Home Novel Cinta Korban Cinta
Korban Cinta
Liamysrh
6/8/2021 16:43:51
3,016
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
1
1

Aku matisebagaiAfiya,
Aku hidupsebagaiKasturi,
Jikainimimpi,
Haruskah aku sedaratauterus lena?


-Afiya Adawiyah


AFIYA menilik beberapa kali 'novel' di tangannya. Dahi berkerut bila kualiti kulit buku itu bukan seperti novel biasa di pasaran.

Selalunya, muka depan novel tidaklah setebal 'novel' yang dibelinya itu. Dia pula keliru, yang dia beli ni kamus atau novel?

‘The Royal Concubine’

Tajuknya pula dicetak dengan warna emas.

"Wuw fancy-nya buku ni," gumam Afiya bersambung dengan gelak kecil.

Tetapi yang peliknya, buku ni lengkap bertajuk namun tiada keterangan ringkas tentang cerita pada isi belakang. Tambahan pula, nama penulis pun tidak disisip di mana-mana helaian.

Lagi bingung Afiya bila harganya hanya 15 ringgit. Gila bukan?

Sudah namanya novel, mestilah tebal! Tapi buku ini, sedikit nipis berbanding novel biasa. Mungkin atas faktor saiz. Sudah tu, setiap helai kertas berwarna perang kekuningan. Ala-ala estetik begitu.

"Kenapa buku ni ada satu je dalam SMO tadi? Memang rezeki aku ke apa hari ni?"

Malas berfikir panjang, muka surat paling tengah diselak. Kaki masih berjalan entah ke mana-mana manakala mata Afiya berlari-lari pada setiap aksara helaian tersebut.

"Apa benda punya cerita ni?"

Makin berkerut dahi Afiya. Tak faham apa yang dibacanya. Helaian kuning itu dibelek lagi dan lagi. Bosan!

Baru tangan hendak menutup buku, matanya tiba-tiba terhenti pada satu dialog panjang.

"Keranacintaitusukarditafsir. Iadatangdengantiba-tiba, tanpadiundang dan diizinkan, mengetukpintuhati, menembusbentengkukuh. Seterusnya, membelai aku dalammanisnya rasa itu.

Lalu, meninggalkan aku dalamsebuahpersoalanantarahidup dan mati, mengikat aku denganrantai tanda tanya. Tanda tanya yang tidakbernoktah.

Sukarnyaakalkumencapaijawapan bila perasaan dan fikiran tak sejalan. Tidakkusangka, pinangancintaituhebat. Begitudasyatsehinggamengunci aku dalamsatupersoalan. Padahaljikadisandarkanpadalogik, sudahpastijawapanditemuisepintas lalu..."

"Jadi, mengapatidakpilihsahajajawapanlogiknya?" soallelakiitu setelah lama berdiamdiri.

"Tidaksemudahitu, Tuah. Cintainisoalperasaan. Dan perasaaninilah yang menegah kata logikakal."

Lembutsuarawanita malang ituberbicara. Rautwajah bersihnya setenangair di kali.

"Padapundakku, terletakberibuharapan yang tidakbertepian, manakalahatiku pula ada selautkasih yang menanti masa untukdicurahkankepada dia–"

"Allahuakbar! Dik!"

Bunyi seretan lori bersahutan jeritan wanita adalah bunyi terakhir Afiya dengar sebelum badannya sudah terpelanting dilanggar satu objek besar.

Dia hilang rasa. Mata terpejam celik dengan pandangan yang mula kabur.

"Adik! Adik buka mata, dik!"

Afiya rasa kepalanya dipangku oleh seseorang. Rasa begitu, sudah lama dia tidak rasakan. Mungkin kali terakhir semasa berumur 15 tahun, ibunya memangku kepala dan menyuapkan air padanya.

"I... ib..."

Bibir Afiya terasa berat. Wanita yang memangkunya itu mula gelisah. Pipi Afiya ditampar beberapa kali.

Makin lama pandangannya terasa berbalam-balam. Mata terasa berat hendak ditahan.

