Suatu ketika dahulu Jazirah Arab di bahagikan
kepada dua bahagian dan dikenali sebagai Arab Utara dan Arab Selatan.
Ribuan tahun sebelum wahyu pertama diturunkan
kepada Nabi Muhammad Shallahu 'alaihi wasallam, di Jazirah Arab telah muncul
beberapa buah kerajaan agung yang didirikan oleh orang-orang Arab.
Negeri Yaman menjadi gedung sejarah Arab yang
tidak ternilai ketika itu. Kerajaan Quthban didirikan sekitar 1000 tahun,
sebelum kelahiran Nabi Isa. Kerajaan Ma’in pula muncul selepas 200 tahun
kemunculan Kerajaan Quthban. Kemudiannya, Kerajaan Ma’in, sebuah kerajaan yang agung
yang turut dikenali sebagai Kerajaan Saba’. Mengikut Harun Yahaya, Kerajaan
Saba’ muncul pada 1000 hingga 750 tahun sebelum Masihi.