Bab 22

KELIHATAN El tekun meneliti setiap dokumen yang perlu di semak olehnya. Selang beberapa minit, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Telefon bimbit dicapai lalu skrin telefon ditatap. Tertera nama Azura. Dahinya berkerut nipis.

Sejak peristiwa di Terengganu tempoh hari, hampir sebulan El tidak bertemu dengan Azura. Kalau dahulu, El pasti tidak keruan dan dia akan mencari Azura. Tapi kini, El langsung tidak kisah, malah dia lebih tenang dan selesa tanpa kehadiran wanita itu..


AZURA ^' Baby, thanks for the handbag. I really like it'

AZURA ^'I dah agak you still love me right?'

AZURA ^'I love you too, baby. Lunch nanti I datang office. We lunch together.'

'Handbag?' getus hati El. Bila masa aku bagi dia handbag? El tidak membalas mesej itu. Dia meneruskan kerjanya seperti biasa.
Tidak lama selepas itu, pintu biliknya diketuk seseorang. Setelah El memberikan kebenaran untuk masuk, susuk tubuh Azura terpacul dimuka pintu sambil tersenyum manja. Lalu, dia menghampiri El.
"You nak apa ni?" soal El tanpa membalas senyuman Azura.
"Kan I dah janji nak lunch dengan you," balas Azura. Dia terasa dengan sikap dingin El terhadapnya. Namun, dia cuba mengawal perasaan sendiri kerana tidak mahu merosakkan mood El.
"Sorry. I busy. Lagipun I dah janji dengan my wife nak teman dia lunch," balas El sambil meneruskan kerjanya.
"Habis tu, handbag yang you bagi pada I tu, untuk apa? Bukan you nak pujuk I ke??" Azura semakin bengang dengan sikap tidak endah El terhadapnya.
Pagi tadi, Azura mendapat kiriman hadiah tertulis nama E bersama. Sebuah beg tangan berjenama. Azura fikir El mahu memujuknya. Namun sangkaannya meleset kerana El sendiri tidak mengaku bahawa dia yang mengirimkan handbag tersebut kepada Azura.
"I tak tahu. Bukan I yang bagi. Maybe, someone special ke, admire you ke, Dato' Hafsham ke. I don't know. But, it's not from me," tegas El. Dia yakin memang bukan dia yang mengirimnya.
"On the card tertulis nama you!! Ada El lain yang I kenal ke selain you??" soal Azura sambil meninggikan sedikit suaranya. Dia menjadi geram kerana El seolah-olah menyindir dirinya.
"Wooo... Rileks. Calm down. Jangan marah-marah," balas El dengan senyuman sinis.
"Okay, handbag apa yang you dapat dari lelaki yang bernama 'EL' tu?" soal El sambil memandang ke arah Azura. Dia dapat melihat wajah Azura yang masih menyinga merenung dirinya.
"Burberry. Warna soft pink," balas Azura ringkas. Dia memeluk tubuhnya tanda protes dengan sikap El. Dia mahu El memujuknya seperti selalu. Namun, El sedikit pun tidak berganjak dari duduknya.
"Burberry?? Soft pink??" ulang El cuba mengingat kembali tentang handbag tersebut. Setelah beberapa minit, El baru teringat bahawa dia pernah menghadiahkan Hana handbag jenama itu sewaktu Hana merajuk selepas pulang dari Terengganu sebulan yang lepas.
'Tak kanlah, dia bagi Azura lepas tu letak nama aku,' gerutu hati El.
"Kenapa you diam?? Memang you kan bagi handbag tu pada I??" soal Azura. Dia cuba bertenang dengan sikap El itu.
"Oh, baru I teringat. Iye, tanda penghargaan I pada you sebab banyak carikan projek untuk company I. Tapi, bukan sebab I nak pujuk you," balas El terpaksa mengaku. Dia malas mahu memanjangkan cerita. Lebih baik mengaku je lah.
'Hana...Hana.. Mesti dia yang bagi handbag tu pada Azura,' gerutu hati El.
"See.. You ego. Tak nak mengaku yang you still love me, right? El, I kan dah explain semuanya. Kenapa you masih nak merajuk sampai macam ni?" soal Azura sambil mendekati El.
"Azura, pleasee.. I dah move on. I have my own life with my wife. I tak merajuk langsung dengan you," balas El. Senyuman tenang dipamerkan bersama.
"Break up and move on?? Bila kita break up? You tak pernah declare pun yang relationship kita dah berakhir!!" langkah Azura terhenti, dia mula hilang sabar dengan kata-kata El itu.
"Okaylah, honestly, I dah takda perasaan pada you. I dah fall in love with Hana, my wife. So, this is the end of our relationship. I harap, after this hubungan kita tak lebih dari ini. But, if you still nak belajar cara urus company and still nak carikan projek untuk my company. I'm okay with that. But, if you tak nak dah libatkan diri dengan I, I tak marah and I hormati keputusan you," jelas El dengan berhati-hati. Dia mahu Azura jelas dan faham dengan apa yang dia terangkan.
"As simple as that?? Almost four years kita bercinta and now, you buang I macam ni je???" soal Azura seolah tidak percaya setelah mendengar kata-kata El itu. Air matanya mula bertakung di kelopak mata. Dia menahan sakit hati dan rasa sebak di dadanya dengan keputusan El itu.
"I'm sorry Azura. I don't mean to hurt you. But, this is what I feel. I dah tak boleh tipu diri I sendiri. And I tahu you pun sama kan?" soal El dengan sengaja. Dia tahu bahawa Azura sudah lama ada hubungan dengan lelaki lain selain dirinya. Namun El tidak menyalahkan Azura. Sebaliknya dia rela lepaskan Azura dan mengambil keputusan tidak mahu bermusuh dengan siapa-siapa.
"I pun sama??? What do you mean?? You masih tak percaya and tuduh I ada lelaki lain kan?? I tahu you still love me, El!!! You tak cintakan Hana tu. You sengaja cakap macam ni sebab you nak sakitkan hati I kan??" Azura meninggikan suara sambil menangis teresak-esak.
"Please Azura.. I'm so sorry. I really don't mean...," belum sempat El menghabiskan kata-katanya, Azura menjerit menghamburkan amarahnya.
"Enough!!! I don't want to hear lies!!! You biarkan I tunggu you cari I sebulan after you pergi tidur dengan janda tu sebilik. Now, sebab janda tu you buang I???" tengking Azura. Dia sudah tidak dapat menahan amarah yang kian menggunung di dalam hatinya.
"Please, jaga mulut you. She's my wife. And tolong jangan buat kecoh dekat sini. Jangan malukan diri you dengan menjerit-jerit dalam office I ni," tegas El. Dia mahu Azura menghormati dirinya. Dia sudah tidak mahu lagi ditengking-tengking dan dimarahi oleh wanita itu.
"What??" Azura terkesima dengan jawapan El. Sebelum ini, El tidak pernah memberi amaran seperti itu terhadapnya. Selama dia bersama El, El hanya melayan setiap karenah Azura.
"Baby, kenapa you layan I macam ni? Selama kita bersama, you tak pernah tak pujuk I, you tak pernah cakap macam ni. Apa yang perempuan tu dah buat pada you?" soal Azura dengan suara yang rendah. Dia juga takut El tiba-tiba naik angin jika dia turut meninggikan suara.
"Kalau you nak I tidur dengan you, I sanggup. I sanggup buat apa sahaja untuk you. You nak kita kahwin, I sanggup. Please, baby...jangan buat I macam ni," rayu Azura sambil memegang tangan El. Air matanya mengalir laju di pipinya.
"I akan tidur dengan wife I sahaja. Kalau you nak kahwin dengan I, I rasa dah terlambat. Sebab banyak dah peluang yang I dah beri pada you sebelum ni untuk kita kahwin, tapi you menghilang sampai family I dapat malu. Tapi, I tetap setia pada you kan? Walaupun you dah buat macam tu hampir tiga kali. Now, please..move on. Sebab I pun dah move on," balas El dengan tenang. Dia juga tidak mahu Azura terus merayu-rayu padanya.
