Home Novel Kisah Hidup Opahku
Opahku
Farid Yang
21/10/2020 09:38:09
27,568
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Surat 2

 

CucundaAhmad Farid yang diingati tak mudah dilupai. Didoakan sihat dan selamat. Farahada hantar surat kat pah. Dia pun seronok kawan-kawan baik, makan senang.

 

Keputusan UPSR Sila dan Namira. Sila dapat 1A 1B, yanglain dia tak cerita. Namira dapat 5A. Kali ini terlalu ramai yang dapat 5A.Siapa nasib baik sahaja dapat asrama. Isya memang dapat pelajar cemerlang. Diaitu memang rajin. Masa cuti sekolah ini, dia baca buku juga.

 

Pah,mak, Mak Chor masuk korban juga. Buat di Madrasah Taman Jasa seperti tahun-tahun yang lepas. Tentang pergaduhan itu, tidaklah teruk mana. Cuma sesetengahsahaja buat perhimpunan haram, tetapi sekarang ini polis dah ramai, dapatlahdikawal. Maklumlah sahaja, orang dah ramai. Bila dah ramai itu, ada sahaja yangbuat kacau. Kebanyakannya main turut sahaja, bukan mahu berfikir.

 

Faridkata di London, siangnya pendek. Di Malaysia pun dah berubah. Pukul 7, dahgelap. Tak pergi pasar minggu di rumah murah 4. Hujan pun selalu. Farid kataFarid selalu teman pelajar perempuan. Eloklah, kita tolong orang, mudah-mudahanTuhan akan balas kebaikan kita, lebih-lebih lagi di tempat orang. Tolongmenolong itu satu kebaikan bagi kita. Pepatah ada berkata, berkawan biarseribu, berkasih biar satu. Kad Maybank itu pah bagi pada maknya. Di bawah inipah sertakan buat cucur.

 

2cawan tepung gandum

Sikitudang kering atau ikan bilis

1biji cili kering

Sikitgaram dan gula

1biji bawang besar potong panjang

Daunbawang (tak ada pun tak apa)

Campursekali, jangan cair. Biar pekat macam cucur kodok. Panas minyak. Macam cucurpisang. Ambil sudu, bila dalam kuali, leperkan dia. Balik-balik hingga kuning.Kalau ada baking powder, boleh bubuhsikit semasa bubuh tepung.

 

Sekiansahaja salam Pah untuk Farid dan kawan baik Farid. Terima kasih pah ucapkan atasingatan Farid kepada pah.

 

PAH

 

Opah sangat mementingkan pelajaran.Dahulu sewaktu aku kecil, opah selalu ingatkan jikalau ada kerja sekolahataupun tidak setiap kali pulang dari sekolah. Ketika zaman aku UPSR, akubanyak kelas tambahan petang. Sekolah habis jam 1 atau 2. Jam 3 petang, barukelas tambahan bermula. Opah akan suruh atuk bawa bekal ke sekolah sebagaimakan tengahariku. Setiap Jumaat, atukku akan ambil aku dari sekolah kerana bassekolah selalu tiba lewat. Seringkali terlepas solat Jumaat. Atukku sifatluaran dia agak bengis, tetapi dia sangat prihatin. Kadangkala dia akan bawaaku ke restoran Mas Merah yang berhampiran dengan Pasar Kuala Kangsar untukmakan mee goreng. Tetapi dia akan bisik dahulu,” nanti kalau pah tanya, cakapdah makan di sekolah.” Atukku ada satu tabiat. Dia hanya akan makan masakanisterinya sahaja. Cukup jarang untuk melihat atuk makan di warung-warung danmelepak. Rutin pada hari Jumaat adalah pah akan sediakan pisang dan duit untukdisedekahkan kepada masjid. Pernah sekali, aku lupa bawa pisang itu. Bila atuktanya  mana pisang, aku cakap dah letakdah di saf belakang. Sampai sahaja ke rumah, cepat-cepat aku makan pisang yangaku lupa bawa tadi untuk menghapus bukti. Apabila tidak ada kelas petang, akuakan balik awal ke rumah opah. Waktu petang, aku akan bawa adik-adikku mengajiAl-Quran di rumah tak jauh dari rumah opah. Guru mengaji pertama aku adalahUstaz Megat Kajibumi. Tidaklah aku tahu kenapa namanya sebegitu rupa. Rumahnyabanyak ayam. Apabila giliran adik aku membaca Al Quran, aku pergi mengejaranak-anak ayam sekeliling rumah. Pernah sekali aku terpijak anak ayam guru aku.Mati. Insaf sekejap sahaja. Dua hari kemudian kejar ayam semula. Guru mengajikedua adalah Pah We. Opah saudaraku. Untuk ke rumahnya, ada tangga yang menujuke bawah. Ada pokok jambu besar. Setiap kali habis mengaji, dia akan jamu kamiadik beradik biskut empat segi dan air teh sejuk. Kadang-kadang kalau untungdapatlah bihun goreng. Kadang-kadang kami adik beradik malas pergi mengaji. PahWe solat tepat pada waktu. Maka kami pun berpakat untuk pergi mengaji apabilahampir dengan waktu Asar. Dengan itu Pah We akan mempercepatkan giliran bacaankami supaya habis sebelum Asar. Sebelah rumah Pah We, ada rumah kak Biah. KakBiah jaga adikku, Arah semasa kecil tetapi tidak lama kerana satu insiden. Adikaku jatuh tangga, besar benjolnya. Kak Biah tidak ubatkan pun, sapu minyak puntidak ada. Apabila mak aku tanya, dikatanya terlanggar bucu meja. Walhal jatuhtangga. Sejak dari itu, opah bela kami semua.

 

 

Previous: Surat 1
Next: Surat 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farid Yang
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham