Home Novel Cinta DIARI MILIK DOKTOR ANA
DIARI MILIK DOKTOR ANA
NAWAR WAHID
18/12/2020 17:35:30
15,016
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
bab 1

Kelihatan seorang pesakit yang sudah kaku di atas katil sorong ditolak oleh beberapa pembantu perubatan. Seorang lelaki India yang memakai pakaian seragam perubatan masih gigih menekan dada pesakit itu. Aku, maya dan Dr. Aqilah berlari ke arah mereka. Kami terus membantu mereka masuk ke dalam bilik tertutup yang dipenuhi alat-alat bantuan kecemasan. Aku mengangguk ke arah Maya. Seakannya kami faham apa tugas seterusnya. Aku berlari keluar dari bilik. Maya, Dr. Aqilah dan seorang pembantu jururawat bersungguh-sungguh membuat persiapan untuk menyelamatkan semula nyawa pak cik ini. 

Aku menjerit kuat, "Waris Mat Kodi bin Wang! Waris Mat Kodi bin Wang!"

"Ya, se-saya doktor!" Seorang wanita yang sudah berumur berlari ke arah aku. Aku menggeleng agar diperlahankan langkah lalu aku pula yang berlari ke arahnya. 

"Saya Dr. Qairana, maaf puan ya, puan ini siapa?"

"Saya isteri dia."

"Ok baiklah, encik mat kodi umur berapa ya?" Aku melihat dengan tekun wajah runsing wanita itu. Cuba memberi semua perhatian kepadanya. Memahami apa yang akan disampaikan.

"37 tahun, doktor."

Kami masih lagi berdiri di pintu bilik yang tertutup. 

"Encik Kodi ada masalah kesihatan ke? Atau ada apa-apa yang mengganggunya beberapa hari sebelum hari ini?"

"Suami aku tak ada masalah kesihatan. Dia paling benci tempat ni, doktor. Tapi sejak dua menjak ni, dia memang salu mengadu tak boleh tidur. Katanya tak tenteram. Agaknya dia dapat rasa perkara ni nak terjadi."

"Apa maksud puan? Dia ada cakap dia sakit dada ke? Atau sebelum ni puan nampak dia pernah jatuh terhentak kepala ke? Atau apa-apa masalah dua tiga bulan ni?" Aku perlu dapatkan jawapan dengan pantas. Terpaksa aku mengajukan soalan tertutup. 

"Sakit dada tak ada. Cuma dia duk cakap angin sebu. Dah 3 bulan rasanya. Selalu berpeluh-peluh. Tak boleh tidur malam. Kata dada laju berdebar. Sakit tak ada pula, doktor. Demam ke muntah tak ada. Sakit perut tak ada. Cuma batuk tu sesekali." Jawab Puan Maimunah resah.

"Pakcik ada kencing manis? Masalah darah tinggi? Masalah jantung atau masalah buah pinggang tak sebelum ni?"

"Aku tak pasti. Dia memang suka makan makanan manis. Tak pernah pula kami pergi periksa bacaan gula."

Begitula penerangan yang aku dapat. Selalunya, dengan faktor umur dan risiko kencing manis, kesakitan pada dada tidak dapat dirasai seperti orang biasa. Selalunya mereka tidak merasai apa-apa kesakitan. 

"Pakcik ada makan ubat apa-apa? Merokok ke?" Tanyaku lebih mendalam.

"Tak merokok dah. Baru berhenti bulan lepas lepas cakap dada tak sedap. Ubat dia memang tak ada makan."

Hah, merokok! Menambah lagi risiko untuk sakit jantung. Aku merungut dalam hati. 

"Jadi, hari ni apa jadi puan?!" Tanyaku lagi bersemangat.

"Dia pergi bersenam dekat kaki gunung. Keluar rumah pukul 6 pagi tadi. Masa pukul 5 tu, dia ada cakap juga dada lemas. Nak keluar bersenam dan nak berpeluh."

Aku lihat jam tertera. Waktu menunjukkan pukul 7 pagi. Baru 3 jam sahaja daripada tempoh pertama dia merasakan ketidakselesaan.

"Ana, Dr. Aqilah panggil!" 

Aku tenung pada mak cik itu lalu mengundur diri. Sempat juga aku menggenggam erat tangan orang tua itu tanda agar dia jangan risau. 

"Apa cerita yang kau dapat?" Tanya Dr. Aqilah dengan matanya yang membulat.

"37 years old, Malay Gentlemen with no known of medical illness, ex smoker 1month, presented with chest discomforts for 3 months, associated with diaphoresis and papitation. Not associated with vomiting or abdominal pain. However, today noticed chest discomfort since 5am. Patient went out for an exercise. Afterwards, wife didnt know what happened."   Sejurus itu, aku pandang pesakit serta merta. Mereka berjaya selamatkannya! Pakcik Kodi kelihatan masih tidak sedarkan diri, mulutnya sudah dimasukkan tiub pernafasan dan nadi pada jantungnya kembali ada.

"Ana, tolong aku! Daripada tadi aku cucuk tak dapat ni!" 

