Home Novel Cinta Hati Suamiku GK
SERAM part 2

"Vampire..." laju juga Putra Huzaiman menjawabnya.

"Hahaha..."Wafa Natasha ketawa. Dia rasa lucu sangat dengan jawapan itu. "Mesti abang selalu tengok ceritaTwilight ni, cerita pontianak tak tengok ke?"

"Tengok juga la..." jawab Putra Huzaiman sambil pandang ke tempat lain.

"Okey la tu. Vampire dan pontianak sama je. Hisab darah gak." Wafa Natasha tersenyum.

"Ada lagi satu soalan

"Dahlah Sha, tak payah nak bagi soalan atau nak takut-takutkan abang. Nanti abang saman si hantu-hantu tu semua. Siapalah yang bagi nama macam tu pada mereka semua." Geram Putra Huzaiman. Dia tidak suka benda-benda macam ni. Cukuplah dia percaya ada Allah dalam hatinya.

Wafa Natasha tersenyum. Gembira dapat mengusik suaminya. Dia benar-benar bahagia.

Mereka berdua pulang ke rumah agak lewat.

"Eh, Ammar! Dah balik ke?" Putra Huzaiman menyapa Ammar yang berada di ruang tamu. Mungkin sedang berehat.

"Doktor dah bagi baliklah bos."

"Abang, Sha naik dulu. Nak mandi..."

"Okey..."

"Boleh kerja tak esok?" soal Putra Huzaiman. Dia berhenti lelah sekejap. Lepas menunaikan fardu Isyak di masjid, mereka berdua terus pulang keran sudah lewat malam.

"Ikut boslah. Suruh pergi kerja atau cuti sahaja." Ammar tersenyum. Makin lebar senyumannya apabila dapat nombor telefon seseorang. Syoknya perasaan ini.

"Pergi aje la kerja. Bukan sakit pun kan?" Putra Huzaiman mula menunjukkan peragai gila kuasanya.

"Bos dah balik. Nak air ke? Saya buatkan?" kata Amman pula. Dia menghulurkan mug pada Ammar. Tadi adiknya itu memintanya membuat air milo panas. Sengaja nak bermanja la tu.

"Tak payahlah! Baru je minum tadi dengan Sha."

Mereka diam seketika. Melayan perasaan masing-masing.

Kcinggg!

Bunyi sudu yang jatuh di dapur.

"Kat dapur tadi ada sesiapa tak?" soal Putra Huzaiman. Luar rumahnya masih hujan lebat. Dia mula rasa tidak sedap hati. Kata-kata Wafa Natasha kedengaran di telinganya. Sepanjang aku tinggal di banglo ni, tak pernah dengar cerita yang bukan-bukan. So, positifkan fikiran, wahai Putra Huzaiman. Pujuknya sendirian dalam hati.

"Tak ada sesiapa pun..." Amman berkata.

"Jom kita ke dapur beramai-ramai." ajak Ammar. Orang sakit pula yang over beraninya.

"Okeylah." kini mereka berada di sebalik dinding ke arah dapur. "Ammar, kamu pergi dulu." arah Putra Huzaiman.

"Saya, bos?" Amman juga mahu bersama adiknya menerokai misteri bunyi sudu jatuh itu.

"Amman, kamu teman saya di sini..." Putra Huzaiman menelan liur.

Hampir pecah ketawa Amman tetapi cepat-cepat dia mencekup mulutnya sendiri. Cari nahas je kalau ketawa ni.

Mereka bertiga ternampak satu lembaga yang membelakangi mereka di dapur itu. Berhampiran dengan peti sejuk.

Putra Huzaiman mula rasa tidak senang hati. Berdebar lain macam.

"Bos, saya pun takut juga..." Ammar tidak jadi bergerak, dia terkaku di depan Amman. Putra Huzaiman yang berada di belakang Amman sudah berwajah pucat.

"Kalau macam tu, Amman yang pergi dan Ammar teman saya kat sini." arahan ke dua pula dikeluarkan oleh Putra Huzaiman.

"Bos, kalau adik saya takut, saya pun turut takut. Kami kan kembar. Perasaan pun sama, kan adik?" jawab Amman selamba.

