Home Novel Seram/Misteri SUMUR BERDARAH
SUMUR BERDARAH
AINI NAZRINI
18/11/2020 21:41:18
43,660
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 9

NAMAAzim, Nazura, Justin dan Cindy mula menjadi sebut-sebutan seluruh warga pekankecil itu apabila wajah mereka terpampang di dada akhbar sebagai saksi yangmenjumpai rangka manusia di tepi sungai berdekatan dengan hutan di hujungkampung mereka.

“Wahhh!Aku tak sangka muka kau masuk surat khabar, Zim!” ujar Jalil dengan rasateruja.

            “Femeslah kau lepas ni, Zim!” kata Fuzi pula.

            Azim tersenyum bangga. Ketika itu mereka bertigaberkumpul di bilik kelab kewartawanan dan fotografi. Dua kelab itu digabungkankerana pihak sekolah mahu menjimatkan kos.

            “Tapikan... tak acilah kau pergi sana tak ajak kitaorang. Mentang-mentanglah sekarang kau dah joinkelab ni. Kita orang ni kau terus lupakan,” ujar Fuzi sambil membuat muka.

            “Aku bukan tak nak ajak tapikan kau orang ada training malam itu,” ujar Azim.

            Jalil dan Fuzi menepuk dahi. Mereka terlupa yang padamalam itu mereka ada trainingtaekwondo bersama jurulatih mereka. Jalil dan Fuzi memandang Azim yang sedangmembantu Nazura mencuci gambar di bilik gelap. Mereka melihat wajah rakanmereka itu sangat ceria sekali berbanding tiga bulan yang lepas.

SelepasAzim dikeluarkan daripada pasukan taekwondo sekolah mereka, Jalil dan Fuzimelihat rakan mereka itu seperti tiada hala tuju. Suka menyendiri dan tidakbersemangat. Tetapi apabila Azim mula menyertai kelab Fotografi, mereka melihatAzim kembali bersemangat dan ceria seperti waktu kegemilangannya di dalam kelabtaekwondo. Jalil dan Fuzi rasa sangat bersyukur apabila melihat rakan merekaitu kembali ceria. Namun dalam masa yang sama mereka tetap berasa kosongapabila Azim tidak lagi bersama-sama dengan mereka di dalam kelab taekwondo.

            “Kau rasa patut ke kita masuk kelab ni?” soal Jalilkepada Fuzi.

            “Habis tu kelab taekwondo macam mana?” soal Fuzi pula.

            Jalil mengeluh.

            “Semenjak Syafiq dan geng dia ambil alih kelab tu aku dahtak rasa seronok nak berlatih macam dulu lagi.”

            Fuzi terdiam. Dia pun rasa apa yang Jalil rasa. SemenjakAzim keluar daripada kelab taekwondo sekolah, Syafiq dan kumpulannya yangmengambil alih kelab itu. Berada di bawah Syafiq membuatkan diri mereka sangatkerdil. Syafiq dan gengnya sentiasa mencari peluang untuk mengenakan merekaberdua. Perlahan-lahan Fuzi melepaskan keluhan kecil.

            Sementara itu di bilik gelap, Nazura mengajar Azimcara-cara mencuci gambar yang diambil melalui negatif filem. Azim terpegunmelihat pemprosesan mencuci negatif filem buat pertama kalinya. Hampirternganga mulut dibuatnya.

            “Kenapa kau masih menggunakan negatif filem sedangkansekarang ni dah banyak kamera digital dikeluarkan di pasaran? Nak print gambar tinggal cucuk kat komputeraje,” ujar Azim.

            Nazura tersenyum nipis. Dia tetap fokus dengan kerjanya.Kertas foto yang telah direndam ke dalam fixerdiangkat lalu direndam pula ke dalam air yang mengalir (running water) selama 15-30 minit sebelum dikeringkan di tempatyang tidak berdebu.

            “Memanglah sekarang ni dah banyak kamera digital. Lebihcepat dan mudah kalau nak printgambar tapi... aku tetap sukakan kamera analog yang menggunakan negatif filemberbanding kamera digital. Aku seronok bila berada di bilik gelap sambilmencuci gambar-gambar yang aku tangkap. Bukanlah bila ambil gambar guna kameradigital tak menyeronokkan cuma... ia tak sama bila guna kamera analog. Macammana nak cakap ek... ermm... ia bergantung pada tukang ambil gambar itusendiri. Setiap orangkan berbeza citarasanya,” ujar Nazura panjang lebar.

            Tidak berkelip mata Azim dibuatnya apabila mendengarkata-kata gadis itu. Wajah Nazura yang disimbahi biasan cahaya lampu berwarnamerah dipandangnya sedalam-dalamnya. Entah macam mana tiba-tiba sesuatu mulaberdetak di hati Azim. Lantas dia menggelengkan kepala.

            “Kenapa? Kau pening kepala lagi ke?” Nazura bersuarasekaligus mematikan lamunan Azim.

            “Tak. Tak adalah! Erm... macam mana kau tahu kat kawasansungai tu merupakan tempat kelip-kelip membiak?” soal Azim sambil mengalihkantopik.

            “Aku jumpa tempat tu secara tak sengaja masa aku datangnak tangkap gambar di sana,” ujar Nazura sambil tersengih.

            Mata Azim terbeliak. “Kau pergi seorang diri?Malam-malam?” soalnya dengan rasa tidak percaya.

            Nazura mengangguk dengan penuh yakin.

            “Kau... kau tahu tak tempat tu bahaya? Dekat dengan hutanlagi. Kau tak takut ke? Orang cakap kat tempat tu ada ‘benda’!” ucap Azimdengan nafas yang tersekat-sekat.

            “Benda apa?” soal Nazura kedunguan.

            Azim bercekak pinggang. Dia menarik nafas panjang.

            “Ada hantu!” balasnya dengan nada yang perlahan.

            Nazura terdiam. Kemudian perlahan-lahan bibirnya meleretlalu tergetus tawa dibibirnya. Azim terpinga-pinga.

            “Yang kau ketawa ni dah kenapa? Lawak ke apa yang akucakapkan ni?”

            “Kau percaya yang hantu itu wujud?” soal Nazura pulabersama sisa tawanya.

            Kali ini giliran Azim pula terdiam. Dia tiada jawapanbagi soalan itu. Dia sendiri tidak pasti sama ada hantu itu wujud atau tidak.

            “Entahlah,” jawab Azim akhirnya.

            “Tengok! Kau sendiri pun tak yakin sama ada hantu ituwujud atau tidak. Jadi kau rasa kenapa pula aku tak boleh pergi ke kawasansungai itu malam-malam?” soal Nazura lagi bersama sengihan sinis.

            Azim mengetap bibir. Kecil-besar kecil-besar dia tengokNazura ketika itu. Memang ada betulnya apa yang Nazura cakapkan itu tetapigadis itu tak takut ke keluar malam-malam ke tempat yang sudah jarang dilaluioleh penduduk di situ. Walau bukan hantu sekalipun yang berada di tempat itutidak mustahil ada hantu berkepala hitam yang menjadikan kawasan sungai itu sebagailubuk mereka melakukan kerja-kerja haram. Dia hanya khuatirkan keselamatangadis itu.

            “Ahh! Tak kira. Mulai hari ini aku tak benarkan kau pergike kawasan sungai itu lagi. Kau dah lupa ke dengan rangka manusia yang kitajumpa tempoh hari? Aku tahu kau memang suka dengan benda-benda misteri tapi beragak-agaklah.Kau tu perempuan!” Azim mula membebel.

            Nazura buat-buat tidak dengar. Matanya dijulingkan keatas. Tiba-tiba tirai hitam yang menutupi bilik gelap itu diselak dari luar.Kelihatan seorang budak lelaki berkaca mata memandang ke arah Azim dan Nazura.

            “Amri, kau buat apa kat sini? Bukan ke tadi kau cakap kautak sihat?” soal Nazura apabila melihat budak lelaki itu.

