Home Novel Cinta PERCAYA CINTAKU
PERCAYA CINTAKU
nuroll shazlinda hairul
15/7/2021 11:27:35
12,543
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 1

“I nak pinang you,” ujar Eizlynn selamba. Wajah lelaki dihadapannya ditatap tanpa perasaan.

What?” jelasriak terkejut pada wajah Wafi.

“I cakap I nak pinang you,” ulang Eizlynn sekali lagi.

“You nak pinang I? Serius la... untuk siapa?”

“Seriuslah ni. Untuk I lah, tak akan untuk jiran Ipulak!”

Tidak semena-mena tawa Wafi meletus. Geli hatinyamendengar kata-kata Eizlynn. Wajah gadis yang sedang berpeluk tubuh di biraitingkap dipandang sinis.

“You merepek apa? Dah mereng? Atau you rasa bersalah sebabbuat I macam ni?” soalnya sinis.

‘Hish mamat ini, ikutkan hati mulut tu rasa macam aku nakcili-cilikan aje. Sukahati aje nak kata aku mereng. Sabar Lynn, sabar. Orangtengah sakit tu. Kau pulak buat kejutan macam tu. Mahu tak terkejut dia,’ desishati kecil Eizlynn.

Eizlynn berdeham. Wajahnya diseriuskan. “Apa yangmerepeknya? I ajak you kahwin bukan ajak you buat maksiat.”

Wafi mencebik. “You ni memang macam ni ke?” soal Wafisambil jari telunjuknya menunjuk ke arah kepala kepala Eizlynn hingga ke kakigadis itu.

“Macam apa?” soal Eizlynn tidak puas hati. Dari berpeluktubuh, dia berdiri tegak. Tajam renungannya.

“Macam inilah. Selamba ajak orang kahwin dengan orangyang you tak pernah kenal. Ke you dah biasa buat dengan lelaki lain. Tak punyou dah...”

“Dah apa?” soal Eizlynn berserta nada yang sedikittinggi. Dia bagai sudah dapat mengagak apa yang mahu diperkatakan oleh Wafi.

Tanpa perasaan, Wafi menunjukkan perut yang membuncitkepada Eizlynn. Riak wajah selamba Wafi membuatkan Eizlynn mendekat denganlelaki itu. Kecil besar anak mata Eizlynn memandang ke arah Wafi.

“You ni memang biadap kan? You nampak I ni ada jenisperempuan macam itu ke, ha?” Eizlynn menahan geram. Ikutkan hati memang dia dahhempuk lelaki itu. Ikut sedap mulut aje nak tuduh sebarangan.

“Manalah I tahu. I bukan kenal you. Dah you pun buat mukaselamba aje ajak I kahwin. So, kalau I fikir bukan-bukan memang patutlah kan.”

“Encik Wafi, I ni masih waras lagi tau. Orang tua I dahdidik I dengan ilmu agama. Sebab itulah I malas nak cakap terus dengan you. Tapidia orang nak juga I cakap sendiri dengan you. Inilah masalahnya. I yang nampaktak beradab,” bebel Eizlynn panjang lebar. Terdengar keluhan dari bibirnya. Diamenarik nafas lalu dilepaskan perlahan. Wajah Wafi ditatap, tenang. Wafi diamseribu bahasa. Masih menanti kata-kata seterusnya daripada Eizlynn.

“Okeylah biar I berterus-terang. Sebab sebenar kenapa Inak ajak you kahwin.”

“Sebab apa?”  

Wajah Wafi dipandang sebal. Dia pun bingung kenapalahdalam banyak-banyak lelaki dia dipertemukan dengan lelaki ini. Anak kawanbabahnya. Dan dalam banyak-banyak lelaki di dunia ini hatinya terjatuh suka pandangpertama pada dia. Gila agaknya dia! Tapi dia tak mampu nak tolak rasa yang datangtiba-tiba itu. Dia anggap ini hadiah dari tuhan selepas hatinya dilukai. Bolehbegitu?

“Dua minggu lagi, I sepatutnya nikah dengan bekas tunangI. Tapi... dia dah ambil keputusan untuk tinggalkan I. Memandangkan I dah buatsemua persiapan, dan I rasa macam membazir aje kalau batalkan jadi I ambilkeputusan untuk cari pengganti pengantin lelaki. Dan memandangkan you punsenasib dengan I sekarang ini, so I rasa you adalah calon suami yang sesuaiuntuk I.” Itu alasan yang dirasakan terbaik buat masa ini. Tak akan dia nakcakap dia dah tersuka lelaki itu. Mahu tujuh keturunan diungkitnya nanti.

Wafi gelak besar.

“Adui, adui, dui.” Wafi mengaduh sakit. Perutnyadipegang. Eizlynn buat tidak nampak. Itulah seronok sangat gelakkan dia. Ha,rasakan! Tak sedar diri perut dah berjahit.”

“Tak nak tolong ke? Tengok aje,” rungut Wafi, sebal.

“Bukan boleh tolong apa pun. Tengok ajelah. Siapa suruhgelak tak ingat dunia. Gelaklah besar lagi, kalau boleh sampai terbuka jahitanitu,” sindir Eizlynn.

 Mengherot bibir Wafi.Mereka berbalas pandang.

“Bila I cakap you mereng, you marah. Ini soal kahwin tau,bukan main kahwin-kahwin masa zaman budak-budak.” Dia peringatkan Eizlynn. Kepalanyadigelengkan. Dalam sejarah hidupnya dia tidak pernah jumpa perempuan seselambaseperti Eizlynn. Senang betul gadis itu buat keputusan. Keputusan penting pulakitu. Apa dia ingat pilih isteri ini macam pilih baju.

“Masa I budak-budak, I tak pernah main kahwin-kahwin.”

“Itu perbandingan ajelah. I pun tak main!”

“So apa masalahnya?”

“Tak masalah you cakap! Kita tak saling kenal, bercintaapa entah lagi. Macam mana you nak duduk sebumbung dengan orang yang you taktahu pun siapa diri dia.”

“Itu aje ke masalahnya?”

“Iya...”

“Benda tu senang ajelah. Lepas kita kahwin kita bolehkenal apa? Lagi mudah, dah halal.”

“You confirmtak ada masalah mental?”

‘Amboi, dia ini kalau bercakap buat telinga aku bernanahje!’ gerutu Eizlynn sendiri.

“Boleh tak you jangan rumitkan keadaan. Terima ajelahpinangan I tu. Kan senang,” ujar Eizlynn.

“Mana you boleh paksa I. Yang nak kahwin itu I. Apa yangmembuat you yakin I ni layak jadi suami you?”

“I tak tahu you layak ke tak. I hanya ikut gerak hati I.Lagipun babah I kenal dengan ayah you. So, lagi senang. Apa-apa hal boleh rujukmereka aje.”

“You tak rasa ke yang you tengah jual diri you pada Isekarang ni?” duga Wafi.

“I nak buat perkara yang baik. I ajak you kahwin dengancara yang halal. Jadi bahagian mana yang I ni jual diri pada you? Bukan yousepatutnya kahwin sebulan dari sekarang ke? I dengar semuanya dah siapkan? So,teruskanlah majlis tu dengan I.”

“Mana you tahu?”

Your mom.”

“Ibu ni, pergi beritahu perempuan mereng ni buat apa?”gumam Wafi sendiri.

“Setuju ya terima lamaran I. Ala, setuju ajelah.”

“Terdesak sangat you ni”

“Memang terdesak. I kesian kat babah dan ibu. Mereka dahbertungkus-lumus siapkan semua persiapan. Jemputan pun dah buat. Memanglahboleh batalkan tapi I tak naklah  merekatanggung malu sebab satu-satunya anak perempuan mereka tak jadi kahwin.”

‘Amboi, pandai-pandai kau je Lynn jadikan ibu dan babahsebagai alasan. Nasiblah janji dia percaya,’ bisik hati kecilnya sendiri.

“Habis tu you tak kesian pulak kat I yang kena hidupdengan perempuan yang I tak kenal?”

“Nak kesian kenapa pulak? Lagipun, siapa yang boleh jaminhidup dia akan bahagia kalau dia berkahwin dengan orang yang dicintai. Beraparamai yang kahwin atas dasar cinta akhirnya terlerai juga. Orang dulu-dulukahwin pun tanpa rasa cinta, tapi kenapa mereka mampu kekal bahagia hinggaakhir hayat? Kunci bahagia itu terletak pada diri kita sendiri. Bagaimana kitanak kemudi bahtera dalam berkeluarga. Bukan berapa lama kenal atau bercinta.”

Terdiam Wafi seketika. Dia cuba memikirkan kata-kata yangsesuai untuk menyangkal bicara Eizlynn.

Melihatkan Wafi terkulat-kulat, akhirnya Eizlynnbersuara, “Beginilah, I bagi you ruang untuk berfikir. Esok petang I datangjumpa you dan I harap you dapat berikan keputusan you pada I. Okey?”

Tanpa pamit, Eizlynn meninggalkan Wafi sendirian. Wafihanya memerhati pemergian gadis itu tanpa sebarang bicara. Dia benar-benarterganggu dengan pertanyaan Eizlynn.

“Esok? Itu bukan ruang untuk berfikir. Itu paksaannamanya. Hish, perempuan ini. Inilah dia, perempuan. Semua nak ikut kehendakdia,” bebel Wafi sendiri. Perutnya terasa ngilu.

 

Di luar bilik Wafi, Encik Wadi dan Puan Hartini setiamenanti Eizlynn. Sebaik Eizlynn keluar dari bilik, buru-buru mereka mendapatkanEizlynn.

“Macam mana? Okey? Setuju?” soal Encik Wadi ayah kepadaWafi.

Eizlynn menggeleng sambil melepaskan nafas perlahan.

“Lynn dah cakap apa yang patut Lynn cakap. Jadi Lynn bagimasa sampai esok pada Wafi untuk fikirkan tawaran Lynn pada dia.”

“Lynn jangan risau. Uncle akan pastikan Wafi setuju.”

“Kalau Wafi tak setuju?”

“Percaya cakap uncle. Dia akan setuju. Uncle kenal dengananak uncle.”

“Kalau dia tak nak uncle tak perlulah paksa. Lynnserahkan semua pada Allah. Dia lebih tahu yang terbaik buat kami. Kalau Wafitolak, itu maknanya tiada jodoh antara kami.”

“Janganlah cakap begitu. Auntie memang nak sangat Lynnjadi menantu kami,” celah Puan Hartini sambil mengusap lengan Eizlynn. Besarharapannya untuk melihat anaknya dan Eizlynn bersatu.

Eizlynn menguntum senyum, hambar.

“Auntie, uncle, Lynn minta diri dulu. InsyaAllah esokLynn datang lagi,” pinta Eizlynn lalu menyalami tangan Puan Hartini.

“Hati-hati bawa kereta tu,” pesan Encik Wadi.

“InsyaALLAH.”

Sebaik sahaja Eizlynn menghilang dari pandangan mereka,terus sahaja mereka masuk ke dalam bilik Wafi sambil tersenyum-senyum.Wafimemandang pelik ke arah ibu dan ayahnya. Argh sudah! Tak akan ibu dan ayahnyadah tahu. Eizlynn!

 

 

 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.