Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
99,899
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 7
Mata Nursyamia melirik jendela bercorak bunga matahari yang bergerak mengikut hembusan bayu petang. Sakit kepala yang berdenyut menyebabkan pergerakannya menjadi sedikit terbatas. “Agh..kalaulah semalam aku dengar cakap Zeaya...”kesal hatinya. Migrain yang menyerang kali ini, benar-benar membuatkan Nursyamia tewas, sudahnya dia hanya mampu terlantar di atas katil asrama mengharapkan agar ada yang sudi menjenguk dirinya. 

“Nursya? Macam mana? Nak aku bawak kau ke Klinik Sejahtera dekat Fakulti Kejuruteraan tuh?” soal Mink rakan sebiliknya.

“Ehhh.. tak yah la beb.. aku okay lagi nih..” sambil tangannya mengurut-ngurut dahi Nursyamia menolak pelawaan Mink dengan lembut. Bukan Nursyamia tak tahu, Mink  sangat sibuk orangnya. Bahkan Fakulti Arkitekture jauh pula dari Fakulti Kejuruteraan. “Menyusahkan dia jea nanti, nak hantar aku ambil aku!” keluh Nursyamia. 

“Nanti lewat petang aku balik, aku belikan kau bubur McD nak? Jangan lupa makan paracetamol kay? Aku letak kat atas meja studi kau”.. ujar Mink menunjukkan keprihatinannya.

“Tak yah la Mink.. kang kau pulak tak cukup duit nak belanja nanti?” 

“Beb? Bubur je laaahhh..no big deal meh!” Kang kau fengsan kang?? Akuuuuu jugakkk susahhh!!.. tengok sekarang?? Hah? Mana sahabat baik kau tuh? Tak nampak bayanggg!?” 

“Ackkk..kau nih Mink ... dia ada kuliah la tuh..”sahut Nursyamia sambil tersenyum sumbing.

“Okay-okay.. aku gerak dulu yea?” dan sewaktu jemari Mink baru sahaja memulas tombol pintu, kedengaran ketukan dari luar pintu bilik mereka. 

Mink segera membuka pintu dan sebaik melihat Zeaya tercegat dihadapannya mata Mink tidak berkerdip. Dia menelan liur pahitnya. 

“Nursyamia ada?”

“Erkk..aadaa..mmasukk lah” 

“Terima kasih.. cik?”

“Mmminkk.. tttaaak ppayahh cik-cik laahh” 

“Owhh.. okay.. ada kuliah ?”

“A’ahh..”

“Terima kasih benar kan saya masuk” ujar Zeaya sambil mengukir senyuman semanis gula. Tanpa disedari oleh Nursyamia mahupun Mink, lingkaran asap berwarna merah dan berbau harum kelihatan memagari diri Zeaya. Hanya terlihat oleh mereka-mereka yang mempunyai pancaindera keenam sahaja. 

“Tttaakkk ppeee..” ssaamaa-ssamaaa kasih..”

“Urghhh.. kegagapan pulak aku!!ptuihh?! Dah kenapa  aku nih?” Mink kehairanan. 

Zeaya menyelit masuk setelah diberikan sedikit ruang oleh Mink. Seketika kemudian, dia berpaling dan menoleh ke arah Mink. “Saya boleh jaga Nursyamia..awak jangan risau yea Cik Mink..”

“Selamat berkuliah..”

“Baikkkk.. terima kasih sebab sudi jaga kawan sebilik saya nih..”ujar Mink sambil mula mengatur langkah keluar daripada biliknya. 

“Okay”..sahut Zeaya. Dia ingin Mink segera beredar dari bilik itu. Zeaya membiarkan gepulan asap berwarna merah itu perlahan-lahan melingkari tubuh Nursyamia. “Aku hanya ingin dia selamat dari Gale dan mereka yang lain!”..

“Hi awak?” Zeaya mempamerkan sekuntum senyuman buat Nursyamia. Jemarinya mengelus lembut rerambut di dahi Nursyamia. “Kenapa tak angkat call dari saya? Kalau saya tahu awak tak sihat, awal lagi saya dah jenguk awak..” ujar Zeaya. 

“Saya tak nak susah kan awak.. lagipun awak banyak kuliah nak attend kan? sahut Nursyamia.

“Kuliah tuh kuliah jugak.tapi sebagai kawan saya kena lah jenguk kalau awak tak sihat kan?” sambung Zeaya sedikit terkilan. “Kau je kawan manusia aku Nursya..” getus hatinya.



Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.