Home Novel Seram/Misteri DIA DATANG!!!
DIA DATANG!!!
Faila Rose
9/3/2025 16:42:45
76
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 1


TEMPAT BARU



SABRINA terlalu teruja untuk bekerja di Syarikat yang baru didirikan itu. Sudah 2 tahun dia bekerja di Syarikat lama, Sabrina dan dua orang rakan sekerjanya itu telah diarahkan oleh Bos mereka untuk dipindahkan ke tempat kerja yang baru tetapi masih lagi dalam Syarikat yang sama, cuma berlainan kawasan dan berlainan Daerah sahaja.  Syarikat lama sudah terlebih pekerja untuk bekerja di situ. Jadi, Sabrina dan dua orang lagi rakan sekerjanya telah terpilih untuk bekerja di tempat baru.

          “Weh, aku excited giler.”

          “Kau dah kenapa Rina?” Bengang Amira seketika apabila melihat perangai Sabrina yang terlampau teruja untuk bekerja di tempat yang baru.

          “Kenapa kau tanya aku.”

          “Yelah, kau ni teruja sangat apa hal?”

          “Mestilah aku teruja, kerja tempat baru kot.”

          “Aku ni terpaksa je tau. Kalau tak aku berhenti je.” Bengang Amira lagi.

          “Kenapa tak berhenti je.” Perli Sabrina.

          “Kau boleh tanya soalan bodoh kat aku.”

          “Yelah, kenapa?” Sabrina mengangkatkan kedua-dua belah keningnya itu.

          “Ishhhhhhhhh…” Geram Amira seketika.

          “Kalau aku berhenti, celah mana aku nak cari duit!!! Sekarang bukan senang nak dapat kerja.” Rungut Amira.

          “Hahh, tau tak apa. Bukan senang nak cari kerja kat luar sana, ni kira bersyukurlah kita hanya dipindahkan ke tempat kerja baru. Kalau tak, kita kena buang tau.” Bebel Sabrina kepada rakan sekerjanya itu.

          Amira hanya mencebikkan bibirnya sahaja apabila mendengar leteran Sabrina itu. Lalu, dia hanya mampu mendiamkan dirinya sahaja. Beberapa minit kemudian, Amira tersedar akan sesuatu perkara lalu dia membulatkan kedua-dua belah biji matanya itu untuk memerhati di sekeliling kawasannya itu.

          Sabrina hanya melihat sahaja gelagat Amira yang berada di depan matanya itu sambil menunggu Bos mereka datang untuk membuka pintu yang telah dikunci dari luar dan hanya menunggu sampai Bossnya datang.

          Amira masih lagi mencari-cari kelibat seseorang sambil melihat jam di tangan kanannya itu.

          “Kau sabar boleh tak.” Sahut Sabrina seketika.

“Panas dohh.”

          “Ini baru panas dunia tau, belum lagi neraka.” Bebel Sabrina lagi.

          “Ishhh kau ni.” Cebik Amira.

          “Ehh, betullah. Aku cuma ingatkan je. Kita ni manusi….”

          “Mana Syamsul ni, tak muncul-muncul lagi.” Celah Amira seketika kerana dia malas nak melayan perangai Sabrina yang selalu menyakitkan hatinya itu.

          “Tak nak dengar bebelan aku ler tu.” Bisik Sabrina pada dirinya sendiri.

          Sudah setengah jam mereka berdua menunggu Bosnya itu tetapi masih lagi tidak ada satu pun kelibat yang datang ke tempat tersebut.

          “Rina.”

          “Hmm.”

          “Betul ke location kat sini?”

          “Entah. Tunggu jelah.”

          “Dah lama kita kat sini.”

          “Tunggu jelah, jap lagi sampai lah tu.”

          “Kalau Bos tipu kita macam mana.”

          Sabrina hanya menoleh pandangannya ke arah Amira.

          “Kalau dia tipu kita, macam mana Rina!” Sambung Amira.

          “Kalau dia tipu, kita baliklah. Apa susah.” Jawab Sabrina dengan selambanya.

          “Ishhh kau ni, tak menolong langsung.” Rungut Amira.

         “Heiii, kira bersyukurlah aku bagi kau tumpang naik kereta aku tau.” Sabrina mengcengkamkan pinggangnya itu.

          Amira hanya mampu mencebikkan mulutnya sahaja.

          “Ni.. aku nak tanya.” Sambung Sabrina.

          “Apa.” Jeling Amira.

          “Mana balak kau?”

          “Haa, balak?” Amira kurang faham akan maksud Sabrina itu.

          “Balak kau lah. Si Syamsul tu.”

          “Oooo Syamsul.”

          “Haa, mana?” Sergah Sabrina.

          “Dia on the way.”

          “Dah 30 minit still on the way lagi ke?” Soal Sabrina.

          “Alaaa, jem kot.” Amira tersengih seketika.

          “Jem kepala dia. Rumah dia dekat kot kat sini.” Berang Sabrina seketika.

          “Rilek lah, mungkin tengah siap-siap kot.” Amira memberi alasannya itu.

          “Amboii, kalah perempuan bersiap ye.”

          “Biasalah tu.”

          “Aku pula yang makin panas dengan kau ni.” Geram Sabrina apabila melihat gelagat gedik Amira itu.

          “Ini baru kat dunia tau, belum kat neraka lagi.” Balas Amira sambil tersengih-sengih ke arah Sabrina.

          “Haha, balas balik nampak.” Geram Sabrina lagi.

          Sudah 15 minit kemudian, masing-masing mendiamkan diri dan hanya bermain telefon pintar mereka.

           Lalu datang satu kelibat yang sedang menuju ke arah mereka berdua itu.

          “Huhh, datang pun. Ingatkan dah sesat dah ke dunia lain.” Jawab Sabrina dengan mukanya yang selamba itu.

          “Ehh, dekat je dengan rumah. Lagipun awal lagi kan.” Balas Syamsul dengan senyumannya itu.

          “Awal kau cakap.” Balas Sabrina.

          “Kitaorang dah tunggu lama kot kat sini.” Celah Amira seketika.

          “Muka ni dah nak terbakar tau kena terikkan matahari. 45 minit kot kitaorang tunggu kat sini. Kau boleh cakap awal lagi.” Celah Sabrina pula.

          Amira hanya mengiyakan kata-kata Sabrina itu.

          “Yelah, kita masuk kerja kan pukul 9 pagi.” Balas Syamsul lagi.

          “Memanglah masuk kerja pukul 9…” Sabrina terhenti seketika.

          “Pukul berapa?” Sambung Sabrina.

          “Pukul 9.” Jawab Syamsul.

          Sabrina terus padang ke arah Amira.

          “Apa.” Amira tercebil-cebil seketika.

          “Kau cakap dengan aku pukul 8 pagi kena ada kat sini! Kenapa Syamsul cakap pukul 9?” Soal Sabrina dengan nadanya yang agak geram.

          “Alamak, aku tersalah taip kat kau.” Tersengih Amira.

          “Patutlah Bos tak datang-datang lagi. Syamsul pun relax je datang. Rupanya kauuuuu.”

          “Ehh, sabar-sabar. Cool Rina, cool.” Syamsul cuba untuk menenangkan Sabrina.

          “Banyaklah kau punya cool.” Berang Sabrina.

          “Sabar sabar.” Syamsul terus menoleh ke arah Amira.

          “Aku tak perasan, tersalah taip.” Bisik Amira kepada Syamsul.

          “Haishh kau ni. Lain kali tengok balik.” Tegur Syamsul.

          Beberapa minit kemudian, muncul sebuah kereta Hilux berwarna hitam yang sedang menuju ke arah tempat letak kereta yang berdekatan dengan Syarikat tersebut.

          “Hai semua, awal sampai.” Sapa seseorang yang telah menuju ke arah mereka bertiga.

          “Hai Bos, biasalah kena awal.” Sapa Syamsul kepada Bosnya itu.

          “Hahh Rina, kenapa monyok macam tu. Bukan kamu sampai awal paling gembira ke.”

          “Paling awal Bos, exited sangat.” Jawab Sabrina dengan nadanya geram terhadap Amira.

          Sabrina terus menuju ke muka pintu untuk menanti pembukaan Syarikat baru di mana tempat mereka akan bekerja.

          “Syamsul, Mira, kenapa dengan Rina tu?”

          “Awal sangat kot dia tunggu.” Jawab Amira dengan nadanya yang agak perlahan.

          Syamsul hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Lalu, mereka berempat terus menuju ke muka pintu untuk membuka kunci dan merasmikan Syarikat baru mereka di Cawangan Daerah ini. Pekerja-pekerja yang lain akan tiba pada pukul 10:00 pagi setelah Syarikat ini dibuka sepenuhnya. Hanya mereka bertiga sahaja yang perlu datang pada pukul 9:00 pagi untuk membuat persediaan rasmi atau dokumen-dokumen yang perlu disediakan bagi memudahkan urusan pekerja-pekerja lain yang akan tiba nanti.

          “Okay, you guys dah faham apa yang saya terangkan tadi. So, you guys boleh buat preparation lah apa yang perlu dibuat dalam Syarikat ni.”

          “Okay, baik Bos.” Serentak Sabrina, Amira dan Syamsul menjawab.

          “Okay, kalau ada apa-apa boleh jumpa saya dalam office.”

          “Okay, baik Bos.” Jawab mereka bertiga lagi.

          “Okay, jumpa kamu bertiga dengan staff yang lain pada pukul 2:00 petang nanti. Dan jangan lupa minit mesyuarat pada minggu lepas, Rina.”

          “Ada Bos, dah prepare.” Jawab Sabrina.

          “Okay, good. See you soon.”

          “Okay Bos.” Serentak lagi mereka bertiga menjawab.

          Bos mereka pun berlalu pergi ke arah pintu pejabatnya itu.

          Sabrina mula bangun dari tempat duduknya lalu dia terus menuju ke arah muka pintu keluar dari bilik mesyuarat itu.

          “Ehh, Rina. Kau nak gi mana tu?” Soal Syamsul.

          “Aku nak tengok ruang pejabat ni.”

          “Weh, nak ikut.” Sampuk Amira.

          “Ehh, aku pun nak ikut.” Syamsul turut mengikuti jejak Amira dan Sabrina.

           Mereka bertiga melihat dengan teliti setiap ruang pejabat yang bakal mereka bekerja nanti. Mereka bertiga sangat teruja dengan tempat kerja baru. Suasana pejabat membuatkan mereka semakin bersemangat untuk bekerja berbanding dengan tempat kerja lama dengan ruangnya agak sempit. Mereka sangat beruntung kerana terpilih untuk dipindahkan ke Cawangan Syarikat baru ini.

          “Mira.”

          “Huhh.”

          “Aku nak gi sana jap tau.”

          “Hahh okay.”

          “Nak aku ikut kau ke?” Tanya Syamsul.

          “Tak payah, menyemak je.”

          “Elehh, kita ni care pasal dia.”

          “Tak payah nak care sangat. Duduk je dengan si Mira tu.” Balas Sabrina.

          “Yelooo.” Syamsul balas dengan ringkas.

          Sabrina terus meneliti setiap ruang pejabat, ruang tempat berehat, ruang untuk tetamu, semuanya dalam keadaan yang selesa, kemas, dan teratur. Dengan penyaman udara yang sejuk dan bersih. Sabrina cuba meneliti setiap meja-meja pejabat dalam keadaan yang teratur dan kemas. 

          “Wah, luas juga kawasan ni. Selesa pun selesa nak kerja. Baru boleh buat kerja dengan aman, otak pun fresh je nak fikir idea nanti.” Bisik Sabrina pada dirinya sendiri.

          “Krikkkkkkkkk.”

          Sabrina terhenti seketika. Terdengar bunyi pintu seolah-olah dibuka oleh seseorang dari arah belakangnya itu. 

          Sabrina cuba menoleh secara perlahan-lahan. 

          Dan dia cuba mendekati pintu yang telah terbuka itu tadi. 

          Tiba-tiba jantungnya berdegup dengan laju dan bulu romanya mula meremang secara tiba-tiba. Tetapi tangan kanannya tetap untuk menolak pintu tersebut.

          Jantungnya semakin berdegup laju kerana dia semakin hampir dengan muka pintu yang telah terbuka sedikit itu. Rasa ingin tahunya itu telah membuatkan dirinya semakin berani untuk mendekati pintu itu.

          Sabrina mula menolak pintu itu dengan perlahan-lahan.

          “Krikkkkkkkkkkkk.”

           Keadaan di dalam bilik itu agak gelap teta[I tidak dihiraukan oleh Sabrina untuk membuka pintu itu.

          Dengan perlahan-lahan pintu itu dibuka dan semakin luas ditolak oleh Sabrina tetapi keadaan di dalam bilik itu masih lagi gelap dan tiada bayangan satu pun yang boleh dilihat.

