Tepat jam 5.45 pagi, automatik aku akan terjaga dari tidur. Seperti hari-hari biasa, sejak kecil lagi aku sudah diajar untuk bangun lebih awal. Arwah ibu selalu pesan, bangun awal pagi rezeki mudah masuk. Kalau rasa susah nak bangun, sebelum tidur malam, niatkan dalam hati untuk bangun nak minta dikejutkan. Insha Allah, pasti keesokannya senang bangun. Semua niatkan kerana Allah. Itulah pesanan ibu yang aku masih amalkan sampai sekarang. Tapi kadang-kadang terlanjur lewat juga. Tapi tak lah lewat sangat, paling-paling jam 6.30 pagi. Tak boleh lewat sangat, abang cakap nanti jadi tabiat dan terbiasa.
Selesai kemas katil, mandi dan solat, aku terus menuju ke dapur. Nak tolong abang buat sarapan kononnya. Aku mengintai abang di balik pintu dapur. Senangnya hati abang, potong sayur sambil bernyanyi-nyanyi. Layan perasaan. Aku gelak kecil.
" Apa gelak-gelak tu, meh sini tolong abang tumbuk bawang dan cili ni.." Alamak!! Abang perasan lah pula. Hahaha..
" Senangnya hati dia, nyanyi-nyanyi lagi. Orang tua cakap, kalau menyanyi kat dapur kang tak laku.." kataku. Gurau.
" Lelaki tak apa, sebab lelaki yang meminang perempuan. Tapi kan, adik yang tak menyanyi kat dapur pun, tak laku lagi. Apa cerita pula tu.." sempat pula abang perli aku. Hampeh betul abang ni.
" Hahaha.. Adik bukan tak lakulah tapi adik je yang taknak,sebab adik tunggu putera kayangan datang melamar." balasku.
" Ooo tunggu putera kayangan. Tapi kenapa tak sampai-sampai lagi ek?! Ke putera kayangan tu sesat kut.." sambung abang lagi. Gurau pepagi buta.
" Dia tak sesat cuma dia outstation. Habis outstation sampailah dia kang. So, abang sebagai wali adik kena standby ok!!" Aku gelak.
" Ha! Cakap pasal outstation, baru abang ingat, putera kayangan Cik Aliaa Sofea memang nak pergi outstation minggu depan. Jangan pula ada yang merindu yee.."
" Aik!! Siapa?" tanyaku tanda kurang faham maksud abang.
" Siapa lagi kalau bukan si Faliq tu.."
" Ishh!! Suka-suka abang je ek. Tak kuasalah rindu-rindu bagai. Biarlah dia nak outstation ke nak out ke. Bukan masalah adik pun.."
"Amboii..!!! Jangan cakap.. bahaya tu tau!. Nanti bila dah merindu, siapa yang susah. Abaangg juga.. Hehehehe.." Aku mencebikkan muka pada abang. Tangan terus mengopek ikan bilis. Kami terus berbual, meriah pula rasanya dapur pepagi ni, dengan gelak tawa kami lagi. Padahal kami berdua je tapi kecohnya macam ada 10 orang. Aku hanya sediakan air nescafe saja. Yang lain abang yang buat, aku penonton setia.
Borak punya borak, siap juga nasi goreng kampung dari airtangan abang. Fuh!! Gila sedap baunya. Tengok je pun dah menyelerakan, belum lagi masuk tekak tu. Mahunya bertambah-tambah aku makan ni. Hebatlah abang!!
Memang layanlah nasi goreng ni. Jarang dapat makan. Okey! Aku layan nasi goreng paling win ni dulu.Hehe..
" Abang.. ni kan, kalau abang buka restoran makan ni. Adik rasa memang meletuplah. Abang hebat masak, masakan ala kampung dan western sekali.. " aku bagi cadangan. Jujur. Abang masak, memang sedap.
" Hahaha.. Ada- ada je adik ni.." abang gelakkan cadangan aku. Sabar jelah.
" Betul lah abang. Jujur cakap ni tau.."
" Dengan kerja abang yang busy 24 jam, nak buka restoran pula. Mengarut..!!"
"Mengarut apanya pula. Abang berhentilah kerja, fokus dekat restoran. Bolehlah adik makan free tiap hari.. Hehe.." sambungku lagi. Terus mengunyah.
" Amboiii.. Punyalah tertahun abang belajar nak dapatkan kerja sebaik ini, nak abang berhenti pula. Hohohooo.. tidak oh adikku sayang. Kalau nak makan masakan abang tunggu je abang balik yee.." Hahaha.. kali ini aku pula gelakkan abang. Sayang benar dengan kerjayanya.
