Bab 29

SETELAH enam bulan ikatan pertunangan antara Hariz dan Wana, esok adalah hari bersejarah buat mereka berdua. Majlis bersanding dilangsungkan di rumah pak ngah.
Suasana di rumah pak ngah tika itu meriah dengan sanak saudara yang berkumpul di situ. Mereka bekerjasama menguruskan majlis Hariz.
Sementara itu, Hana masih berkurung dibiliknya sambil termenung jauh. Dia melihat kiriman mesej daripada Azura yang dipenuhi dengan gambar tangkapan skrin perbualan antara Azura dan El. Hana membaca salah satu daripada kiriman itu


Tangkapan skrin (screenshot) perbualan Azura dan El:

AZURA > Betul you tak kan sentuh dia?
EL > Betul baby. I geli lah nak sentuh dia. Lagipun she's not my taste.
AZURA >Alah, lelaki! Sweet talker. Tahu-tahu nanti, dia pregnant anak you.
EL > Baby, kan I pernah cakap, I'll never touch a leftover. Dia bekas orang. I geli lah dengan dia tu. Entah daripada family yang macam mana. Takkan I nak keturunan I nanti daripada background family yang tak jelas. Impossible!
EL > Trust me okay. Just you my one and only. Tiada perempuan lain boleh ganti tempat you di hati I.
EL > If one day, I sentuh dia, mungkin I dah gila masa tu. You kena bawa I pergi berubat, okay baby.
AZURA > Hahaha. I bawa you pergi hospital sakit jiwa terus kalau you jadi macam tu!
EL > Kenapa pula? You kena bawa I berubat, mana tahu dia guna-gunakan I ke. Hahaha!

Hati Hana sakit tatkala membaca kiriman tersebut. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini Azura mengganggu dengan mesej seperti itu. Entah apa tujuan wanita itu, dia sendiri tidak tahu. Tetapi, hatinya lebih sakit apabila membaca kata-kata yang diucapkan oleh El tentang dirinya.

Kenapa kau hina aku sampai macam ni? Aku yang dah mula sayang pada kau. Hana menahan sebak didada.
"Hana, call lah El. Pujuk dia," ujar Hariz sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik Hana.
"Pak ngah semua tanya pasal El," tambah Hariz lagi.
"Biarlah dia. Dia sendiri tak nak ikut balik sini sebab ada Sham. Lantak dia lah. Hana malas asyik nak jaga hati dia je. Hati Hana ni, dia buat macam sampah!" Hana menghamburkan kemarahannya. Mendengar sahaja kata-kata itu, Hariz menggeleng perlahan.

Kalau dah dua-dua degil, apa pun tak boleh! Bebel Hariz di dalam hati.

Dua hari sebelum Hana dan Hariz bertolak ke Johor, telah berlaku pertengkaran antara Hana dan El.
"Suka hati abang lah. Tapi, jangan halang saya nak balik Johor. Itu je," ujar Hana malas mahu bertegang urat dengan El yang bersikap kebudak-budakan itu.
"Seronoklah balik sana. Ada admirer. Mesti tak sabarkan nak jumpa admirer?" sindir El dengan geram.
"A'ah, tak sabar sangat nak balik sana," balas Hana. Dia cuba meninggalkan ruang tamu itu.
"Memanglah, ada jantan lain tengah tunggu dekat sana. Entah-entah sebab tu awak tak nak mengandungkan anak abang?" cabar El. Dia sakit hati kerana Hana tidak memujuknya. Malah Hana terus menyakiti hatinya.
Langkah kaki Hana terhenti. Segera dia menoleh pada El. "Apa abang cakap ni? Abang fikir saya ni perempuan murah ke?" Hana hilang sabar dengan kata-kata lelaki itu.
"Kalau macam tu, jangan pergi. Duduk je KL ni," balas El. Siapa suruh sakitkan hati aku juga!
"Saya tetap akan balik Johor!" tegas Hana.
"Abang tak izinkan! Kalau awak pergi juga... ," El tidak menghabiskan kata-katanya.
"Kalau saya pergi juga kenapa?" soal Hana sambil memandang wajah El yang menahan marah itu. Namun, soalan itu tidak dijawab, sebaliknya El terus naik ke bilik meninggalkan Hana keseorangan di situ.

Lamunan Hana terhenti apabila Dila pula masuk ke bilik mencarinya. "Kau okay tak ni? Suami kau sampai pukul berapa?" soal Dila. Dia bimbang melihat Hana asyik termenung sejak daripada semalam.
"Okay. Dia tak balik. Ada kerja," balas Hana ringkas. Dia tidak mahu sesiapa tahu masalahnya dengan El.
"Kau ada masalah ke? Ceritalah. Aku susah hati tengok kau macam ni. Suami kau tak balik sini sebab Sham ke?" soal Dila. Namun, Hana diam tanpa menjawab. "Kau beritahulah dia. Sham dah balik Singapura dah. Dia dapat kerja lain di sana," pujuk Dila seakan dapat menghidu masalah Hana.
"Tak payahlah. Tak penting pun. Kau jangan risau aku okay," balas Hana ringkas.
Dila melepaskan keluhan perlahan. "Okaylah. Kalau macam tu, aku keluar dulu. Nanti kau keluarlah. Jangan macam ni lama-lama. Mak dengan abah risau dah tu tengok kau macam ni," pesan Dila. Hana sekadar mengangguk lemah. Kemudian, Dila menapak keluar daripada situ.

Tiba-tiba satu pesanan mesej masuk.

EL^ Awak degilkan? Abang dah cakap jangan pergi sana. Awak memang nak sangat ke jumpa Sham tu?
HANA^ Terpulang abang nak cakap apa. Saya sibuk. Banyak benda nak buat dekat sini.
EL^ Sibuk banyak benda nak buat ke, sibuk memadu kasih dengan Sham??

Hati Hana sakit dengan kata-kata El itu.

HANA^ A'ah. Macam abang sibuk memadu kasih dengan Azura. Apa salahnya saya memadu kasih dengan Sham?
EL^ Awak jangan cabar abang, Hana!
HANA^ Ya, saya cabar awak! Saya tak pernah bahagia hidup dengan awak! Awak lelaki yang banyak lukakan hati saya! Sakitkan hati saya!!!
EL^ Tak bahagia??
HANA^ Ya!! Sekarang awak nak buat apa? Nak ceraikan saya?? Silakan!! Saya tak kisah. Sebab selama ni pun saya tak pernah ada hati pada awak!!

Jantung Hana berdegup dengan pantas. Hatinya terlalu sakit apabila teringat semua pesanan ringkas daripada Azura sebentar tadi. Dengan layanan El begini. Dia sudah tidak tahan lagi. Dia sudah tidak peduli apa yang akan terjadi selepas ini.

EL^ Sebab tu awak tak nak mengandung?"
HANA^ Ya!!! Puas hati??? "
EL^ Saya tanya awak sekali lagi. Awak tak bahagia dengan saya selama ni? Sikit pun tak rasa bahagia? Takda perasaan langsung pada saya selama ni?"
HANA^ Ya!!"

Terus Hana mencampakkan telefonnya ke dalam beg tangan. Malas nak melayan sikap El yang tak habis-habis menyakiti hatinya itu.
Lalu, dia terus keluar daripada bilik dan membantu apa yang patut di dapur. Walaupun hatinya sakit, dia tidak mahu terus melayani perasaan itu.


MALAM itu, mereka berkumpul di ruang tamu beramai-ramai.
Hana yang sejak dari petang sibuk menolong mak ngah di dapur, turut duduk meluruskan kakinya bersama mereka yang lain.
Pelbagai perkara yang dibualkan. Namun semua perbualan itu, tidak menarik minat Hana. Lantas, dia meminta diri untuk masuk ke bilik lebih awal.
Sebaik masuk ke bilik, Hana mencapai telefonnya. Dia melihat ada mesej masuk tertera nama El. Dengan malas dia membaca mesej itu.

EL^ Selama ini, saya berusaha untuk menangi hati awak. Tapi, sampai sekarang awak masih takda hati pada saya. Awak tak bahagia dengan saya kan? Baiklah, Hana Elyana binti Hashim. Saya Ungku El-Elyas bin Ungku Ibrahim ceraikan awak dengan talak satu. Lepas awak balik Johor. Kita selesaikan semuanya di mahkamah. Dan, sekarang awak bukan isteri saya lagi. Bolehlah awak pilih bahagia awak sendiri. Assalamualaikum.

Jantung Hana seakan terhenti. Telefon yang dipegangnya jatuh. Dia terjelepok ke lantai. Fikirannya kosong. Tersedu sedan tangisan dihamburkan. Dia seolah-olah tidak percaya apa yang baru dibacanya sebentar tadi.
Betul ke El ceraikan aku? Hana melihat kembali mesej yang dihantar oelh El sebentar tadi. Dia seakan tidak percaya yang lelaki itu sudah melafazkan talak padanya. Berulang kali mesej itu dibaca dengan tubuh yang menggigil hebat.

Hariz menerjah masuk ke bilik Hana secara tiba-tiba agak terkejut tatkala melihat keadaan Hana. Pantas dia menerpa ke arah adiknya itu. "Kenapa ni Hana?" soal Hariz. Cemas.
"Along, El...," tidak sanggup Hana meneruskan kata-katanya lagi.
"Kenapa dengan El?" desak Hariz sudah tidak sabar ingin tahu apa yang berlaku.
"El, ceraikan Hana.. El ceraikan Hana, along," esakan Hana bertambah kuat. Hariz tergamam dan terdiam. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang di dengarinya. Buntu.

EL merenung gambar kahwin mereka. Sungguh hatinya kini kosong seperti rumah yang tidak berpenghuni. Begitu juga jiwanya. Hati terasa hancur dengan setiap kata-kata yang Hana luahkan sebentar tadi.
Sungguh, tiada sayang dan cinta dalam hati Hana terhadapnya. Dia merasakan usahanya memikat Hana sia-sia. Tetap sahaja hati wanita itu bukan miliknya.
Kau tak bahagia bersama aku. Pergilah. Cari bahagia kau. Detik hati El. Dia menghamburkan tangisan.
Ini mungkin jalan bahagia buat Hana. Tapi, buat aku, jalan duka yang aku tak pernah lalui sebelum ini. Aku cinta dan sayangkan Hana. Tapi, dia tak pernah bahagia dengan aku. Aku rela lepaskan kau untuk kau cari bahagia kau sendiri, Hana. Hati kecil El berbisik sayu.
Dia menangis sambil memeluk gambar kahwin mereka. Dia tidak mahu Hana terus terseksa hidup bersamanya. Mungkin melepaskan Hana, akan buat wanita itu bahagia. Bahagia tanpa dirinya.
Di waktu Hariz membina mahligainya bersama Wana, rumah tangga Hana runtuh di tengah jalan.


Apakah ini pengakhiran sebuah cerita? Andai ego bisa diruntuhkan, mungkin hubungan bisa diselamatkan. Andai kata-kata bisa dijaga, mungkin tiada hati yang akan terluka. Namun, kita manusia biasa, yang adakalanya mahu melepas segala amarah di dada. Tetapi, itu bukan jalan yang membawa kita ke syurga.


Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.