          Belum sempat dia membuka seluas-luasnya pintu bilik itu, muncul satu kelibat yang telah lalu dengan pantas di belakang Sabrina sehingga dia terhenti pergerakannya lalu dengan pantas dia memaling ke arah belakangnya itu.

          Nafasnya semakin laju dan bulu romanya meremang seakan-akan ada sesuatu yang mendekati dirinya itu.

          ‘Ya Allah, kenapa dada aku rasa sesak ni? Kenapa aku rasa macam diperhatikan je? Apa benda yang lalu di belakang aku tadi? Allahu Akbar, Ya Allah..’ Sabrina hanya bermonolog sahaja pada dirinya itu sambil kedua-dua belah tangannya itu hanya mampu mengurut-ngurut dadanya sahaja.

          “DOMMMMMMMMMM.”

          “ARGHHHH.”

          “SIAPA TU!!!” Sergah Sabrina seketika kerana terkejut akan hentakkan kuat pada pintu bilik yang dia cuba untuk buka sebentar tadi.

          “Rina.” Jerit Amira seketika.

          “Kau kenapa Rina?” Syamsul menyoal seketika.

          “Tak tak, pin.. pin.. tu.”

          Sabrina cuba untuk memberitahu perkara sebentar tetapi lidahnya terkelu untuk berbicara seketika.

          Amira dan Syamsul cuba untuk memahami apa yang Sabrina cuba katakan.

          Sabrina mengangkat tangan kanannya dengan perlahan-lahan untuk menunjuk ke arah muka pintu bilik itu.

          “Kenapa dengan pintu tu?” Keliru Amira seketika.

          Syamsul terus memulas tombol pintu itu lalu membuka dengan seluas-luasnya dan segera membuka suis lampu.

          “Kenapa Rina, ada apa dalam bilik ni? Kenapa kau menjerit tadi? Kenapa dengan bilik ni? Tak ada apa-apa pun.” Samsul bertubi-tubi menyoal Sabrina.

          Sabrina terdiam dan dia cuba melihat di sekeliling ruang bilik itu.

          “Rina, kau kenapa jerit tadi? Ada benda yang tak kena ke? Kau jangan diam macam ni. Jangan buat kami takut pula.” Amira cuba untuk bertanya kepada Sabrina sekali lagi.

          “Tak, tadi aku terkejut pintu ni tutup sendiri.” Jelas Sabrina.

          “Tutup sendiri!” Syamsul memandang ke arah Amira.

          “Ahh, angin kot.” Sahut Amira.

          “Angin apa ye kau ni, Mira. Kita duk dalam aircond kot. Lagi pun pintu ni ada penghadang yang kuat. Mustahil lah kalau pintu ni tutup sendiri.” Jelas Syamsul.

          “Tapi, korang tak dengar ke pintu ni hentak kuat tadi?” Soal Sabrina kepada Amira dan Syamsul.

          “Yang kita orang dengar kau yang jerit tadi. Lepas tu, kita orang terus datang sini.” Jelas Amira.

         “Dahlah, tak ada apa-apa kot. Jomlah kita prepare, 10 minit lagi staff lain akan sampai.” Ajak Syamsul seketika.

          “Tapi…”

          “Tak ada apa-apalah Rina.” Potong Amira seketika.

          “Tapi korang, aku dengar jelas sangat tadi.”

          “Perasaan je kot.” Syamsul cuba menyenangkan keadaan.

          “Korang..”

          “Maybe sebab kita berempat je kat sini.” Amira memberi alasan seketika.

          “Seriuslah korang.” Sabrina masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang dia hadapinya itu.

          “Maybe sebab tempat ni baru lagi, kan.” Amira memberi alasannya lagi.

          “Haa, betul tu. Tak ada apa-apalah, tempat baru kan. Biasalah tu.” Samsung Syamsul pula.

          Sabrina hanya mampu mendiamkan dirinya sahaja.

          “Jomlah Rina. Lupakan, okay.” Ajak Amira.

          “Ha’ah, jomlah.” Turut Syamsul pula.

          Sabrina hanya menganggukkan kepalanya sahaja lalu mereka bertiga beredar dari kawasan ruang pejabat itu.

          “Sabrinaaaa….”

          Sabrina tersentap akan bisikan tersebut.

          ‘Dia datang, dia datang…’ Sabrina memejamkan matanya dan memekakkan telinganya sahaja lalu beransur pergi dari kawasan itu.

Previous: PROLOG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.