Home Novel Cinta JADI ISTERIKU?
JADI ISTERIKU?
Maya Myra
17/8/2017 16:15:44
6,000
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

HIDUP  ini, kadangnya ada tawa juga adakalanya sedih. ‘Ya Allah, berat sungguh dugaan yang Engkau berikan padaku ini. Sesungguhnya aku hamba yang lemah, aku redha segala dugaan yang Engkau berikan padaku.’ Ariana memejam matanya seketika, dia ingin hapuskan segala kesedihan yang dialaminya. ‘Herm!’ Dia mengeluh kecil.

            Tuk... tuk...

            “Ye, masuk...” Ariana memalingkan wajahnya kearah pintu pejabatnya, dia membetulkan kedudukannya.

            “Cik Ariana, ini dokumennya yang Cik minta tu…” Rina menghulur fail kepada Ariana.

            “Okay, thank's ya?” Ariana mengukir senyumannya kepada Rina.

            Ariana tersenyum melihat penampilan Rina yang cantik dengan mengenakan blaus membuatkan terserlah kecantikannya itu. ‘Bertuah andai lelaki yang mendampingi Rina, bukan sahaja cantik malah pertuturan pun amat berbudi. Moga Rina mendapat lelaki yang amat menyayanginya.’ Gumam hatinya.

            “Cik Ariana, Mr. Alex suruh call dia. Katanya ada hal penting,”  Rina tersenyum.

            “Ermm baiklah, ohya nanti tolong beritahu pada Cik Sofea pasal perjumpaan client petang  ini.” Memandang Rina.

            “Baiklah Cik Ariana, ada apa-apa lagi tak?”

            “Erm, tak ada… awak boleh balik ke tempat awak.” Tersenyum kepada Rina.

             Ariana mencapai telefon disebelahnya lalu mendail nombor telefon Alex. Jemarinya mengetuk perlahan diatas meja sambil menunggu panggilan dijawab oleh Alex. ‘Memerut ke apa si Alex ni?’ Desis hatinya.

            Kedengaran dicorong telefonnya suara seseorang terbatuk-batuk. Keningnya terangkat sebelah terus terukir senyumannya.

            “Hello Alex…”

            “Yes, who's that?”

            “I… Ariana,”

            “Ariana, Ariana mana ye?”

            ‘Ariana ada berapa orang yang dalam list client Alex ni?’ Matanya menjeling telefonnya.

            “Saya Ariana, dari A&D”

            “Ariana Afina! How are you Ariana?”

            “Err, Fine…” Hampir sahaja ganggang telefon terlepas dari tangannya mendengar jeritan kecil Alex dari corong telefon. ‘Mak ai! Alex ni, sebut penuh nama aku? Hish…’

            “Apa yang penting sangat ni Alex?” Ariana tersenyum sambil mengurut  dadanya.

            “Begini, i  nak you buatkan satu lakaran untuk ruangan dalam pejabat milik Dato’ Syed Zufri…”

            “Dato’ Syed Zufri? Who?” Dahinya berkerut.

            “Ahli koperat yang terkenal di Malaysia ni, I hope you can make the best!”

            “Alex… orangnya okay tak?”

            “Why?”

            “You know me?” Ariana sudah tergelak.

            “Yes! I know you… Dato’ Syed Zufri tu baik orangnya, tak macam yang you pernah handle tahun lepas.” Alex sudah ketawa besar apabila mengingatkan peristiwa tahun lepas, sampaikan Ariana menarik muka ketat gara-gara Dato’ miang itu. Mujur dia ada masa tu, kalau tidak patah riuk Dato’ miang tu dikerjakan Ariana.

            “Alex, are you still there?”

            “Yes! I’m still here… Ariana, I’m sure you can handle this job.” Masih kedengaran ketawa kecilnya.

            ‘Hish! Sempat lagi gelakkan aku si Alex ni?’ Desisnya.

            “Okay, so! How about the renovation?”

            “Oh! Itu you usah risau, sebab I  yang akan uruskan semua itu. You cuma sediakan lakaran untuk bahagian ruangan itu sahaja. I akan hantarkan pekerja dari team I  untuk bantu you disana nanti…”                             

               Ariana berfikir sejenak dengan tawaran  Alex kepadanya, ‘Boleh juga, ringan sikit kerja aku taklah terkejar sana sini,’ Gumam hatinya.