Ibu, adik takut. Tolong adik, ibu. Rayu hatinya.

"Ibu..."

Sekali hembus dia berjaya menyeru panggilan ibu sebelum akhirnya Afiya tenggelam dalam dunianya sendiri.

Kalaulah aku tak tengok jalan betul-betul masatu. Atmanya berbisik sendiri.


***


TERKELIP-KELIP mata Afiya, bila cahaya dari tingkap rumah kayu menerobos tepat pada tempat pembaringannya.

Aku rasa semalam aku dah tutup langsir tingkap... dah kenapa pula terbuka ni! Desis Afiya dalam tidur.

Kedua-dua belah tangan naik menggosok mata. Mulut yang menguap dibiar terbuka luas.

Kalau lalat masuk? Reda sajalah.

Beberapa kali mata dikedip mencerna keadaan sekeliling sebelum dia terbeliak dan termangu-mangu sendiri. 

Sekali lagi, digosok kelompak mata dan dicelik seluas-luasnya. Sekeliling ruang rumah itu dipandang Afiya.

Ak... aku dekat mana ni! Monolog Afiya sendiri.

Dia bangun berdiri. Selimut dari kain perca berbagai warna, dilempar ke tepi.

"Macam mana aku boleh tidur atas tikar getah ni!"

Makin terkejut Afiya dibuatnya. Tempat yang dia duduki sekarang jauh berbeza dengan rumahnya.

Sangat jauh! Macam langit dengan bumi.

Dadanya mula berombak kencang.
Nafas diatur perlahan-lahan. Tarik. Hembus. Mata dipejam dan dibuka beberapa kali.

"Aku tengah bermimpi lagi ni kut..."

Afiya tersenyum nipis.  Dadanya dilurut lembut. Nafas lega dihembus perlahan-lahan.

"Aku masuk zaman mana ni, siap pakai baju kurung dengan kain batik lagi."

Baju yang tersarung pada badannya diperhati. Kain disentuh, dari baju hingga ke kain batiknya.

"Material murah ni. Baju bukan main keras, kain lembut la pula."

Setelah puas memberi komen pada baju, matanya meliar ke arah sekeliling rumah.

"La... ada bilik? Dah apa kejadah aku tidur kat luar ni sorang-sorang? Dahlah tingkap tak tutup. Adulah, rumah sapalah ni, ye..."

Jendela kayu dirapati. Baru sahaja tingkap dua pintu itu hendak ditutup, matanya terhenti pada sebuah pemandangan yang sudah lama tidak dilihatnya.

"Sawah?"

Mulut Afiya ternganga luas, matanya membulat teruja.

"Eh, aku ada kat kampung ke ni?"

Bibir Afiya mengoyak senyuman lebar. Dah lama dia tak pulang ke kampung. Bolehlah nanti ziarah ibu di kubur.

"Kakak! Kakak sudah sedar?"

Spontan Afiya berpaling ke arah punca suara.

Wajah perempuan cantik berbaju kurung di hadapannya dipandang tak berkelip. Wajah itu cuba diimbas sedikit lama sebelum kakinya berundur beberapa tapak.

Seingat aku, aku tak ada pula geng dekat kampung ni, desisnya dalam hati.

"Kakak... kenapa ini?" soal gadis itu prihatin.

Dia mara beberapa langkah menghampiri Afiya manakala Afiya mengudur menjauhi gadis itu.

"Sapa kau ni?"

Wajah lembut gadis itu dipandang penuh curiga. Zaman sekarang bukan boleh kira. Wajah baik begitu belum tentu lagi hatinya bersih.

"Kakak? Kenapa tingkahmu aneh sekali?"

Sejak tadi lagi wanita itu tidak putus-putus melontarkan pertanyaan yang Afiya sendiri tidak mampu menjawab.

"Siapa kakak kau? Sejak bila pula mak aku lahirkan kau ni?" soal Afiya dengan riak sarkastik.

Gadis di hadapannya terkesima. Keningnya melengkung risau dan matanya mula berkilat.

"Kakak... ini adik, Melur. Mengapa kakak menyoalnya secara tiba-tiba?" jawab gadis itu dengan suara yang bergetar.

