Home Novel Kisah Hidup Duka Tak Dirancang
Duka Tak Dirancang
Eez Aliff
25/1/2022 08:27:20
57,503
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 7

Keesokan hari dalam pukul 10 pagi aku pun menaiki bas kePadang Jawa untuk pergi kedai motor Razman. Hari ni adalah hari pelaburan aku.Aku buat ni demi Adaania.

 

Aku sampai di Padang Jawa dan aku berjalan terus ke kedaimotor Razman. Aku dapat rasa petanda baik untuk aku. Yang memang betul, sebabbila aku sampai saja di kedai motor Razman. Terus dia bagi kat aku 4 ribu.

 

Terus aku nak gerak pergi ke stesen bas, tapi Razman sendirikata tunggu jap biar dia yang hantar aku ke Pusat Komersial. Aku rasa legasangat, tak payah aku nak tunggu bas.

 

Sampai aku di Pusat Komersial, aku pun tukar rancangan. Akuterus pergi ke ATM dan ambil semua duit simpanan untuk cukupkan 7 ribu. Bakidalam akaun aku cuma ada 30 ringgit saja.

 

Aku pun tak nak buang masa terus aku hubungi Riyadh. Riyadhterkejut sebab mulanya aku janji pukul 3 petang. Ni pukul 1 dah telefon. Jaditak sampai setengah Riyadh pun sampai.

 

Riyadh :" Amboi Hero, semalam sembang jumpa pukul 3petang. Ini pukul 1 lebih dah ajak jumpa."

 

Loqman :" Haa ni 7 ribu aku."

 

Riyadh :" Yaa macam ni lah orang berjaya. Dia tak akandengar kata kata orang lain. Dia percaya diri sendiri."

 

Loqman :" Riyadh, aku datang sini untuk melabur. Akubukan datang sini nak dengar kata kata ko. 3 bulan dari sekarang yaa. Cukup 3bulan aku nak 15 ribu."

 

Riyadh :" Bulan ke 4 minggu pertama baru ko dapat Hero.Ok lah aku pun tak nak buang masa. Aku nak jumpa consultant aku. Aku nak kasiduit ni cepat-cepat. Aku nak ko berjaya."

 

Loqman :" Ok, terima kasih Riyadh. Ok lah aku nak balikdulu. Nanti jumpa lagi."

 

Riyadh :" Jangan risau my bro, duit ni akan jadi magic.Ok lah balik dulu."

 

Maka bermulalah hari pelaburan aku. Hari ni jugalah hariyang aku bina harapan. Aku sampai saja di rumah. Terus aku ambil gambarAdaania. Aku tengok gambar dengan penuh perasaan rindu.

 

Aku pun mula berangan aku akad nikah dengan Adaania. Akulafaz akad nikah dengan sekali lafaz. Adaania dalam dan cium tangan aku. Kamiduduk atas pelamin. Kalau ikut perancangan masa bersanding nak pakai bajupengantin warna biru muda.

 

Selesai semuanya bila tiba malam hari,aku nak pegang tanganAdaania. Aku nak luah perasaan rindu dan sayang aku kat dia. Aku tak mampu lalusehari pun tanpa ingat kat Adaania. Aku rindu Adaania. Aku sayang Adaaniasangat sangat.

 

Aku akan cerita balik, apa usaha yang aku buat demiperkahwinan ni. Aku bayangkan keesokan hari,kami sama sama keluar beli barangbasah untuk masak dan barang keperluan rumah.

 

Kami sama sama masak. Masa makan kami saling suap menyuap. Sebelumkeluar rumah, aku akan datang dan bisik di telinga Adaania "Abang cintakanAdaania." Buat kerja rumah sama sama.

Kalau boleh setiap saat halal aku dengan Adaania, semuanyaaku nak rekodkan.

 

Saat Adaania mengandung anak pertama, dari perut kecil sampaike perut besar semuanya aku nak hargai. Kalau ikut aku, aku nak sangat ada anakperempuan dengan Adaania. Aku nak muka comel Adaania turun kat anak kami.

 

Adaania mengandung pi lah berapa kali, tapi aku tekad akuakan hargai setiap detik yang aku lalui dengan Adaania macam pertama kali. Akunak besarkan anak anak kami dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan.

