Seperti ada rerama yang
sedang berterbangan di dalam perut Durrah tatkala jarum jam menginjak ke pukul
2.30 petang. Dah puas dia memujuk rayu Azri supaya menggantikannya.
“Aku mana tau tugas
kau. Nanti aku cakap yang bukan-bukan. Lagi bala!” Azri menjauhkan dirinya dari
Durrah.
“Kau nak duduk dalam
kumpulan aku ke tak?” Durrah dah mula mengugut.
“Memanglah nak. Tapi
akukan penterjemah. Mana tau nak buatstoryboard macam
korang.” Azri berhelah. “Yang kau
tiba-tiba takut pergi mesyuarat ni kenapa?”
Ha’ah ek, kenapa?’
Durrah berfikir seketika. Takkanlah dia takut padaDevil in Disguise tu? Apa barang nak takut dengan dia? Bukannyalelaki itu boleh cam wajahDurrah lagi sebab hari tu kan muka dia dah macam pau
terlebih kukus? Bukannya cun melecun macam hari ni.Durrah mula tekan butang lif naik sendiri.
“Okeylah.” Dengan
berat hati, Durrah mengatur langkah menuju ke bilik mesyuarat. Tika dia tiba,
semua ketua kumpulan dah ada kecualiDevil in Disguise.
Dia mengambil tempat di sebelah Kokila.
“Selamat petang
semua!”
Tubuh Durrah terasa
kaku tatkala mendengar suara itu dari arah belakangnya. Ketua-ketua kumpulan
lain ada yang bangun sebagai tanda hormat. Hanya dia dan Dr. Maria saja yang berat punggung.
Lelaki itu mengambil
tempat di kepala meja yang berbentukoval. Mujurlah Durrah
duduk agak jauh. Dapatlah dia menyembunyikan wajah buat seketika.
“Boleh perkenalkan
diri masing-masing?”
Permintaan lelaki itu
membuatkan darah Durrah semakin gemuruh. Bala semakin menghampirinya. Entah
mengapa, dia rasa cuak. Padahal dia tak melakukan apa-apa kesalahan kecuali
bersembunyi di bawah meja pagi tadi dan tak sengaja terlanggar lelaki itu
sewaktu di klinik minggu lepas.
“Mulakan dengan you.”
Lelaki itu menunjukkan jari telunjuknya kepada seorang lelaki berumur berbangsa
Cina yang duduk di sebelah kirinya.
“Saya Vincent. Ketua
kumpulan Fizik.” Vincent memperkenalkan
dirinya.Lelaki
bertubuh kurus dan sederhana tinggi itu melemparkan senyuman mesra.
Kemudian,
seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an pula bersuara. “Jack aaa
Chemistry...Kami harap encik aa...boleh pimpin kami aaa...buat kerja yang
betul. Itu Mr. Akshay aa...tak faham budaya kerja kerja kita...aa...sebab dia
orang asing....”
Kembang telinga Durrah
mendengar Jack Hijacker bercakap. Entah apa-apa tah. Nak mengipas saja
kerjanya. Kerja sendiri pun tunggang-langgang.
“Okey... you?”Devil in Disguise nampak macam kurang berkenan dengan cara Jack
bercakap.
Durrah tersenyum.
Sekurang-kurangnyaSi Hijacker tu tak boleh
nak kipas lelaki ini. Agaknyalah.
“Saya Fei Fei,maths danadd maths. Moga encik berikan tunjuk ajar.” Plastik
sungguh senyuman Fei Fei.
Ginny dah mula
julingkan mata.
“You?” Lelaki itu
mengangkat kepala ke arah Kokila.
“Kokila Dewi,
biologi.” Tergagap-gagap Kokila bercakap.
Durrah pun rasa yang
sama juga sebab gilirannya selepas Kokila.
“Dan you?” Dahi lelaki
itu nampak berkerut sedikit tatkala memandang Durrah yang dah gelabah.