Afiya telan air liur. Kelat. Jantungnya mula berdegup kencang. Baju dibetulkan dan pandangan ditebarkan ke sekeliling.

Dia mula tak senang duduk. Jawapan dari gadis bernama 'Melur' itu meragukannya.

"Dik, kalau ya pun nak mencuri, nak menipu, carilah yang kaya sikit. Akak ni tak ada apa-apapun, dik... nak beli buku pun setakat cukup je 15 ring..."

Afiya mati kata. Bayangan tragedi kepulangannya dari kedai buku SMO terlayar dalam minda.

"Bukan tadi aku tengah baca buku? Pastu pengsan tengah jalan?" gumamnya sendiri.

Tak sedar bila Melur di sisi, sekarang dia sudah selamat berada dalam pelukan kemas Melur.

Dahi Afiya berkerut seribu melihat tingkah laku Melur. Wajah gadis muda itu disembamkan pada dadanya.

"Kakak... apa benar kata tabib yang kakak bakal lupa segalanya? Katakan pada Melur, benarkah kakak sudah lupakan Melur? Kenangan kita bersama bonda dan ayah?"

Bendungan air matanya pecah. Sikit sebanyak, ia berjaya meraih simpati Afiya.

"Er... tak ingatlah. Nak buat macam mana kan? Hehe..."

Afiya menggaru kepala yang tidak gatal.

"Jadi... benarlah kakak sudah melupakan kenangan kita sekeluarga..." 

Pelukan kemas tadi beransur longgar. Seolah-olah tuturnya itu berjaya merobek ranting-ranting semangat yang terpupuk lama. 

Mata Melur merenung lantai kayu dalam kesayuan. Esakan terhenti, namun awan mendung masih bergayutan pada pelipis mata bundar itu.

"Hei, Melur... maafkan kakak sebab lupa fasal Melur. Mana bonda dan ayah?" Afiya menyoal ramah.

Suasana sunyi dan hampa tadi sedaya upaya cuba ditukarkan.

Melur memandang lama anak mata Afiya sebelum keluhan kecil terlepas.

"Bonda dan ayah sudah lama pergi..."

Afiya terdiam. Mati kata. Air liur ditelan kesat.

Kenapa la mulut aku ni celupar sangat! Patutlah orang tak suka aku buka mulut, main cakap ikut suka je... bebelnya sendiri.

Tangan Afiya, Melur tarik dan bawa duduk di atas tikar mengkuang. Air matanya dikesat sebelum satu senyuman lebar dihadiahkan pada Afiya.

"Mari, biar Melur ceritakan segalanya..."

Maka bermulalah Melur menceritakan gambaran bonda dan ayahnya.

Biodata, pertemuan bonda dan ayahnya serta soal kematian kedua orang tua Melur, segalanya diceritakan pada Afiya.

"Ooh... jadi nama kakak Kas... er... ah! Kasturi, kan?"

Melur mengulum senyuman manis, mengangguk dan menepuk tangan meraih satu kejayaan kecil kakaknya.

"Ah! Kakak, kita menyara hidup di istana Tanah Delusia, Istana Andelusia. Namun, sayangnya sekarang tanah kita ini sedang..."

Melur berhenti seketika. Kiri dan kanan dipandang lalu bibirnya dirapatkan ke telinga Afiya.

"... sedang dijajah oleh Kerajaan Ratiyadat."

"Perlu ke berbisik?" soal Afiya selamba.

Melur gigit bibir bawah.

"Melur takut mereka dengar... mereka itu kejam! Tujuannya memperluaskan tanah naungan mereka, mujurlah Dipertuan Agong Sultan Maalik menolak keras soal Tanah Delusia jatuh ke naungan mereka..." jelas Melur panjang.

Dahi Afiya berkerut hebat. Makin pening dibuatnya.

"Dah kalau Sultan Maalik bantah. Tak kan la si penjajah tu nak balik lenggang kangkung je? Memang tak ada niat nak ambil apa-apa dari  tana..."

