Kehidupan terus macam biasa, lama kelamaan aku pun dah malasnak mohon kerja dengan resume yang dah sedia ada ni. Tak ada yang istimewadengan rutin harian aku sehinggalah satu malam aku terbuka hati memikat seorangwanita kenalan aku di facebook.
Aku pun malam tu sekadar mencuba saja nak mendekati wanitaini. Dulu masa aku sekolah dia pernah mesej aku. Katanya sepupu dia yang baginombor telefon aku. Aku pun macam nak cuba ajak bercinta dengan dia. Alih alihaku pula yang sakit hati sebab dia dah ada buah hati tapi mesej aku.
Aku pun lupakan dia sehinggalah malam ni. Aku pun muladengan chatting di Mesengger. Mula sekadar bertanya khabar dan perkembangandia. Ini kali ke 2 aku kecewa sebab dia ada buah hati. Tapi buah hati yangbarulah.
Aku rasa macam geram. Aku teruskan aktiviti chatting dengandia. Lama kelamaan dia cerita dekat aku yang dia sebenarnya dah lama putusdengan buah hati dia sebab ada selisih faham. Bila aku dapat tahu dia single.Muka aku pun terus senyum lebar.
Aku punya gembira jangan ditanya. Aku bangun pagi dengansenyuman. Turun tangga sambil menyanyi. Nampak ada orang duduk atas motor aku,sikit pun aku tak marah. Pendek kata, hari ni adalah hari gembira aku.
Mana tak gembira,seorang wanita yang cantik di mata aku dansempurna bagi aku kini tengah hangat chatting dengan aku. Memang best sangatsangat. Tinggal nak tunggu dia terima aku jadi buah hati dia.
Aku tak dapat nak kawal kegembiraan aku. Sampai aku buatkerja di kedai pun senyum riang. Anak pelanggan bagi tumpah air 2 kali pun, akuboleh senyum dan ketawa. Aku kemas dengan senyuman, siap boleh bergurau dengananak pelanggan.
Pyan nampak perubahan perangai aku. Pyan selalu tanya dekataku, "ko dah ni kenapa?". Aku punyalah mengelak dan tak nak cerita.Pyan pun sabar dengan perangai aku. Malam selepas selesai kerja. Pyan tariktelinga aku dan rampas fon. Lepas Pyan check telefon aku, terus dia mula soalaku.
Pyan :" Waaahhh, ko udah berpunya? Dah pandai simpanrahsia sama aku yaa."
Loqman :" Belum lagi jadi kepunyaan aku Pyan, dia punbaru single ni. Kalau dapat memang beruntunglah aku."
Pyan :" Cantik juga orang ni Loqman, ko pun kalo udahjadi milik ko, baik cepat-cepat kahwin."
Loqman :" Alaaaa kalau bercinta dulu lepas tu kahwinpun boleh. Zaman sekarang semua bercinta dulu Pyan. Yang tak laku jer akankahwin dulu baru bercinta."
Pyan :" Hahahaha amboi Loqman,macam pasti sangat diajodoh ko yer. Ok aku doakan korang cepat kahwin. Nanti boleh aku jadi pak cikuntuk anak korang."
Loqman :" Waaahhh, Amin. Terima kasih mendoakan. Nantianak aku dah besar boleh dia minta wang saku untuk ke sekolah dari ko Pyan.Kata nak jadi pak cik."
Pyan :" Hahahaha banyak cantik muka ko. Ko yang nakjadi bapa, ko lah kena bertanggungjawab. Ataupun apa kata aku isi borang jadianak angkat ko. Dah ada anak segera siap sudah. Sekolah pun tak payah pergi.Boleh jimat duit ko. "
Loqman :" Hahahaha tak nak lah aku ko jadi anak angkataku. Bukan menyejukkan mata aku, tapi buat aku pening kepala."
Pyan :" Hahahaha Iyalah iyalah Loqman."
Aku tak kan lupa tarikh aku melamar dia jadi buah hati aku.Tarikh tu 3.7.2014. Tarikh yang paling manis dalam hidup aku. Banyakkegembiraan kami cipta bersama.
