Bab 4

"Makcik, keropok lekor tiga ringgit. Saya tunggu yang makcik baru goreng tu tau. Nak yang panas-panas baru sedap."

Setelah membuat pesanan, aku kembali duduk di kerusi yang berhampiran. Aku lebih sanggup tunggu keropok tersebut dari makan yang sejuk.

Aku dah sampai di Terminal Sentral Kuantan. Ya, rumah aku terletak di Kuantan.

Setelah tiga jam lebih aku duduk dalam bas, akhirnya sampai jugaku di sini.

Boleh tahan laju juga pemandu bas ekspres yang aku naik tadi. Namapun ekspres, kan. Memanglah laju.

"Dik, keropok dah siap."

Makcik tadi dah panggil. Siap juga akhirnya keropok lekor aku.

Not berjumlah lima ringgit aku hulurkan kepada makcik bertudung biru itu.

"Baki makcik ambil je. Terima kasih untuk keropok ni," kataku sambil mengangkat sedikit plastik berisi makanan kegemaranku itu.

Aku saja nak beri makcik tu baki duit tadi. Apa salahnya kita berkongsi rezeki yang kita ada? Lagipun, setakat dua ringgit apalah sangat.

Terminal Sentral Kuantan hanya mempunyai dua tingkat. Di tingkat atas, biasanya aktiviti penjualan tiket dilakukan. Tingkat bawah pula, penuh dengan gerai-gerai kecil dan kedai runcit. Bahagian ini juga adalah tempat bas-bas berkumpul.

Pastinya aku kini berada di tingkat bawah.

Sambil tangan memasukkan keropok lekor panas tadi, aku melilaukan mataku ke sekeliling. Nak cari makan lagi.

Maklumlah, sepanjang dalam bas tadi aku tak usik apa-apa makanan pun. Mestilah lapar.

Akhirnya, aku tertarik dengan sebuah restoran yang terdapat di sini.

Restoran Taj. Hmm... Macam sedap juga kalau dapat makan makanan mamak waktu-waktu begini. Dapat roti canai sekeping pun okay.

Aku mengatur langkah menuju restoran tersebut. Bagus. Tak ramai sangat orang.

Aku mengambil tempat di bahagian penjuru, sedikit tersorok dari orang lain. Lagipun, senang aku nak letak bagasi aku yang besar ini.

"Adik manis mau apa?"

Aku mengangkat wajahku memandang ke arah suara tadi. Cepat betul mamak ni buat kerja. Aku rasa tak sampai satu saat lagi aku duduk, dah ada yang datang ambil pesanan.

"Roti canai dua. Kuah kacang dal," pesanku.

Aku tak suka kari, jadi jangan tanya kenapa aku minta kuah kacang dal.

"Minum?"

Aku menggeling kecil. Tak apalah, aku dah ada bekalan air mineral. Membazir saja kalau aku pesan air di sini.

"Wokey adik manis. Take care!"

Kejap. Dia cakap apa dekat aku tadi?

'Take care'?

Amboi. Pandai betul mamak zaman sekarang ni ya...

Sementara menunggu pesanan tiba, aku hanya termenung.

Tak tahulah. Tapi ada satu rasa yang pelik sekarang ini.

Tak tahulah kenapa. Cuma...

Macam ada sesuatu tak kena.

Macam ada orang perhatikan aku.

Seketika, aku menjeling ke sekeliling kawasan.

Tak ada apa yang mencurigakan langsung di sini. Entahlah. Hanya perasaanku sahaja mungkin.

"Roti canai dua, asyiap!"

Bahuku terhinjut sedikit. Terkejut aku tiba-tiba ada suara separa menjerit kedengaran.

Tak boleh sopan sikit ke nak hantar pesanan tu? Aduhlah....

"Adik manis janganlah masiam-masiam. Nanti tidak manis lagi."

Aku rasa...

Aku patut menyesal makan sini. Geram tahu tak bila dipanggil dengan nama 'adik manis' dia tu. Sudahlah boleh tahan kuat juga suaranya. Mahu ada yang kata aku dengan mamak ni tengah bercinta.

Wuish! Cannot brain!

Tak, sekarang aku rasa geli sangat! Mamak tadi asyik pandang-pandang aku sambil main kelip-kelip mata tahu?

"Adik manis kenapa tak makan lagi? Abang buat sedap itu roti canai!"

Mak! Tolong Ratna! Ada orang tak betul dekat sini!

"Banyaklah adik manis kau. Blahlah!"

Secara mengejut, ada satu suara garau yang menghampiri.

"Ratna! Ikut aku!"

Pantas, tanganku direntap kasar oleh pemilik suara tadi.

"Weh! Sakitlah!"

Jeritanku tidak dilayan langsung. Malah, genggamannya pada pergelangan tangan kananku kian kuat.

"Sakitlah, bijak!"