            “Ariana, you setuju tak?” Tanya Alex.

            “Oh! Okay, kalau begitu esok you hantar mereka dan i  akan bahagikan kerja-kerja untuk mereka.”

            “Okay, thank's Ariana. Apa-apa hal contact I okay?”

            “No problem, okay see you!”

            Ariana tersandar dikerusinya, jemarinya mengetuk fail atas mejanya. Matanya, mengerling susunan fail diatas mejanya. ‘Hish! Mana aku letak pulak ni?’ Ariana mengomel sendirian.

            Ariana tergaru-garu kepalanya, rambutnya yang terurai melepasi bahunya itu disanggul rapi. Ariana pantas menekan punat intercom.

            “Rina, tolong masuk sekejap.”

            ‘Aduh! Kenapalah aku tak tersedar tadi? Macam mana ni,’ Dia merungut sendirian.

            Rina mengetuk perlahan pintu bilik Ariana, “Cik Ariana, boleh saya masuk?”

            “Oh! Masuk Rina…” Dia memanggung kepalanya sejurus mendengar ketukkan dipintu oleh Rina tadi. Ariana masih terbongkok-bongkok mencari fail yang dicarinya itu. Habis dalam laci mejanya, atas mejanya juga dia menyelongkar tidak juga dijumpai.

             “Hish! Waktu inilah kau nak hilang,” Atas mejanya bersepah dengan fail yang dicarinya itu.

              “Ya, Cik Ariana?” Mata Rina mengerling memandang atas meja Ariana yang bersepah dengan segala fail atas meja.

            “Rina awak ada nampak tak file client untuk petang ni?” Ariana menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

            Rina termanggu seketika, hairan dengan telatah Ariana itu.

            ‘Bukan ke file tu dah diserahkan kepada Cik Sofea?’ . Rina berkata-kata dalam hati, sekali tergaru-garu kepala mengikut rentak Ariana.

            “Cik Ariana, bukan ke Cik Ariana sudah serahkan fail itu kepada Cik Sofea?” Merenung Ariana yang masih blur.

            “Apa?”  Dahi Ariana berkerut mendengar penjelasan Rina itu.

            Sofea  masuk ke dalam bilik Ariana sambil tergelak dengan telatah Ariana kawan baiknya itu, apa tidaknya fail itu sudah pun berada dengannya.

            “Cik Ariana oi, ni bukan failnya? Itulah Ariana, kau teringat siapa ha? Sampai dah lupa fail ni dah pun kau bagi pada Rina minta serah pada aku…” Sofea  tersenyum memandang Ariana.

            “Astafirullah ha'azim, macam manalah aku boleh lupa ni...” Dia menepuk dahinya.

             “Itulah Ariana, kau tu terlalu obsess sangat dengan kerja. Sampaikan kau sendiri boleh terlupa,” Tersenyum sambil meletak fail itu diatas meja Ariana.

            “Tengok,  mesti kau dah lupa sekarang dah masuk lunch time kan?” Mengunjuk arah jam di dinding.

            “Ya Allah! Tak tersedar aku sekarang dah masuk waktu makan tengah hari…” Ariana merenung jam di dinding..

            “Cik Ariana, Cik Sofea saya keluar dulu…” Rina tersenyum.

            “Baiklah, sorry Rina ya?” Ariana tersenyum kepada Rina setiausahanya itu.

            “Jom! Makan…” Sofea menarik lengan Ariana.

            Sofea memandang sekilas melihat Ariana, hatinya terasa ingin tahu apa masalah Ariana sejak akhir-akhir ni Ariana banyak sangat termenung.

            “Ariana, aku tengok sejak kebelakangan ni kau asyik termenung, kau ada masalah ke?” Memandang Ariana disebelahnya.

            “Tak ada apa-apa, cuma aku letih tu saja…” Dia memandang sekilas melihat Sofea memberi tumpuan dalam pemanduannya.

             Sofea yakin,  Ariana menyimpan rahsia yang dia sendiri tidak tahu. Masakan kawan baiknya itu asyik terkurung dalam bilik sejak kebelakangan ini. Memang susah untuk fahami perasaan Ariana, apa yang dia tahu Ariana adalah seorang yang suka memendam perasaan.

            “Ariana, kalau kau ada masalah cakap pada aku mana tahu aku dapat tolong kau ke?” Mengerling Ariana disebelahnya.

            Ariana menoleh tersenyum memandang Sofea. ‘Sofea, kau tidak akan mengerti dengan apa yang aku lalui ini. Maafkan aku, bukan maksud aku ingin merahsiakan semua ini pada kau. Maafkan aku…” Desis hatinya.

            “Okay! Kita dah pun sampai. Erm, kita parking kat sini okay? Senang nanti, taklah jauh sangat nak berjalan,” Kata Sofea sambil tersenyum memandang Ariana.

            Sebaik sahaja Sofea ingin membelok keretanya ke kotak  parking, tiba-tiba sahaja ada kereta lain yang memasuki lorong parkingnya. Sofea bengang dengan tindakan pemandu tersebut. Terus Sofea keluar dari keretanya menghampiri pemandu tersebut.

            “Hei! Kau tak nampak ke aku nak parking sini?” Geram Sofea dengan tindakan pemandu tersebut.

           “Hello! Cik adik oi, tak salah akulah tempat ni bukannya ada nama awakkan? So aku berhak parking disini!” Dia mengangkat bahunya.

            “Itu aku tahu! Tapi kami yang sampai dulu, jadi sesuka hati ja kau masuk!”

            Sofea makin bertambah geram dengan sikap pemuda tersebut. Dengan muka yang rasa tidak bersalah pemuda itu mengejeknya.

            “Sofea sudahlah, lagi kita berperang mulut dengan dia tak ada gunanya. Baiklah! Kalau saudara nak ambil tempat ni, silakan…” Ariana memandang tajam kearah pemuda tersebut.

             Ariana menarik lengan Sofea dari terus bertengkar dengan pemuda itu, faham dengan sikap baran kawan baiknya kalau dibiarkan. Ariana juga geram dengan sikap pemandu tersebut, ‘Huh! Tak beradap langsung mamat ni!’ Bentak hatinya.

            ‘Harap muka saja handsome, tapi perangai…’ Desis hatinya lagi.

            Pemuda itu, beredar sambil ketawa sinis kepada mereka berdua. Ariana dan Sofea sangat bengang dengan sikap pemuda itu tadi.

            “Kurang ajar betul!” Sofea menutup kuat pintu keretanya.

            “Dahlah Sofea, jangan kau lepas amarah kau tu pada pintu kereta pula?” Tegur Ariana.

            Sofea tersenyum memandang Ariana, dia memandang pintu keretanya pula yang kena tempias amarahnya. 'Sorry kereta…’

            “Hish! Ariana, aku geram betullah dengan mamat selenga tadi! Macam aku nak cili mulut longkang dia tu!” Sofea menunjuk gaya seakan ingin mencili mulut pemuda tadi.

            Ariana tersengeh geli hati dengan gelagat Sofea itu. ‘Macam-macamlah kawan aku yang sorang ni,’

            “Sudahlah, asyik marah dia nanti tak sempat pula makan tengah hari kita ni, jomlah…” Ariana meraih lengan Sofea.

            “Ariana, ermm… esok kita pergi rumah Ash? Dah lama mana kita tak pergi rumah dia,” Sofea mengangkat keningnya memandang Ariana.  

            “Okay je! Tapi petang sikit boleh? Sebab aku ada kerja sikit dengan Alex,” Matanya terpandang seseorang yang dia kenali bersama dengan seorang gadis didalam kereta ditempat parking.

            “Ohya! Malam ni kau free tak?” Tanya Sofea lagi.

            Mata Ariana masih memandang mereka berdua didalam kereta, tiba-tiba hatinya seakan-akan dirobek lebih dalam lagi. ‘Huh! Kononnya tak ada apa-apa hubungan, itu apa?!’ Bentak geramnya.

            “Weh Ariana! Aku panggil kau boleh buat derk je ye kau ni? Kau tengok siapa tu?” Sofea tercangak memandang arah Ariana sedang lihat kearah tempat parking.

            “Hish! Kau ni? Aku tak pekak lagilah yang kau nak tempik macam tu?” Menolak perlahan bahu Sofea.

