4,613
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 2

Bab 2

Izara mengusap-ngusap bulu kucingkesayangannya yang dinamakan Montel. Sebelah tangannya mengusap Montelsementara tangan kirinya memegang novel yang sedang dibacanya dengan tekun.Muzik latar dimainkan perlahan memecah kesunyian di rumah banglo dua tingkatitu.Selain Izara dan Amran suaminya dia ditemani oleh seorang pembantuIndonesia bernama Rumini yang panggilan singkatnya Mini.Sesekali dia menjelingkearah jam ditangannya. Waktu telah menginjak hampir 11 malam namun Amran masihbelum sampai di rumah. Dulu masa mula-mula kahwin dia merasa resah menunggukepulangan suaminya, bimbang terjadi apa-apa yang tak diingini tapi lamakelamaan dia menjadi lali dengan penantian.

Izara faham tugas Amran sebagaiwakil rakyat sememangnya menuntut pengorbanan yang tinggi. Dia tidak bolehmendesak supaya Amran menemaninya sepanjang masa kerana Amran adalah milik masyarakat.Diaamat berharap kehadiran seorang cahaya mata yang boleh mengubat kesunyiansemasa Amran keluar menjalankan tugas. Cahaya mata juga menjadi penambat kasihsayang suami isteri tapi apakan daya sehingga ini rezeki masih belum memihakkepadanya suami isteri.

Montel  berdengkur apabila tubuhnya diusap. Letihmembaca Izara bangun dari sofa dan berjalan kearah dapur. Montel yang terkejutselepas digerakkan dari tidur mengekori Izara sambil menggoyangkan ekor danmengiau perlahan.

“ Montel ni asik nak makan aja.Tengok tu dah berlebihan berat badan. Montel kena diet,” kata Izara sambilmencurah sedikit makanan kucing ke dalam bekas makanan kucing yang memangtersedia di penjuru dapur.Izara membancuh kopi sambil mencari biskut tawar yangada di dalam tin. Dia memang tidak suka menyusahkan Rumini yang memang masuktidur awal.

Pada usia mencecah pertengahantiga puluhan Izara masih kelihatan ayu lagi. Mukanya licin putih bersih tanpasebarang alat solek.Rambut lurus paras bahu. Jika berjalan seorang masih ramaiyang salah anggap dia masih belum berkahwin. Bila dipuji Izara hanya mamputersenyum  sambil mengucap syukur kepadaAllah. Dia amat bersyukur dengan rahmat dan limpah kurnia Allah terhadapnya.

Izara mengenali Amran ketika diaberusia awal dua puluhan lagi. Pada ketika itu Izara masih di universiti lagi.Dia memang aktif dalam berpersatuan dan salah satu persatuan yang disertai olehIzara ialah Pergerakan Puteri Parti Bumiputera. Puteri Parti Bumiputerasememangnya aktif dalam kerja-kerja amal seperti gotong royong membersihkanmasjid, menziarah kerumah orang tua-tua dan bermacam lagi aktiviti. Dalam salahsatu aktiviti itulah buat pertama kalinya Izara bertemu Amran.

“ Zara, kau tengok mamat tu.Hensemlah,” kata Suria menarik perhatian Izara terhadap Amran yang pada ketikaitu sedang bermandi peluh mencuci longkang. Izara memandang kearah Amran.

“ Kau ni kena pakai speklahSuria. Mamat tu engkau kata hensem?. Aku tengok poyo aja. Dengan songkok tinggidia tu. Mana ada orang pakai songkok tengahari buta macam ni,” kata Izaratergelak kecil.

“Entah-entah kepala dia botak ,”kata Izara sambil tertawa. Rakan-rakannya yang lain memandang kearah merekaberdua dengan pandangan penuh tandatanya.

“ Kau ni tak baik tau. Sentiasaburuk sangka pada orang. Nanti aku suruh dia angkat buka songkok dari ataskepala dia tu. Kita bertaruh nak. Kalau dia ada rambut kau belanja aku nasilemak pagi besok,” kata Suria.

“ Ok. Kalau memang betul kepaladia botak aku nak kau pergi gosok kepala dia nak tak? Hihi,” Izara ketawa besardengan cadangan balas dia kepada Suria.

“ Mengarutlah kau ni,” kata Suriamencebik bibir.

