Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
66,501
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 6
"eewww..bau apa nihh?"soal Lyssa  cepat-cepat mengelak daripada dilengkari gumpalan asap kelabu yang muncul secara tiba-tiba diiringi dengan bau  tajam menusuk hidung.

"kan aku dah cakap kita dah sampai?" ujar Lukha mengingatkan Lyssa.

"dah tu kenapa asap nih tetiba muncul dan mengekori aku?"

"hmmm..biarkan saja..paling tidak kau cuma terkesan oleh bau nya yang tengik kan? kau tak tahu kegunaannya..mungkin ia akan membantu kau nanti"

"huh?" Lyssa mengerutkan keningnya.

Lyssa terpaksa membiarkan sahaja gumpalan asap kelabu itu yang beriringan mengekori langkah nya . 

"Bammmm!!!" pintu masuk ke tempat asal Lukha meletup tiba-tiba. Dengan segera Lukha menarik tangan Lyssa merangkul erat tubuhnya. "Kau ok?" Lukha sedikit cemas. "Aku okay"..pendek jawapan Lyssa. "Apa yang berlaku nih?" Lyssa menyoal inginkan penjelasan. "Tiada angin tiada ribut tiba-tiba meletup pulak pintu masuk?!" getus hatinya.

"Kau tunggu disini, jangan ke mana-mana, aku akan masuk kedalam dan periksa apa yang berlaku, ingat pesan aku!..jangan ke mana-mana!!..kalau tidak kau tak kan jumpa jalan keluar!" Lukha memberikan arahan berserta amaran. Matanya merenung tepat ke mata Lyssa.

"eerkk..bbbaaikk!!" sahut Lyssa. "Apa maksud Lukha aku takkan jumpa jalan keluar?!!"


                        ***********************************************************************

Mak Tok terisak-isak di sisi Lyssa yang terbaring kaku. Di kiri Lyssa kelihatan Ijah masih membacakan alunan ayat suci Al Quraan. Di kanan Lyssa pula jiran mereka Mek Senah dan Hajah Hamimah isteri Tok Penghulu Hamid turut sama membacakan surah Yasin. Wajah Lyssa pucat lesi, dengan denyutan nadi yang lemah semakin meresahkan Mak Tok dan Tok Ayah.  

Sudah hampir seminggu sebenarnya Lyssa terbaring tidak sedarkan diri. Masih jelas di ingatan Mak Tok seminggu yang lepas ketika mahu mengajak Lyssa turun bersarapan bersama, puas Mak Tok mengetuk pintu bilik Lyssa. Namun tiada jawapan. Bimbang dengan keadaan itu, pintu bilik Lyssa terpaksa di tendang oleh Tok Ayah. 

Sebaik pintu terbuka, kelihatan Lyssa terbaring dalam keadaan mulut berbuih-buih dan matanya naik ke atas. Lebih menakutkan hanya mata putih yang kelihatan. Urat -urat halus berwarna merah terlihat jelas pada mata putih Lyssa.  

Tangan Lyssa lurus menunjuk ke atas lelangit bilik, Mak Tok turut ternampak kesan lebam di sekitar leher Lyssa. Tubuh Lyssa menggeliat seperti ular kepanasan. "uurghhh..arghhh..uwahhhh...urghhkhaa..lllukkhaa!!'...Mak Tok langsung tidak dapat menangkap percakapan Lyssa. Tangan Lyssa tergawang-gawang diudara seperti sedang cuba mencapai sesuatu.

"kkeenapa dengan Lyssa ni bang haji?" Tubuh Lyssa segera di raih, dan berkali-kali di bacakan ayat Kursi dan dihembus di umbun rambut Lyssa. Namun keadaan Lyssa masih sama. "bang haji, ada ke singgah ke mana-mana masa balik dari kenduri kat rumah Ngah Fadhil itu hari?" soal Mak Tok

"takut dia keteguran nih.."sambung Mak Tok cemas berbaur bimbang.

"tak singgah mana-mana pun mak aji oii". "Aku ke rumah Ustaz Nazim sekejap, kamu boleh jaga Lyssa ni? "Insyaalah bang haji..cepat la pergi..saya takut makin melarat pulak nanti". 

"baikk..baik..kamu baca ayat apa yang patut, nanti aku sampai dengan Ustaz Nazim", Tok Ayah segera turun dan bergegas ke arah motosikal buruknya. "Harap-harap Ustaz Nazim ada dirumah!".

                    ****************************************************************************

"Kau buat apa pada Lyssa?"

"aa..akkuu tak buat apa-apa laa"

"kenapa kau letupkan pintu tu depan dia? apa niat kau?"

"huhh?"

"aku tanya apa niat kau?!" Lukha telah pun mengcengkam leher Rakhel. Kuku runcing dan tajam Lukha menyucuk kulit leher Rakhel. "aakuu mintta maaaf Ummu Sibyan!". Rakhel mengangkat tangan seperti menyembah. "Aku sekadar bergurrauu nnnakkk  sambut oooorrrang baru ..hehehe"..Rakhel tergagap menjelaskan. "Lainkali kalau kau nak bergurau pun tengok tempat dan masanya!" Lukha menjeling tajam pada Rakhel. "Dia bukan sebarang manusia untuk kau jadikan bahan gurauan faham!!", tegas Lukha menyeringai menampakan taringnya  memberikan amaran kepada Rakhel.

"Tuan Besar Djinn  dah balik?" Lukha menyoal Rakhel.

"bbeelumm.."

"hurmmm...kau tahu bila Tuan Besar  Djinn akan balik?"

"aku kurang pasti Ummu Sibyan"..

"ingat pesan aku!! jangan kau ulangi lagi perkara macam tadi!"

"bbbaikkk!!" ujar Rakhel sedikit mencebik. "kenapa overprotective sangat?huhhh!!" desis hatinya.


*bersambung

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.