Punyalah seronok bercerita tentang cinta lupa pula nakbagitahu nama. Nama wanita idaman aku, Hidayatul Adaania Safiyah. Panjang namadia. Alaaahhhh kalau dah sayang,nama panjang mana pun mesti hafal. Pelikkansurah dalam Al Quran yang pendek pun tak semua kita hafal.
Aku panggil dia Adaania, dan dia panggil aku abang. Katanya,practice awal panggil "Abang" senang. Nanti dah kahwin tak lahtersasul nanti. Aku bila dengar ayat ni, rasa macam nak lompat terus ke awan.
Hidayatul Adaania Safiyah ni anak kelahiran negeri Perak danseorang cikgu di sekolah menengah. Aku lupa nama sekolah yang dia mengajar.Tapi kerja dia sebagai seorang cikgu memang banyak.
Kadang bila aku chatting atau telefon dia, kebanyakan ceritadia adalah kesibukan diri dia di sekolah. Dia selalu rajin cari jalan untuknaikkan semangat pelajar pelajar yang tercicir untuk bangun dan bersungguhbelajar.
Dia selalu memberi contoh diri dia sendiri. Asal darisekolah biasa saja tapi berjaya menjadi seorang cikgu dan mengajar di sekolahyang berprestasi tinggi. Banyak tentang dia aku hafal. Dia akan ada sesimenulis dalam buku log besar Rancangan Pendidikan Harian (RPH). Ada sesimenanda kertas soalan pelajar.
Ada waktu mengajar dan melatih pelajar yang terpilih untukdebat antara sekolah. Walaupun jadual dia terlalu padat. Kadang dia cari waktuuntuk membuat kek atau bengkang untuk pelajar dia.
Ada waktu dia akan menanda buku buku para pelajar. Kadangaku sendiri tertanya, bila geng cikgu ni semua berehat? Masa dengan keluargaada ka? Nak mohon cuti pun bukan senang.
Aku bila dengar celotehnya tentang sekolah, pelajar danaktiviti para cikgu di sekolah, aku buat keputusan untuk mendengar sahaja. Akufaham dengan tekanan dan kepenatan yang dihadapi oleh semua cikgu di Malaysia.
Bila dah jadi buah hati dia, aku pun cuba tanya ada apa yangboleh dibantu. Tapi tulah setiap apa yang aku cuba nak menolong, semuanya takselesai dengan sempurna. Dia faham niat aku, tapi aku yang jadi segan dan malu.
Aku sungguh teruja masa kali pertama dapat keluar dengandia. Dia cerita kat aku yang dia nak buat sesuatu yang istimewa. Hari yang kamipilih nak berjumpa tu hari Sabtu. Aku sangka dia nak datang ke Shah Alam,rupanya pukul 8 pagi. Dia minta aku turun ke Tanjung Malim.
Aku bila tengok mesej dia, aku macam apa? Tanjung Malim?Jauh kot. Aku jadi belah bahagi nak pergi ke tak. Aku tak reply mesej dekatsejam. Dalam pukul 9 pagi terus dapat panggilan. Berkali kali dia telefon aku.Akhirnya aku pun angkat. Dia pun memujuk dan meyakinkan yang aku tak akankecewa turun Tanjung Malim.
Aku pun ok baiklah. Aku dengan tak rancang perjalanan, akunaik komuter dari Stesen Padang Jawa turun ke Stesen KL Sentral. Mengambil masadalam 30 minit macam tu. Sampai di Stesen KL Sentral, aku terus keluar dan caritempat untuk baca perjalanan komuter.
Huuuhhh, lega sungguh hati aku bila dapat tau ada laluankomuter ke Stesen Tanjung Malim. Jadi sekarang aku dah tak perlu pening kepaladah. Aku pun terus jalan ke kaunter dan beli tiket ke Stesen Tanjung Malim.
Perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tanjung Malimmakan masa hampir 2 jam lebih kerana ada sesi pertukaran komuter. Jujur akucakap, dia lah wanita yang pertama yang aku sanggup berjalan jauh demi nakjumpa dia.
Dipendekkan cerita dekat pukul 1 tengah hari aku sampai.Bila aku sampai saja di Stesen Tanjung Malim,dia sudah ada di situ. Terus diabawa aku cari gerai yang berdekatan. Kami pun pesan air saja.