Sebaik sahaja azan Zohorberkemundang dari masjid mereka semua berhenti dan membersihkan diri untukbersolat. Izara menjeling kearah Amran dengan anak mata sambil cuba menekasamada lelaki itu memang berambut atau berkepala botak.Suria yang dudukberhampiran Izara juga tertunggu-tunggu masa dan ketika Amran mengambil wudhuuntuk menunaikan Solat Zuhur.

“ Besok aku dapat makan nasilemak percumalah nampak gayanya, “ kata Suria.

“ Eh, belum tentu. Ntah-ntah hariini kita semua dapat tengok adegan paling lucu apabila kepala ahli Pemuda PartiBumiputera digosok kepalanya oleh Cik Suria yang cantik manis ini,” kata Izarasambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih teratur.

Ketika kebanyakan lelaki lainpergi ketempat mengambil Wudhu Izara melihat Amran terus naik ke tangga masjiddan menunaikan solat Sunat.

“ Eh, mamat tu mazhab apa yer?Sembahyang tak ambik air sembahyang?” kata Suria dengan nada kehairanan.

“ Kau ni. Tadi kau yang cakappada aku jangan bersikap buruk sangka. Sekarang ni kau yang terlebih duluberburuk sangka. Bila dia sembahyang tak ambil wudhu itu tandanya dia dah adawudhu. Memang ada orang yang sentiasa dalam wudhu. Itu ciri-ciri lelaki beriman.Batal aja wudhu dia ambik pula wudhu,” terang Izara kepada Suria.

“ Yerlah, yerlah. Aku takterfikir pulak macam apa yang kau fikir.Tapi apa-apa pun besok aku makan nasilemak percumalah yer,”kata Suria

“ Eh mana aci. Kan kita belumtahu lagi dia tu ada rambut ke atau botak. Kau ni aja yang memandai-mandai.Kita tunggu dulu sampai betul-betul sahih yang dia berambut baru aku belanjakau nasi lemak,” kata Izara.

“Kau ni memang. Dengan aku punnak berkira,” kata Suria dengan nada merajuk.

“Oklah Oklah. Besok aku belanjakau makan nasi lemak percuma,” kata Izara memujuk.

“Yeay,yeay, “ kata Suria sambilterlonjak-lonjak.

Lamunan Izara terhenti apabilamelihat biskut tawar yang direndam di dalam cawan kopinya sudah mengembang.Zara, Zara, kuat betul kau berangan , kata suara hati Izara.

Izara menoleh mencari Montel tapiMontel tidak kelihatan. Mungkin telah masuk tidur ke tempat tidurnya yangmemang telah dikhaskan untuknya.Izara menghilangkan rasa sunyi membaca wassappdari beberapa kumpulan wassapp yang banyak. Ada kumpulan wassapp rakan sekolahrendah, ada wassap rakan sekolah menengah, ada wassapp keluarga, ada wassappbekas rakan sekerja, ada wassapp isteri-isteri wakil rakyat dan pelbagaikumpulan wassapp lagi.

Izara lebih gemar menjadi pembacadan jarang terlibat di dalam sebarang perbualan kecuali jika benar-benar perlu.Rakan-rakan wassap selalu menggelarnya sebagai pemerhati. Dia tidak ada ramaikawan. Isteri-isteri wakil rakyat pula ramainya jauh lebih berumur darinya. Diakurang dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang boleh dianggap sebagai kakakkalaupun tak sebagai ibu.

Dia sering dipelawa oleh olehisteri-isteri wakil rakyat untuk bersama-sama mereka menyertaiaktiviti-aktiviti yang diadakan. Masa mula-mula Amran bergelar Yang Berhormatdia cuba juga mengikut beberapa aktiviti-aktiviti yang dijalankan sekadar untukkenal isteri-isteri wakil rakyat dan menteri tetapi lama kelamaan timbul rasakebosanan. Mereka bercerita tentang percutian ke luar negara, pakaian dan begtangan berjenama yang bukan minatnya.

Topik yang paling tidak digemarioleh Izara apabila isteri-isteri wakil rakyat yang ramainya bergelar Datin atauDatin Sri  menceritakan tentang kejayaananak-anak mereka. Apabila mereka menceritakan kerenah cucu-cucu mereka,  pada ketika itu jiwa Izara merasa sepertidisentap-sentap. Dia merasakan seolah-olah dia tersindir dengan kata-katamereka walaupun jauh di sudut hati Izara tahu mereka tidak ada sekelumit niatpun untuk menyindirnya.