Kini, aku bersama lelaki tadi sudah berada berhampiran dengan sebuah kereta. Taklah, kalau nak jauhkan aku dengan mamak tadi pun, tak perlulah sampai bawa aku ke kereta dia!

Tanganku masih berada dalam genggaman kuat lelaki tadi.

Yang membuatkan aku makin risau sekarang adalah sebab separuh muka lelaki ini terlindung sebalik mask hitamnya.

Entah-entah mamat ni datang nak culik aku, ya tak?

"Kau tak lepaskan aku, aku telefon polis! Ya, aku berterima kasih dekat kau sebab jauhkan aku dengan mamak tadi. Tapi tak payahlah sampai..."

"Masuk."

Badanku direntap kasar oleh lelaki tadi menyebabkan aku sudah selamat berada dalam kereta miliknya.

Halah-halah. Kereta Axia aje. Ingatkan nak paksa aku masuk kereta Bugatti.

"Aku dah masuk. Boleh aku keluar balik?" pintaku dengan penuh sopan santun.

Hajar ada cakap dekat aku dulu, nak berhadapan dengan orang tak bijak, kita kena jadi bijak.

Lelaki depan aku sekarang kan tak bijak? Yalah, suka-suka hati culik aku. Kalau nak menculik, culiklah anak orang kaya. Culik aku... dapat apa je? Tak akanlah dia buat macam ni dekat aku semata-mata nak suruh aku jadi orang gaji dia?

"Kau diam. Jap lagi kita sampai rumah kau."

"Eh! Bagasi aku macam mana?"

Tiba-tiba sahaja aku teringat tentang bagasiku. Mana boleh tertinggal! Banyak barang dalam tu. Dengan laptop sekali aku sumbat dalam bagasi merah jambu tu!

"Dah selamat dalam bonet kereta aku," jawabnya.

Aku hanya diam sebagai balasan.

Bala apa pulalah ni. Siapa lelaki ni?

Dahlah aku dipaksa naik kereta.

Tolonglah. Kalau boleh, aku tak nak sangat naik kereta ke mana-mana.

Sebab itulah aku ingat nak call Kak Imah. Memang biasanya kalau aku pulang ke Kuantan, Kak Imah akan menjemputku dengan motornya.

Eh, kejap! Telefon aku mana?

"Bang. Phone saya mana, bang?"

"Aku dah buang."

What?

Suka hati mak, bapak, moyang dia nak buang phone aku!

"Kau siapa? Tolonglah."

"Aku kira baik lagilah sebab tak letak pita pelekat dekat mulut kau tu, Ratna."


•••••


"Terima kasihlah hantar aku dekat rumah. Tapi, aku rasa kau boleh balik dah kot."

Aku sedang berada di dalam rumahku sendiri. Perkara paling perit untuk diterima ketika ini, lelaki tadi masih ada dalam rumah aku. Siap main buka peti sejuk, menumpang tandas, ambil air coway aku dan macam-macam lagi perkara yang dia buat. Serius, dia dah buat rumah aku macam rumahnya sendiri!

Sekarang... Lelaki itu tengah ambil sebuah novel tebal yang ada di dalam bilik bacaanku.

"Woi! Nak buat apa tu? Jangan usik novel-novel aku!"

Dengan pantas, aku cuba merampas novel darinya. Masalahnya, dia ambil novel yang paling aku sayang! Tak ada siapa boleh pegang novel tu kecuali dah sign kontrak dengan aku!

Aku masih cuba merampas buku tersebut. Namun, disebabkan ketinggiannya yang memang berbeza denganku menjadi halangan. Sekali dia angkat tangan ke atas, memang mustahil aku nak rampas.

"Aku tak sangka yang kau suka baca novel-novel macam ni."

Ish! Suka hati akulah nak baca novel pun! Aku kacau hidup dia ke? Tak kan.

"Bagilah! Kalau rosak buku tu, kau kena bayar!"

Dia kelihatan hanya tersenyum sinis. Seram pula aku tengok!

Tangannya yang dari tadi berada tinggi, kini sudah diturunkan sedikit. Disebabkan aku ni pendek, aku tetap perlu melompat untuk mencapai buku di tangannya itu.

Jadi, aku pun lompat.

Namun, belum sempat tanganku meraih buku di tangannya, dia lebih pantas mencampaknya.

Dia campak tepat masuk ke dalam tong sampah!

"Weh! Aku guna duit aku sendiri tahu tak nak beli novel tu? Kau ingat murah ke, bijak?"

Aku pantas berlari anak menuju ke arah tong sampah, tempat di mana bukuku di campak lelaki tersebut.

Dan aku nampak, buku berharga 50 ringgit itu telah keroyok di kerjakan!

Memanglah tak teruk, tapi tetap ada kesan di bahagian depannya.

"Aku campak dalam tong sampah kering je. Bukannya rosak pun."

Lelaki ni...

Memang menyakitkan hati!

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh