Home Novel Thriller/Aksi Dunia Dua Alam
Dunia Dua Alam
Mr.Vampire
20/12/2017 09:42:54
19,543
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 4
     Tempat duduk nombor 17 adalah tempat duduk bagi Faiz. Dia sebelahnya ada seorang lelaki berkaca mata hitam sedang merehatkan matanya. Entah kenapa dia seperti kenal lelaki itu. Tiba-tiba seat di sebelahnya diduduki seseorang. Faiz lekas berkalih wajah kearah lelaki itu. Azim. Mindanya menyebut nama lelaki itu.

     "Assalamualaikum," Faiz menyapa. Azim berkalih kearah suara yang menegurnya tadi. Dia terperanjat. Faiz tersenyum ikhlas. Azim terus terkaku pergerakannya. 

     "Err.. Faiz. Apa kau buat kat sini?" Azim tergugup-gagap, sehingga otaknya gagal menafsirkan situasi nyata. 

     "Lah.. Aku kan nak pergi sambung belajar," Faiz tergelak dengan kegugupan Azim. "Oh ye ke?" Azim masih lagi gugup. Sebenarnya dia malu dengan Faiz. Teramat malu sekali.

    "Takpelah, kau jangan malu dengan aku. Daniel dah cakap kat aku yang kau dah mintak maaf kat dia." Faiz menerangkan. Kerutan di wajah Azim kendur sedikit setelah Faiz kata begitu. Azim mula tersenyum.

    "Faiz aku nak ucap terima kasih kat kau sebab dah sedarkan aku dari kejahatan diri aku sendiri." kata Azim.

    "Taufik hidayah semua dari Allah Azim. Aku hanya menyampaikan." Faiz mengimbangi pujian itu, dia tidak lekas hanyut dalam pujian.

    "Apapun, terima kasih Faiz. Aku tidur dululah Faiz," Azim terus mengatup kelopak matanya. Faiz hanya tersenyum melihat perubahan perilaku Azim. 

 SEBENARNYA Azim cepat-cepat mahu mengatup kelopak mata apabila terlihat wajah lelaki di sebelah Faiz itu. Dia teramat kenal lelaki itu. Dia pernah ada sejarah dengan lelaki itu. Hatinya tidak tenang apabila nampak lelaki itu mahu membuka matanya. Azim terus mengunci bicara. Tetapi, mengantuk tidak tetap menggayuti matanya. Namun, dipaksa untuk tidur. Akhirnya terus dia tertidur tanpa mengetahui bila dia tertidur.

    Faiz terus memerhati 'jirannya' menggeliat. Dia bersandar di seatnya. Apabila 'jirannya' itu membuka kelopak mata di balik kaca mata hitam (dari agakan Faiz) Faiz terus menegur.

    "Assalamualaikum," Faiz memulakan salam pertemuan. Lelaki yang ditegur Faiz terus memandang tepat ke mata Faiz, mujur matanya dilindungi kaca mata hitam. 

    "Eh, kau Faiz kan?" sahut lelaki itu setelah mengingati cebisan memori dalam kepalanya. Namun senyuman mesra turut dihadiahkan.

    "Lama tak jumpa kau Shazril," Faiz terus memulakan bicara. Mereka memang sudah lama saling kenal mengenali. Bahkan Shazril sebenarnya seorang sahabat bagi Shazril ketika di bangku sekolah rendah sri Arjuna di Taiping, Perak. Tetapi Faiz telah berpindah ke Muar, Johor apabila di darjah empat. Sejak itu hubungan mereka terpisah.

    Mereka berdua leka berbual sehingga mengantuk menguasai diri masing-masing.

"Takpelah Ril. Aku ngantuk baliklah," Faiz sudah mula menguap.

"Okeylah, aku pun ngantuk jugak ni," Shazril terus mengatup kelopak matanya. Namun baru sahaja dia mahu menutup kelopak matanya.Dia tertangkap sesusuk tubuh yang amat dikenalinya di sebelah Faiz. Azim Aizat. Nama itu bermain di layar fikirannya.


"SHAZRIL! Kita kat mana ni?" Azim melaung. Dia dan Shazril yang pada asalnyamahu mencari sebatang sungai untuk dijadikan tempat memancing telah separuh hari tersesat didalam hutan. Matahari sudah mula tergelicir ke ufuk barat.