Mata mereka bertiga tidak lepas dari memandang lembaga yang bergerak-gerak di dapur itu. Dapur yang suram itu membuat suasana makin seram.

"Jadi, siapa yang nak pergi tengok ni?" soal Putra Huzaiman. Dalam takut tapi mahu mengetahui misteri sudu jatuh itu.

"Tak payah tengoklah bos. Kita tidur lagi bagus. Hujan-hujan macam ni lena gila bos." usul Ammar.

"Betul tu bos. Saya bersetuju dengan pendapat adik saya. Sangat bernas." Amman menyokong bersungu-sungguh cadangan adiknya itu.

"Mana boleh! Saya tak nak benda-benda macam ni berada dalam rumah saya..." tegas Putra Huzaiman.

Tiba-tiba ada tangan yang menyentuh bahu kanan Putra Huzaiman.

"Ya Allah!" tersentak Putra Huzaiman. Perlahan dia berpaling. "Sha..." pantas wanita itu dipeluknya.

Eh, lain macam je laki aku ni! Penakut betul.

"Kenapa ni abang?" soal Wafa Natasha.

"Ada benda kat dapur tu..."

"Biar Sha yang pergi tengok...." berani Wafa Natasha.

"Sha, jangan pergi sayang! Bahaya!" pujuk Putra Huzaiman.

"Bahaya apanya? Dalam rumah je. Sha tak kan apa-apa." Wafa Natasha pula yang memujuk suaminya agar mengizinkannya pergi.

"Sha jangan nak degil. Mana la tau vampire tengah cari darah. Dah la Sha tu cantik. Vampire kan suka darah orang yang cantik dan muda. Abang cakap, tak boleh. Jadinya tak bolehlah!" tegas Putra Huzaiman. Dia memeluk tubuh Wafa Natasha erat. Dia tidak peduli dengan pandangan Amman dan Ammar padanya.

Tiba-tiba bos aku jadi tak matang ni... Amman dan Ammar memikirkan perkara yang sama.

Wafa Natasha mengeluh. Suaminya sudah dipengaruhi cerita-cerita yang tak sepatut itu. Orang menonton sahaja, yang tak baik tu tak payahlah ikur. Aduh, suamiku GK ni...

"Abanag tak nak jadi GK ke? Mana la tau abang nak kuasai keadaan di sini." perli Wafa Nastaha.

"Tak nak la!" Putra Huzaiman menyorok belakang Ammar. Dia tidak mahu mengambil risiko.

Amman dan Ammar yang mendengar perbualan itu terus menyorok belakang Wafa Natasha yang sememangnya berada paling belakang. Mereka bukannya takut sangat tetapi mahu mengusik Putra Huzaiman.

"Eh, yang kamu sentuh bahu bini saya ni kenapa?" Potong gaji bulan ni!" Marah Putra Huzaiman kepada Amman.

"Sorrylah bos!"

Sekarang Putra Huzaiman pula menyorok belakang Wafa Natasha. Isterinya yang berada di belakang sekali kini berada di hadapan pula. Wafa Natasha mula melangkah setapak.

Pantas tangan Putra Huzaiman menyambar lengan isterinya.

"Kenapa?"

"Abang tak rela sayang kena gigit dengan hantu. Biar abang yang pergi."

Amman dan Ammar hanya menahan ketawa. Dia tidak menyangka majikannya yang gila kuasa begitu takut dengan benda-benda macam ini.

Wafa Natasha hanya mampu gelengkan kepala. Ikut sahaja kehendak suaminya.

Hati Putra Huzaiman berdebar hebat. Dia menghampiri lembaga yang membelakanginya.

Sedepa sahaja jarak mereka dengan lembaga itu. Belum sempat Putra Huzaiman membuat apa-apa, lembaga itu sudah berpaling.

Putra Huzaiman terus pengsan....

P/s: hahahaha saya memang tak pandai nak buat cerita seram...last2 jadi seram komedi pula hihihihi harap pembaca tak bosan membacanya. Kita nantikan SERAM FINAL.....huhuh siapakah sebenarnya lembaga itu? Nantikan final part hihihihi akan datang....harap sabar menanti.....terus menyokong enovel ini sehingga diterbitkan....inssya allah...Aamiin....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.