Hari kedua bercamping , mereka semua bercadang untuk ke bahagian menunggang kuda. Ya , Air terjun Komanwel di Selayang ni menyediakan berbagai - bagai aktiviti salah satunya adalah menunggang kuda.
" Wahh kuda . Macam best aje kalau dapat tunggang kan ? " kata Aliya kepada kawan - kawannya.
" Alaa kau minta aje lah kat Cik suami kata kau nak tunggang kuda." kata Wafa.
" Haah betul tu. " sokong Firzana.
" Ermm .... ermm tak nak lah susahkan dia pulak nanti. "
Tiba - tiba Wafa dan Firzana berpandangan sesama sendiri lalu ....
" Huzairie !! " jerit Wafa dan Firzana serentak.
Aliya tayang muka pelik. Huzairie pula menoleh apabila namanya dijerit.
" Aliya teringin nak naik kuda !! " jerit mereka lagi.
Aliya terlopong ! Makcik betul kawan - kawan aku ni ! Alaaaa malu lahaii 😭
Hanya beberapa minit saja Aliya sudah di atas kuda. Bestnya 😙 Heee thanks Mr. Sweet ! Hahahaa teruja Aliya naik kuda. Seketika penjaga kuda di situ membawa Aliya pusing - pusing kawasan dengan tali kuda itu di tarik.
" Happy betul isteri kau naik kuda ya ? " kata Nazhan.
Huzairie hanya tersenyum kecil.
" Comel aje aku tengok si Aliya tu. Macam budak - budak. Tak sangka dulu dia comot , selekeh nak mati kot. Sekarang ni lawa habis. Menyesal tak ngorat dulu. " kata Daniel selamba.
Tiba - tiba Huzairie rasa jelous dengan kawan sendiri tapi dia diamkan diri saja. Dihapus perasaan cemburu itu. Setelah puas naik kuda di sekeliling kawasan , Aliya ingin turun dari kuda . Entah macam mana Aliya tersilap langkah dan dia hendak jatuh namun cepat sahaja Huzairie menyambutnya.
" Arghhhh " jerit kecil Aliya sambil menutup matanya rapat .
Ehh ? Asal rasa terapung ? Lambat - lambat Aliya membuka matanya. Eh muka Huzairie ? Hah ? Dia sambut aku ? 😅
" Lain kali hati - hati . Kalau jatuh macam mana tadi ? " kata Huzairie mendatar lalu mendirikan Aliya.
Semua kawan - kawan melihat mereka dengan usikan !
" Aiceyhhh sweet gitu " kata Firzana.
" Woooo Aery ! Kau buat aku rasa nak kahwin awal lah " kata Nazhan.
" Hahahaha kau nak kahwin dengan sapa Naz ? Girlfriend pun tak hado ! " perli Daniel.
" Apa pulak tak ada . Ni hah dua orang ni masih kosong lagi kan ? " kata Nazhan kepada Wafa dan Firzana.
Wafa dan Firzana tayang muka toya ! 😑 Seketika mereka semua ketawa.
*********
Semua masing - masing berehat di khemah , sementara Aliya seorang diri di tepi sungai. Hahahahah dia suka sungguh duduk tepi sungai. Tengok air sungai mengalir tanpa henti , tengok pokok - pokok hijau. Dengar bunyi - bunyi cengkerik.
Tiba - tiba dia teringatkan nenek . Teringatkan pantai rumah nenek. Rindu kat nenek lah pulak. Seketika Aliya mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar treknya.
Dia mendail nombor telefon rumah neneknya.
" Hello ? Assalamualaikum nek ! " kata Aliya.
" Hello . Waalaikumusalam yaya " kata nenek lemah di hujung talian.
" Nenek ! Rindu nenek. Nenek sihat ke ? " tanya Aliya.
" Erkk nenek sihat aje. Yaya sihat ? " balas nenek tiba - tiba nenek terbatuk - batuk di hujung talian.
Aliya pelik ! Nenek cakap nenek sihat ? Tapi kenapa macam tak aje ? Bertandang rasa risau di hati Aliya.
" Betul ke ni nenek sihat ? Ke nenek sakit ? Bagitahu Aliya nek .. " kata Aliya dah mula risau semacam.