    "Kau diam Azim! Aku pun tak tahu kita kat mana." Shazril sudah mula dirasuk amarah, dia runsing. Azim serta-merta terdiam. Kelopak matanya bergenang.

    "Aku nak balik!" Azim menangis dia tidak dapat menahan kesedihan yang dialami, dalam masa yang sama ketakutan mula menjalar dalam urat darahnya.

    "Woi ! Apa yang korang buat kat situ?" Satu suara melaung kearah mereka. Azim dan Shazril serentak menoleh kearah  seorang pakcik yang melaung mereka sebentar tadi. Pakcik itu pada pengamatan Azim dan Shazril adalah seorang pencari hasil hutan.

    "Korang sesat ke?" tanya pakcik itu sejurus menyedari kemungkinan suara laungannya tadi menakutkan dua budak berkenaan. Azim dan Shazril teragak-agak mengangguk. Pakcik itu menapak kearah mereka.

    "Dah jom, pakcik hantar korang keluar dari hutan ni dulu. Korang tidur rumah pakcik dulu ye, lagipun dah nak senja ni" Pakcik itu mempelawa. Azim memandang Shazril. Meminta isyarat bukan lisan daripadanya. Pakcik yang tidak dikenali oleh Azim dan Shazril itu tersenyum.

     Setelah sepuluh minit berjalan mereka keluar dari hutan itu dengan nafas lega. Shazril mengucap syukursetelah mereka sampai di pinggir jalan.

     "Jom bermalam di rumah pakcik dulu," Pakcik itu mengajak lagi, sekadar meminta kepastian. Azim dan Shazril berpandangan antara satu sama lain. Setelah kata sepakat dicapai melalui bahasa isyarat, Azim dan Shazril terus mengangguk. Pakcik itu mengukir senyum.

     Pakcik itu terus mempelawa mereka ke dalam rumah setelah mereka sampai di rumah pakcik berkenaan. Mereka terus berehat di ruang tamu untuk melepaskan lelah. Mereka bersembang untuk berapa ketika. Setelah itu pakcik itu meminta diri untuk mengambil air putih di dapur untuk tetamunya. Azim dan Shazril mencapai air itu setelah dipelawa. Mereka berdua terus mengucapkan terima kasih. Setelah itu, pakcik itu terus belalu pergi.

     "Pakcik, kami nak solat." Shazril meminta tetapi pandangannya kabur. Begitu juga Azim, mereka berdua seolah-olah mengalami mengantuk yang amat. 

     "Shazril aku mengantuklah," kata Azim perlahan. Mereka berdua terus terjelopok di atas lantai. Pengsan.


PAKCIK itu terus keluar dari biliknya, dari tadi dia perhatikan 'tetamunya' itu. Dia mengukir senyuman kejam. Dia terus mengubah wajahnya, daripada seorang pakcik yang kelihatan sangat baik hati kepada seorang lelaki yang seolah-olah telah membunuh seribu nyawa. Tidak terlalu bengis, tetapi cukup untuk mempamerkan bahawa dia telah menanggung hidup bersendirian dalam tempoh yang amat lama. Dia kacak sebenarnya, namun kekacakannya tidak menggambarkan apa yang ada dalam hati kelamnya.

      Dia memerhatikan kedua mangsanya. Matanya tertancap pada Azim. Taringnya tumbuh seinci. Dia berhasrat untuk menjadikan Azim sebagai virusnya. Lelaki itu mengelar sedikit lengannya di bahagian nadi. Darah terus mengalir laju. Lelaki itu membuka mulut Azim dan terus memasukkan sedikit darahnya kedalam mulut anak muda itu. Muka Azim berkerut dalam keadaan mataya terpejam. Menahan kesakitan. Tetapi lelaki itu tidak membunuh Azim, tujuannya adalah untuk menjadikan Azim sebagai separuh manusia dan separuh puntianak.

     Keesokan pagi, Azim dan Shazril dihantar oleh lelaki yang menyamar menjadi pakcik itu ke Perumahan mereka. Mereka berdua langsung tidak mengesyaki apa-apa. 

     Mereka berdua berjalan sehingga sampai di rumah masing-masing di perumahan yang ada di Taiping, Perak. Semenjak itu mereka berdua tidak berjumpa lagi di musim cuti akhir tahun ini.  