            “Yelah, kau tu? Aku panggil boleh buat tak dengar je aku panggil. Eh! Kau tengok siapa tadi?” Mengerling kearah tempat parking kereta.

            “Err, tak ada siapa-siapa pun… aku just tengok kereta kita parking mana. Senang aku nak cam kau parking mana, takut nanti macam minggu lepas kau boleh lupa parking kereta dekat mana.” Ariana cuba ubah topik.

            “Kau peril aku ke ni?” Sofea tersengeh.

            Ariana tergelak kecil melihat wajah Sofea yang bersahaja itu. Fikirannya masih menerawang mengingati dua orang tadi dalam kereta ditempat parking.

            “Eh! Tadi kau tanya aku apa ye?” Ariana tersengeh macam kerang busuk.

            “Ehem! Kau ni, aku tanya kau tadi… kau free tak malam ni?” Sofea  mengulangi pertanyaannya tadi.

            “Malam ni, rasanya free kot. Kenapa?” Mengangkat keningnya memandang Sofea.

            “Kau temankan aku ambil baju dekat Butik Puan Rozie boleh?” Wanda tersengeh memandang Ariana.

            “Okay je, boleh...” Ariana mengangguk kepalanya.

            “Thank's!” Sofea bersorak kecil.

            “Ohh! Mesti kau ada date dengan Faiz ni? Sampai tempah baju dekat Butik Puan Rozie bagai?” Ariana menyakat Sofea.

            “Err? Mana ada... taklah,” Sofea laju langkahan kakinya.

            “Betul ke ni? Tak nak mengaku pula dia ya, sini kau…” Ariana mengusik.

            Mereka singgah di restoran tempat biasa mereka makan. Ariana tersenyum memandang Sofea. Ariana mengimbas kembali kenangan lalu semasa di Universiti. Pada masa itu, dia dan Sofea memang tidak sebulu dan sering bertengkar.

            “Eh! Kau apa hal?” Sofea  menjerkah Ariana.

            Ariana terkejut dengan tindakan Sofea menolak bahunya. Dia terdorong ke hadapan dengan tolakkan Sofea dari belakang tadi.

            “Kenapa pula dengan aku? Aku buat apa dengan kau?” Ariana hairan dengan jerkahan Sofea kepadanya.

            “Kenapa kau tanya aku? Yang kau tu, kenapa ambil tugasan sepatutnya aku buat!”

            “Tugasan apa pula? Ohh! Pasal itu ke yang kau bisingkan. Bukan salah aku, dah Amir suruh aku yang buat, yang kau tak puas hati dengan aku ni kenapa pula?” Berkerut dahinya.

            “Tugasan tu, sepatutnya aku yang kena buat dulu! Kau pandai-pandai ambil buat apa?” Sofea tidak berpuas hati.

             “Eh! Marahkan aku pula, itu kau kenalah tanya pada Amir sebab mengapa dia minta aku yang buat tugasan tu?” Ariana geram dengan tindakan Sofea kepadanya.

              Sofea berlalu dengan muka yang merah padam menahan marahnya dengan Ariana. Dia geram kerana tugasan yang sepatutnya dia buat telah diberikan kepada orang lain.

              “Menyampah betullah aku dengan minah baran sorang ni! Tak pasal-pasal aku pula yang kena” Rungut Ariana sambil menarik daun-daun disebelahnya.

               Amir dari jauh melihat Ariana sedang marah sambil menarik daun-daun dipokok sebelah bangku rehat. Dia tergaru-garu kepalanya dengan tindakan Ariana.

              “Hoi! Kenapa ni? Tak pasal-pasal botak pokok tu kau kerjakan.” Tersenyum melihat gelagat Ariana dengan muka yang mencebik marah.

              “Apa hoi-hoi! Aku tak ada nama ke yang kau panggil aku macam tu?” Menjeling Amir.

              “Opss, sorry...” Amir tersengeh memandang Ariana.

              “Kau nak apa?” Merenung muka Amir.

              “Hish, kau inikan? Bagilah aku duduk dulu. Kau ni marah tak tentu pasal, kau dah kenapa ni? Dari aku kat sana lagi, nampak haba naik meninggi” Mengusik Ariana.

              “Kau perli aku Mir?” Menjeling kearah Amir.

