz tersenyum sumbing. 

     "Dah besar anak abah," Ayahnya- Ustaz Zulkarnain menyapa.

     "Along, seminggu lagi along duduk rumah," lanjut ayahnya. Apahal pulak abah aku ni? Faiz melihat ayahnya, mengerti kesayuan bapanya itu.

     "Takpe abah, Husna kan ada." Faiz cuba memujuk kesayuan bapanya itu.

     "Dahla tu, jangan nak berdrama kat sini," celah Husna- Adik kepada Faiz. Mereka sekeluarga tertawa, dan terus menyambung makan malam mereka.


Faiz keluar dari rumah untuk ke taman. Dalam perjalanan dia terserempak dengan Adam. Alang-alang jumpa pergilah sekali gus, fikir Faiz.

     "Kau dari mana ni Dam?"

     "Aku dari rumah lah," Jawab Adam sambil mereka berdua berjalan kearah taman.

     "Jom gi taman," Faiz baru ingat untuk mengajak Adam ke taman.

     "Habis tu kau rasa kita tengah jalan kearah mana ni?" Adam membuat muka toyanya. Ketawa berderai.

     Mereka berdua meluahkan keterujaan masing untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dalam tempoh seminggu lagi.

     "Aku harap sangat Daniel sambung belajar sekali dengan kita," Adam meluahkan kegalauan yang bermainn di lubuk pemikirannya.

     "Hmm. Aku pun harap benda yang sama jugak," Kata Faiz pula. Mereka berdua duduk di salah satu kerusi di taman itu. Sedang mereka berdua rancak bersembang. Tiba-tiba ada orang melintas di hadapan mereka. Lelaki itu amat dikenali oleh Faiz dan Adam, bahkan dikehendaki. Sang puntianak.

     Faiz menarik lengan lelaki itu dengan tangkas sehingga menyebabkan lelaki itu terus terduduk di atas kerusi yang baru sahaja diduduki oleh Fazi dan Adam tadi. Lelaki itu tersentak, marahnya mula menyeruak.

     "Kenapa?!" Tanya lelaki itu kasar. Tidak menyangk ada orang berani buat begitu padanya.

     "Aku nak tanya, kenapa kau hisap darah Danie?" Lelaki itu tersentak lagi, dia mengamati wajah Faiz. Dia pernah nampaklelaki di hadapannya kini. Kawan Daniel? Bisik hatinya.

     "Aku nak cakap sesuatu kat kau,"Kata Faiz. Adam hanya memerhati.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mr.Vampire