Tetiba dia buka beg, keluarkan pinggan untuk aku dan dia,dia bawa keluar nasi beriani dan ayam goreng. Masa dia hidangkan kat aku nasiberiani, aku macam kagum yang amat. Tapi bila aku makan, aku rasa macam nasigoreng.
Aku pun tanya kat Adaania.
Loqman :"Adaania ni nasi goreng ka sebenarnya? Sedapgila Adaania. Mana Adaania belajar buat nasi goreng ni? "
Adaania :" Eeee abang ni, sampai hati. Ni nasi beriani.Adaania siap guna perencah dan ikut arahan semua. Sedihnya Nasi beriani Adaaniabuat tak jadi."
Loqman :" Laaahhh, Adaania jangan macam ni. Bagi abangkan, beruntung tau mana mana lelaki yang berjaya miliki Adaania. Ni nasi nisedap sungguh. Abang tambah ni bukan sebab nak jaga hati, tapi jujur abangcakap memang sedap. Abang suka sangat sangat Adaania."
Adaania :" Ya ka sedap? Syukur abang kesayangan hatiAdaania suka."
Aku pun apa lagi, lepas dengar Adaania cakap macam ni terussenyum lebar. Aku suka sangat sangat tengok dia senyum. Betul betul aku rasamacam jatuh cinta dengan Adaania.
Aku tak tahu kenapa dengan aku ni. Aku lebih suka dengar diabercerita dari aku bercerita. Aku suka dengar dia bercerita, ketawa dan akusuka semua tentang dia. Bagi aku, dia cukup sempurna untuk aku.
Aku suka dengar dia menyanyi. Tak kisah lah lagu apa pun.Entah kenapa aku tak pernah rasa puas bercinta dengan dia. Setiap detik saatyang aku luang dengan dia mesti aku akan tulis dalam diari aku. Diari tu akunamakan Diari Cinta Abang dan Adaania.
Setiap kali ada peluang berjumpa dengan Adaania, In ShaaAllah aku pergi jumpa dia. Aku tak kisah naik turun komuter untuk jumpa dia.Lama kelamaan, aku jadi lali dengan perjalanan aku ke sana. Yang palingmenyeronokkan bila aku tahu ada perkhidmatan bas dari Terminal Bas Pudu keTerminal Bas Tanjung Malim.
Perjalanan ke sana lagi cepat, cuma ambil masa sejam sahaja.Lagi aku suka. Aku tak kisah gaji aku kena potong rajin sangat minta time offasalkan aku boleh jumpa Adaania. Bila dah hangat bercinta, memori telefon akupenuh dengan gambar selfie Adaania.
Bila dah bercinta, maka lahirlah ketaatan. Setiap kali diabermasalah, In Shaa Allah aku sampai dulu untuk membantunya. Begitu juga denganaku, bila aku bermasalah In Shaa Allah dia sampai dulu.
Dia ada masalah laptop rosak, dengan kadar yang pantas aku teruspergi ke Tanjung Malim. Aku bila terdesak tak da duit, In Shaa Allah dia berihadiah wang kepada aku. Katanya, ikhlas untuk abang kesayangan hati Adaania.
Masa ni semuanya manis, apa sahaja cadangan atau nasihatsemuanya aku ikut. Dia ajar untuk mula membaca buku sehari satu muka surat, akuikut. Dia ajar aku berdoa setiap kali turun hujan, aku ikut. Dia ajar apa sajakat aku, In Shaa Allah aku ikut.
Dia lah kamus rujuk aku senang cerita. Dia ajar tengokcerita korea, sebab nak aku sweet macam hero korea. Aku pun tonton drama dramakorea. Bila aku selalu tonton cerita korea, aku mula meniru gaya pelakon ceritakorea. Padahal muka aku macam cerita hindustan tapi nak lagak bergaya macampelakon korea. Bolehlah jadi korea bhaiya.
Bila dah terlalu mencintai Adaania, maka aku ambil keputusanuntuk berjumpa dan berkenalan dengan keluarga Adaania. Alhamdulillah syukursangat sangat kedua ibu bapa Adaania boleh terima aku seadanya walaupun aku nibekerja tak setaraf dengan Adaania.
