Home Novel Kisah Hidup Opahku
Opahku
Farid Yang
21/10/2020 09:38:09
22,841
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Intro

PENGENALAN

 

Nama aku Ahmad Farid.Seorang guru di Sarawak. Sebelum boleh kita ke bab-bab yang seterusnya, adalahlebih baik sekiranya aku menceritakan sedikit mengenai latar belakang keluargadan latar belakang tempat agar mudah difahami bab-bab yang seterusnya.

 

Aku anak sulungdaripada 5 orang adik beradik. Satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga. Adikpertama; Ara @ Arah @ Farah, adik kedua; Ija, adik ketiga ; Ana dan adikkeempat; Isya. Ayah dan Ibu telah pencen. Memang sejak daripada kecil, akutinggal bersama opah dan atuk. Aku tinggal bersama mereka pada hari bekerja sehinggadarjah 6 sebelum aku masuk ke asrama. Setiap pagi, mak atau ayah aku akanhantar aku ke rumah opah sebelum jam 8. Pada waktu itulah selalunya aku akanbuat hal. Biasanya aku akan minta permainan seperti Tora atau Ding Dang.Permainan ambil, coklatnya dibuang. Boleh dikatakan permainan aku, penuh satubilik. Semasa usia aku kecil, sebelum boleh masuk tadika, rutinnya menangisselepas dihantar ke rumah opah. Kemudian tunggu opah jemur kain, siram pokok.Sambil itu, kami; aku dan adik perempuan pertama, Ara akan bermain di hadapanTV. Kemudian opah akan ke dapur, untuk memasak, atuk akan ke kebun. Tinggallahkami di ruang tamu itu sehingga jam 7 malam. Apabila jam 7 malam, kami akanintai melalui tingkap depan. Nampak sahaja cahaya lampu kereta, terus kamijerit,” mak dah sampai, mak dah sampai!” Ayah balik sangat lewat. Dahulu jam 9malam. Kemudian, semakin lama, semakin lewat ayah pulang. Kadangkala, melewati12 tengah malam.

 

Dahulu aku masuk ketadika Kenas. Tadika cina berhampiran dengan rumah. Rumah ku dan rumah opahhanyalah dalam 200 meter sahaja. Aku suka tadika tu, banyak aktiviti. Makankeropok berbentuk ikan, belajar ABC dan Matematik, ada bilik permainan lagi.Jam 12 tengahari, opah datang dengan payung atau atuk datang dengan motor HondaEX 5. Seronok jalan dengan opah. Selalunya opah akan singgah di kedai runcitIndia untuk beli barang memasak. Kami cari aiskrim sahaja. Kadang-kadangpemilik kedai tu akan cakap,”pagi suda mari, sekarang mari lagi”. Yalah,pagi-pagi aku membeli Tora di sana.

 

Sewaktu sekolahrendah, aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Clifford. Naik bas di waktu pagi.Sekolah jauhnya dalam 10km daripada rumah. Bas aku pula antara yang terlewatakan tiba di sekolah. Dahulu bas Pak Mad. Selepas 2 tahun, bas itu tak masuk kekawasan kami.  Terpaksalah tukar bas. BasAuntie. Trade marknya “Be Good, Do Good”. Pulang sahaja daripada sekolah, opahdah sediakan juadah tengahari. Lauk kesukaan aku, ikan termenung goreng.Selepas makan, mandi, tidur di ruang tamu. Jikalau hari Isnin, Rabu dan Jumaat,jam 5 dah kena bersiap teman pah ke pasar malam. Beli sayur, ikan, mee gorengdan bermacam- macam lagi.

 

Sekolah menengah kuadalah Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Sekolah asrama. Tingkatan1 sehingga tingkatan 5. Rumah sukan rumah biru. Ketua kelas daripada darjah 1sehingga darjah 3. Tabiat aku adalah, bila pulang sahaja bermalam, mesti kerumah opah dahulu. Sebab aku tahu, akan ada makanan disediakan. Pernah sekaliaku tak pergi ke rumahnya, opah merajuk. “semalam ada opah sediakan makanan,tetapi Farid tak datang makan”. Aku masih ingat lagi saat itu dan itulah saatpaling aku rasa kesal dalam hidup aku. Sejak daripada itu, tak pernah aku takpergi makan rumah opah. Masuk ke tingkatan 1, aku dah tak merasai kasihdaripada atuk kerana atuk jatuh motor dan hilang ingatan. Maka, sememangnya kenanganaku dan opah lebih banyak berbanding atuk.

 

Kemudian aku masuk keKolej Matrikulasi Perak. Ambil jurusan sains bio. Sejujurnya, tak banyakkenangan aku di sini. Mungkin terlalu fokus dalam mengejar pointer. Aku abangsulung. Kadangkala terbeban kerana terpaksa menunjukkan contoh dari setiap segikepada adik-adik. Dahulu ada satu bilik TV. Nak tonton hari biasa tak ada masa.Tetapi ada malam-malam tertentu yang aku akan tercegat di sana untuk menontonkartun Bleach. Sehingga satu hari, TV tu rosak. Maka aku pergi ke kedai danbeli TV hitam putih kecil. Harga dalam RM60-70 begitu. Aku sorokkan di dalamkotak biskut supaya warden tak jumpa. Walaupun hitam putih, tetapi demikewarasan minda, aku tonton juga. Kalau hujung minggu, wajib keluar outing keIpoh. Samada Jusco atau Parade.

 

Kemudian aku sambungbelajar di UK. 3 tahun ijazah Kimia di Universiti of Birmingham dan 1 tahunkursus perguruan di St Michael’s Catholic College. Pada usia 18 tahun aku pergike sana. 18 tahun aku berada di sisi opah. Tiba-tiba terpaksa berjauhan denganopah. Zaman itu zaman Skype. Kadang-kadang 1 bulan sekali telefon ke Malaysia.Talian pun putus-putus. Banyak kali salah faham sebab ada time lag untuk mesejdihantar. Cakap 10 ayat, sampainya lambat. Kadang-kadang mulut adik di dalamvideo tu dah senyap, tetapi ayatnya baru nak sampai. Ada disuruh opah skypedengan ku, tetapi opah menolak. Opah nak tulis surat. Opah suka cara lama. Makakami pun berutuslah surat. Satu surat yang dihantar akan makan masa seminggu untuktiba ke destinasi. Dahulu aku fikir lecehnya surat-surat ini. Guna skype, gunafacebook, bukankah lagi senang. Tetapi aku silap. Surat ini sesuatu yang adaemosi. Emosi penulis surat. Tiap kali aku baca surat opah, aku rasabersemangat. Aku rasa kuat, aku dapat rasakan pengharapan, dan yang pentingsekali aku dapat rasakan rindu seorang opah kepada diriku. Di media sosial,kita boleh hantar emoji ikan, gambar biskut. Opah ku, beliau lukis gambar ikanguna pen, lukis gambar biskut. Opah lukis untuk memahamkan aku apa yang diamaksudkan.

 

Maka itulah serbasedikit tentang diriku. Buku ini mengisahkan tulisan-tulisan surat kepada akuserta kenangan-kenangan yang aku imbau sewaktu bersama dengan opah.surat-suratnya masih ada. Aku telah laminatekansupaya kekal lama.

Previous: Prakata
Next: Surat 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farid Yang