Oh my Andrian. Mungkin korang mula bosan mendengar cerita aku akhir-akhir ini yang melulu mengenai Andrian. Habis tu nak buat macam mana? Aku sudah jatuh cinta pada lelaki itu!
Kata kawan-kawan, dian anak orang miskin. Tapi aku tak peduli dengan semua itu. Andrian sangat handsome, pandai, tenang dan kelihatan dewasa. Pokoknya, aku cinta separuh mati pada Andrian!
Korang tau tak? Sekarang aku tengah gembira. Waktu rehat tadi, aku tak sengaja terlanggar Andrian di pintu perpustakaan. Salah aku juga sebenarnya, terburu-buru keluar dan tidak melihat ke depan. Sebab tulah aku terlanggar Andrian yang mahu masuk. Arghh!!! Bahagianya! Wajah aku terbenam di dada Andrian. Bahagia!
Andrian tak marah. Malah dia tersenyum. Kacak sangat! Aku cuma boleh melongo. Menyesal sebab tak pura-pura jatuh. Mungkin Andrian akan menghulurkan tangan, memapahku untuk berdiri. Hihihi... agak keterlaluan. Tapi biarkanlah! Namanya juga lagi jatuh cinta.
Diana berhenti sejenak. Membaca semula tulisan di diarinya. Dia berusaha merangkai kata yang akan ditulisnya lagi.
Tapi agaknya Andrian mahu ke tidak? Aku taklah cantik. Sudahlah pendek, 'comel' pula. Kadang-kadang aku sedih, kenapa aku dilahirkan tidak secantik Katy Perry, Taylor Swift atau Selena Gomez?
Hingga akhirnya tidak seorang pun lelaki yang berusaha mendekatiku. Padahal rakan-rakanku sudah mempunyai kekasih. Ah, andai saja Andrian mahu jadi kekasihku...
Tulisan Diana berhenti lagi. Kali ini diraihnya patung beruang yang sedari tadi membisu disampingnya. Diana terlentang dengan patung di pelukan. Menatap siling yang berwarna putih. Di sana dia seperti melihat Andrian tersenyum padanya.
Lebih kurang sejam kemudian, kedua-dua mata Diana telah terpejam. Di bibirnya ada senyuman. Barangkali dia sedang bermimpi indah.
Pintu bilik terbuka. Mama melangkah masuk. Mama menggelang-geleng kepala melihat Diana yang sedang tidur. Diselimutkan tuduh Diana. Sebelum mematikan lampu, mata mama tertumu pada diari Diana yang terbuka