Lama kelamaan Izara mulamenyisihkan diri dari mereka. Setelah dipelawa beberapa kali dan Izara menolakdengan pelbagai alasan akhirnya namanya seakan-akan dilupakan.Sesekali Izaramengiringi Amran melawat kawasan. Bila sampai kerumah dia keletihan. AkhirnyaAmran membuat keputusan Izara hanya akan mengiringnya jika keadaan benar-benarmemerlukan.

Izara mengunyah perlahan biskuttawar yang kembang direndam di dalam secawan kopi itu.Suasana malam semakinmenyepi. Deruan kenderaan yang sesekali lalu di depan rumahnya memecahkesunyian.Mungkin warga taman perumahan sudah lena diulit mimpi. Jarum jamtelah menginjak menghampiri tengah malam.

Kenangan semasa belajar diuniversiti dulu kembali semasa ke kotak mindanya.

“ Zara, kau tengok ni, “ kataSuria melambai kearah Izara.

“ Apa dia ?” kata Izaramenghampiri Suria yang memegang akhbar.

“ Ni gambar kita masuksuratkhabar. Wah bukan main glamour lagi kita,” kata Suria. 10 tahun yang lepasbelum ada lagi telefon pintar, belum ada lagi wassap dan sebagainya.Kalau punada internet penggunaanya belum begitu meluas seperti sekarang. Akhbar masihmerupakan sumber maklumat utama bagi sebahagian besar ahli masyarakat.

“ Zara, kan aku dah kata yang mamattu ada rambut. Kau tengok tu bukan main tebal lagi rambut dia. Hihi, “ Suriaberkata sambil menunjukkan kearah sebuah gambar yang memuatkan wajah Amranbersama rakan-rakannya. Amran tidak bersongkok di dalam gambar itu.

“ Hensem juga kan mamat ni bilatak bersongkok. Taklah nampak poyo sangat. Kalau pakai songkok macam orangtahun  lima puluhan aja,” kata Izaramemberi komen.

“ Dah jatuh hatilah tu. Hihi, “Suria mengusik.

“ Ish kau ni Suria. Aku tengokdia ni nampak tua walaupun hensem. Ntah-ntah dah ada bini kat rumah,” kataIzara merenung wajah Amran.

“ Kalau ada bini pun apasalahnya. Kan lelaki ada kuota untuk empat, “kata Suria.

“ Ntah-ntah kuota dia dah penuh.Kalau kuota dia tak penuh pun kau ajalah yang kawin dengan dia. Nampak macamkau pulak yang terlebih syok kat mamat tu, “ kata Izara.

“Eh, aku pulak. Habis kalau akukawin dengan mamat tu abang Sudin aku tu nak campak kat mana?” kata Suria.

“Sayang betul kau dengan Sudin tukan,” kata Izara merujuk kepada kekasih Suria Izzudin yang dipanggil Sudin olehmereka berdua.

“ Zara, aku setia dalam berkasihtau. Datanglah lelaki macam mana pun abang Sudin itu jugalah yang menjadikekasih sejati aku,” kata Suria.

Lamunan Izara terhenti mendengarbunyi kereta menandakan Amran telah sampai ke rumah.

Izara membuka pintu dan mengambilbeg dari tangan Amran.

Wajah Amran kelihatan begituletih.Dia masuk ke rumah dan duduk di sofa.

“Abang nak minum ke? “ tanya  Izara sambil mencium pipi Amran.

“ Tak apalah.Abang dah minum masakat airport tadi,” kata Amran bergerak ke bilik mereka di tingkat atas rumah banglodua tingkat itu.

Selesai mandi Amran terus kekatil dan dalam masa tak sampai limi minit telah berdengkur.

Izara yang berbaring disebelahnya memandang wajah suaminya dengan perasaan bercampur baur. Rasakasihan melihat suaminya yang bertungkus lumus bertugas demi rakyat dan jarangdiberi penghargaan.Rasa sedikit kecewa apabila kebelakangan ini dia jarangdisentuh oleh suaminya.Mungkin kerana terlalu keletihan.

Matanya terkebil-kebil memandangsiling . Waktu telah menghampiri pukul 1 pagi namun dia tidak merasa mengantuk.Mungkin kerana air kopi yang dia minum sebentar tadi.

Pelbagai perkara bermain di mindaIzara sehingga dia terlelap ketika ayam mula berkokok ketika dinihari.

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.