Yelah Adaania kerja cikgu dan gajinya bagus. Aku pula kerjapelayan di kedai. Bagi kedua ibu bapa dia, asalkan aku ikhlas dalam hubungandengan Adaania. Rasa macam dah selangkah ke arah perkahwinan.
Mulalah kami berangan untuk berkahwin dalam tempoh 2 tahunmacam tu. Jadi kami merancang untuk menghadiri kursus perkahwinan sama sama.Masa tu semangat sungguh hadir ke kursus.
Kursus mula pukul 8 pagi, pukul 7.50 pagi dah siap sedia adadalam dewan. Dulu masa belajar, kelas pukul 8 pagi sampai di kelas pukul 8.20pagi. Disiplin pun ke laut. Kadang kelas macam biasa pukul 8 pagi, tapi aku takhadir terus ke kelas sebab tertidur. Bangun tidur dah pukul 10 pagi terus dapatmesej dari rakan sekelas. "Madam kirim salam kat ko."
Ibu Adaania kalau masak apa-apa lauk In Shaa Allah akanmasak lebih untuk aku tambah tambah bila tahu yang aku nak keluar denganAdaania. Kadang tu aku pun membalas balik dengan membeli hidangan yang istimewabuat keluarga Adaania.
Dalam masa yang sama, kami mula merancang untuk kumpul duitbersama.
Sinilah bermulanya sesi kenal hati budi yang sebenarnya.Sebelum sekadar saling menjaga hati dan berusaha untuk jejak manis dalam setiapkeadaan. Sekarang pula proses kumpul duit sama sama.
Dia ada ideologi lain dan aku ada ideologi lain. Mulanya dianak buat perniagaan jual produk kesihatan khususnya menjaga kecantikan wajah.Jadi dipendekkan cerita, nak masuk ni yuran pelaburan sebanyak Rm 6000. Akubila dengar jumlah banyak ni. Aku terus berterus terang yang aku tak ada wangsebanyak ni sebenarnya.
Adaania masa ni macam kecewa sikit. Tapi dia boleh sabardengan aku sebab dari awal aku jujur yang aku ni cuma kerja sebagai pelayan dikedai makan. Jadi dia buat keputusan untuk dia masuk dulu. Nanti bila aku dahada duit Rm 6000,aku pula masuk dan jadi ahli di bawah dia.
Selepas itu, Kami mula buat perniagaan yang berkos rendahbersama. Adaania buat biskut coklat dan popia nestum untuk dijual. Kamibersungguh sungguh cari jalan untuk lariskan jualan kami. Aku cari kedai kedaiyang sudi menerima kami letak produk di tempat mereka.
Berkat berusaha bersungguh sungguh, aku berjaya dapatletakkan produk kami di 7 kedai runcit dan 3 kedai makan. Adaania bila dapattau dengan perkembangan aku, dia punya seronok dan berterima kasih banyakbanyak dengan aku. Terus dia puji, "Macam ni lah bakal imam Adaania! Dahlah kacak,rajin dan bijak selalu."
Aku pun senyum lebar masa ni. Tapi senyum ni tak kekal lama,sebab aku tak ada ilmu peruncitan yang betul. Aku sangka tindakan aku palingbijak. Rupanya tidak, salah satu sebabnya aku tak fikir macam mana nak bagipelanggan beli produk kami walaupun kami tak ada di situ. Akhirnya produk kamimacam terbiar macam tu sahaja dan aku buat keputusan untuk ambil balik semuaproduk aku semula dari semua tempat yang aku letak.
Sayang usaha aku gagal. Usaha bagai nak rak. Bincang sanabincang sini tapi pulangan tak ada. Aku pun terfikir kenapalah aku boleh gagalmacam ni. Kekecewaan aku, akhirnya Pyan nampak. Pyan pun mula tanya.
Pyan :" Loqman, kenapa dengan ko ni. Aku tengok akhirakhir ni ko macam serabut. Ada masalah ka Loqman?"
Loqman :" Entahlah Pyan, perniagaan aku merosot teruklah."
Pyan :" Haahhh? Perniagaan? Tak pernah pun ko ceritakat aku?"