"I bukan nak balas dendam pada you. But, honestly memang hati I dah terpaut pada Hana. Since when, I don't even know. Perasaan tu datang tiba-tiba," tambah El lagi. "I pun dah tak kisah status Hana. Yang I tahu, she's the one yang Allah beri pada I untuk I cinta dan sayang," ujar El dengan wajah yang tenang.
"I don't believe it! You akan cari I semula lepas ni. I'll make sure that!" kata Azura. Lantas dia terus keluar dari situ tanpa di tunggu-tunggu.
El melepaskan keluhan berat. Dia merenung pintu yang dihempas oleh Azura itu sambil menggelengkan kepalanya. Mujur dia tidak jadi kahwin dengan Azura, jika tidak mungkin dia akan di gelar suami takut bini.
"Aaiiisshh... Wife aku ni pun satu. Kenapa la dia bagi handbag tu pada Azura," El bermonolog sendirian.
Lantas dia menekan buton interkom dan mengarahkan Hana masuk ke biliknya.
"Cik Hana, sila masuk bilik abang sekejap. Ada benda nak tanya. Now okay. Urgent,"ujar El.
Tidak sampai beberapa saat, pintu bilik El diketuk. El mengarahkan Hana masuk.
"Ada apa Encik El nak jumpa saya?" soal Hana sambil menghampiri meja El.
"Have a sit, sayang," kata El meminta Hana untuk duduk. Dia merenung wajah Hana dengan tajam.
"Kenapa tengok saya macam tu? Saya ada buat salah ke?" soal Hana. Dia sudah boleh membaca riak wajah El. Pasti ada perkara yang El marah atau tidak puas hati terhadapnya.
"Kenapa sayang bagi handbag sayang tu pada Azura?" soal El dengan wajah yang serius.
"Actually abang tak kisah pun nak bagi pada dia. Yang abang kisahkan, why did you put my name on the card??" tambah El lagi. Dia tarik nafas dalam sambil matanya masih merenung Hana dengan tajam.
"Apasalahnya. Azura suka handbag kan? Saya tak suka, saya bagilah dia. Pasal nama abang tu, diakan girlfriend abang," balas Hana tanpa memandang wajah El. Dia bimbang jika El meninggikan suara terhadapnya. Namun, dia tetap mahu El ingat bahawa Azura itu teman wanitanya.
"Girlfriend??" soal El. Soalannya tergantung di situ. Dia mengerutkan dahinya. Sungguh dia tidak mengerti sikap Hana. Seolah-olah Hana langsung tidak kisah tentang hubungannya dengan Azura.
"Azura cakap dah nak dekat sebulan abang tak contact dia. Tak jumpa dia. Sebab tu saya tulis nama abang dekat card tu. Selalukan abang pujuk dia macam tu?" balas Hana. Bukan niat dia mahu menyindir El. Tetapi, dia sedar siapa dirinya di sisi El. Azura adalah cinta pertama dan terakhir El. Tak mungkin dirinya boleh gantikan Azura yang jauh lebih cantik dan seksi darinya.
"Oh, kira sayang pujuk dia on behalf abang lah? Begitu?" soal El sambil bangun dan mendekati Hana.
Hana hanya mengangguk membenarkan kata-kata El. Namun hatinya mula berdebar-debar apabila melihat El bangun. Air liur ditelan terasa berpasir.
"After this, please ask me before you do that. Abang tak suka sayang pandai-pandai buat macam tu tanpa arahan abang," tegas El sambil menyandar ke meja menghadap ke arah Hana.
"Sebelum ni,boleh je buat ikut arahan. Tapi, kenapa kali ni buat macam ni? Abang tak suruhkan?" soal El sambil merenung tajam ke arah wajah Hana.
"Sorry," balas Hana sambil menundukkan wajahnya. Dia bimbang jika El memarahinya.
"Kali ni abang maafkan. Tapi, next time sayang buat macam ni lagi, abang tak maafkan sayang," tegas El. Sengaja dia bersikap tegas terhadap perkara itu. El mahu Hana tahu bahawa El sudah tiada perasaan terhadap Azura.
"Okay," balas Hana ringkas. Dia takut untuk melihat wajah El.