 

Aku nak lalui setiap saat pahit dengan tenang. Aku nak laluisetiap saat manis dengan perlahan. Aku terlalu mencintai Adaania. Biarlah aku berjanjimencintai dia hingga ke nafas aku yang terakhir. Dia lah cinta terbaik dalamhidup aku.

 

Aku pun kembali bekerja seperti biasa pada keesokan hari.Aku rasa tenang dan tak perlu pening kepala nak fikir pasal duit kahwin. PernahPyan nampak macam pelik dengan aku. Terus Pyan soal aku.

 

Pyan :" Loqman, ko macam lain ja sekarang."

 

Loqman :" Lain? Aku rasa pakaian aku semua sama ja. Takda perubahan apa pun lah kat aku."

 

Pyan :" Bukan macam tu, ko sebelum ni asyik risaudengan duit kahwin. Tapi sekarang ko macam tak da masalah. Apa sebenarnya jadiLoqman? "

 

Loqman :" Oh tak dak apa apa apa Pyan. Aku sebenarnyadah jumpa dengan orang yang boleh dahulukan duit dia untuk aku."

 

Pyan :" Ooooo kiranya ko nak berhutang lah untukberkahwin ni."

 

Loqman :" Lebih kurang macam tu lah Pyan. Aku sayangsangat dengan Adaania. Aku terpaksa buat macam ni."

 

Pyan :" Nanti kalo ko udah dapat kerja lagi bagusbayaran, ko tinggalkan kerja ini yaa. Ko kena fikir. Kahwin bukan satu hariLoqman. Kahwin ni tanggungjawab dia berat tau."

 

Loqman :" Baik Pyan. Aku dengar nasihat ko."

 

Pyan :" Aku bukan apa Loqman, aku risau ko buat kerjabodoh. Ko pergi laburkan duit dekat kat kawan ko tu. Aku gak mau ko kenatipu."

 

Terus aku terdiam. Alamak jangan jangan Pyan tahu pasal aku buatkerja ni.

 

Pyan :" Loqman, ko kenapa diam? "

 

Loqman :" Tak da apa apa Pyan, aku dengar nasihatko."

 

Lepas dari perbualan ni, terus timbul kerisauan. Dibuatnyakata kata Pyan tu betul, habislah aku. Duit hilang, Adaania pun melayang. Balikrumah, terus aku telefon Riyadh. Cepat Riyadh jawab panggilan aku. Aku rasalega sangat.

 

Hari demi hari berlalu, semuanya aku pangkah di kalendaraku. Akhirnya setelah 3 bulan berlalu,hari pertama di minggu yang pertama dibulan 4 aku hubungi Riyadh.

 

Loqman :" Hello Riyadh, ko kat mana? Aku nak duitaku."

 

Riyadh :" My bro, rileks my bro. Dalam 2 hari lagi duitko sampailah di tangan aku. Lepas tu terus aku telefon ko atau ko boleh cariaku kat flat Nilam ni."

 

Loqman :" Baik lagi 2 hari aku cari ko. Yang pentingaku nak duit aku."

 

Riyadh :" Tak da hal bro. Aku nak ucap kat ko selamatberjaya my bro. Ucap awal awal senang, tak kalut. Orang kaya baru Loqman,hahahaha. "

 

Loqman :" Ha yalah tu, lagi 2 hari yaa. Ok lah Riyadh,bye."

 

Riyadh :" Bye."

 

Jadi aku pun menunggu dengan penuh keterujaan lagi 2 hari.Aku dah mula bina harapan. Aku tak sabar nak hubungi Adaania dan kata.

 

" Adaania, abang dah berjaya ada 10 ribu. Adaania jomkahwin Adaania. Abang serius ajak kahwin Adaania."

 

Pejam celik pejam celik cukup 2 hari. Aku pun tunggu. Pukul7 pagi belum ada panggilan. Mungkin sebab awal pagi. Aku pun terus menunggu.Pukul 8 pagi, pukul 9 pagi dan 10 pagi.

 

Aku mula rasa tak sedap hati. Aku terus capai telefon danhubungi Riyadh. Setiap kali aku telefon aku akan dengar suara operator telefon." Harap maaf, sila cuba sebentar lagi."

 

Aku mula rasa cemas, takut dan marah.  Aku terus jalankaki pergi ke pangsapuri Nilam. Aku jalan kaki dengan pantas ke sana. Dalammasa 20 minit aku sampai ke sana. Masa aku sampai sana, baju aku basahberpeluh.

 

Sekarang baru aku tertanya,blok mana satu Riyadh tinggal?rumah yang mana?

Menyesal sungguh aku dengan sikap tak teliti dengan semuahal. Aku masih lagi menelefon Riyadh. Tetap tak ada jawapan.

 

Aku terus buka telefon aku, dan cari gambar whatsapp Riyadh.Malang sungguh aku, gambar whatsapp Riyadh pun tak ada. Aku terpaksa geledahgambar di dalam facebook aku dengan harapan ada gambar Riyadh.

 

Puas aku geledah, akhirnya aku jumpa ada satu gambar yangada Riyadh. Gambar ni masa kami bergambar masa masuk pertandingan separuh battleof the band dulu.

 

Aku zoom gambar bagi besar terus aku jalan dan tanya sesiapasaja yang aku jumpa. Aku harap sangat ada yang tahu Riyadh ni tinggal di mana.Dekat 4 jam aku merayau bertanya, satu per satu blok pangsapuri aku pergi. Takada sapa yang tahu.

 

Paling aku rasa kecewa bila aku dengar jawapan, " PakCik tak pernah nampak pun muka ni adik." Aku rasa sangat tertekan dan akumuntah terus di situ. Aku duduk dan berehat.

 

Menyesal sungguh aku percaya Riyadh. Kepala aku mula rasapanas. Aku mula ingat semula janji aku dengan Razman. Aku mula bayangkan janjidengan Adaania. Sekarang semuanya akan membebankan aku.

 

Aku pun balik ke rumah. Aku masuk bilik dan terus kuncipintu. Aku menangis mengenangkan nasib aku. Ada ada saja yang tak kena. Ada adasaja masalah akan timbul. Semuanya tak berakhir dengan apa yang aku nak.

 

Aku terlalu penat sangat. Tengah bersedih dan menangis. Tibatiba telefon aku berbunyi. Terus aku cepat-cepat capai telefon aku. Aku harapsangat panggilan dari Riyadh.

 

Rupanya Adaania yang telefon aku. Aku pun terus jawab.

 

Loqman :" Assalamualaikum Adaania."

 

Adaania :" Waalaikumsalam. Hmmm Abang buat apa tu?"

 

Loqman :" Abang tengah duduk ja ni."

 

Adaania :" Ooooo, Abang Adaania nak bincang denganabang sekarang."

 

Loqman :" Adaania, boleh tak kita bincang esok saja.Abang minta maaf, abang tak da mood malam ni."

 

Adaania :" Tak da, tak da sekarang jugak! Macam manaabang,dah ada berapa sekarang ni? Bila nak nikah?"

 

Loqman :" Adaania, abang tak tahu macam mana nak ceritakat Adaania. Abang kusut sangat sekarang ni Adaania."

 

Adaania :" Jawab soalan Adaania! Abang ada berapasekarang? Jawab!"

 

Loqman :" Adaania, tolonglah abang kena tipu duitAdaania. Tolonglah faham abang, abang merayu sangat sangat ni. "

 

Adaania :" Abang cukup cukuplah semua ni. Abang takpernah jujur dalam hubungan ni. Kalo abang betul betul nak nikah denganAdaania, In Shaa Allah akan dipermudahkan. Tapi abang tengok cara abang sekarang.Abang ada berapa sekarang ni!"

 

Loqman :" Abang 30 ringgit ja Adaania. Adaaniajanganlah cakap macam abang ni tak berusaha."

 

Adaania :" Adaania dah penat dengan semua ni. Memangbetul lah abang bukan jodoh Adaania. Mak cik mak cik Adaania semua tanya bilanak nikah? Betul ka yang ni jodoh? Semua orang suruh tinggalkan abang. TapiAdaania tetap sabar dan percayakan abang."

 

" Abang sepatutnya dari awal dulu berhenti kerja dikedai makan dan kerja lain. Dah tahu nak kahwin, carilah kerja yang gaji banyak.Abang sampai bila bila tak kan berubah."

 

" Abang dah biasa hidup senang macam ni. Sekadar cukupmakan. Abang malas berusaha. Sebab tu abang tetap macam ni. Adaania kecewadengan abang."

 

" Esok Adaania akan pos sijil abang. Abang kita putusyaa. Keluarga Adaania nak kahwinkan Adaania dengan kenalan orang KL. Abang takpayah cari Adaania yaa. Minta maaf segala salah silap sepanjang perkenalankita. Halalkan makan minum Adaania. Assalamualaikum."

 

Lepas Adaania end call, aku meraung dengan sekuat hati. Akurasa sedih yang amat masa ni bila Adaania tinggalkan aku. Aku tak berdaya nakterima keadaan ni.

 

Pedihnya hati aku, kenapa Adaania buat macam ni. KenapaAdaania tak fikirkan pasal aku. Terus aku rebah ke lantai. Aku menangis takberhenti henti. Aku tak mampu nak terima hakikat yang Adaania nak berkahwindengan orang lain.

 

Aku tak fahamlah, kenapa aku ni malang sangat? Kenapa senangsungguh Adaania ucapkan perpisahan dekat aku? Kenapa susah sangat untuk akuterima perpisahan dengan Adaania?

 

Lama aku menangis memikirkan Adaania. Sambil kepala akubersandar di tepi katil, sambil air mata aku mengalir. Aku akhirnya hanya bolehucap.

 

"Selamat tinggal bidadariku."

"Selamat tinggal bidadariku."

 

Secara tak sedar aku pun terlelap. Tak berapa lama akudengar ada bunyi ketukan pintu yang sangat kuat. Aku malas nak layan. Akuteruskan tidur.

Entah macam mana aku dengar suara Pyan.

 

Pyan :" Loqman! Ko dah gila ka Loqman? Udah pukul 4petang Loqman!Boss telefon ko banyak kali ko tak angkat!"

 

Loqman :" Aku tak mahu kerja Pyan. Tolonglah aku, Pyan.Cakaplah kat boss aku nak berhenti kerja."

 

Pyan :" Eh ko ni, macam lah ko udah kaya sekarang ni.Cepatlah bangun pergi mandi, jom pergi kerja. Boss udah marah banget. CepatlahLoqman!"

 

Loqman :" Ko boleh stop tak asyik tengking kat aku? Akuserabut tau sekarang ni! Dah lah duit aku 7 ribu kena tipu! Lepas tu, Adaaniaminta putus! Tolonglah Pyan !"

 

Pyan :" Astaga ko dah kenapa Loqman? Ko pergi melaburduit ko semuanya kat kawan ko tu? Udah aku bilang sama ko, jangan ko percayasama dia. Sekarang dia makan ko hidup hidup Loqman. Ko ada hutang dengan sapasapa tak untuk labur ni? "

 

Loqman :" Ada Pyan."

 

Pyan :" Berapa ratus ko pergi hutang? Ko boleh akubantu,aku kasi dahulu duit aku."

 

Loqman :" Tak payahlah Pyan. Aku hutang banyak."

 

Pyan :" Haa? Berapa Loqman? "

 

Loqman :" Dekat 4 ribu Pyan. Tolak motor aku yang dahjual kira kira dekat 2 ribu lebih. "

 

Pyan :" Aku tak sangka ko boleh buat kerja gila ni. Kopergi pula jual motor. Loqman, nanti kita sambung. Sekarang cepat mandi dansiap siap. Jom pergi kerja. Nanti boss mengamuk susah nanti. Cepat Loqman, akutunggu ko."

 

Aku pun mandi dan bersiap siap. Selepas tu terus aku denganPyan ke kedai. Sampai di sana terus aku ditengking oleh boss aku. Kuat sungguhsuara, rasa boleh tembus dinding 3 ke 4 kedai.

 

Boss kata aku tak ada disiplin, cuti suka hati, telefon taktau jawab, pemalas dan macam macam kat aku. Paling ngeri aku dengar boss mulaugut nak hentikan aku. Terus Pyan pujuk boss dan minta diberi peluang kedua.

 

Boss pun terima permintaan Pyan. Aku pun terus buat kerjaseperti biasa. Aku malu ditengking oleh boss tadi. Aku malu sangat sangat. Bilaaku dah mula kurang kerja, mula pula aku teringat kat Adaania. Berlinang airmata aku.

 

Masa dah habis kerja, aku pun duduk termenung di luar kedai.Pyan pun datang memujuk aku.

 

Pyan :" Loqman, udah udah lah tu. Benda dah jadi nakbuat macam mana."

 

Aku cuma tak mampu berkata apa masa ni. Air mata akuberlinang masa ni.

 

Pyan :" Loqman, aku mau tanya sama ko. Kenapa ko pergilabur wang 7 ribu sama kawan ko? Kenapa ko percaya dia lagi? "

 

Loqman :" Aku terpaksa Pyan. Aku terpaksa buat macamni. Demi perkahwinan aku dengan Adaania."

 

Pyan :" Kerja yang ko minta satu pun tak dapat kaLoqman?"

 

Loqman :" Satu pun tak dapat Pyan."

 

Pyan :" Loqman, jom kita report polis. Duit ko 7 ribuhilang lepas tu ko ada hutang 2 ribu lebih. Tahi betul kawan ko."

 

Loqman :" Baiklah aku pergi buat laporan polis."

 

Pyan :" Ok jom kita pergi sekarang."

 

Loqman :" Pyan, nanti aku pergi sendiri."

 

Pyan :" Eh ko ni, pelik aku dengan ko. Baik pergireport kat polis, mana tahu duit ko boleh diselamatkan. Ini kalo ko sendirilambatkan,susahlah macam ni."

 

Loqman :" Pyan, kalo ko kat tempat aku. Aku rasa ko punentah nak pergi report atau tak. Aku sendiri tak fahamlah, apa aku buatsemuanya tak jadi."

 

" Ada saja tak kena. Ada saja masalah timbul. Akutengok orang lain semua apa yang diorang buat semua jadi. Aku? Aku letihlahmacam ni. Ni kalo aku report silap silap jumpa Riyadh masa dia tinggalseringgit ja duit aku."

 

" Aku rasa macam hidup aku ni kena sumpah. Kadang akurasa macam dunia ni kejam gila. Aku tak tahu yang ni takdir ka?ujian ka? dugaanka? cubaan ka? yang aku pasti akhirnya mesti lingkup."

 

"Aku sekarang ada 30 ringgit dalam akaun bank. Tak lamalagi nak bayar sewa biliklah,bil air, elektrik, nak beli sabun lah, makan,minum. Aku boleh jadi gila lama lama macam ni."

 

Pyan :" Aku minta maaf yaa kalo aku buat ko jadiserabut, macam ni lah. Aku rasa baik ko mulakan kehidupan baru. Kerja dankumpul duit. Lepas tu cari jalan macam mana nak selesaikan hutang. Aku rasabaik ko pergi bincang dengan geng kedai motor tu. Minta tempoh sikit."

 

Loqman :" Ok Pyan, terima kasih Pyan. Ko selalu adauntuk aku."

 

Pyan :" Sama sama Loqman, jumpa esok. Dah jangan fikirsangat masalah ni yaa. "

 

Aku pun beredar dan balik ke rumah. Sampai saja di rumah,aku pun duduk sekejap atas katil sebelum pergi mandi. Aku walaupun tengahdirundum dengan banyak bebanan masalah, jauh di sudut hatiku. Aku masihmengharapkan Adaania kembali kat aku. Ya,aku rindu Adaania.

 

Keesokan pagi, dalam pukul 9 pagi aku gagahkan diri untuktelefon Razman. Aku nak bercerita hal sebenar, masalah aku dan aku nak mintauntuk bayar secara ansur-ansuran sampailah hutang selesai dibayar.

 

Setelah aku beria ria cerita semuanya kepada Razman, apayang aku terima adalah maki hamun dan ugutan. Aku lewat bayar dalam sebulan,hutang aku akan bertambah sebanyak 200 ringgit.

 

Sudahlah jatuh ditimpa tangga, sedih sungguh aku di waktupagi. Pening kepala aku dengan macam macam masalah. Aku letak tepi sekejapmasalah aku sebab aku kena pergi kerja. Cukup cukuplah semalam dah kenatengking dengan boss.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eez Aliff