Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
99,898
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 25
"Kau dah makan ubatnya Nursya?" lembut sahaja suara Zeaya sambil merenung wajah Nursyamia. 

"Ishhh..kau ni..dah kenapa tenung aku macam nak makan?" Nursyamia tergelak kecil. 

"A'ahh..sebab kau comel tu yang aku rasa macam nak makan kau..hahahha"..sahut Zeaya pantas sambil ketawa besar. 

"Gilakkkk aaaahhh..mana muat mulut kau nak makan aku!" Nursya masih lagi bercanda. 

"...ko nak try?" nada suara Zeaya berubah tiba-tiba. Ada nada keseriusan di situ. 

" whattttt? are you kidding me Zeaya? am i suppose to be eaten by you? huhhh?" Nursya lantas menampar paha Zeaya sekuatnya. 

"Adoiiii......sakit la wehyyyyy...!! macam ni ke?? huhh? macam ni ke kawan yang baru aku bagi ubat ucap terima kasih kat aku?..owhhh..thank you sooo muchhhh to you too Nursyamia!!"

"hhahhahah..dah tuuu..sapa suruh kau asyik cakap nak makan aku jekkk..kecut jugak la perut aku nih.." Nursya cuba memberikan justifikasi tindakannya. "Kau beli ubat kat mana nih? lambat nauu balik rumah. 

"Adalahhh kedainya..jauh skit dari sini, so, memang lambat skit..sorry kalau kalau aku buat kau tertunggu-tunggu yek?..mata Zeaya redup merenung ke wajah Nursyamia. 

"Argghh..tu..tu..kau buat lagi.." ujar Nursyamia berusaha melarikan pandangan matanya daripada renungan Zeaya. 

"Heyyy..aku takkan makan kau la babe!"..sahut Zeaya sambil tersenyum manis. "Cuma kau takkan dapat bertemu dengan kedua ibu bapa kau lagi Nursya"..bisik hati Zeaya. "Kau hanya ada aku sekarang"..

"Zeaya..kalau aku tanya lagi sekali kau rasa kau boleh jawab tak?"

"Ko pun Nursya..tanya la dulu baru aku boleh jawap.."

"Aku dah tanya dulu.. dua kali kot.. tapi kau yang mengelat Zeaya!.." pantas Nursyamia menyeka patah Zeaya.

"Okay-okay..tanya-tanya..aapa benda yang penting sangat ni?"

"Macam mana kau kenal Gale?"

"Nursya?" please babe?! ko tak nak lepas aku dari soalan ni ke?"

"Babe? please..jujur dengan aku..siapa Gale? kenapa kau kenal dia? 

siapa Camelia? kenapa dia datang jumpa aku? Nursyamia memuntah soalan demi soalan yang sekian lama bertamu di kepala. Kerana perkenalan kita, hidup aku tidak seperti dulu lagi Zeaya..kau tak rasa kau perlu jelaskan pada aku tentang semua ni Zeaya?" 

Saat itu jemari runcing Zeaya menyusap lembut wajah Nursyamia dan jari telunjuknya mendarat tepat di bibir Nursyamia. 

"Dengar sini babe..aku sayangkan kau..dan aku tak kisah darah siapa pun mengalir dalam badan kau..aku akan pastikan tiada apa pun boleh sakitkan kau ..okay? aku minta maaf pasal Gale, aku tiada penjelasan untuk tindakan dia pada kau..pasal Camelia tuh...beri aku masa sampai aku bersedia jelaskan siapa dia pada kau okay babe?" seringkas dan secepat mungkin Zeaya mahu menamatkan perbualan mereka tentang Gale dan Camelia..sungguh dia enggan Nursyamia ikut tahu tentang siapa diri mereka sebenarnya.

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.