"Tahu tak, handbag tu abang yang pilih untuk sayang? Abang tak pernah pilih handbag untuk mana-mana perempuan pun. Even Azura atau mommy sekalipun. Itu first time abang pilih dan beli handbag untuk perempuan tau," jelas El. Dia mahu Hana tahu kesungguhan dia dalam memujuk Hana tempoh hari.
"Sorry," balas Hana tanpa melihat wajah El. So, nak aku impress ke macam mana? Yelah tu, konon tak pernah pilih dan belikan handbag untuk perempuan lain. Ceh!! Ingat aku bebudak ke senang diperbodohkan??
"Next time, boleh tak appreciate apa yang abang bagi pada sayang?" soal El sambil memegang dagu Hana. Hana memandang wajah El.
"Saya tak biasa pakai handbag mahal-mahal. Dari saya tak pakai, lebih baik saya bagi pada orang lain," balas Hana cuba mempertahankan perbuatannya. Hana memandang tepat pada mata El.
"Kalau sayang cakap macam tu, takpe lah. Tapi, please jangan guna nama abang lagi bila bagi pada orang. Boleh?" soal El sambil tersenyum segaris. Dia merenung wajah Hana. Dia tahu Hana masih tidak percaya bahawa antara dia dan Azura sudah tiada apa-apa hubungan.
"Okay," balas Hana sambil menundukkan wajahnya kembali. Lain rasanya apabila bertentang mata dengan lelaki yang sebelum ini tidak pernah menganggapnya isteri. Terasa janggal di hati Hana.
Tiba-tiba Ikram masuk ke dalam bilik El tanpa mengetuk pintu. "Ops, sorry boss. Sorry. Terlupa nak ketuk pintu," ujar Ikram. Jarang dia terlupa untuk ketuk pintu bilik El sebelum masuk. Rupa-rupanya ada drama sedang berlangsung ketika itu. Ikram tersenyum melihat Hana tidak keruan apabila melihat dia masuk ke dalam bilik El secara tiba-tiba.
"Kau ni Ikram. Selalu kacau daun," balas El tenang.
"Kau nak apa ni?" soal El masih tidak berganjak dari kedudukannya.
"Saya keluar dulu," Hana terus bangun dari kerusi dan cuba berlalu pergi. Namun tangannya ditarik oleh El.
"Nanti dulu, abang tak habis cakap lagi," El menahan Hana dari pergi. Nak larilah tu. Aku belum start enjin romantik lagi ni. Kacau daun betullah si Ikram ni.
"Apa lagi?" soal Hana perlahan. Dia mula resah apabila Ikram berada di ruangan itu bersama mereka. Dia tidak mahu Ikram salah faham.
"Tunggu abang settle dengan Ikram," balas El sambil menggenggam tangan Hana. El tersenyum melihat wajah Hana merona merah. Hana cuba melepaskan pegangan tangan El. Dia segan dengan Ikram.
"Sorry Hana. I tak tahu korang ada 'discussion'. Takpa lah. Korang 'discuss' dulu, nanti aku jumpa kau semula, El," ujar Ikram sambil mengusik El dan Hana.
"Kau dah ambush kitorang macam pencegah maksiat, nak blah pula," balas El sambil menarik Hana mendekati tubuhnya.
"Abang...," Hana cuba menolak tarikan El. Namun El buat tidak endah.
"Okaylah. Aku kejap je ni. Dokumen ni petang ni aku nak suruh despatch hantar by hand. Kau kena amend. Bagi aku balik. ada dua file ni. Kalau boleh, before lunch. Sebab ada lagi satu surat aku kena attach lepas kau amend," jelas Ikram sambil menyerahkan dokumen tersebut kepada El.
"Eh, bukan sepatutnya minggu depan ke file ni kena settel? Kenapa nak petang ni pula?" soal El sambil mengambil dokumen tersebut dari tangan Ikram. El membelek file tersebut sambil diperhatikan oleh Hana.
"Oh, dokumen ni diorang salah letak tarikh ni. Tadi wakil diorang ada call beritahu tentang tarikh. The whole dokumen ni tarikh kena ubah. Bukan next week. Tapi, this week," Hana mencelah. Ikram menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata Hana.
