Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
99,877
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 18
Zeaya meraup wajah beberapa kali seakan cuba menyembunyikan keresahan di tangkai hati. Dia tahu tindakan meletakkan essence dirinya pada Nursyamia menjadi faktor pencetus kepada kedinginan Camelia terhadapnya. "kenapa sampai kau perlu letak essence kau pada dia? siapa dia pada kau?" pertanyaan Camelia itu masih tergantung tanpa jawapan. Zeaya merenung sayu wajah Nursyamia. Rerambut halus yang berjurai di dahi Nursyamia di elus lembut. "Maafkan aku Nursyamia.. aku tidak bermaksud mendedahkan kau pada bahaya yang tidak kelihatan Nursya..haaaahhh..perlu ke aku buang essence aku pada kau?" keluh Zeaya sedikit kesal.


"Mink.." ujar Zeaya sambil mengalihkan pandanganya pada Mink yang terpacak di hujung kaki katil.

"Yea Zeaya?"

"Ada Nursya cakap apa-apa pada kau pasal aku?"

"Erkkk..ddiaa cumaa terkilan sebab kau tak datang ke stor sukan kat Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi seperti yang kau janjikan"

"hurmmmm..lain dari tuh?"

"Tak..dia tak cakap ngan aku sebab dia pengsan kat situ.."berkerut sedikit dahi Mink.

"hurmmm..boleh aku bawak dia balik ke umah aku?"

"huh?"

"aku nak rawat dan jaga dia dekat umah aku, senang sket.."

"erkkk...ishkkh..aaakuu..takkk berani la kasi Zeaya"...sahut Mink keberatan."Giler aper ko..umah ko pun tak tahu kat mana!" desis hati Mink kegusaran, "buat apa sampai nak bawak balik anak dara orang!"...

"kalau aku mintak kebenaran dengan warden asrama boleh kan?" Zeaya belum mahu mengalah. Perasan bersalah yang menghantui membuatkan dia benar-benar mahu membawa Nursyami pulang ke rumahnya. 

"Arghhh..ccubba laa tryy tanya Kak Syam warden kalau nak.."

"ko tunggu sini jap..kalau Nursyamia dah bangun nanti, tolong kasi dia makan bubur nasi tuh"..ujar Zeaya sambil matanya melirik ke arah bubur nasi yang masih ber asap halus. "Aku nak ke pejabat warden." sambungnya lantas melangkah meninggalkan Mink yang masih terkebil-kebil di hujung katil.

"amboihhhhh..ko Nursyamia..aku pulak yang kena arah itu ini begitu begini..haihhhh nasib badannn ko laaa Mink oiiii.." sungut Mink sendirian. Dia mengambil alih kedudukan Zeaya di sisi Nursyamia. Wajah tenang Nursyamia di tenung berkali-kali. "Haihh apa la yang special sangat kat ko ni Nursya wehyy?? sampai Zeaya tak senang duduk tengok ko sakit cam ni??"..


"Tuk..tuk..tuk.." 

"huhh? siapa?!" soal Mink. "Kan Zeaya baru sahaja keluar? takkan dah balik? cepat benar?" soal hatinya.

"boleh saya masuk?" kedengaran suara di luar pintu.

"aahh..bukan suara Zeaya"..Mink berkira-kira didalam hati.

"siapa?" Mink masih membiarkan pemilik suara berdiri diluar.

"erkk...kkawaan Nursya..kawan sekelas dia" ujar si pemilik suara.

"aishhh..tak pernah ada kawan yang melawat dia sebelum ni kecuali Zeaya.." kecurigaan mulai membenih di hati Mink.

"Cam..saya Camelia..boleh benarkan saya masuk?" pemilik suara di luar tidak berputus asa. 


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.