            “Eh! Taklah, tapi yang kau marah-marah ni kenapa?” Tanya Amir.

            “Kau tanya aku kenapa? Ini semuanya kau punya pasal! Tak pasal-pasal aku yang kena marah dengan si Sofea berlagak tu!”

            “Kenapa pula dia marah kau, aku salah apa?” Tanya Amir.

            “Ini semuanya pasal kau paksa aku buat tugasan tu?” Menjegil matanya kepada Amir.

             “Mak oi! Besarnya mata kau Ariana? Alahai, pasal tu ke yang kau dengan dia bergaduh?” Amir tergelak sambil membuat mimik simpati kepada Ariana.

              “Kau inikan! Agaklah nak perli-perli aku, kau kalau tak buat muka macam tu tak boleh ke? Buruk tahu tak?” Memukul Amir dengan fail yang dipegangnya itu.

              “Okay, fine!” Amir menyusun kedua belah tangannya.

            “Kau terangkan pada aku, kenapa kau minta aku buat tugasan tu?” Ariana inginkan kepastian daripada Amir.

             “Err… aku, aku…” Amir tercari-cari idea ingin diberikan kepada Ariana.

             “Apa? Gagap betullah kau nak bagi tahu pun...” Mencuit bahu Amir.

             “Saja, aku nak kau buat tugasan tu...” Amir mendapat idea yang tidak masuk akal.

             “Apa? Oh! Kau saja nak aku buat, lepas tu Sofea  pula datang marah-marah serbu aku?” Ariana sudah mencekak pinggangnya.

              Ariana  marah dengan tindakkan Amir berbuat begitu. Ariana meminta Amir menerangkan perkara sebenarnya kepada Sofea  agar tidak berlarutan masalah mereka.

            “Apa? Amir kau inikan!” Sofea  merenunng tajam ke muka Amir.

            “ Sorry Sofea sebab aku tak beritahu pada kau pasal ni…” Tersengeh-sengeh Amir  memandang Wanda.

            “Kenapa kau buat macam tu?” Tanya Sofea lagi.

             “Sebenarnya, aku… aku…” Amir menjadi tidak keruan dengan desakkan Sofea kepadanya.

             “Sebenarnya apa?” Ariana dari belakang menepuk bahu Amir.

            “Aku saja je nak seksa Ariana!” Amir menekup mulutnya apabila dia terlepas cakap.

            “Ha!? Amir kau ni!” Ariana menarik jaket baju Amir.

            “Bukan apa, kau orang berdua ni perlu juga diajar asyik bertengkar ja memanjang bila ada discustion.” Memandang Ariana dan Sofea.

            “Oh! Jadi, kau buat ni semata-mata nak aku dengan Sofea…” Ariana terhenti sebentar percakapannya.

             Ariana sudah mengejar Amir kerana berani kenakannya dengan Sofea. Sofea sudah memegang jaket baju Amir sambil memulas-mulas telinga Amir. Amir mengaduh sakit apabila telinganya dipulas oleh Sofea. Dia memandang kedua kawannya itu, dia tersenyum melihatnya.

            “Tengok! Dua-dua sekali kerjasama kerjakan aku?” Jarinya menunjuk arah Sofea dan Ariana.

            Mereka berdua memandang antara satu sama lain, terus berderai ketawa mereka apabila mendengar kata-kata Amir tadi. Amir tersenyum kerana usahanya untuk melihat mereka berdua berbaik berhasil.

            Sofea tersenyum melihat Ariana asyik tersenyum seorang diri dari tadi. Dia mencuit bahu Ariana.

            “Ariana, kau ni berangan je kan? Senyum-senyum pula tu,” Sofea  tergelak kecil melihat gelagat Ariana.

            “Tak ada apa-apa, cuma teringat kisah kita berdua bertengkar masa di kampus dulu, semuanya angkara Amir Asyraf!” Dia tersenyum.

            “Kau ingat lagi ye pasal tu? Kerana Amir, kita berdua jadi sahabat sampai sekarang ni.” Sofea tersenyum mengukir memandang wajah Ariana.

             Ariana tersenyum dengan telatah mereka dahulu semasa di Universiti. Kenangannya bersama sahabat-sahabatnya tak pernah luput diingatan.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.