Home Novel Keluarga November Rain
November Rain
DoubleEtch
24/5/2022 18:14:46
16,140
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 4

Jam sudah menunjukkan pukul 12 Malam. Dia sampai ke rumah setelah dua minggu di California. 

Rompin yang mengambilnya. Mujur Rompin ingat untuk mengambil kereta Audinya yang ditinggalkan dengan Valet di lapangan terbang. Dia mulai bosan untuk menaiki pesawat awam. Dengan tahap bisnes syarikatnya yang semakin maju, dia lebih dari mampu untuk duduk di kelas bisnes. Pasti pihak syarikat akan bersetuju dengan apa juga kehendaknya sebagai seorang yang penting dalam syarikat... Tetapi dia tidak rasa bisnes kelas cukup apa tah lagi penerbangan ke destinasinya mengambil masa berbelas jam. Dia muak apabila kadangkala terpaksa transit di Jepun, mahu sahaja dia membeli pesawat peribadi tetapi dia perlu berhati-hati.  

Ada banyak pihak yang mahu melihat dia jatuh. Begitulah keadaannya dengan dunia. Kejayaan dikejar tetapi kemudian, kejayaan itu juga yang memenjara orang yang berjaya dengan segala sekatan. Dengan kejayaan dia perlu memikirkan keujudan musuh yang mahu dia tersungkur dalam perniagaannya.

Dia melepaskan keluhan apabila menyusuri perumahan di Muara Heights. Beberapa orang pemegang saham syarikatnya ada membeli hartanah di situ. Di situ, mereka yang dianggap golongan bangsawan berkumpul, dan satu hari nanti dia akan termasuk dalam golongan itu.

Rumah yang ditujunya terletak tidak jauh dari kawasan elit itu. Dia lihat lampu rumah masih terang. Tetapi hatinya tidak rasa bersemangat hendak melangkah ke dalamnya.

Pintu dikuak dan Murni sudah terpacak di depan pintu.

"Awak ke mana?" tanya Murni, tangan di cekak pinggang.

Dia tak ada nafsu untuk menjawab pertanyaan wanita itu.

Bagasi yang diseret di letak ke tepi.

"Awak ke mana??" jerkah Murni sakit hati diabaikan seperti dinding. "Pejabat awak kata awak tak ada di pejabat."

"Kau telefon ofis aku?" tanyanya, berang.

"Tak. Saya dapat tahu sendiri." Balas Murni penuh sarkastik. Murni tahu itu sekatan utama yang dia sepatutnya ikuti. Itu janjinya, dulu. Dia tidak dibenarkan masuk campur hal Faisal dengan kerjayanya.

"Habis, kau nak aku ke mana?" dia menjawab persoalan dengan persoalan semula. "Kau nak aku balik ke sana ke?"

"Hey saya nak tahu awak ke mana selama dua minggu??" tanya Murni panas hati. Bahagian kedua soalan Faisal diabaikannya. 

"Kerja." Dia menghempas diri ke sofa sambil membuka kotak rokoknya. "Aku tak perlu lapor diri kepada kau tentang kerja aku."

"Kerja?? Saya tanya orang mereka kata awak ke luar negeri!" kata Murni mahu jawapan.

"Heh dah tahu buat apa tanya?" dia balas lagi nak bagi Murni sakit hati. "Cakap orang kau dengar sangat?"

"Sebab saya nak duit beli makanan!" jawab Murni. "Dan orang lebih banyak cakap benar berbanding awak!"

"Kan aku bagi kau duit dalam akaun setiap bulan? Kau buat apa dengan duit tu?" dia menyandar diri di sofa. Remote di tekan. Televisyen terpasang. Matanya memandang ke arah skrin, tetapi dia tidak peduli apa rancangan pun dalam tv sebenarnya. Dia hanya mahu Murni berambus sahaja dari ruang itu. Dia sudah penat melayan hal bisnes syarikat yang mencabar...tiba-tiba Murni buat perangai macam budak kecik minta perhatian...

Wajah Murni dipandang sekilas lalu. Dah macam puntianak, mengerbang memanjang...baju kelawar itu versi ke berapa entah lah dia tidak ingat. Setiap kali dia pulang ke rumah Murni berbaju kelawar. Warnanya dia sendiri pun sudah tidak perasan. Yang jelas rambut Murni yang tidak terurus dan hapak semakin menjadi-jadi...pada halnya Murni bukan saja cantik malah pernah menarik perhatiannya. Kini, segalanya bagai tidak bermakna lagi.

Sepatutnya dia terus ke kelab, ada banyak pelayan yang sanggup duduk di atas pehanya, melegakan kerunsingannya tentang tekanan kerja...dia mengeluh sedikit kesal kerana menolak ajakan kawan-kawannya.

"Awak ingat cukup duit awak bagi?" tanya Murni, melihat Faisal melayan angan-angan. Murni tahu jasad Faisal sahaja di situ, tetapi fikiran lelaki itu sudah lama tidak berada di tempat sama.

"Mestilah cukup. Kau dengan Fakhrul saja. Apa kau makan banyak mana sampai duit aku bagi tak cukup?" dia mula berkira.

"Duit awak bagi tu cukup untuk bayar yuran taska dia sahaja." Balas Murni.

"Taska? Buat apa hantar taska. Kau bukan kerja pun." Balasnya, saja cari pasal.

Murni terdiam. Sakit hatinya tidak terperi.

"Hey...ini janji awak. Awak kata kita nikah nanti saya servis awak sahaja... lain-lain awak tanggung beres."

"Habis? Anak tu kau tak reti nak bela? Tu kan anak kau?" tanya dia.

Mata Murni terbeliak dengan kata-kata pedas Faisal.

Di celah pintu bilik Fakhrul, Murni menyedari anak kecil itu sudah bangun. Mata Murni meleret melihat Fakhrul yang tercegat di tepi bilik. Mulutnya terkunci untuk membalas kata-kata Faisal lagi. Cepat-cepat dia beredar ke arah bilik Fakhrul dan masuk ke dalam.

Apabila menyedari Murni sudah mendiamkan diri dan beredar, Faisal melepaskan nafas lega.

"Tak habis-habis membebel..." dia mengeluh. "Good riddance!" Dia menguap. Luas mulutnya terbuka, lengannya di depang di sofa. Matanya memandang skrin tv dengan perasaan bercampur aduk. Ke mana kah perasaan yang dulunya merimbun dan mewangi apabila dia bersama Murni. 

Tangannya mengketik butang remote menukar channel untuk entah kali ke berapa...

Tak semena-mena, tiba-tiba matanya yang mengantuk dan kepenatan kembali membulat apabila wajah seseorang muncul di skrin televisyen.

"Alamak..." dia menelan air liur. Matanya terpaku penuh khusyuk melihat wajah dambaan dia dan kawan-kawannya itu. Dina Markona, gadis muda yang sedang meningkat naik. Persembahan tarian dengan gesekan biolanya itu memikat hati ramai dan popularitinya semakin meningkat....dan malam ini dia lihat di skrin tv nya, Dina Markona kelihatan menari bersama sekumpulan gadis muda yang meliuk-liuk dengan tarian yang membuatnya ternganga di sofa itu. 

"Aduhai...dah masuk TV pulak budak ni...Dah ramai orang kenal, banyak pulak lah competitor aku nanti...bukan tiga ekor tu saja...aku mesti bertindak pantas..." tekadnya diperbaharui.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh DoubleEtch