Home Novel Cinta Kisah Yang Sempurna
Kisah Yang Sempurna
17/8/2014 18:53:14
13,392
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Aku memerhatikan jam bulat yang tergantung elok di dinding. Yes! Waktu untuknya berkemas dan bersiap sedia menutup kedai. Melangkah pantas, aku menterbalikkan signboard open kepada close.

Mencapai batang penyapu, aku mula memulakan tugas. Dalam masa yang sama, setiap meja dan kerusi disusun atur dengan baik. Cepat aku selesaikan semua, cepatlah aku balik. Lagu yang berkumandang diradio dikuatkan. Hatinya bernyanyi riang. Membawa pinggan mangkuk kotor daripada pelanggan terakhirnya ke dapur. Aku selepas itu, membasuh dan menyusunnya di rak. Dan menggelap bahagian penyediaan pula. Menyimpan segalanya ke dalam peti ais, dia membuang segala sisa-sisa yang ada ke dalam tong di satu sudut bilik. Kemudiannya, menggikat plastik sampah tersebut dan membawanya ke pintu hadapan untuk dibuang dalam perjalanan balik nanti.

Kembali ke bahagian belakang, aku mengambil beg hijau lusuh miliknya dan disangkut ke bahu. Aku juga sempat menyelitkan duit Rm50.00 ke dalam poket jeans belakang. Bercadang untuk singgah ke kedai serbaneka bawah rumah flat sewanya untuk membeli barang-barang dapur yang sudah kehabisan stok. Beras, biskut, gula, roti… Hai, lenguhlah lengannya menggangkut itu semua naik ke tingkat atas sebentar lagi. Sudahlah di tingkat lima, lif pula tiada. Apa boleh kata.

Aku melihat sekeliling restoren, membuat spot checked untuk kali terakhir. Memastikan segalanya berkilat, bersih dan teratur. Kerana dia malas mahu mendengar suara memebebel Puan Rosnah, selaku pemilik restoran My Nasi Ayam tersebut pada esok pagi. Kalau mulut itu ‘berbunyi’, boleh seksa hidup. Tidak cukup dengan sindiran sinis, ditambah lagi dengan kerja lebih masa. Tidak! Aku tidak mahu itu berlaku. Berpuas hati, aku menutup suis bahagian belakang, dia kemudian berpaling untuk melakukan perkara yang sama pada bahagian depan namun terhenti laku bila tiba-tiba kelibat dihadapannya menegur.

“Hello?”

“Argh!” Aku menjerit terkejut dan berundur setapak. Figura lelaki yang sedang berdiri tegak seperti tugu Negara di tengah kedai dipandang geram. Hish dia ini, hendak aku mati awal ke apa? Dengan tampak formal dengan sut baju kemeja putih dan seluar slack hitamnya, lelaki tadi membuat muka tidak bersalah. Tapi dia pula yang jadi serba salah. Aku menggaru kepala, macam mana dia boleh masuk? Menyarung sempurna begnya, dia berkata sopan, “Err, maaf. Kami sudah tutup”. Menunjukkan pada signboard di pintu.

Lelaki tersebut memandang pada pintu yang dimaksudkan dan seketika selepas itu, menoleh balik padanya. “If you’re close, Nasi Ayam ada lagi? Makanan lain ada?” Dan tangan di gosok-gosok ke perutnya.

“Umph, kedai ini memang jual nasi ayam sahaja. Dan Nasi ayam sudah habis dijual semuanya. Kalau encik berminat, boleh datang esok. ” Saat dia menggemas tadi, hanya tinggal sayur-sayuran sahaja. Nasi juga tinggal kerak. Siapa yang sanggup hendak kejar ayam malam-malam buta begini? Orang gila turut sama say sorry. Maka, silakanlah balik wahai pelanggan yang tidak diundang.

“Oh great.” Lemah suara itu membalas. Dan membuka dua butang baju paling atas.

Buka butang baju? Aku sudah mula membuat pelbagai andaian. Batang penyapu yang tersandar sebelah tembok diambil dan dipeluk erat. Jangan-jangan dia inilah perogol bersiri yang diceritakan kawan serumahnya, beberapa hari lalu. Jantungnya berdegup laju. Memandang tajam figura dihadapannya. Aku berasa pelik , macam mana perogol boleh pakai baju smart seperti mahu ke pejabat? Berperang dengan perasaan sendiri, aku tidak menolak penafian. Mungkin perogol-perogol sekarang sudah on demand. Don’t judge a book by its cover!

“Pandai masak?”

. Aku garu pipi yang terasa gatal dan membuat muka pelik. Dia? Lelaki itu tanya adakah dia pandai masak? Dia rasa hendak ketawa guling-guling atas lantai sekarang ini. Tengok kaki la beb. Menutup rasa, dia bertanya balik meminta kepastian. “Nasi ayam?”