            “Aku dah okey sikit lepas berehat,” jawab Amri, perlahan.Dia pun masuk ke dalam bilik gelap itu.

            “Hai, Amri!” ujar Azim berbasi-basi. Dia memandang Amriyang berdiri di sebelah Nazura.

            “Hai!” balas Amri pendek. Dia memandang Azim sekilassebelum membantu Nazura mencuci gambar. Dia juga merupakan salah seorang ahlikelab fotografi itu.

            Azim terkulat-kulat apabila menerima layanan yang dingindaripada Amri. Amri juga merupakan rakan sekelasnya namun seingat Azim berapakali sahaja dia melihat Amri di sekolah. Jalil pernah memberitahunya, Amrimemiliki sistem imun yang lemah dan sering ditimpa sakit. Sebab itulah Amrijarang ke sekolah atas faktor kesihatan yang kurang memberangsangkan.

            Azim faham mengapa Amri dingin terhadapnya. Sebelum inidia pernah membuli budak lelaki itu sehingga membuatkan Amri dimasukkan kehospital. Azim kesal dengan apa yang pernah dia lakukan sebelum ini. Sewaktudia mahu keluar dari bilik gelap itu Azim terdengar Amri berkata sesuatu kepadaNazura.

            “Kenapa kau ajak dia masuk kelab ini? Aku tak suka!” kataAmri, perlahan.  

 

AZIM merasakan sepertiada seseorang mengekorinya sedari tadi. Dari dia keluar kawasan sekolah bersamaJalil dan Fuzi sehinggalah mereka berpisah di jalan, naluri Azim mengatakan adasesuatu yang sedang mengekorinya. Dia cuba tidak mengendahkannya. Barangkaliitu hanyalah mainan perasaannya.

Sewaktudi lampu isyarat, Azim memberhentikan basikalnya apabila lampu bertukar merah. Cuacaagak terik pada hari itu. Peluh mula merintik di dahi. Azim mendengus. Lampuisyarat bergerak agak lambat dari kebiasaannya. Punggungnya sudah naik kematubertenggek di atas basikal. Sedang Azim mengira nombor di lampu isyarat sebuahkereta berhenti di sebelahnya.

            Spontan Azim merasai silauan cahaya terbias dari cerminkereta itu mengenai mukanya. Dia menoleh. Mata Azim tiba-tiba membulat. Melaluipantulan cermin kereta itu dia melihat seseorang sedang mengambil gambarnya.Orang itu menyedari tindakannya telah ditangkap oleh Azim lantas ia punmelarikan diri di celah-celah kenderaan yang ada di situ. Azim mahu mengejarnyanamun lampu isyarat telah bertukar ke warna hijau. Nak tak nak dia terpaksamembatalkan niatnya itu.

“Apabarang curi-curi tangkap gambar orang. Aku tahulah aku kacak dan bergaya!”Sempat lagi Azim mengomel sendirian.

Azimterus mengayuh basikal sehinggalah ke kedai dobi abahnya. Sewaktu dia mahumenurunkan tongkat basikal seseorang telah menghampirinya.

“Azim!”

Azimmenoleh.

KelihatanNazira tersenyum memandangnya.

 

PINTU bilik terbukaluas. Seorang yang bertopi dan memakai hoodiemasuk ke dalam bilik itu. Wajahnya tidak jelas kelihatan kerana separuh wajahnyaditutup dengan pelitup muka. Beg yang sandangnya dicampak ke katil. Orang itutidak terus menanggalkan pelitup mukanya sebaliknya dia mengeluarkan kameradari dalam begnya. Bibirnya tersenyum meleret melihat gambar-gambar yangditangkapnya.

            Kemudianorang itu berjalan ke almari baju. Pintu almari dibuka lalu dikuak baju-bajuyang tergantung ke tepi. Terserlah gambar-gambar Azim pada dinding almari itu. Orangitu membulatkan gambar Azim dengan pen markerberwarna merah. Matanya tajam merenung wajah Azim. 
Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AINI NAZRINI