8,390
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 2

"Assalamualaikum, Saya Izwaniey. Boleh panggil saya Waniey je. Saya asal Taiping, Perak. Umur 19 tahun. Sebelum ni saya di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang."

"Hai, nama saya Mok Pei Ni. You guys can call me Pei Ni. I'm from Kuantan, Pahang. Umur 20 tahun. I'm STPM's student. Thank you."

"Assalamualaikum, hai semua. Nama saya Nurul Hana. Panggil Hana pun tak apa. Saya berasal dari Kluang, Johor. Saya produk Kolej Matrikulasi Johor. Oh ya umur saya muda lagi..19 tahun.."

Gadis manis bernama Hana itu ketawa kecil. Kelihatannya seorang yang peramah.

"Assalamualaikum, selamat pagi. Nama saya Mohd Azmi bin Mohammad. Panggil Azmi je. Saya pun 19 tahun juga, dari Kolej Matrikulasi Seremban. Saya orang Selangor."

Orangnya tinggi dan berbadan besar. Berkaca mata, berkulit putih melepaj dan nampak seperti pelajar skema. 

"Assalamualaikum, selamat pagi. Saya Normariah bt Abu. Umur 22 tahun, dari Politeknik Pasir Gudang, Johor."

Akhirnya tiba giliran Alisa. Pada mulanya dia berasa sedikit menggigil tetapi memikirkan kawan-kawannya selamba sahaja, maka dia cuba berlagak selamba.

"Assalamualaikum. Saya Maryam Alisa bt Mohd Amran, dari Bachok Kelantan. Boleh panggil saya Lisa. Saya keluaran dari Kolej Mara Kulim, umur 19 tahun. Terima kasih."

Fuh, lega! Selesai gilirannya, Alisa berasa cukup lega. Walaupun sesi perkenalan macam agak sedikit membosankan, namun itulah yang harus ditempuh di awal pembelajaran. Mestilah kenal kawan-kawan dahulu baru boleh belajar, bak kata pensyarah mereka. 

           *******************************************

"Aku rasa nak tukar course lah."

Hari ketiga sebilik, Maisarah meminta izin untuk membahasakan dirinya aku dan kau. Katanya lebih mesra dan macam adik beradik. Alisa hanya menurut. 

"Kenapa nak tukar course pula? Ada masalah ke?"

Alisa bertanya. Ketika itu mereka sedang baring di tilam masing-masing. Alisa di katil atas manakala Maisarah di katil bawah. 

"Hanya aku seorang pelajar perempuan! Kau bayangkan malunya aku berada di kelilingi pelajar-pelajar lelaki tu semua. Asyik kena buli je. Tak tahan aku.." rungutnya.

"Kesiannya. Kalau aku jadi kau pun, aku akan tukar je."

"Tapi boleh ke?"

"Aku cuba. Pensyarah kata pergi jumpa Dekan. Esok aku akan pergi. Tak boleh dibiarkan lama-lama. Huargggg...mengantuknya. Jom tidur..esok aku kelas pukul 8 pagi."

"Hehehe..aku kelas pukul 10 pagi. Jangan cemburu ya.."

"Mana adil...."



Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.