Home Novel Fantasi Waris Takhta
Waris Takhta
Ramzie AA Rosli
17/8/2018 02:00:29
6,744
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Senarai Bab
Bab 1


"Tahniah tuanku, nampaknya tuanku dikurniakan seorang putera." ucap bendahara kepada Raja Selman . 

"Syukurlah kehadrat Tuahan. Semoga semuanya dalam keadaan yang baik." lega Raja Selman setelah mendapat berita tersebut. Baginda segera berjalan menuju ke ruang bersalin. Perlahan-lahan baginda membuka pintu. Kelihatan permaisuri bersama putera sulungnya disisi. Jelas kelihatan keceriaan pada wajah Raja Selman. 


Bendahara memberi isyarat kepada dayang-dayang yang berada di sana untuk keluar bagi memberi ruang kepada pasangan tersebut. Perlahan-lahan baginda melangkahkan kaki. Diangkatnya putera baginda dari pembaringan dan diletakkan dalam pelukkannya.


"Semoga suatu hari nanti kamu menjadi pemimpin yang adil pada rakyat, setia pada agama, taat pada Tuhan dan amanah pada negara. Sesungguhnya kerajaan ini akan kamu pikul sebagai amanah Tuhan. Insya Allah." doa Raja Selman dengan penuh harapan. 

"Sama seperti ayahandanya." sambung Permaisuri Sofia yang entah bila sedarkan diri. Raja Selman hanya memandang dengan senyuman lalu berkata, "Tidak, dia akan menjadi yang lebih baik." lalu mencium dahi puteranya. 


****** 


Di hujung kota, sebuah rumah yang agak mewah dengan seni bina yang agak lama. 


"Tidak, aku tidak boleh biarkan semua ni terjadi. Aku harus lakukan sesuatu. Demi amanah yang digalas." Seorang lelaki berjubah hitam mundar-mandir di dalam sebuah rumah. Jelas kelihatan kerisauan di wajahnya. 

"Aku perlu rancang sesuatu secepat yang mungkin sebelum mereka laksanakan rancangan mereka. Aku perlu, walau nyawa taruhannya." Tekad lelaki itu.


Siang yang indah berlalu pergi, meninggalkan kegelapan malam sendiri. Disaat penghuni dunia sedang lena dibuai mimpi, dia memulakan langkah pertama perancangannya. 

Udara dihembus keluar dari rongga dengan agak pantas. Dia masih kekal di atas tunggangannya cuba mendapatkan keyakinan dan semangat sebelum melakukan gerak kerjanya. Kegelapan malam bertambah gelap apabila awan-awan hitam membawa hujan menutupi pantulan cahaya dari bulan purnama. 


Berdiri di hadapan tembok istana yang gah berdiri sejak berdekat lamanya. Batuan tembok yang licin dek air hujan dan berlumut dipanjat dengan penuh berhati-hati. Dengan berbekalkan kemahiran yang diwarisi dari ayahnya, dalam masa yang singkat tembok yang tinggi bagai menggapai awan itu berjaya ditawan. 


Kini, dia berdiri dengan beraninya di atas tembok. Diperhatikan dengan teliti suasana istana yang sunyi seperti tidak berpenghuni. Terdapat pengawal yang sentiasa lalu lalang di setiap penjuru istana. Namun, ia langsung tidak menggugat pendirian lelaki itu. 


Istana yang besar dan penuh bercahaya itu diperhatikan di setiap penjuru. Mencari sasarannya. Dilihatnya sebuah tingkap yang bercahaya agak malap dari dalamnya. "Aku yakin itu pasti tempatnya." Monolog lelaki itu. Lalu dia menuruni tembok itu dengan berhati-hati, sesenyap yang mampu agar kehadirannya tidak diketahui oleh pengawal-pengawal yang bertugas di sana.


"Sukar untuk aku lepasi para pengawal. Kawalan mereka terlalu ketat. Aku mungkin tertangkap. Aku tiada cara lain." 

Tiba-tiba satu cahaya kecil keluar dari dalam bajunya dan  seluruh badannya mengecil dan berubah menjadi seekor ular hitam. Dengan keadaan sebegitu, dia pasti mampu melepasi pengawal. Pergerakannya dalam kegelapan bayang. Satu demi satu pengawal berjaya dilepasi. Kini, dia berada dihadapan pintu belakang istana, cuba untuk menceroboh masuk. Dengan keadaan dirinya sebegitu, mudah sekali dia menceroboh masuk.


Setalah berjaya memasuki istana, dia terus kembali berubah ke bentuk asalnya, manusia. Dengan pantas, dia melangkah menuju ke sasaran. Pengalamannya berkhidmat di istana tersebut selama bertahun-tahun membantunya, dia tahu segala selok-belok istana. Dengan pantas dia menaiki ke tingkat teratas istana iaitu ruang kediaman raja sekeluarga.


"Cis, ada pengawal bertugas." Marahnya apabila mendapati bilik yang ditujunya sedang dikawal oleh seorang pengawal di hadapan pintu bilik. 


Dia tetap teruskan rancangan. Dia memberanikan diri berhadapan dengan pengawal yang berada di hadapan pintu. Dia berjalan sambil menundukkan kepala.

"Berhenti, apa kamu buat disini?" Tanya pengawal sambil tangannya bersiap sedia mengeluarkan pedang di pinggangnya. 

Pengawal itu ditumbuk dengan kuat sekali di perutnya, dia melutut kesakitan menahan senak. Lelaki itu terus meniupkan sesuatu di muka pengawal. Pengawal itu rebah ke lantai perlahan-lahan. 


Pintu bilik dibuka dengan berhati-hati. Kelihatan si putera yang kini berusia hampir enam bulan sedang nyenyak tidur di tengah ruang bilik. Putera itu diangkat ke dalam pelukan lelaki berjubah hitam. 

"Kamu adalah harapan terakhir." Bisiknya perlahan sambil berjalan menuju keluar dari bilik itu. 

"Arham itu kamu?  Apa yang kamu cuba lakukan? Pulangkan puteraku kepadaku." Rayu Permaisuri Sofea apabila melihat puteranya ada bersama lelaki berjubah hitam itu. 

"Maafkan patik, tuanku. Patik terpaksa demi kebaikan." Balas  Arham yang agak terkejut dengan kedatangan insan yang dia hormati. 


"Apakah kamu mahu membalas dendam kepada kami atas apa yang terjadi dulu? Beta tahu kamu bukanlah seorang yang jahat." Permaisuri Sofea terus memujuk.


"Arham, letakkan puteraku. Pengawal tangkap dia!" Tengking Raja Leman memberi arahan apabila terkejut melihat putera sulungnya bersama orang yang telah mengkhianatinya. 


 Arham berundur ke belakang perlahan-lahan. "Maaf tuanku" ucapnya lalu terus berlari menjuahi pasangan raja tersebut. Para pengawal cuba sedaya upaya untuk menangkap lelaki itu, namun lelaki itu lebih pantas. Apabila dia merasakan diri telah meninggalkan pengawal-pengawal yang mengejarnya, langkahnya terhenti. Beberapa orang pengawal telah bersedia menunggungunya di hadapan. Dia terperangkap. Di hadapan dan belakangnya ada pengawal-pengawal yang lengkap bersenjata. Sisi kanannya berdinding dan satu-satunya jalan keluar adalah tinggkap yang terbuka di sebelah kirinya. 


"Arham, serahkan puteraku dan kamu boleh pergi dengan aman. Beta akan lepaskan kamu. Beta hanya mahukan putera beta. Dia adalah sinar baru kerajaan ini." si raja berusaha memujuk apabila lelaki itu memandang tingkap di sebelahnya. Baginda seperti dapat merasakan tindakan bodoh yang sanggup dilakukan lelaki itu untuk melepaskan diri. Semuanya tidak mustahil kerana baginda cukup kenal sikap berani lelaki itu. 


"Sinar baru. Ya, dialah sinar baru. Kerana itu aku lakukan semua ini." lelaki itu memandang raja lalu mengukir senyuman sebelum dia berlari dan melompat keluar dari tingkap. 


Terbeliak mata Raja Selman apabila melihat tindakan tidak waras Arham. Baginda dengan tergesa-gesa turun dari istana bersama pengawal apabila Arham dan puteranya tidak kelihatan dari atas. 

"Tutup  semua pintu. Arahkan semua pengawal mencari Arham. Periksa setiap perkampungan." Raja Selman memberi arahan kepada para pengawalnya.

 Arham dengan pantas menunggang kudanya, keluar dari kawasan istana. Tunggangannya semakin dilajukan, mengelak ditangkap oleh pengawal. Si putera masih bersamanya. 


Ditujunya ke hutan, dia semakin hilang disebalik kegelapan malam dan teduhan hutan dari cahaya bulan. 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ramzie AA Rosli