Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
99,888
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 28
Buntang mata Nusyamia, mulutnya juga ternganga luas, kening pula sama bekerut dengan dahinya. Perlahan-lahan tangan kanannya diangkat dan ditekup mulut sendiri. Beberapa saat kemudian  barulah Nursyamia kembali tenang. Tubuh kaku di sisi cuba dikuis sedikit demi sedikit. Namun langsung tidak bergerak. "Arghhh sudahhh!" getus Nursyamia. "Dimana Zeaya nih? ni siapa?, kenapa aku disini?" muntahan soalan itu hanya bergaung di hati sahaja. Nursyamia bagaikan tidak percaya saat melihat makhluk berbaju putih berambut panjang terbaring disebelahnya. Berbekakan kekuatan yang masih tersisa, Nursyamia dengan cermat menolak bahu makhluk tersebut. Sebaik sahaja makhluk tersebut berada dalam posisi terlentang, barulah Nursyami dapat melihat dengan jelas rupa makhluk yang tidak seperti manusia itu. "Ya Allahhhh.."dengup jantung Nursyamia bagai terhenti. Perlahan-lahan dia mula mengalihkan posisi diri menjauh daripada makhluk yang masih terlentang di tengah rumah.


Saat itu juga hidung Nusyamia menangkap bauan hamis seperti bangkai dan daging terbakar. Kembang kempis hidungnya menahan rasa loya yang semakin membuak. Mata Nursyamia meliar memerhati keseluruhan kawasan rumah itu. Barulah dia sedari rumah itu hanya pondok usang yang menanti masa untuk roboh. Alang rumah sudah hampir menyembah bumi, baru juga dia sedari dia hanya berbaring di atas simen yang dipenuhi dedaun dan ranting kering, bukanlah di atas tilam empuk seperti dalam ingatannya semalam. Atap pondok juga sudah bocor sana-sana. Biasan cahaya matahari mencuri-curi masuk melalui celahan atap yang bocor itu. Kembali matanya mengamati seluruh pelusuk tubuh yang kaku di sisi. Nursyamia sudah berdiri ketika itu. 

Dia memegang sebatang kayu yang direntap daripada alang tingkap yang telah menyembah bumi. Wajah makluk itu masih terselindung dek rambutnya yang panjang. Entah daripada mana datang keberanian, Nursyamia kemudiannya duduk bertinggung disamping tubuh kaku itu dan dikirai rambut tersebut untuk melihat wajah disebaliknya. "Hahhhh?? Zeayaaa?" Walaupun jelas di penglihatan Nursyamia ada perubahan pada wajah itu, seperti sepasang taring, kulit yang kering dan wajah yang seperti sedikit terbakar, namun raut wajah itu masih membawa seraut wajah Zeaya. Cuma tiada lagi kemulusan dan kecantikan yang menjadi igauan para siswa. Jemari Zeaya diangkat dan diamati satu persatu. Setiap satunya berkuku panjang, runcing dan hitam. Lena sungguh tidur Zeaya sehingga langsung tidak sedar perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Menyedari dirinya berada dalam keadaan bahaya dengan makluk bukan manusia, Nursyamia terjengkit-jengkit berundur setapak demi setapak ke arah pintu yang sebelah daunnya sudah pun senget. Sambil cuba menahan nafas dan bergerak secermat yang mungkin, Nursyamia tiba juga di pintu. Namun sebaik sahaja kakinya cuba melangkah keluar daripada pintu tersebut sekali lagi dia terhidu bau yang tidak menyenangkan. Kali ini lebih dekat. Seperti berada disisinya. Nursyamia segera berpaling ke sisi kiri. Tercatuk di situ tubuh yang tadinya kaku di hadapan mata Nursyamia. 

"Haaahhhhh!!!"

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.