"Laa... Ye ke. Siapa dia punya kerani ni? Sampai tarikh boleh silap? Diorang tak cek betul-betul ke sebelum send letter, send dokumen semua?" El mula merungut. Dia bimbang syarikat mereka terkejar-kejar untuk menyiapkan projek tersebut mengikut tarikh yang sudah berubah itu. Maka, keseluruhan jadual harus dirombak kembali. El melepaskan keluhan.
"Tulah. Aku pun bising juga tadi after Hana pass panggilan telefon tu. Tapi, kesian pula dengar kerani dia berkali-kali minta maaf. Dia pun teruk kena marah dengan boss dia, Zainal tu," balas Ikram.
"Okaylah. Aku amend dulu. Dah settel nanti aku pass pada kau semula," ujar El sambil mengerutkan dahinya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia menelefon company tersebut supaya melanjutkan tempoh projek. Tapi, dia perlu berbincang dengan Ikram sebelum membuat keputusan.
"Okay, bro. Aku balik bilik dulu. Korang bolehlah sambung apa yang patut," balas Ikram mengusik El dan Hana. Dia gembira melihat perubahan sikap El terhadap Hana.
"Nak aku letak sign 'do not disturb' tak dekat pintu?" soal Ikram sambil ketawa.
"Dahh...Dahh.. Merah dah muka wife aku ni," balas El turut ketawa.
Entah mengapa, Hana rasa tersindir dengan gelak tawa mereka berdua. Dia merasakan seolah-olah El dan Ikram memperlekehkan dirinya. Seakan mereka berdua sedang memperolok-olokkan statusnya sebagai janda.
Namun, Hana cuba bersikap tenang. Dia tidak mahu El tahu apa yang dia rasakan waktu itu.
Sebaik Ikram keluar dari bilik El, El membelek-belek kedua file tersebut buat seketika sebelum matanya terarah kepada Hana yang membisu disitu.
"Abang baru nak ajak sayang teman abang lunch. Tapi, ada kerja kena settle cepat pula," ujar El sambil mendekati Hana.
"Oh. Saya dah janji dengan Jess dan Mad nak lunch dengan diorang hari ni," balas Hana tenang. Nasib baik dia sibuk, kalau tak, mesti dia paksa aku teman dia lunch.
"La ye ke. Kalau abang tahu, abang lunch date dengan Azura je tadi," sengaja El mengusik Hana.
"Tadi dia datang sini kenapa tak ajak? Abang nak saya call Azura tak?" soal Hana tenang. Tadi buah hati datang sini, tak nak ajak keluar. Dah lama tak jumpa, tak kan tak nak bermadu kasih memujuk rayu macam dulu. Pelik juga.
"Sporting nya wife abang ni. Siap bagi green light suruh abang lunch date dengan ex-girlfriend," balas El sambil tersenyum sinis. Seriuslah tak cemburu langsung wife aku ni.
"Nak saya call ke abang nak call sendiri?" soal Hana tidak mempedulikan kata-kata El itu tadi. Gaya macam nak cari gaduh. Aku malas nak layan.
"You can go now," balas El tanpa menjawab soalan Hana. Hatinya sakit melihat Hana seolah tidak kisah langsung jika dia masih bersama Azura.
'Aku bertepuk sebelah tangan ke?' detik hati El. Dia terus duduk dikerusinya tanpa memandang semula ke arah Hana. Dia bimbang jika dia terlepas cakap seperti di Terengganu tempoh hari. Dia tidak mahu Hana bersedih dan berkecil hati dengannya lagi.
"Okaylah. Saya keluar dulu," balas Hana. Ada la tu benda tak kena tiba-tiba nak moody. Hana terus keluar dari ruangan bilik El. Dia berjalan menuju ke arah mejanya dan menyambung semula kerja-kerja yang tertangguh tadi.


Terlalu sukar untuk membaca hati. Apa yang ada difikiran seseorang yang mula aku cintai. Mungkin kerana aku selalu melukai. Maka, entah bila hatinya dapat aku miliki. Semoga suatu hari nanti, terbuka pintu hati, untuk mengaku yang kau juga telah mencintai diri ini.


Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.