Bab 6

MESYUARAT pada petang itu, mengejutkan pekerja-pekerja di syarikat El termasuklah Ikram. Azura yang turut hadir dalam bilik mesyuarat, menarik perhatian Ikram. Matanya melekat pada susuk tubuh wanita itu. Kemudian, tumpuannya beralih pada Hana. Namun, Hana kelihatan tenang, seolah-olah kehadiran Azura sudah pun diketahuinya lebih awal. Ikram menoleh pula pada susuk tubuh El yang sekali sekala mencuri pandang ke arah Azura seakan sedang bermain mata gayanya.

Patutlah lately ni ceria je kawan aku ni. Dah berjumpa semula dengan buah hati. Kenapalah kau masih tak serik-serik dengan Azura, El. Rengus Ikram di dalam hati. Keluhan kecil dilepaskan. Geram sungguh dirasakan dengan sikap El. Masih sahaja setia pada wanita yang banyak mengambil kesempatan. 

Amboi, main-main mata pasangan sejoli ni. Bisik hati kecil Hana apabila melihat El dan Azura saling berbalas senyuman sejak dari tadi.

Kelihatan El mengenyitkan matanya apabila Azura memandang ke arah lelaki itu.
Eee... Meremang rasa. Miang boleh tahan dua-dua ni. Bebel Hana di dalam hati.

Bukannya dia cemburu, cuma dia merasakan perbuatan mereka berdua agak keterlaluan. Seharusnya mereka menjaga batas-batas mereka ketika ini. El juga harus menjaga nama baik syarikat kerana dia adalah contoh kepada para pekerjanya sendiri. 

"Okay, hopefully semuanya berjalan lancar. Mungkin ini projek biasa sahaja. Tapi, nak you all berikan sepenuh komitmen pada projek ni. I tak mahu ada sebarang masalah yang remeh temeh macam sebelum ni sampai ke telinga ISo, ada apa-apa soalan?" Soal El sambil berjalan ke arah Azura dan berdiri di belakang kerusi wanita itu. 

"Hana, please make sure you list kan semua kontraktor yang Aizat sebut tadi. Zul, make sure kontraktor tu takde masalah dengan tempoh masa projek ni. Kalau boleh, I nak siap tepat atau sebelum waktu yang ditetapkan." Ujar El. Hana dan Aizat sekadar mengangguk tanda faham.

"Okay, kalau takde apa-apa lagi, back to the work," tambah El setelah mendapat respon daripada pekerja-pekerja nya.

"Baby, kita lunch sama hari ni," bisik El pada Azura. 

"Sorry, I can't. Lepas ni, I kena pergi Melaka. Nak tengok tanah untuk Sasaran Pesona Holdings," balas Azura sambil menggosok lembut tangan El yang berlabuh dibahunya. Dia tidak mahu lelaki itu merajuk.

"It's okayNext time, we lunch together," El memandang Azura dengan mesra. Mereka saling berbalas senyuman. El mencuit hidung Azura sambil diperhatikan oleh staff yang beransur keluar dari bilik mesyuarat. 

"So, for this project, I harap payment I tak lambat lagi," balas Azura selaku freelance yang mencarikan projek untuk syarikat El. 

Memang menjadi kebiasaan Azura untuk menghadiri mesyuarat di syarikat itu kerana dia dalam proses mempelajari bagaimana menguruskan syarikat. Dalam masa yang sama, Azura juga menjana pendapatannya sebagai freelance untuk beberapa buah syarikat yang lain.
"Okay. Nanti I inform pada account department untuk buat fast payment pada you," kata El sambil membalas pegangan tangan Azura.

Para pekerja yang masih berada di situ, memandang antara satu sama lain apabila melihat adegan mesra antara El dan Azura. Kemudian, tumpuan mereka beralih pula ke arah Hana. Hana sedar akan pandangan sinis teman sekerjanya. Tetapi, dia cuba berlagak biasa dan buat tidak endah pada pasangan itu. Dia bangun dan beredar segera dari bilik mesyuarat tersebut dan kembali ke arah mejanya sambil meneliti semula minit mesyuarat. 

Kalau ye pun nak bermesra-mesra, janganlah tunjuk sangat dalam opis ni. Rungut Hana di dalam hati.

Dia sudah cukup penat untuk menjawab pertanyaan pekerja di situ mengenai hubungan El dan Azura. Sehingga ada yang menuduh Hana telah menyihir El sehingga El dipaksa berkahwin dengannya.

"Balik-balik aku juga yang kena tuduh macam-macam." Gumam Hana dengan hati yang sebal.




"BILA kau jumpa semula dengan Azura, El? Tak cerita pada aku pun," soal Ikram yang sudah tidak sabar mahu menanyakan hal tersebut sejak dari awal mesyuarat itu tadi. 

"Well.. Kalau aku cerita pun, kau bukan suka dengar nama Azura kan?" Balas El bersahaja. 

"Aku bukan tak suka dia. Tapi, dia dah banyak kali tipu kau El," ujar Ikram. Pelik dengan sikap El yang masih percayakan Azura. Wanita yang sudah berkali-kali memungkiri janji pada sahabatnya itu.

"How dare you said that! Azura tak pernah tipu aku. Dia ada alasan tersendiri dan aku terima segala alasan yang dia bagi. Kau tak perlu pertikaikan kenapa aku masih percaya dia, Ikram," El memberi amaran kepada Ikram. Dia tidak suka Ikram mengkritik wanita yang dia cintai.

"Okay, I'm sorry. Tapi, kalau boleh cover lah sikit. Kesian Hana. Semua orang serbu dia tanya pasal kau dengan Azura. Ada yang tuduh Hana macam-macam," balas Ikram dengan suara yang bergetar. Tubuhnya ditolak bangun dari situ. Dia mahu keluar dari ruangan itu kerana terasa bahang kemarahan El apabila dia mengkritik Azura.

"Kau tak payah concern sangat pasal perempuan tu. And mind you own business. Aku tak pernah campur urusan kau tau Ikram and please do the same thing," balas El agak kasar tanpa memandang wajah lelaki itu. El melepaskan merengus kasar menandakan dia tidak senang dengan Ikram yang asyik menyibuk akan hal nya.

Ikram tersentap. Dia terdiam sejenak. "Aku.. Aku minta maaf. Aku tak akan campur urusan kau lagi. Sorry again," ucap Ikram perlahan. Dia menyesal kerana mencampuri urusan lelaki itu sehinggakan membuatkan El marah. Lantas, dia berjalan menuju ke pintu dan keluar dari situ. Sebaik sahaja keluar, matanya tertumpu pada Hana yang sedang tekun melakukan kerja. 

Aku harap, suatu hari nanti El buka mata dan sedar yang Hana lebih baik dari Azura. Doa Ikram di dalam hati. Dia bersimpati dengan nasib Hana.

El yang berada di dalam biliknya melepaskan keluhan berat. Wajah diraup perlahan. Dia menyesal dengan kata-katanya terhadap Ikram. Dia tidak berniat mahu menyakitkan hati Ikram, tetapi dia tidak suka lelaki itu mengkritik Azura dan asyik memaksa dia menyukai Hana. Hati tak boleh dipaksa. Itu pendirian El. 

El sedar apa yang dia lakukan ketika mesyuarat tadi, tidak baik. Sepatutnya dia tidak terlalu terbuka berhubung dengan Azura memandangkan dia sudah memegang status sebagai suami Hana. El termenung memikirkan perkara yang ditegur oleh Ikram itu tadi. Benar kata Ikram, dia seharusnya lebih berhati-hati memandangkan dia adalah contoh kepada para pekerjanya sendiri.

Sekali lagi El melepaskan keluhan berat. Dia benar-benar menyesal kerana bercakap kasar terhadap Ikram. Lantas dia bangun dan keluar dari biliknya dan berjalan menuju ke bilik Ikram.
Sesampainya dia di depan bilik Ikram, dia terus menerjah masuk ke dalam. Kelihatan Ikram sedang termenung melihat skrin komputer. Tersentak lelaki itu apabila melihat El berada di situ. Ikram kaku seketika. Begitu juga El. Mereka saling berpandangan sesama sendiri. Akhirnya, mereka saling tersenyum.

"Sorry la bro, aku emotional sangat tadi. I'm sorry. Aku tak patut cakap macam tu pada kau," ucap El dengan rasa kesal. Dia menarik nafas dalam sambil duduk di hadapan Ikram.

"It's okay. Aku tak ambil hati pun. Aku kenal kau dah lama El. Just concern sebagai kawan. Tu je," balas Ikram. Dia lega kerana El tidak marah padanya lagi.

"Yeah.. I knowThanks for your concern. I appreciate that. Kau tahukan aku sayang Azura? She's the one and only women in my life yang aku sayang dan cinta. Aku dengan dia almost four years. Aku tak kisah pun dia mungkir janji dengan aku. Macam aku cakap sebelum ni, dia ada sebab tersendiri kenapa dia buat macam tu," jelas El. Dia mahu Ikram tahu betapa dia mempercayai Azura dan dalam masa yang sama dia mahu Ikram faham apa yang dia rasakan.

"And yes.. Betul cakap kau yang aku tak boleh suka-suka hati bermesra dengan Azura dalam office ni. Aku kena jaga attitude as a bossThanks for the advice. Aku akan cuba cover hubungan aku dengan Azura lepas ni. Kalau kau ada benda nak tegur aku, yes you canMy pleasure," tambah El sambil tersenyum. Dia tidak mahu Ikram bermasam muka dengannya. Ikram adalah satu-satu kawan yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang. Jadi, dia tidak boleh menolak nasihat Ikram bulat-bulat. Ikram ibarat penasihat yang tidak bergaji buatnya.
"Tak beranilah aku tegur kau lagi," balas Ikram berpura-pura merajuk. 

"Come on bro. Janganlah merajuk. Lunch ni, aku belanja makan. Tanda minta maaf. Okay??" Pelawa El.

"Bab makan tak jadi merajuk. Okay set," balas Ikram. Mereka ketawa bersama-sama.

"Anyway, thanks untuk setiap advice yang kau bagi pada aku. You're the best man, bro," puji El sambil keluar dari bilik Ikram. Ikram tersenyum. Dia menghela nafas lega apabila ketegangan antara dia dengan El selesai dengan cepat.




MASA berlalu dengan pantas, jam menunjukkan hampir pukul dua petang. Semua pekerja yang keluar makan tengah hari, seorang demi seorang masuk semula ke pejabat.

Hana pula masih sibuk menyiapkan kerja yang harus diselesaikan sebelum hujung bulan ini. Terlalu banyak projek yang El terima dan luluskan sejak akhir-akhir ini, sehingga dia tidak sempat untuk keluar makan tengah hari.

"Kau tak keluar makan ke, Na? Semalam pun tak keluar makan," sapa Ahmad rakan sekerja Hana. Dia berdiri di hadapan meja Hana sambil menghulurkan sebungkus pisang goreng. Hana mendongak seketika ke arah lelaki itu seraya berkata, "Banyak kerja la, Mad. Kau beli untuk aku ke ni?" Soal Hana. Bungkusan pisang goreng itu diambil dari tangan Ahmad.

"Yelah. Untuk kau. Orang lain pun banyak kerja, Na. Keluar je lunch. Kau kerja beria pun, boss bukan nampak," balas Ahmad sambil melipat lengan bajunya hingga ke siku. Hana sekadar tersenyum segaris.

"Boss kau tu husband aku tau," balas Hana mengingatkan Ahmad tentang hubungannya dengan El. Tangan menyeluk ke dalam plastik bungkusan dan sebiji pisang goreng diambil. Kemudian, disumbat ke mulut dan dia mengunyah dengan perlahan sambil diperhatikan oleh lelaki dihadapannya itu.

"Alamak.. Aku terlupa kau isteri boss," Ahmad ketawa besar dengan kata-katanya sebentar tadi.

"Jangan kutuk lebih-lebih aaa...," sengaja Hana memberi amaran supaya hal El tidak disentuh ketika bercakap dengannya.

"Anyway, thanks for the pisang goreng. Semoga kau murah rezeki sebab belanja aku," tambah Hana sambil meneruskan kerjanya.

"Sama-sama. Tapi, aku ada soalan nak tanya la. Kau ni wife pertama ke, kedua?" Soalan Ahmad seolah batu menghempap kepala Hana. Terkedu Hana seketika.

"Mad, sila kembali ke meja anda. Aku banyak sangat kerja nak buat hari ni, esok dan akan datang. Kalau kau nak tahu jawapannya, dipersilakan tanya boss kau tu," balas Hana dengan tegas. Dia tidak mahu menjawab sebarang soalan tentang perkahwinannya atau tentang Azura. Dia tidak mahu menjelaskan apa-apa kerana bimbang perkara tersebut akan berlarutan dan sedikit sebanyak membuka aib dirinya sendiri, El atau Azura.

Bukan tiada suara sumbang yang mengatanya dibelakang. Tetapi, Hana buat tidak endah. Lama kelamaan mereka akan diam sendiri setelah penat bercakap. Itu sahaja yang Hana harapkan.


HANA berjalan menuju ke bilik El sambil membawa beberapa surat dan dokumen yang perlu lelaki itu tanda tangani. Berdiri sahaja Hana di depan pintu, dia mengetuk perlahan sambil masuk ke dalam tanpa menunggu arahan dari El.

"I tak suruh you masuk pun," kata El sambil memeluk tubuh. Mencerlung matanya memandang Hana. Langkah Hana terhenti dengan alis mata yang berkerut nipis.

"Aaa... Sorry," Hana keluar semula dari bilik itu dan mengetuk sekali lagi pintu bilik El. Dia menunggu arahan dari lelaki itu untuk membenarkan dia masuk.

"Come in," kedengaran suara garau El memberi kebenaran untuk masuk.

"Saiko..," gumam Hana sendiri.

Hana tarik nafas dalam sebelum dia masuk semula ke ruangan bilik El. Daun pintu ditolak dan kaki melangkah masuk dengan wajah yang tenang.

"Ni surat dan dokumen yang encik El kena sign," Hana menyerahkan segalanya kepada El. 

"Seronok bergosip dengan Encik Ahmad tadi?" Sindir El. Dia terlihat pekerjanya, Ahmad sedang berbual mesra dengan Hana ketika dia baru pulang dari makan tengah hari bersama Ikram sebentar tadi.

Hana terkedu seketika saat mendengar sindiran El. Dia menghela nafas perlahan cuba menenangkan hati sendiri. 

"Berbual pasal apa?" Soal El apabila melihat Hana masih mendiamkan diri.

"Takde apa. Berbual kosong," jawab Hana ringkas. Tolonglah jangan serabutkan kepala otak aku dengan soalan-soalan yang tak penting. Aku fikir nak survive je hari ni. Disebabkan kau dengan Azura macam kucing miang dalam bilik meeting tadi. Habis semua buat macam-macam spekulasi.

"You jangan tipu IYou mengata I dengan Azura kan?" Soal El dengan nada yang agak keras dipendengaran Hana. Lelaki itu berhenti menyemak dokumen yang Hana berikan tadi. Pandangan matanya seakan menikam susuk tubuh Hana tika ini.

"Tolonglah Encik El. That's not important thing yang perlu encik ambil tahu. Dokumen dan surat yang saya bagi untuk encik sign tu, lebih penting untuk diuruskan. That's urgent document. Please make it fast," tegas Hana. Buat pertama kalinya Hana menjawab. Dia sudah tidak tahan lagi diasak dengan pelbagai soalan dan pertanyaan. Hana mula hilang sabar.

El tersentak. Geram dengan jawapan wanita itu. "Since when you pandai menjawab ni? I boss atau you boss?" Wajah El kelihatan berang.

Berani dia cakap macam tu dengan aku?. Dia fikir dia siapa dalam pejabat ni?

"Sorry," ucap Hana dengan nada yang bergetar. Nafas digali dalam. Dia cuba bertenang dan berfikiran waras. Dia tidak mahu keadaan menjadi lebih buruk.

"Sorry? You memang tahu cakap itu je ke? Tadi kemain macam bagus sangat. Now? Sorry? Dah alang-alang you nak bergaduh dengan I, better kita bergaduh je," balas El sambil membaling kesemua surat dan dokumen tersebut ke lantai. Hana terkejut dan terpinga seketika. Dia merenung tepat ke wajah El. 

"Apa tengok-tengok? Kutiplah. Urgent kan?" Tambah El dengan muka serius.

Menjawab dengan aku. Ni la padahnya!

Hana terus mengutip kesemua dokumen yang berselerak di atas lantai itu. Dia menahan air matanya dari mengalir. Dada terasa sebak saat diperlakukan sebegitu.

Kenapa dia layan aku sampai macam ni sekali? Apa dosa aku dengan dia? Rintih hati kecil Hana. Luluh hatinya saat ini. 

Selesai mengutip segala dokumen itu, Hana bangun dengan muka yang merah menahan tangis.

 "Terima kasih, encik," ucap Hana dengan suara yang mula serak. Lantas dia keluar dari bilik itu dengan segera. Sebaik sahaja keluar dari situ, Hana menangis teresak-esak.

Kenapa kau layan aku macam sampah? 

"Hana, are you okay? Kenapa you menangis ni? Apa yang berlaku?" Soal Ikram. Dia ke bilik El untuk berbincang sesuatu. Namun, saat melihat wanita itu menangis di situ, Ikram cemas. Pasti ada sesuatu yang telah El buat sehingga Hana menangis.

Cepat-cepat Hana mengesat air matanya sambil menggeleng pantas. Tanpa menunggu, dia berlalu dari situ, kembali semula ke mejanya. Dia perlu menyusun semula dokumen yang sudah berterabur akibat dicampak El tadi.

Ikram terpinga saat ditinggalkan Hana tanpa jawapan. Pantas dia masuk ke dalam bilik El dan terus bertanya kepada lelaki itu tentang apa yang berlaku. "Kau buat apa pada Hana sampai dia menangis?" Soal Ikram dengan wajah serius.

"Menangis? Perempuan tu menangis?" Soal El tanpa menjawab pertanyaan Ikram. Riak wajah El selamba sahaja seolah tiada apa yang berlaku sebentar tadi.

"Ya. Depan bilik kau dia menangis. Kau buat apa pada dia, El?" Soal Ikram masih ingin tahu apa yang terjadi.

"Dia cari pasal dengan aku," jawab El acuh tak acuh. Namun, di dalam hatinya tebit rasa bersalah terhadap Hana.

"Come on, bro. Kau lelaki buat perempuan sampai menangis? Tak gentleman, El. Isteri sendiri pula tu," sengaja Ikram menambahkan rasa bersalah pada El. 

El membungkam. Ya, rasa bersalah mula menyerbu ke tangkai jiwanya. Dia tahu, tidak sepatutnya dia melayan Hana sebegitu. Tetapi, dia rasa tercabar kerana selama ini Hana tidak pernah menjawab. Paling tidak, Hana hanya mendiamkan diri atau meminta maaf. Perkataan yang biasa diucapkan oleh Hana. Tetapi, hari ini, buat pertama kalinya Hana menjawab dan El tidak dapat mengawal rasa marahnya.

"Kau ni kalau aku cakap lebih-lebih kau marah pula. Tak baik kau layan Hana macam tu," nasihat Ikram. Berhati-hati dia menyusun kata, bimbang El tiba-tiba naik angin kepadanya seperti awal pagi tadi.

"Dia tak pernah menjawab macam tu pada aku. Aku tanya dia elok-elok je. Dia sound aku. Menyirap la aku," balas El cuba mempertahankan dirinya. Namun rasa bersalah masih bersarang di dalam hati.

"Aku rasa Hana stress agaknya. Lepas meeting tadi, staff yang lain tengok kau bermesra dengan Azura, sorang-sorang datang ke meja Hana tanya pasal kau dengan Azura. Ada pula yang cakap macam-macam pasal Hana. Bila kau pun tanya macam tu, dia bertambah stress la. Dahlah dia hadap staff yang lain tu sorang-sorang. Orang mengata dia lagi. Kau pun El, even tak suka dia pun, janganlah layan dia macam tu," nasihat Ikram dengan panjang lebar. El hanya mendiamkan diri sambil melepaskan satu keluhan. Wajah diraup perlahan.

"Terpulanglah pada kau. Aku cakap je," tambah Ikram lagi. Dia sudah nasihatkan apa yang sepatutnya kepada El. Dia harap El dapat berfikir secara rasional dan akan melayani Hana dengan baik selepas ini.

"Ni kita ada masalah sikit dengan projek yang ada di Melaka tu. Diorang cakap Azura letak harga lain, dalam quotation kita harga lain. Kau kena tanya Azura. Sebab diorang tak nak proceed kalau ikut harga kita," tambah Ikram sambil menunjukkan fail projek di Melaka itu. Dahi El berkerut. "Biar aku tengok dulu file ni. Nanti aku tanya Azura," balas El sambil mengambil file tersebut dari tangan Ikram.

"Okaylah. Sorry kalau kau terasa apa yang aku cakap pasal Hana tadi. But, please treat her good. Kesian dia," pesan Ikram sebelum keluar dari bilik El. 

El termenung seketika. Rasa bersalah makin menebal. Dia buntu. Tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Kemudian, dia kembali meneruskan kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.
Petang itu, Hana tidak kelihatan ditempatnya. Dia cuma menghantar pesanan ringkas kepada El.

^HANA^ Saya balik naik cab. Ada tempat lain saya nak pergi.

Tanpa membalas pesanan tersebut, El pulang ke rumah sendirian tanpa Hana. Sepanjang perjalanan, El asyik memikirkan tentang wanita itu. Betul kata Ikram, dia tidak sepatutnya melayan Hana sebegitu. Tetapi, entah mengapa setiap kali melihat Hana, ada sahaja benda yang tidak kena di matanya.

EL mengerling ke arah jam dinding rumah. Hampir pukul 11 malam. Hana masih belum pulang. Lantas dia mencapai telefon bimbitnya dan mula mendail nombor telefon Hana. Telefon berdering namun tidak berjawab.

"Mana dia pergi ni? Marah sangat ke kat aku sampai tak nak jawab call," berkali-kali El cuba menghubungi Hana. Namun, masih tiada jawapan.

Tidak lama selepas itu, satu pesanan ringkas masuk. Cepat-cepat El melihat ke skrin telefon bimbitnya.

Hana!

El membuka pesanan itu dan membacanya satu persatu.

^HANA^ Saya tak balik malam ni. Esok dengan lusa saya MC.
^EL^ Balik sekarang. I tak izin you tidur tempat lain.
^HANA^ Awak kata saya tak perlu minta izin awak. Saya boleh buat apa yang saya suka tanpa beritahu atau minta izin awakkan? Awak lupa?
^HANA^ Sorry, saya tak boleh balik malam ni.
^EL^ I tak luluskan MC you.
^HANA^ Saya ada surat doktor. Khamis saya masuk office saya bagi.
^EL^ Hantar gambar surat tu sekarang. I nak tengok.

Namun, mesej El yang terakhir tidak berbalas. Lama dia menunggu balasan dari Hana. Dia cuba lagi menghubungi wanita itu. Tetapi, panggilannya tidak dapat disambungkan. Tahulah dia bahawa Hana sudah mematikan telefon bimbitnya. El bengang bercampur risau.
MC? Sakit ke? Eh, lantak dialah. Bukannya aku yang halau dia dari rumah. Pandai-pandailah nak balik nanti. Getus hati El.



MALAM itu, Hana terpaksa menginap di hospital kerana serangan gastrik yang agak teruk

MALAM itu, Hana terpaksa menginap di hospital kerana serangan gastrik yang agak teruk. Dia ditemani oleh Wana.

"Dah inform El?" Soal Wana sebaik sahaja melihat Hana meletakkan telefon bimbitnya ke meja sisi katil.

"Dah," jawab Hana ringkas. Duduknya dibetulkan. Keadaan Hana beransur pulih setelah ubat di masukkan melalui drip

"El cakap apa? Mesti dia risau Hana tak balik. Dia ada cakap nak datang sini?" Soal Wana. 

