Home Novel Seram/Misteri Tangisan Korban
Tangisan Korban
Bonnie F.
23/12/2019 11:48:40
4,557
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 1
      Fajar yang memancar terang menerangi kawasan perumahan tersebut cukup indah sekali pabila dipandang dari kawasan yang tinggi ditambah lagi dengan kawasan hutan yang tebal menghijau disekeliling. Seorang lelaki dalam lingkungan umur pertengahan 20-an sedang lena tidur di atas katil bujang bersaiz besar. Walaupun mentari telah terbit lebih awal pagi tersebut, cuaca diluar langsung  tidak terasa terlalu panas dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang lembut membuatkan lelaki tersebut tidur dengan lena sekali. jam di dinding bilik tersebut baru sahaja berdetang menandakan waktu itu baru sahaja menjengah pukul lapan pagi.


Perlahan-lahan Hardi, bergerak dan mengeliat sambil matanya masih lagi tertutup rapat. beliau kemudian bangun dan duduk sambil mengosok kelopak mata nya yang masih diselaputi tahi mata yang membuat pandangan mata nya terasa kabur walaupun beliau memang seorang yang rabun jauh dan memerlukan kaca mata untuk membantu beliau melihat sesuatu dari jauh. beliau kemudian bangun sambil mengeliat sekali lagi untuk membuat rasa mengantuk,ditambah lagi dengan cuaca yang dingin sekali pagi tersebut walaupun beliau sudah terbiasa dengan cuaca sebegitu kerana penghawa dingin sentiasa terpasang didalam rumahnya sekira beliau ada dirumah. Hardi kemudian terus melipat selimut tebalnya serta mengemas bantalnya  agar kelihatan kemas dan tersusun. 

Selepas itu baru, Hardi mengambil tuala mandi yang disangkut beliau pada tepi pintu almari pakaian dan terus masuk kebilik mandi untuk membersihkan diri dan membuang apa yang patut. setelah selesai mandi baru beliau keluar dan memakai pakaian biasa sahaja kerana beliau yang baru sahaja tiga bulan menamatkan pengajian beliau disebuah intitusi peguruan dalam jurusan bahasa melayu dan kesusasteraan melayu masih lagi menunggu surat penempatan sekolah pertama tempat beliau mengajar nanti. Selesai memakai pakaian, beliau terus keluar dari bilik tidurnya dan turun kebawah untuk menyediakan sarapan pagi kerana dirumah bertingkat dua itu, hanya beliau dan abang sulungnya, Hamdan sahaja yang mendiami rumah tersebut. Tetapi Hamdan tiada dirumah kerana telah pergi kursus di Kuala Lumpur selama sebulan.

Hardi memasuki ruang dapur dan melihat bekalan makanan yang ada didalam almari makanan dan kemudian beliau memeriksa pula makanan dalam peti sejuk. Beliau kemudian mengambil sebuku roti dan kaya dari peti sejuk, dan meletakkan dua keping roti kedalam mesin bakar. Sementara menunggu roti tersebut siap dibakar, Hardi membuat air nescafe 3 in 1 didalam sebuah mug sederhana besar. setelah roti siap dibakar dan disapu dengan kaya, baru Hardi duduk sambil menikmati roti bakar sambil membaca pautan rakan-rakan di dalam laman sosial. seketika kemudian, kedengaran bunyi sebuah motorsikal berhenti di depan pagar rumah nya dan kemudian berlalu pergi, Hardi kemudian segera menjengah dari tingkap bilik dan melihat seorang posmen yang datang meletakkan sampul surat kedalam peti surat nya tadi.

Tanpa membuang masa, Hardi terus keluar dan mendapatkan surat yang sampai jika ada surat itu ada yang menuju kepada nya. Setelah membelek beberapa sambil surat baru ada sampul surat putih bertanda "urusan seri paduka" menuju nya dan sambil berjalan masuk ke dalam rumah beliau terus mengoyak tepi sampul surat dan membaca isi kandungan surat tersebut. Beliau terus melonjak kegembiraan pabila mendapati surat tersebut memberitahu kepada nya untuk melaporkan diri kepada sebuah sekolah rendah minggu hadapan tapi kegembiraan nya sedikit terencat apabila mengetahui lokasi sekolah tempat beliau bakal mengajar adalah didalam kawasan perdalaman dinegeri Sarawak.


"argh..kenapa jauh sangat." Hardi teriak sendirian pabila mengetahui tempat beliau bakal mengajar nanti jauh dari kampung halamannya tetapi demi cita-cita menjadi seorang guru seperti arwah ayahnys Hardi tepaksa juga menurut apa yang tuhan rencanakan kepada nya.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Bonnie F.