Bibir Afiya yang lancang berceloteh ditekup dengan tangan Melur.

"Kakak jangan bersuara kuat. Mahu kita ditimpa musibah nanti! Soal itu, semestinya mereka penjajah tidak bakal pulang dengan tangan kosong, kak.

Mereka mengerah tenaga orang kita untuk bekerja mendapatkan hasil hutan buat mereka. Tanah Delusia kaya dengan hasil hutan dan pokok-pokok herba yang berbagai-bagai jenis. Jadi, peluang yang ada mereka guna sebaik mungkin."

Afiya mendengar dengan tekun setiap bait kata-kata Melur.

"Tadi cakap raja bantah..." omel Afiya perlahan.

"Memang Sultan Maalik bantah, kak. Tapi kalau diacu bilah pedang keramat mereka, Sultan Maalik pun tak mampu lakukan apa-apa."

Dahi Afiya berkerut lagi. Pening lalat dibuatnya.

Pedang keramat apa pula dah dia mai ni! Soalnya sendiri.

Melihat wajah bingung Afiya, Melur koyakkan senyuman.

"Tetapi usahlah kakak fikir Sultan Maalik itu pengecut. Dia pasti ada jalan dalam mengalahkan penjajah tanahair kita! Melur pasti!"

Wajah Melur bersemangat. Afiya hanya mengangguk menyokong Melur. Buat apa perlu pening? Masalah raja bukan masalah dia.

"Ah! Kakak mahu tahu sesuatu?" soal Melur.

Laju, Afiya mengangguk. Dari gaya Melur bertanya, seakan dia sedia mahu bercerita tentang gosip sensasi.

"Apa benda yang nampak serius sangat tu?"

Makin bersemangat Afiya mendengar ceritera dari Melur. Melur senyum tipis.

"Raja Shah Jehan, ada seorang orangnya mangkat. Tapi... ada juga khabar angin mengatakan, yang mangkat itu..."

Sekali lagi Melur merapatkan bibir ke telinga Afiya.

"... bini ajinya!"

Afiya menggaru kepala dengan dahi yang berkerut.

Apa benda bini aji ni? Bini tok haji? Bukan tadi Melur cakap raja? Raja ni dah haji ke? Soal atmanya lagi.

"Jadi?"

Terpacul soalan dari seulas bibir Afiya yang masih tidak jelas dengan motif Melur bercerita.

"Jadi, setelah mangkatnya... Afifah, Raja Shah Jehan seolah-olah tidak ikut campur tangan soal Tanah Delusia. Hanya orang suruhan mereka sahaja mengerjakan kerja siang dan malam..."

Melur mengetuk dagunya beberapa kali.

"Punbegitu, sesekali ada juga dia melawat ke sini dan berbuat kacau! Berangnya setelah kemangkatan Afifah makin menjadi-jadi, kakak... hish! Mungkin benar juga kata khabar angin itu..."

Mereka berdua menyepi lama.

Afiya masih lagi bergelumang dengan tanda tanya tentang maksud di balik perkataan 'bini aji'. Manakala Melur tenggelam dengan dunianya sendiri.

"Khabar angin apa lagi tu, Melur?" soal Afiya, memecahkan tembok kesunyian antara mereka.

"Khabar angin biasa sahaja, kak. Katanya, Raja Shah Jehan cinta mati akan isterinya, Afifah. Sehinggakan sesiapa sahaja wanita yang mirip akan Afifah dijadikan bini ajinya..."

Wajah Melur menekur ke lantai buat Afiya tertanya-tanya. Tadi gadis itu bersemangat betul mulakan mukadimah, ini bila di penghujung kisah, mendung pula.

Lantas Afiya bertanya perihal Melur, melihatkan wajah mencuka itu, "Kenapa ini Melur? Muram aje muka, tak macam tadi."

Afiya hampiri Melur dengan senyuman manis.

"Kakak..."

Tak lama kolam mata Melur mula berkaca, sebelum linangan mutiara jernih mengalir membelahi pipi gebu miliknya.

"Adik juga mangsanya..."

Bersambung...


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liamysrh