" Ye yaya . Nenek sihat aje . Cuma batuk sikit aje. Kamu jangan lah risau. Nenek dah makan ubat dah. Nanti baik lah. " kata nenek .
Hmm Aliya cuba terima apa yang dicakapkan oleh neneknya. Think positif Aliya ! Nenek sihat ! Cuma batuk aje . Takkan nenek nak tipu ?
" Hmm yalah - yalah . Nenek kalau rasa tak sembuh juga batuk tu , bagitahu Aliya tau. Aliya balik sana jaga nenek ok ? "
" Yalah yaya. Okay lah yaya nenek nak rehat dulu. Yaya jaga diri baik - baik ya ? Jaga Ayie baik - baik. Setiap dugaan yang mendatang , Yaya kena hadapi dengan tabah ya. Nanti kalau nenek dah tak boleh sama - sama dengan Aliya , Aliya jangan putus asa. " kata nenek lagi .
Kenapa nenek tak boleh sama - sama dengan aku lagi ? Nenek nak pergi mana ? 😢
" Kenapa nenek cakap macam tu ? Tak nenek akan sama - sama dengan Aliya sampai bila - bila. Nenek akan tunggu Aliya untuk tengok cicit nenek. " kata Aliya sayu. Matanya juga sudah mula berkaca.
Entah kenapa hati nya rasa tak sedap sangat. Macam ada sesuatu yang bakal berlaku dalam hidupnya.
" In shaa allah nenek akan tengok cicit nenek. Kamu jangan risau. Sudah lah tak payah nak berdrama sangat. Okay nenek letak dulu ya telefonnya. Assalamualaikum. " kata nenek Asiah.
" Okay nenek take care waalaikumusalam . Aliya sayang nenek . "
" Yaa nenek pun sayang cucu nenek ni "
Tut ... tut .. tut ...
Panggilan dimatikan. Aliya menarik nafas. Dia menyeka air matanya yang hampir jatuh. 😌
Tiba - tiba Daniel datang menghampiri Aliya.
" Hai Al .. "
Aliya tersentak ! Terkejut aku aihh 😆
" Eh Daniel . Erkk Hai ! " balas Aliya.
" Boleh saya duduk kat sini ? " tanya Daniel sambil menunjukkan batu besar yang kosong di tepi Aliya.
" Oh duduk aje lah. Bukannya ada nama saya pun dekat situ. " gurau Aliya.
Seketika Daniel mengambil tempat.
" Buat apa kat sini sorang - sorang ? Orang lain semua tengah rehat kat khemah. "
" Hahahahahah saja. Nak main air sungai " kata Aliya .
" Oh hahahhaha awak ni comel lah Aliya . " puji Daniel tiba - tiba.
Aliya terkedu ! Errr Daniel puji aku ? Biar betul.
" Eh mana ada . Tak comel pun. Comot aje macam selalu. " nafi Aliya.
" Alaa tak payah nak merendah diri lah. Untung lah Huzairie dapat awak . Kalau lah dia tak kahwin dengan awak , mungkin saya dah ngorat awak ni " kata Daniel lagi.
Ehh mamat ni ? Gila ke apa ? Ya ya je nak ngorat aku kalau aku tak kahwin dengan Huzairie 😑 Oh dulu aku comot , selekeh semua pakat kutuk ! Pakat menjauh dari aku . Sekarang lepas aku dah berubah sebab kahwin dengan Huzairie baru lah terhegeh - hegeh nak puji aku ? Nampak sangat pilih rupa paras 😤 Hmmm nasib baik lah aku kahwin dengan Huzairie. Huzairie tak pernah tengok rupa paras aku pun. Dulu aku chubby pun dia tak kesah still nak kawan dengan aku ❤
" Err merepek aje lah awak ni. "
" Betul lah. Saya tak tipu . " kata Daniel.
Aliya hanya tersenyum hambar ! Menyampahnya lahaiii 😬
" Ehem - ehem "
Seseorang berdehem di belakang Aliya dan Daniel. Kami menoleh serentak !