Moga-moga dia tak cam
aku semasa di klinik dan tak cam warna tudung aku pagi tadi, doa Durrah sepenuh
hati. “Err... Durrah, BM.”
“Oh... you Durrah?”
Kening lelaki itu terangkat seketika.
Alamak... Durrah
terasa seperti bala datang menghampiri. Terasa bahang menyapa diri. Lekas-lekas
dia menundukkan wajah menatap buku nota yang dah berconteng dengan lakaran
orang lidi.
“You?”
Mujur lelaki itu
mengalih perhatian kepada Dr. Maria di sebelahnya.
“Dr. Maria, English.”
Nada suara Dr. Maria seperti mengjengkelkan sesuatu. “Boleh I cakap sesuatu.”
Semua perhatian
tertumpu kepada Dr. Maria. Entah apa pula yang hendak dikomen oleh wanita itu.
Ada saja yang tak kena pada fikirannya.
“Sekarang ni kerja
tengah banyak. Kalau selalu sangat mesyuarat macam ni, bagaimana kumpulan I nak
siapkan kerja mereka? Kami semua nak kenapresent hari Jumaat ni. Mana sempat.”
Dush! Kan dah kena
sebiji! WajahDevil in
Disguise berubah sedikit.
“Ni baru pertama kali
I panggil mesyuarat. You tak boleh samakan I dengan Mr. Abraham atau Datuk. Ini
tugas pertama I. Jadi I kena tahu dengan siapa I berurusan. Dan I pun tak suka
nak ganggu masa orang lain. I tahu kita semua sedang kejardeadline. I bukan suka-suka nak panggil mesyuarat tanpa ada hala tujuan.”
Gedebuk! Sebiji bola
rugbi halimunan terkena muka Dr. Maria. Durrah rasa seperti hendak melompat
suka. Buku dah bertemu dengan ruas. Selama ini, Dr. Maria selalu saja mengadu pada Datuk mengenai orang
lain yang tak secekap dia. Datuk pula lebih suka mendengar daripada sebelah
pihak. Tapi nampaknyaDevil in
Disguise bukan jenis
orang yang makan puji. Ada harapan kumpulan lain hendak selamat daripada
ancaman Dr. Maria yang sengaja suka mencari kesalahan orang lain.
Durrah menjeling ke
arah Dr. Maria di sisinya. Wajah wanita
berusia itu dah kelat.
“You?” Lelaki itu
mengalih perhatian kepada Ginny dan Imas pula.
“Ginny. Ketua ID.”
“Imas, Ketua Editor...
dan you siapa pula?” tanya Imas dengan berani.
Wah... berani sungguh
Imas menyoalDevil in
Disguise. Tapi Durrah
rasa semua orang pun mahu tahu. Cuma segan mahu bertanya. Hatta Dr. Maria yang
celopar pun nampaknya tak berani hendak bertanya identiti lelaki itu.
“You tanya I?”
Kedengaran angkuh
betul cara dia menjawab. Durrah mula tak menyukai lelaki ini. Ego semacam.
“Zharif. Pengarah
projek baru, menggantikan Mr. Akshay Kumar.”
Oh... Zharif nama dia.
Gelaran apa nak bagi pada dia ya? Durrah mula mencongak-congak sendiri.
“You tak sepatutnya
halau Mr. Akshay macam you halau anjing kurap!” Tiba-tiba Imas menyinga.
“Apa maksud you?”
Zharif bersandar pada kerusinya sambil merenung tajam ke arah Imas. “Bukan I
yang halau dia. Datuk yang tamatkan kontrak dia.”
“Tak kisahlah. Tapi
pengurusan tak patut buat macam ni. Suka-suka hati nak buang staf tak ikut
undang-undang buruh!” Kemarahan Imas semakin meluap-luap. Agaknya dah lama dia
menyimpan perasaan itu.
“Eh... sabarlah.
Janganlah macam ni,” pujuk Ginny sambil menepuk belakang Imas dengan lembut.
