8,413
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 1

"Assalamualaikum, saya Alisa. Maryam Alisa. Boleh panggil saya Lisa je."

Alisa memperkenalkan diri kepada rakan sebiliknya.

"Waalaikumussalam. Saya Siti Maisarah, panggil je Sarah. Saya dari Triang, Pahang. Awak?"

Gadis bernama Siti Maisarah itu menghulurkan tangan untuk bersalam dan memeluk Maryam Alisa. Baik budaknya, bertudung labuh, cuma nampak kasar sikit. 

"Bachok, Kelantan. 'Oghe Klate' boh."

"Oh, agak dah kalau 'comel-comel' gini mesti 'oghe Klate' punya. Tak pun, 'Ganu'.." ujarnya ramah.

"Tak adalah comel mana pun, biasa-biasa je. Awak course apa?"

"Engineering. Automotive."

"Wah, budak engineering la sebilik dengan saya. Saya ni course IT."

"Kalau tak silap saya, ini aras budak-budak 'enjin'. Macam mana awak boleh tercampak ke sini seorang diri?"

"Yeke?"

"Ha ah. Tadi semua housemate kita dah check-in. Awak yang last."

"Agaknya sebab saya daftar lambat kot. Sebab tu lah dicampaknya saya merata-rata. Hehehe.."

"Mungkin juga."

"Ni siapa seorang lagi roommate kita? Tak nampak pun."

"Orang Sarawak. Non-muslim. Dora nama dia. Dia keluar beli barang kejab. Nanti malam ni dia balik boleh lah jumpa dia. Peramah orangnya."

"OK."

Malam itu, apabila semua telah ada, mereka semua berkenalan antara satu sama lain. Bilik tidur utama diduduki oleh Alisa, Maisarah dan Dora dan mereka mempunyai bilik air sendiri. Manakala bilik depan Kak Zura bersama Mira, pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Manakala bilik ketiga ialah Azrin dan Linda, kedua-duanya pelajar Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan.    

Benarlah, Alisa seorang sahaja pelajar IT di situ. Dari awal lagi Alisa sudah menghidu masalah yang bakal tiba apabila tiada langsung pelajar IT yang serumah dengannya. Sukarlah nanti jika mahu berbincang tentang pelajaran. 

Alisa cuba berfikiran positif. Mana lah tahu, timbul masalah dari sudut itu tetapi ada hikmah di sudut lain pula. Bukankah Allah itu Maha Adil kepada hambaNya?          




Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.