" Eh Aery .. "
Muka Huzairie serious ! Aikk ? Pakcik ni jelous ke aku berbual dengan Daniel ? 😫
" Kau buat apa kat sini ? Naz cari kau kat khemah . " kata Huzairie mendatar.
Muka Daniel berkerut - kerut ! Err takut Huzairie salah faham lah tu.
" Aku borak dengan Aliya kejap aje. Kau jangan salah faham pula . Oh Naz cari aku ea ? Okay - okay .. " kata Daniel.
Seketika Daniel berlalu. Huzairie memandang tajam Aliya.
" Apa ? " tanya Aliya .
Huzairie mengambil tempat disebelah Aliya.
" Borak apa tadi ? Mesra aje nampak. " tanya Huzairie.
" Dia ngorat saya " kata Aliya selamba.
Terbuntang mata Huzairie. Amboi straingt to the point sungguh dia ni 😐
" Kenapa ? Nak jelous lah tu. " teka Aliya.
Huzairie diam.
" Hahahaha awak ni kawan awak kot. Tak yah lah jelous. Dia nak ngorat ke apa ke saya tetap dah kahwin dengan awak kan ? You know i love you right ? So jangan nak jelous sangat lah pakcik ! " bebel Aliya.
Terbit senyuman kecil Huzairie. Aliya ni ada aje ayat yang dia mampu buat hati Huzairie lega. Tiba - tiba Aliya teringatkan nenek kembali. Air mukanya terus berubah.
" Kenapa ? " tanya Huzairie.
" Nenek " itu yang terpancul dari mulut Aliya.
" Nenek kenapa ? "
" Hmm tadi Al call nenek . Pastu borak lah dengan nenek. Al rasa macam tak sedap hati lah. Dengar nenek batuk - batuk tadi masa call. Bila Al tanya nenek okay ke ? Sihat ke ? Nenek cakap nenek okay , nenek sihat cuma batuk sikit. "
" Oh nenek okay lah tu kalau nenek dah cakap macam tu. Jangan lah risau. Ermm minggu depan kita balik jenguk nenek nak ? "
Aliya terus memandang Huzairie di sisi .
" Serious ? Minggu depan balik kampung jenguk nenek ? " tanya Aliya teruja.
Huzairie hanya mengangguk kecil.
" Heee terima kaseh . Harap nenek okay lah ea ? " kata Aliya.
" Amin ... " kata Huzairie.
Seketika Aliya melentokkan kepalanya di bahu Huzairie. Mereka menikmati keindahan air sungai di hadapan mereka.
***********
Setelah beberapa hari menetap di Air terjun Komanwel Selayang. Tiba lah masa untuk balik ke rumah masing - masing. Baru sahaja sampai rumah . Aliya mendapat panggilan dari ibunya.
" Hello assalamualaikum along .. " kata ibu lemah di hujung talian.
" Waalaikumusalam ya ibu. Ada apa ni call along ? " tanya Aliya pelik.
" Along ... ajak Huzairie balik kampung. "
" Memang Aliya dengan Huzairie rancang nak balik kampung minggu depan. " kata Aliya.
" Tak Aliya . Tolong balik kampung hari ni jugak . " kata ibu bernada sebak.
Kenapa ibu suruh balik hari ni jugak ?
" Kenapa ni bu ? Cuba cakap dekat along . "
" Nenek ... nenek dah tak ada . Nenek dah meninggal dunia. " itu yang terlafaz dari mulut ibu dihujung talian.
Aliya tersentak. Ya Allah , nenek dah tak ada ? Terasa seperti jantung Aliya berhenti berdetak ! Terasa seperti dunia juga berhenti berpusing. Aliya terduduk. Air matanya mula turun satu persatu.
" Nenek !! " raung Aliya.
Terkejut Huzairie dibuatnya yang baru keluar dari bilik air. Huzairie terus mendapatkan Aliya .
" Riku kenapa ni ? " tanya Huzairie terkejut dengan keadaan Aliya. Huzairie menarik Aliya ke dalam pelukannya.
Aliya menangis semahu - mahunya di pelukan Huzairie.
" Nenek da..h ta..k ada. Ki...ta.. kena balik kampung hari ni.. " kata Aliya bersama sedu sedannya.
Huzairie tersentak! Innalillahiwainahirajiunn .