“Kau akan menerima balasannya. Sebab apa? Sebab Allah tu Maha
Adil. Setiap perbuatan pasti ada pembalasan. Sama ada di dunia atau di akhirat.
Kau tetap akan hadapinya.”
Nia menjeling tajam pada Aniq Zaqwan. Lelaki itu seorang yang
jahat. Jahat sangat!
“Kau diam!” tengking Aniq Zaqwan.
Mendengar kata-kata Islamik Nia hampir membuat dia terdiam.
Selama ini pun aku bukan tidak pernah di tegur oleh ibu tetapi apabila Nia yang
tegur aku, mudah je serap masuk dalam hati aku. Dah tak perlu guna undi masuk
macam akademi fantasia. Masuk secara automatik. Itu yang buat aku rasa marah.
“Aku tak kan diam! Kau seksa aku! Kau buat aku macam sampah!
Aku ada perasaan tau!”
Air mata Nia mengalir tetapi tidak sesekali dia mengalah.
Matanya masih tajam memandang Aniq Zaqwan. Aku nekad! Aku tak nak berada di
sini lagi. Aku nak keluar dari rumah ini. Aku orang gaji tapi aku tidak dilayan
selayaknya. Apa guna aku di sini.
“Aku… Aku…”
Tergagap Aniq Zaqwan. Tiada niat pun selama ini untuk
menghina Nia. Dia berkata kasar pun sekadar untuk menyakitkan Nia. Dia tidak
bermaksudkannya. Dia sengaja mahu mengundang marah Nia. Aku jadi makin sakit
hati apabila kata-kata aku sikit pun tidak memberi kesan pada Nia. Nia selalu
tenang bila aku kata-kata kasar padanya. Manalah tak menjadi-jadi marah aku ni.
“Kenapa? Kau buat untuk kepuasan diri kau kan? Kau tak pernah
nak tahu apa yang aku rasa dengan perbuatan kau.” Luah Nia.
Memang selama ini aku tahan. Aku sabar. Aku tengok dia ni
besar kecik. Besar kecik je. Tapi sebab aku fikir, dia yang bayar gaji aku, aku
sabar. Selagi dia tak buat perkara tak senonoh dengan aku, aku sabar. Cuma
kadang-kadang tangan lelaki ni menyentuhnya. Rasa nak hempuk je masa tu
“Tak! Buat apa aku nak fikir. Kau tu memang sampah. Aku kutip
kau kat tepi jalan. Mak ayah kau dah buang kau! Kau sepatutnya bersyukur aku
kutip kau.”
Aniq Zaqwan masih berusaha menutup rahsia hati. Ada perkara
yang Nia tidak tahu mengenai pertemuannya itu. Tanpa sedar ada rahsia besar
yang akan membuat Nia lebih terluka. Aku rela bergaduh dengan dia setiap hari
daripada melihat dia pergi jauh dari hidup aku. Aku rela.
“Aku rela makan sampah dari tinggal dengan kau kat sini. Aku
nak keluar dari rumah ni!”
Nia tidak petah lagi untuk berada di sini. Beg pakaian sudah
lama di kemasnya. Dia ambil beg tersebut yang diletak di bawah katil. Bilik
orang gaji ini akan ditinggalkan buat selamanya.
“Tepilah!” marah Nia sambil menolak tubuh itu ke tepi tetapi
tidak mengganjak pula. Dah jadi patung ke si mamat ni?
“Tidak! Kau tak boleh keluar!” tengking Aniq Zaqwan lagi.
Dia menghampiri pintu bilik dan menutupnya. Dia tidak peduli
apa-apa lagi. Dia rasa yang Nia perlu tahu hal sebenar. Dia tidak mampu menyimpan
rahsia ni lagi. Aku tak mampu. Mama, maafkan along. Kalau keadaan memaksa
along, perkara ini akan along beritahu Nia. Biar dia tahu perkara sebenar.
“Kenapa?” rendah nada suara Nia.
Dia menelan liur. Rasa cuak apabila melihat pintu itu
tertutup rapat. Aku tolak tadi pun, sikit tak bergerak. Kalau dia apa-apa kan
aku, memang tak dapat lepas ni. Sabar. Jangan marah dia. Jangan tengking dia.
Tapi kebisuan Aniq Zaqwan membuat dia rasa panas. Panas duduk dalam bilik ini
berdua dengan lelaki ini.
“Kenapa!” tengkingnya.
“Kau… Kau… Isteri aku! Isteri aku yang sah!”
Aniq Zaqwan memandang wajah Nia yang jelas terkejut. Aku dah
terlepas cakap. Aku dah cakap perkara yang aku simpan dua tahun lalu. Macam
mana ni, mama? Maafkan along…
“What? Bila aku
kahwin dengan kau? Jangan ingat aku bodoh. Tak ingat langsung bila akad dan
nikah berlaku.”
Nia mula melenting. Aku isteri dia? Lawak bodoh apa ni?
Cubalah buat lawak tu orang rasa nak ketawa. Ini tak, buat lawak buat orang
rasa nak hempuk kau sampai mati je. Geram Nia dalam hati.
“Kau memang isteri aku. Isteri aku yang hilang dua tahun
lepas. Isteri yang aku dendami. Aku tak tahu kenapa kau tak ingat aku tapi kau
memang isteri aku. Kad pengenalan kau memang sah. Kau isteri aku.” Jelas Aniq
Zaqwan.
Dulu dia benci sangat ada Nia sebab curang dengannya. Aku
cintakan dia sepenuh hati tetapi dia curang pada aku. Aku… Aku tak dapat nak
maafkan dia. Aku tak boleh maafkan kau, Nia.
“Kau tipu! Kau tipu!” Nia tidak percaya. Bila? Bila? Bila aku
kahwin dengan dia? Ini tipu! Tipu semua! Aku tak kan percaya kata-kata kau!
“Aku tak tipu. Kau tak boleh keluar dari rumah ni! Tak
boleh!” kata Aniq Zaqwan.
“Aku tak nak tinggal dengan kau lagi. Aku nak keluar.” Kepala
Nia yang sakit itu ditahan. Perkara ini benar-benar membuatkan dia rasa mahu
pengsan.
“Tak boleh! Sebab aku dah jatuh cinta dengan kau, Kau tak
boleh tinggalkan aku!”
Pantas tangan Aniq Zaqwan memeluk tubuh Nia. Dia tidak akan
melepaskan perempuan itu pergi. Tidak akan! Kecurangan Nia dia letak tepi. Dia
mahu bersama Nia. Itu sahaja dalam fikirannya.
Nia terkaku dalam pelukan itu dengan mata yang terbeliak.
Terkejut dengan pengakuan Aniq Zaqwan yang kali ke dua.
P/S: ASSALAMUALAIKUM..okey tak enovel baru saya?? kalau okey saya sambung kalau tak okey, saya cuba cari idea yang baru...harap sudi komen..terima kasih...