Bab 1: Permulaan Sebuah Takdir
Setiap insan hadir ke dunia membawa kisahnya yangtersendiri. Tiada satu pun yang benar-benar serupa. Jika ada yang tampakserupa, barangkali itu hanya cebisan takdir yang kebetulan bersilang jalan.Seperti laut yang pasang dan surut, begitulah jua hakikat kehidupan manusia—adawaktunya kita di puncak, ada ketikanya kita tersungkur menyembah bumi.
Sempurnakah kita?
Wujudkah insan yang tak pernah diuji?
Tidak. Bahkan Rasulullah SAW, kekasih Tuhan, diujidengan ujian yang paling berat. Maka siapa kita untuk mendamba hidup yang tiadaluka? Yang tampak sempurna di mata manusia, barangkali sedang menangis dalamdiam. Ada parut yang disorokkan, ada duka yang dirahsiakan.
Alangkah indahnya jika hidup ini bebas dari derita.
Namun itu cuma mimpi—bayangan indah yang hanya menjadi nyata di syurga abadi.Syurga yang dijanjikan kepada mereka yang bersabar, yang memaafkan meski pernahdilukai, yang menyerah pasrah kepada takdir meskipun perit untuk diterima.
"Bila kesalahan manusia kita maafkan, bila dendamkita lepaskan..."
Tapi…
Mudahkah?
Mampukah kita?
Sedang luka semalam masih terasa pedih. Apatah lagihati yang menyimpan ribuan perasaan—marah yang tak terbendung, kecewa yangterpendam, dendam yang membeku.
Memaafkan itu mungkin…
Jika iman di dada menjadi perisai. Jika hati sudah benar-benar reda, menerimasegalanya sebagai aturan Tuhan.
Namun...
Melupakan? Menghapus parut luka lama?
Itu bukan mudah. Tidak semudah menyapu debu di jendela kenangan.
Sebagai wanita, impian itu fitrah—mendambakan seorangsuami yang membimbing, yang menguatkan saat lemah, yang menenangkan saat resah.Lelaki yang akidahnya utuh, ekonominya mapan, akhlaknya luhur, dan keluarganyapenuh kasih.
Itulah impian kebanyakan wanita.
Dan…
"Itu jugalah impian aku,"
bisik Zaza Melinda dalam hati yang rawan.
Namun hidup bukan dongeng indah yang ditulis dalamnovel cinta. Takdir telah menulis kisahnya dalam helaian yang tidak pernah diabayangkan.
Dia, Zaza Melinda—gadis yang pernah dianggap biasa.Tidak pernah menyangka akan mengukir nama sebagai pelajar cemerlang,menggenggam setiap semester sebagai penerima Anugerah Dekan. Tamat pengajiandengan Ijazah Sarjana Muda kelas pertama dan dikecualikan daripada membayarpinjaman PTPTN yang bernilai puluhan ribu ringgit.
Satu persatu kejayaan itu datang…
Namun benaknya tetap bertanya.
Hatinya berbisik halus dalam sepi malam.
"Adakah ini hasil dari doa-doa aku yang takpernah terluah?
Doa yang kupanjat ketika aku dipinggir dan dihina oleh teman-temanserumah?"
Atau...
"Kerana beban pinjaman PTPTN yang menghantuisiang dan malam? RM60,000 bukan jumlah kecil… adakah itu yang membuat aku gigihmenuntut ilmu? Kerana takut menanggungnya hingga ke usia tua?"
Atau...
"Kerana aku pernah menjaga arwah abah? Hampirtiga tahun aku sisihkan dunia untuknya. Aku basuh lukanya, suapkan makanan,tenangkan dia setiap malam sambil mengusap rambutnya perlahan-lahan..."
Dia tahu, dia bukan pelajar genius.
Bukan insan yang luar biasa.
Tapi Tuhan Maha Melihat usaha dalam diam.
Maha Mengetahui tangis yang tidak bersuara.
Maha Mendengar rintihan hati yang tidak terluah.
Dan di situlah bermulanya kisah Zaza Melinda.
Kisah seorang wanita yang memilih untuk berjuang dalam diam.
Kisah yang kelak akan membuktikan bahawa…
Setiap ujian adalah rahmat yang menyamar.