Home Novel Cinta CINTA PERTAMA
CINTA PERTAMA
Melissa Lee
11/12/2019 10:03:00
130,112
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

"Lawa tak awek aku?" 

Fariz menayangkan matrix card yang terpampang gambar Melissa kepada dua orang rakan serumahnya.

"Wei, tengok kejap," 

Shahrul meminta matrix card itu daripada Fariz. Fariz menghulurkannya. Dadanya terasa kembang kerana berjaya menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa dia mempunyai peminat yang tak kurang cantik juga. Budak komputer pulak tu! 

Pelajar-pelajar lelaki engineering selalunya akan mencari awek dari kalangan pelajar-pelajar Sains Komputer kerana bagi mereka, awek Sains Komputer lebih feminin dan ayu. Berbanding pelajar-pelajar perempuan engineering yang lebih lasak dan kasar.

"Macam kenal je budak ni. Kalau tak silap aku, dia sama matrik dengan aku dulu, Kolej Mara Kulim. Dia budak Kelantan kan....."

"Ha ah. Betul tu. Kau kenal ke dia?" Fariz berasa curiga.

"Kenal macam-macam tu jelah. Cuma dulu ada sorang mamat ni gila betul dekat dia. Mamat ni satu sekolah menengah dengan dia, dapat matriks pun sama. Mamat ni siap mengaku budak ni awek dia. Tapi tak tahulah kan betul ke tak sebab tak pernah nampak pula diorang dating." 

"Betul ke awek kau ni, Fariz?" 

Shahrul bertanya lagi. Dia sedikit meragui Fariz yang ulat buku itu akan bercinta.

"Ya, kenapa? Kalau kau nak tahu selang satu malam dia akan call aku. Aku memang suka dia, cuma kadangkala aku keliru. Tapi pelajaran aku letakkan nombor satu. Awek nombor dua. Apa-apa pun, aku rasa hidup aku lebih colourful selepas ada dia." 

Iya, Melissa sebenarnya memang menghuni hatinya namun, dia tidak akan senang-senang untuk mengakui apatah lagi meluahkannya. Biarlah Tuhan dan masa yang menentukan hubungan mereka.

                                

                                         **************************************


"ASSALAMUALAIKUM, Melissa!" 

Suara yang cukup dirindui Melissa membuatkannya menoleh. Kak Awin dan Anida juga menoleh. Lidah Melissa kelu seketika kerana tidak menyangka Fariz akan menegurnya dihadapan rakan-rakannya.

"Waalaikumussalam...oh, Fariz!" 

Fariz menghulurkan matrix card miliknya. Melissa pula mengembalikan hak Fariz.

"Thanks..ada kelas dekat-dekat sini?" 

Suara Melissa separuh berbisik setelah Kak Awin dan Anida membelakangi mereka, seolah-olah memberi peluang untuk mereka berbicara.

"Ya, BK5. Situ.." 

Jari telunjuk Fariz menuding kepada bilik kuliah yang dipisahkan oleh dua bilik kuliah iaitu BK3 dan BK4.

"Oh..saya kat sini,BK2. Eh, alamak! Kawan-kawan saya dah mula masuk. Saya masuk kelas dulu. Awak pun pergilah masuk kelas. Nanti lambat pula." 

Melissa mengejar rakan-rakannya tadi. 

Fariz mengangguk dan melangkah menuju ke BK5. Melissa menoleh semula kepada Fariz yang sudah melangkah seraya bibirnya perlahan menuturkan...I MISS YOU, SAYANG!


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee