Home Novel Komedi/Romantik Komedi Gadis Pink Tu Aku Punya : My Crazy Love!
Gadis Pink Tu Aku Punya : My Crazy Love!
Arief Sulivan
17/5/2018 19:09:53
31,593
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5

~Di pejabat~


 “Sekarang ni, ikut aku pergi ke bilik kau.”Rayyan menarik tangan Andriana keluar dari bilik Tan Sri Amran Shah, menuju ke bilik yang di khaskan untuknya.

 

 “Okay, sekarang, aku nak kau tukar pakaian kau yang tak senonoh tu dengan pakaian pejabat yang betul.” Kata Rayyan setelah mereka sampai dibilik Andriana.

 

 “Tak mau! Aku nak pakai baju ni, aku selesa dengan baju ni.” Andriana membantah.Kemudian Rayyan keluar dari bilik Andriana, 3 minit kemudian, Rayyan datang dengan pakaian di tangannya.

 

 “Kau pakai pakaian ni, and mulai esok, aku tak nak kau pakai pakaian kau yang macam ahli circus tu.” Rayyan mencampakkan pakaian itu kepada Andriana yang sedang duduk diatas sofa.

 

 “Aku cakap tak nak, tak nak lah!!!” Andriana menjerit dengan kuat bagaikan konsert metallica. Bergegar satu pejabat dek kerana suara Andriana yang kuat bagaikan singa betina yang mengaum.

 

 “Ohh, tak nak yer? Kalau kau tak nak, biar aku yang pakaikan untuk kau.” Rayyan pergi ke arah Andriana dan berpura-pura untuk menanggalkan pakaian Andriana.

 

 “Ishh, jebon betullah kau ni, aku retilah pakai sendiri! Dasar cipan tertelan lolipop betullah kau ni” Andriana mencarut.Hehehe tau pun takut.

 

 “Keluarlah! Takkan kau nak tengok aku tukar pakaian dekat sini.” Tempelak Andriana.

 

 “Hahaha, ingatkan kau bagi aku tengok freeshow, kalau kau bagi, best jugak.”

 

 “Gatal merenyam!” Jerit Andriana sambil mencapai kusyen hiasan disebelahnya untuk dibaling kepada Rayyan tetapi Rayyan terlebih dulu selamatkan diri dan keluar dari situ.

 

 Dia segera menukar pakaiannya, takut jugak kalau Rayyan tiba-tiba menerjah masuk,tak pasal-pasal rugi bakal suaminya kerana dan ada ‘kumbang’ yang usya.

 

 Tepat-tepat dia selesai menukar pakaian,Rayyan terus masuk bersama fail yang berlambak-lambak ditangannya, fuhh, kan aku dah cakap, mesti dia terjah, dasar takde adab, tak reti bagi salam kerr...Ewahh, Cik Andriana oii, kau pun 2x5 jerr dengan dia. Tak reti nak bagi salam kalau masuk dalam bilik orang.

 

 “Nah, ni adalah kerja kau untuk hari ni, kau kena siapkan sebelum balik.” Rayyan meletakkan fail yang bertimbun itu dihadapan Andriana.

 

 “Mak aii!!! Kau ingat aku ni robot kerr nak buat kerja yang berlambak-lambak ni?!”Andriana tidak berpuas hati, dahlah hari ini hari pertama dia bekerja, dah kena buli dengan si Rayyan. Pekerja yang lain pun yang pernah dapat kerja yang banyak macam ni.

 

 “Jangan banyak cakaplah, aku stapler mulut tu kang, aku tolong kau buatlah, aku takkan biarkan kau buat sorang-sorang,jahanam pulak kerja-kerja ni kalau kau buat tanpa pemantauan aku.” Sesedap rasa jer Rayyan mengutuk Andriana.

 

 “Huhh, apalah nasib aku, hari pertama dah kena buat kerja berlambak-lambak, dahlah aku ni anak bos besar...nasib-nasib.”Andriana bermonolog sendirian.

 

 Rayyan tersenyum lucu melihat gelagat Andriana. Comel! Makin jatuh cinta pula rasanya.



p/s : Sori bab ni agak pendek... korang suka tak? komen please...

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Arief Sulivan