“Anything.”

“Urm,” Aku kemudian kerut dahi. Ada sesuatu yang membuatkan dia tidak ‘sedap’ hati. Perlukah aku jujur atau tidak? Berkira-kira di dalam hati. Memandangkan hari sudah meningkat malam, aku tidak mahu mengambil sebarang risiko. Tambahan pula, dia sekarang ini hanya tinggal seorang diri sahaja. Jika terjadi apa-apa, pada siapa dia harus mengadu. Lagipun, badannya amat memerlukan rehat yang secukupnya. Cukup-cukuplah sudah sebulan dia bekerja tanpa cuti. Jadi sebagai jalan penyelesaiannya, baik cakap yang hendak pegang periuk kuali dia sendiri tidak tahu bagaimana. So awesome. “Saya-“

Belum sempat aku berkata, lelaki itu tiba-tiba memotong dan cuba menghampirinya. “Ikut saya ‘cause you’ll be my chef for tonight. I’ll pay you. Just said the price.”

Huh, lelaki ini bukan perogol yang disangkakan tetapi ‘bapak’ pemadagangan orang! Sengaja mahu dia menggikutinya dan menjanjikan sesuatu yang lumayan. Apabila dia terpedaya, pasti kemudian membawanya ke suatu tempat tersembunyi dan menjualnya pada ketuanya. Menggucap panjang, simpang malaikat 44. Aku dengan pantas menggerakkan jari telunjuk ke kiri dan ke kanan, “No and don’t you know why?”

“Why, Sarah?”

Aku terkejut. Sarah? Bagaimana lelaki ini tahu namanya? Dia semakin meragui kewujudan lelaki di hadapannya. “Sebab saya hendak balik rumah dan tidur. Rasanya lebih baik awak keluar sekarang!” Kata aku terang, jelas lagi tegas. Memang seperti menghalau. Apa dia peduli.

Suasana sepi seketika, “Kau mesti tolong aku!” Lelaki itu berkata seperti sebuah arahan yang dia mesti turuti.

Aku berdehem kuat, kenapalah dia ini tidak faham bahasa, “No again. Not today and not me.” Bila lelaki tadi masih tak berganjak, dia mengeluh kasar. “Saya tak pandai masak. Saya kerja ini pun, jadi tukang sapu sampah jek. Percayalah. So, better you find another chef. Dan tolong, saya hendak tutup kedai.” Dan menggeluarkan gugusan kunci daripada laci. Memberi isyarat agar lelaki tersebut beredar.

“I’m so sorry.” Sempat dia menangkap kata-kata lelaki itu sebelum merasakan dirinya ditarik bersama ke arah pintu utama. Tersentak dengan apa yang berlaku, kunci dan batang penyapu yang berada di tangan, terjatuh dan berdeting bunyinya. Memijak kaki si pelaku, dia berjaya melepaskan diri dan berlari di balik beberapa meja kedai. Mencari jarak. “Jangan dekat. Kalau tidak saya baling pinggan ini!” Mencuba menggugut dengan walaupun tangan rasa menggigil seram.

Apabila lelaki tersebut nampaknya jenis tidak makan saman. Masih teruskan kaki kepadanya. Aku apa lagi, membuat balingan pada pinggan pertama dan berkecai seribu di atas lantai membuatkan mereka memandang di antara satu sama lain seketika. Apa ingat aku ini penakut? Nyawa aku lebih penting daripada pinggan ini yang hanya made in China,tahu!

Namun hanya sekejap semua itu berlaku bila kedudukan mereka semakin dekat dan dekat. Membuatkan dia makin laju membuat balingan maut, sampaikan pasu bunga untuk hiasan atas meja di sapunya sekali. Menjadikan kedai yang dibersihkan sebentar tadi sudah menjadi seperti dilanggar garuda. Come on, aku harus keluar daripada sini. Lelaki ini semakin di luar jangkaan, berbahaya dan sangat-sangat berbahaya.

Aku masih punya abah dikampung. Dua adik lelaki kembarnya juga perlukan duit untuk disekolahkan. Walaupun abahnya masih berkebun, tetapi sebagai anak sulung tanggunggjawab untuk menghulurkan duit masih terletak padanya. Sudahlah kos sara hidup semakin meningkat.

Jika dia menjadi mangsa pemadagangan orang, bagaimanakah kehidupan orang kesayanggannya itu kelak?