     Shazril pernah juga pergi ke rumah Azim untuk mengajak sahabatnya keluar bermain, tetapi jawapan yang diperoleh daripada ibu Azim amat mengecewakannya. Azim tidak mahu keluar dan yang paling menggoreskan hatinya adalah Azim tidak mahu berjumpa dengannya. Begitulah waktu berganjak sehingga mereka berdua menaiki tahun tingkatan satu di sekolah menengah As- Syareef berdekatan perumahan mereka.

     Dan kini Shazril tetap menunggu kedatangan Azim. Tahun baru telah datang menjengah untuk menjemput setiap usia masuk ke umur yang baru. Usahanya tidak sia-sia apabila ternampak Azim sedang melangkah masuk ke kelas Cekal. Dia bergegas mengekori langkah Azim. Tetapi langkahnya mati apabila sampai di muka pintu kelas itu. Azim tiada disitu.

     "Assalamualikum, aku Shazril, kau kenal tak sorang pelajar nama dia Azim," tanya Shazril pada seorang pelajar yang bernama Syafiq Iman.

     "Ada rasanya, tapi dia baru pergi tandas tadi," Syafiq Iman menjelaskan. 

     "Okey, terima kasih bebanyak," Shazril terus pergi ke tandas yang berdekatan. Shazril ternampak Azim disitu. Tanpa menunggu lama Shazril bergegas pergi mendapatkan Azim.

     "Azim," Shazril memanggil. Azim menoleh, mukanya pucat tetapi tidak lesu. Tiada satu senyumanpun yang menghiasi wajahnya. Shazril berdiri di sebelah Azim, Azim tetap tidak berganjak.

     "Kenapa dengan kau ni?" Shazril hairan dengan sikap Azim.

     "Kau tahu tak betapa lama aku perlu tunggu untuk jumpa balik dengan kau ni?" Shazril sebak. Memang benar, dia telah terlalu lama menunggu kehadiran Azim untuk menghiasi harinya sebagai seorang sahabat

     "Lepas keluar dari hutan tu aku rasa peliklah," Azim mula bersuara, wajahnya tetap tidak bereaksi,seolah-olah tidak berperasaan.

     "Rasa pelik? Kenapa?" Shazril mengasak dengan soalan. Azim menundukkan wajahnya, tidak mahu bertentang mata dengan sahabatnya itu.

     "Aku sekarang ada dua jiwa," Azim berterus terang, namun itu menambah lagi keliru di benak Shazril.

     "Dua jiwa? Apa kau merepek ni?" Shazril dirundung perasaan sedih, hairan dan marah kala ini.

     "Aku dah agak kau mesti tak percaya," kata Azim perlahan berbaur kecewa. 

     "Keluarkan jiwa kedua kau tu," pinta Shazril. Azim menggeleng, dia tahu apa akan terjadi jika dia buat demikian.

     "Kau buat jelah." Shazril memaksa "Aku taknak," Azim terus berkeras.

     "Kau masih anggap aku kawan kan?" Shazril tetap memaksa. Azim menghela nafas. Sifat Shazril sebenarnya boleh membahayakan dirinya. Sifat mendesak. Itu yang difikir Azim.

Azim memandang tepat kearah bola mata Shazril. Dia mengangguk. 

     Azim menahan nafas. Mukanya yang pucat nampak sikit kemerahan. Tidak lama kemudian, Azim meraup wajahnya. Mukanya nampak sedikit bengis. Tangannya pantas mencengkam leher Shazril. Shazril terperanjat bukan kepalang dengan perubahan mendadak Azim. Shazril meronta untuk melepaskan diri. 

     "Kau suruh aku tukar sifat aku sial! Aku puntianak!" Azim menderam marah. Anak matanya berubah warna merah. Shazril mula ketakutan.

     "Kau siapa? Azim kau sedar ke tak ni?"

 Shazril meronta dengan lebih kuat, kali ini dia berjaya melepaskan satu tumbukan padu tepat ke wajah Azim. Air mata Azim menitis. Shazril terus membuka langkah seribu meninggalkan Azim keseorangan didalam tandas itu. Azim terus menangis. Bukan dia yang mengutuk Shazril sedemikian rupa. Hatinya benar-benar berkecai melihat kemarahan sahabatnya itu terhadap dirinya. 

     Itu bukan aku Shazril!!! Hati Azim berteriak keras.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mr.Vampire