Tercungap-cungap aku makan, sedap tapi pedas. Berasap telinga. Aku sendiri yang tumbuk cili api tadi, segaja aku tambah cili dua kali ganda, biar bagi pedas tanpa pengetahuan abang. Baru sedap!!
" Adik tambah cili ye?!" Abang perasanlah. Alamak!!
" Eh! Mana ada. Cili yang abang bagi jelah tadi tu adik tumbuk.." aku buat-buat tak tahu. Buat muka selamba. Padahal menahan pedas. Sorry abang.
" Apasal pedas lain macam ni? Jangan nak tipu.." Aku tersengeh.
" Bertuah betullah. Berapa banyak tambah ni.." Tanya abang lagi. Berkerut dahi tuanya. Marah. Hehe..
" 10 biji je.." jawabku rigkas.
"10 je?? Cili ni jenis pedas, abang guna 3 biji je pun dah cukup pedas, yang adik pergi tambah sampai 10biji dah kenapa? Awak tu tak boleh makan pedas, kejab lagi kang sakit. Abang juga yang susah.. aduhaii lah adik..." terbeliak mata abang pandang tepat pada aku. Aku tetap tersengeh, kerang busuk pun kalah.
" Alaa sorry lah, lama dah tak makan pedas, teringin pula. Tu yang tambah cili sikit tu. Janganlah marah, nanti cepat tua. Dah tak hensem. Lagipun, kan abang cakap, tak baik marah depan rezeki.. Betul tak?!" Aku pujuk abang. Sendiri buat abang marah, sendirilah pujuk.
" Hmm.. Nak marah ke taknak marah ni. Dah lah, makan.. " keluh abang. Yesss!! Berjaya juga pujuk abang. Aku tahu, abang tak boleh marah aku, sebab apa tau. Kalau abang marah aku, nanti aku yang merajuk balik dekat dia. Bila aku dah merajuk, sah-sah aku diam sejuta bahasa. Bila aku dah diam membisu, susahlah hati abang. Abang pun bukan jenis pandai memujuk tapi kerana adik kesayangannya yang degil ni. Terpaksa jugalah pujuk.
Pernah sekali abang cari pasal, selama dua bulan aku tak dapat dihubungi, sengaja aku off handphone, abang call office pun tak dapat sebab aku dah pesan awal-awal dekat officemate, sebarang panggilan untuk aku cakap aku dah berhenti kerja. Kelam-kabutlah abang dibuatnya. Hari tu juga dia turun dari JB balik KL smata-mata nak pujuk aku. Dia cakap, apa dia buat semua tak kena. Bukan salah aku pun, dia sendiri yang salah. Aku takkan merajuk kalau tak ada sebab kukuh. Bukan suka-suka nak merajuk.
Perut sudah kenyang, hati pun banyak senang. Selesai makan dan kemas, aku bersiap pula nak ke office. Setengah jam je aku bersiap. Mandi, pakai baju kurung dan tudung bawal, sapu bedak compact nipis dan siap!! Semudah ABC.
Aku ke ruang tamu dengan memegang handbag . Ada bungkusan makanan dalam tupperware siap didalam beg kertas. Bungkusan apa pula ni.
" Tu nanti, minta tolong bagi dekat Faliq ya.."
" Ha?! Bagi Faliq?! Kenapa nak bagi dia pula.." Aku agak terkejut jugalah. Aduhaiii abang, satu hal pula aku nak ngadap mamat tu.
" Ada banyak lagi nasi tu, takkan nak buang kut. Kan membazir namanya. Faliq pun nak rasa juga nasi goreng kampung abang yang sedap tu.." abang senyum. Disebalik senyuman sinis abang tu. Ada maksud mendalam ni. Ni mesti plan abang. Ceh!!
" Kalau tak bagi tak boleh ke?! Atau adik bagi Naim jelah.. okey tak.. okey tak.." cadangku.
" Tak okey..!! " Huhu... Nak taknak, terpaksalah.
" Iyalah abang. Adik pergi dulu ek, bye!!"
Dengan malas aku mencapai bungkusan itu. Sambil melangkah ke kereta, aku membebel dalam hati. Geram betul dengan abang. Sengaja je sebenarnya dia tu. Aku tahu ini mesti plan dia. Takkan aku nak pergi office Faliq, dan jumpa dia, dan bagi bungkusan ni dekat dia. Makin hot..hot..hot lah nanti ni. Dah lah officemate dia boleh tahan mulut. Huwaaa!!!
Oh ya!! Dapat idea, apa pening-pening. Nanti aku minta tolong Naimlah hantarkan ataupun minta tolong Mira. Tak adalah aku kena ngadap mamat tu. Hahahaa..