Loqman :" Macam ni, sebenarnya aku rancang nakberkahwin tapi duit tak cukup. Jadi aku rancang dengan buah hati aku untukberniaga. Aku jual biskut coklat dan popia nestum. Aku dapat letak di 7 kedairuncit dan 3 kedai makan. Aku sedih satu peket pun belum terjual. Aku peningkepala fikir benda ni."
Pyan :" Mungkin cara ko salah agaknya. Yalah cubatengok iklan ubat gigi, minuman dan makanan ringan. Hari hari kita tengok iklandia. Tengok macam mana dia pasar barang, macam mana dia jual barang, macam manadia bungkus barang semua tu kena tengok Loqman."
Loqman :" Yalah Pyan, Aduuuhhh nak kena bayar duit lagipergi belajar. Nak bayar sewa bilik lah, makan, minum, bil air, servis motorlah macam macam lah. Pening kepala aku macam ni. "
Pyan :" Eh gak perlulah pergi kelas dulu. Belajarlahbetul betul di YouTube. Saluran percuma informasi di situ. Nanti sudah habisbelajar terus buat strategi perniagaan. Baru jual semula produk ko."
Loqman :" Huuuhhh berapa lama nak belajar baru nakpandai, bila pula nak jual barang macam ni? "
Pyan :" Tadi ko yang kasi tahu, produk ko satu pun takjalan. Habis apa bezanya ko pergi belajar dulu. Bukan suruh ko pergi ambilsijil ka diploma ka."
" Ko dah tak cukup wang, tak kan mahu berhutang lagi?Bahaya tau hidup banyak berhutang. Nanti semua orang cari ko."
Loqman :" Yelah yelah Pyan, aku dengar cakap ko. Akubelajar dari YouTube dulu."
Aku pun selepas habis kerja, aku lepak di kedai mamak.Internet sini sangat laju. Jadi aku ambil kesempatan untuk Cara perniagaanproduk baru di pasaran. Ada banyak perkongsian ilmu dari pelbagai negara.
Aku masa ni jadi teruja,sebab yang berkongsi ilmu ni punhebat orangnya. Ada yang usahawan berjaya, professor, jurujual dan lain lainlagi. Aku buka dan dengar satu per satu video. Ada yang aku buat nota. Ada yangaku sekadar dengar.
Berkobar kobar aku jadi bila aku dapat banyak ilmu di sini.Terus aku pun ubah percaturan perniagaan aku. Tengah aku khusyuk membuatstrategi untuk produk aku, tetiba keluar iklan.
"Anda ada masalah dalam perniagaan?"
"Masalah tidak ada pembeli?"
"Masalah produk tak laku?"
"Bayar duit pengiklanan mahal mahal tetapi jualan tetapsikit?"
"Dah berusaha macam macam tapi jualan tetap sama?"
"Salah siapa sebenarnya ni?"
"Sampai bila nak kekal macam ni macam ni"
"Jangan tunggu sampai semua orang tahu yang kau lahPEMBUNUH perniagaan!"
"Kerana kebodohan kau lah, semua orang merana!"
"Masih ada harapan lagi untuk menyelamatkankeadaan."
"Kami dari Propa Lebih Marketing menyediakan seminarperniagaan secara PERCUMA untuk anda."
"Kami hargai semangat juang anda sebagai Usahawan yangbersemangat lagi tidak putus asa."
" Di bawah Syarikat kami, dengan jayanya kami telahmelahirkan ramai Usahawan yang berjaya."
"Ingatlah kata kata hikmah di bawah ini"
" Dah tahu diri tu tak pandai, jadi janganlah berlagakpandai."
"Nak berjaya kena ada mentor"
"Bertindak sebelum terlambat,bertindak dengansegera."
"Sila layari laman sesawang kami di blah blah marketinguntuk mendaftar seminar kami."
"Di seminar kami, kami akan ajar tanamkan produk andadalam mata para pelanggan."
"Kami akan ajar, Cara membuat para pelanggan tidak adapilihan lain kecuali beli produk anda sahaja."
" Kami akan ajar cara untuk membuat pesaing anda kurangmenyerlah dari anda."
"Semuanya kami bongkarkan dalam seminar secara PERCUMA."
"Ingat, jangan tunggu dan jangan bertangguh untukmendaftar seminar kami."
"Usah biarkan hidup anda diselubungi dengan MisteriMimpi Kegagalan."
Selepas aku baca ayat ayat tadi, terus aku.
Loqman :" Eleh mamat ni, ayat dia pun kebas taglinecerita kat Tv. Menggelabah lebih pulak."
Tapi dalam masa yang sama aku terfikir, aku dah jualanproduk aku pun bermasalah. Orang dah bagi seminar percuma tapi aku pula banyakmengutuk dari mengambil peluang.
Mana tahu dengan join seminar ni, boleh aku bagi gempakjualan aku. Malaslah aku nak jadi warga bodoh sombong ni. Aku kena ingat, misiperniagaan aku kali adalah untuk berkahwin dengan Adaania.
Jadi aku pun daftar seminar. Selepas daftar seminar, aku puncheck email aku. Waaahhh, rezeki sungguh aku. Aku dapat satu lagi tiket percumake seminar. Otak aku pun terfikir Pyan.
Keesokan hari aku pergi kerja macam biasa di kedai makan.Pada waktu petang masa pelanggan kurang, aku pun ambil peluang untuk bersembangdengan Pyan.
Loqman :" Pyan, aku udah pun buat kajian macam suruhtu. Aku pun belajar banyak di YouTube. Masa aku tengah syok belajar tetibakeluar seminar perniagaan secara Percuma. Syarat seminar percuma tu kena ajakko pergi sekali."
Pyan :" Hahahahahaha, itu syarat ko! Belum pernah lagiaku dengar syarat macam ni. Bila seminar tu Loqman?"
Loqman :" Ahad depan Pyan. Jomlah teman aku Pyan. Akutak ada kawan. Ko sorang je kawan aku Pyan. Dalam telefon aku pun ada nombor kosorang je."
Pyan :" Ahhhhh Preeeeettttt! Ko bila udah jumpa pacarko. Satu mesej ko pun gak pernah sampai sama aku. Ni lah manusia. Bila susahcari aku yang baik hati, bila udah senang tinggalkan aku keseorangan."
Loqman :" Hahahahahaha, ayat ko jangan syahdu sangatboleh tak? Alaaahhhh Jomlah ikut aku ahad ni. Jomlah Pyan. Kesianlah kat aku.Nanti aku sorang sorang dalam dewan. Aku tak tahu nak cakap dengan sapa nanti.Aku tak tahu nak ketawa dengan sapa nanti. Cuba ko bayangkan kehidupan aku bilako tak da."
Pyan :" Ahhhhh ayat ayat ko tu tak mujarab langsungsama aku. Ko pergi cakap ayat ayat ni kat pacar ko. Haaihhh yelah yelah akuikut ko. Mana tahu nanti aku pandai niaga, boleh aku jual ko nanti."
Loqman :" Hahahahahaha Alhamdulillah terima kasih Pyansudi ikut aku. Jap gi kita minta cuti kat Boss untuk hari Ahad depan tau."
Pyan :" Yelah yelah."
Malam tu bila aku selesai kerja dan balik rumah. Akupunyalah seronok. Aku rasa memang harapan aku cerah dalam perniagaan. Bilaperniagaan aku dah maju,boleh aku terus masuk minang Adaania.
Aku pun mula buka YouTube dan mainkan lagu cinta. Sambilsambil aku baring, aku mula berlatih lafaz akad nikah dengan Adaania.
"Aku terima nikah Hidayatul Adaania Safiyah......"
"Aku terima nikah Hidayatul Adaania Safiyah......"
"Aku terima nikah Hidayatul Adaania Safiyah......"
Eh,mas kahwin berapa Adaania nak letak? Hmm kalau Rm 50 punok juga. Tak lah mahal sangatkan. Tapi aku berniat, andaikata kewangan aku masatu sangat bagus. Mas kahwin untuk Adaania aku nak bagi sebanyak 1 dinar emas.Rasanya adalah dalam harga Rm 800 ke Rm 900 macam tu.
Yelah kan kalau kita dah sayang seseorang. Berapa yang diaminta, apa yang dia suka dan apa apa sajalah semuanya kita ikut dan buat. Akupun dah mengantok sangat ni. Aku pun tidur.