Menggenggam semangat hidup, aku menjerit melepaskan geram. “Aku tak bersalah. Aku tak pandai masak. Lelaki gila!” dan berlari ke arah pintu belakang. Walaupun gelap, dia yang sudah bekerja disini selama tiga tahun, sudah faham benar akn selok belok bucu meja. Tiba-tiba hampir dia ingin menolak daun pintu, beg belakangnya di tarik daripada tepi dan membuatkan jatuh bersama si penarik. “Argh!” Sakitnya! Itu dirasakannya. Kuatkan hati, dia meneruskan usaha untuk duduk dan bangun. Tetapi malang, apabila telah disekat oleh beban yang menekan badannya agar tidak membolehkan dia bergerak ke mana-mana.

Menyorot mata, dilihatnya ada sepasang tangan besar sedang mencengkam utuh kedua belah lengannya. Dan mengetahui lelaki tersebut berada di belakangnya, dia meronta-ronta meminta dilepaskan. Tetapi meremang bulu tengkuk dirasakan saat mendengar tona suara menjerit betul-betul ditelinga kirinya.“Do you know who I am, Sarah?”

Sekali lagi namanya disebut. Badannya mula menggigil menahan ketakutan. Nafasnya menjadi tidak teratur. Bak nyawa di hujung tanduk, dia membalas dalam nada yang sama. “Aku tak nak tahu dan tak nak ambil kisah!”. Daripada membuat sesi kenal-mengenal dengan stranger macam ini, dia lebih rela terjun bangunan KLCC.

“Good. Now, we can go, you will not tell anyone about- Argh!”

Aku mencapai lengan kiri lelaki tersebut bila dirasakan sedikit longgar dan menggigitnya sekuat yang boleh. Dan saat lelaki tersebut mengerang kesakitan, dia menggerah sehabis tenaga berlari keluar daripada kedai makan tersebut. Berlari sepantas dan sejauh yang boleh. Sampaikan melintasi tempat menunggu bus Pak Samad pun dia masih berlari. Berlari dan terus berlari.

Rasa darah di dalam mulut dia ludah di tepi jalan, dan lapkannya dengan kain tudung. Cermin mata yang senget di perbetulkan. Tali kasut yang beruraian tidak dia pedulikan.

Kenapa semua ini berlaku? Kenapa mesti dia! Kenapa!

Aku menghentikan larian bila terpandang teksi di jalan raya bertentangan. Tanpa melihat kiri dan kanan jalan, dia pantas melintas dan berlari menahannya. Memberitahu alamat rumah kawan baiknya, Hayani. Dia duduk dibangku belakang dan air matanya perlahan-lahan mengalir di pipi. Tangannya menggeluarkan not RM50.00 daripada poket belakng. Dicium duit itu berulang kali. Mujur kau ada sebab beg belakangnya sudah tertinggal di kedai dan dia tak akan sesekali ingin kembali!




Ammar Dubies meloloskandirinya ke dalam kereta.“Jalan Pak Udin,” sambil menekup erat lengan kirinya dengan tangan kanan.

Huh, what a messing night. Dia hanya mengharapkan bantuan perempuan tadi memasak untuknya, tapi sampai kena gigit! Geram sungguh dirasakan. Mulutnya terkumat-kamit menggutuk.

Jikalau tidak menggenangkan Mummy dan Daddy pergi vacation dan kesihatan isteri kepada Pak Udin atau dikenali sebagai Mak Eton yang tidak berapa ‘elok’ dua tiga hari ini, tidaklah dia mahu berbuat begitu. Mak Eton pula hanyalah satu-satunya pembantu rumah yang mendapat permission mutlak daripada Mummy untuk tinggal bersama dengannya. Dan pembantu rumah yang lain hanya datang dan pergi untuk berkemas semasa dia tiada dirumah. Begitulah antara syarat yang dia terpaksa terima setelah membuat keputusan untuk tinggal berasingan dengan orang tuannya kira-kira tiga tahun lepas.

Hurm, nampaknya dia perlu membuat perancangan teliti lagi tersembunyi bagi mencari pembantu sementara untuk Mak Eton. Senang baginya, senang juga untuk Mak Eton. Akan diberitahu pada setiauasahanya esok. Such a good idea Dubies! Dia tersenyum senang dan cuba memetik jari.

Gagal berbuat demikian, Dubies menggerutkan dahi. Cuba menahan sakit yang tidak terperi kerana pergerakan ototnya. Bertindak membuka baju kemeja, dia kemudian membalut luka tersebut dengannya. Kot yang berada tidak jauh dari tempat duduknya dicapai dan disarung ke badan. Memangku lengan kirinya yang berdenyut-denyut, dia usap tanpa tekanan.

Memandang beg belakang hijau yang sudah bertampal sana sini di hujung kasut, dia memijak geram. I hope will never meet that vampire again.Dia mendengus kasar. Or Sarah, you’ll be die!

End.

p/s-Yeah, Sarah! And here we are, readers. Smile, : )

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.