"Cepat sikit." Pendek Dr. Aqilah menegur. 

Aku berlari ke arah Maya lalu mencapai barang-barang yang diperlukan. Picagari bersaiz 10cc dan jarum berwarna biru terus aku letak dalam bekas. Kain alkohol itu di dalam sarungnya terus aku koyak. Aku picit-picit tangan kanan pakcik lalu urat yang sederhana besar mula timbul. Dengan sekali cucuk pada kulitnya, darah terus memancut-mancut keluar dan picagari itu terus menyedut darah tersebut. Usai itu, aku tarik jarum keluar daripada kulit. Kesan cucukan itu terus aku picit dengan kain kapas. Picagari yang penuh dengan darah itu terus dicapai Maya. 

"Ambil darah untuk enzim jantung ya." Pesanku agar Maya tidak lupa. 

Maya berlari ke arah meja. Selepas itu  dibahagi-bahagikan beberapa botol itu kedalam plastik. Selepas itu dilabelkan sampelnya agak tidak bertukar. 

Aku melihat mesin bantuan pernafasan berfungsi dengan baik. Dada pesakit turun naik seperti biasa. Pesakit memang tidak sedarkan diri disebabkan ubat bius yang telah diberikan. Oh, ya. Borang Xray perlu diisi. Selepas pesakit di intubasi, seharusnya di xray untuk memastikan tiub itu masuk ditempat yang sepatutnya. Tidak terlampau dalam atau tidak terlampau pendek. 

Aku berjalan ke kaunter dan mengisi borang xray. Selepas menghantar borang xray aku terus menelefon kaunter xray untuk memberitahu bahawa pesakit sudah bersedia untuk buat xray. 

"Doktor! Doktor!" Tiba-tiba ada dua orang lelaki india bergelut di hadapan pintu kecemasan. Bunyi orang menjerit kedengaran di luar pintu. Aku menoleh ke belakangku. Terkejutnya aku apabila melihat keadaan pesakit. 

Muka mereka telah ditetak dengan parang. Pesakit pertama adalah seorang ayah. Dia ditetak di bahagian muka mengenai bulu keningnya di sebelah kanan, dan pipi kanan sepanjang 4cm. Bibirnya juga terdapat kesan tetakan di sebelah kanan. Darah memancut-mancut keluar lalu membasahi lantai. Bajunya sudah basah kuyup dengan darah sendiri. Seluarnya juga sudah hampir kelihatan merah. 

"Doktor, tolong!" Jerit si ayah.

Anaknya pula cuba melepaskan leraian ayahnya. Alangkah sayunya melihat ayah itu cuba memberitahu bahawa kau selamatkan anak aku ini tanpa memikirkan kesakitan diri. Perasaan geram tiba-tiba muncul. Macam mana boleh terjadi ni? 

Si anak menolak ayah. Mereka berbahasa tamil yang tidak aku fahami. Aku menjerit polis, polis! Aku tidak mahu mereka bergaduh di sini. Juga tidak mahu jika ada lagi geng baru yang sampai. 

Si anak memberitahu aku bahawa dia sangat kuat. Ini tidak apa-apa. Terus memarahi kami yang cuba memegangnya. Adakah dia dibawah pengaruh alkohol? Ugh, bau badan dan mulutnya sangat busuk. 

Aku melihat si anak yang memegang dahi yang telah ditetak. Darah memancut-mancut sambil diri ketawa dengan keadaan sendiri. Aku terus menarik pam bacaan tekanan darah lalu ku pasang pada tangan kiri. Bacaan tekanan darah stabil. Selepas itu, aku menekan kesan tetakan pada dahi dengan kuat sambil mereka yang lain berlari mencari lagi kain untuk ditekap. Tangan aku tiba-tiba ditepis.

"Hoi, kau jangan tolak tangan akulah!"jerit aku marah. 

"Maya, kau pasang jarum sekarang. Bagi satu botol air sekarang. Lepas pasang jarum terus ambil darah!" Jeritku daripada jauh cuba memanggil Maya yang sedang terkedek-kedek berlari ke arah aku. Situasi cemas ini betul-betul merungsingkan. Jika darah ini keluar dengan banyak, jantung akan cuba mengepamnya dengan laju, pada satu saat ia boleh berhenti mengepam. 

"Periksa gula sekarang!" Arahku apabila Maya berjaya mendapat beberapa cc darah di dalam picagari. 

"Gula 7.1" 

"Ok, thank you!" Balasku sambil menggelabah menarik kain di dalam bekas untuk ditekap. Ah, darah masih memancut!

"Kena jahit ni! Dr. Aqilah, luka ni kena jahit!" Jeritku apabila Dr.Aqilah tiada di sisiku. Dia sedang sibuk menyelamatkan ayah pesakit di sebelah katilku. 

"Ok, jahitlah! Jahit tempat yang terpancut sahaja. Luka yang lain kita akan panggil doktor plastik untuk jahit."

"Baik!" Aku terus melakukan tugasan yang diarah. 

"Lepas jahit, buat xray muka ya!" Pesan Dr. Aqilah pada Maya. 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.