"Takde. Akak baliklah. Saya okay je sorang-sorang," balas Hana sedikit lemah. Dia tidak mahu menyusahkan Wana.

"El datang tak? Kalau dia datang teman Hana, akak baliklah," soal Wana sekali lagi.

Tak kan aku nak tinggalkan Hana sorang-sorang dekat sini? Kasihan dia. Bisik hati kecil Wana. Dia bersimpati dengan Hana.

"Tak. Dia tak tahu saya warded. Kalau dia tahu pun, dia bukan peduli. Takpa kak. Akak baliklah. Esok akak kerjakan? Sini nurse ada. Jangan risau," balas Hana dengan muka sedikit berkerut menahan sakit yang sekali sekala datang menjengah. 

"Takpalah akak teman...," belum sempat Wana menghabiskan kata-katanya, Hariz yang baru sampai terus menerjah masuk ke dalam tanpa mengetuk pintu. Serentak Hana dan Wana memandang ke arah lelaki itu.

"Sorry, along lambat sampai. Jem teruk tadi. Hana macam mana?" Soal Hariz agak cemas. Dia mendapat panggilan telefon dari Hana selepas waktu maghrib tadi. Terus dia bergegas ke hospital yang dinyatakan oleh adiknya itu.

"Alhamdulillah. Okay sikit lepas drip ubat dengan cucuk tadi. Doktor nak tengok sampai esok. Kalau takda apa dia bagi discharge. Doktor takut appendix," jelas Hana kepada Hariz. Hariz sekadar menganggukkan saat mendengar penjelasan adiknya itu.

"El mana?" Soal Hariz dengan mata yang meliar mencari kelibat El.

Tak kan dia biar adik aku sorang-sorang?

"Dia tak tahu Hana warded. Hana pun tak nak dia tahu. Along jangan bagi tahu dia. Kalau Along bagi tahu, siap along!" Membulat mata Hana ketika amaran diberikan kepada Hariz. Kalau El tahu pun, dia bukan peduli hal aku. Aku tak nak along sedih kalau tahu El tak ambil berat tentang aku. Rintih hati kecil Hana.

"Kenapa tak nak bagi tahu dia?" Soal Hariz tidak faham dengan sikap adiknya itu.

"Bergaduh kot," celah Wana yang sejak dari tadi diam. Dia berkata begitu kerana sewaktu Hana sampai dirumahnya, mata Hana kelihatan bengkak dan wajahnya sembab. Wana mengagak yang Hana telah bergaduh dengan El. Disebabkan itu, Hana tidak pulang ke rumah El. Sebaliknya, dia pergi ke rumah Wana.

"Bergaduh? Tak kan El marah lagi kalau tahu Hana masuk hospital. Mesti dia datang pujuk adik along ni. Bagi tahulah dia. Nanti dia risau pula tengok Hana tak balik-balik rumah," nasihat Hariz. Dia tahu Hana keras kepala. Tetapi, selepas berkahwin dengan arwah Farish dahulu, adiknya itu banyak berubah. Mungkin kerana Farish melayan dan menyantuni Hana dengan baik. Tetapi, sikap Hana sejak akhir-akhir ni juga dilihat berubah. Seolah ada sesuatu yang membuatkan adiknya jadi begitu. 

Kadangkala apabila Hariz menelefon bertanya khabar, Hana juga tidak banyak berbual seperti selalu. Lebih-lebih lagi apabila Hariz bertanyakan tentang El. Hana seolah-olah mengelak dan tidak mahu bercerita langsung tentang rumah tangganya. Jauh disudut hati Hariz, dia bimbang. Tetapi, dia tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga Hana.

"Tak payahlah bagi tahu dia. Esok dah boleh discharge rasanya ni," balas Hana tanpa riak diwajahnya. Sungguh, dia malas mahu mendengar nama lelaki itu buat masa ini.

Hariz dan Wana saling berpandangan sesama sendiri. Mereka sendiri tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi jika itu kehendak Hana. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa akur.


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.