“I dah tak peduli
lagi, Ginny. Semua perkara gila ni mesti dihentikan. I mahukan keadilan.
Pengurusan tak patut buat kita semua macam ni. Layan kita macam keldai. Suruh
kerja lebih masa tanpa beri apa-apa insentif. Konon nak bagi cuti ganti tapi
tak ada apa-apa pun. Mana boleh kerja macam ni, Ginny? Kita bukan hamba abdi!”
luah Imas penuh perasaan.
“Imas... tolong kawal
suara you sikit. I tak mahu orang di luar bilik mesyuarat ni fikir yang
bukan-bukan. Lagipun you tak boleh buat tuduhan melulu macam ni. Hari ni hari
pertama I di sini. Bagi I masa untuk siasat apa yang berlaku. Tapi buat masa
tu, tolonglah bertenang dan jangan cuba nak pengaruhi orang lain dengan
kepercayaan you tu.”
“Apa maksud you? You
fikir I yang pengaruhi semua orang supaya bencikan pengurusan?” Imas dah
berdiri. “Tak payahlah I nak buang tenaga pengaruhi semua orang. Mereka semua
ada mata dan hati. Boleh tengok sendiri apa yang pengurusan lakukan pada Mr.
Akshay. Dia bukan gagal sebab dia tak boleh buat. Dia gagal sebab pengurusan,
iaitu Datuk sendiri tak pernah beri tunjuk ajar pada dia. Jadi bila dia buat
silap dan gagal penuhi kehendak Datuk, you terus hukum dia. Dan you!” Imas berpaling kepada Dr. Maria.
“Kalau tak kerana
mulut you yang hasut Datuk macam-macam, semua perkara ni tak akan jadi macam
ni. Kami semua masih boleh bekerja dengan tenang walaupun dalam keadaan
tertekan. Kenapa mesti you buruk-burukkan Mr. Akshay depan Datuk? Adakah sebab
you tak suka Mr. Akshay tegur cara kerja you yang tak macam orang ada PhD tu?”
“Eh... you jangan
kurang ajar dengan I ya!” Kali ini Dr. Maria pula dah berdiri berhadapan dengan
Imas.
“Siapa yang kurang
ajar, Dr. Maria? You ke I? Kenapa you selalu cari masalah dengan orang lain?
You adu macam-macam pada Datuk. You kata I sengaja lambat-lambatkan kerja. I
ada kacau kerja you ke selama ni?” Imas dah berdiri berdepan dengan Dr. Maria.
“Hei... dahlah tu,”
sampuk Ginny.
“Eh, Ginny. Kenapa you
sibuk? Biarlah mereka bercakap. Encik Zharif perlu tahu apa yang berlaku.”
Tiba-tiba Jack masuk campur.
“Eh... you diam! You
pun sama. Suka masuk campur hal orang lain. Suka biar orang lain bergaduh!”
Ginny dah mula sinsing lengan. Merah padam wajahnya memandang Jack.
“Ayoyo...kadawale!” Kokila dah menepuk-nepuk kepalanya. Cuak melihat pergaduhan itu.
Durrah pula,
perlahan-lahan turun dari kerusi. Dia berniat untuk menyorok di bawah meja
lagi. Dia tak perlukan itu semua. Dia mahu ketenangannya dikembalikan.
“Durrah! Jangan nak
sembunyi bawah meja lagi! Tolong I tenangkan mereka!” Suara Zharif tiba-tiba
meninggi.
“I? Tenangkan mereka?
Itu kerja you. Siapa suruh jadi pengarah projek?” Entah kenapa Durrah rasa
sakit hati kerana tembelangnya pecah. Ah! Zharif tahu dia bersembunyi di bawah
meja pagi tadi. Disebabkan rasa malu dan marah, Durrah terus meluru keluar dari
bilik mesyuarat yang dah gegak-gempita dengan suara orang bergaduh.