Home Novel Cinta PERCAYA CINTAKU
PERCAYA CINTAKU
nuroll shazlinda hairul
15/7/2021 11:27:35
12,620
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

“Ya Allah,  aku memohonpetunjuk daripadaMu dengan ilmuMu, dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengankekuasaanMu,  dan aku memohon daripadaMuakan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkanaku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui,dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allahseandainya Engkau mengetahui bahawasanya Eizlynn Naura binti Eijaz Arif, adalahbaik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akhiratku, maka takdirkanlah ia bagikudan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya, dan seandainya Engkaumengetahui bahawasanya urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku,kehidupanku dan akhiratku maka jauhkanlah aku daripadanya. Takdirkan bagikuyang baik dimana saja adanya, kemudian redhalah aku padanya. Amin, Amin YaRabbal Alamin.”  Wafi meraup wajahnyasebaik sahaja doanya dihabiskan.

Nafasnya dilepaskan perlahan. Kata-kata ayahnya petangtadi masih terngiang-ngiang dipendengarannya.

“Apa yang along nak fikirkan lagi? Jodoh dah datang depanmata. Ayah dan ibu pun suka nak bermenantukan Eizlynn tu.”

“Kalau ayah suka, ayah ajelah kahwin dengan Eizlynn itu,”balas Wafi bersahaja.

“Masalahnya Eizlynn tu bukan nak pada ayah. Dia nak kanalong,” ujar Encik Wahib dengan riak kecewa.

“Hai abang, ada hati ke kat Eizlynn tu?” soal Puan Hartinisambil jarinya ligat mengetip perut suaminya.

“Adui, sakitlah yang. Dengan bakal menantu pun nakcemburu juga ke?” sakat Encik Wahib, tersegih-sengih.

Berbulu Puan Hartini melihat gelagat suaminya.

“Aiyok, tak tahu ibu dah jelous. Ada orang kena tidur luarlahnanti,” usik Wafi, sengaja panaskan keadaan.

“Alaa yang...”

Puan Hartini menunjukkan isyarat bagus kepada Wafi.

“Dah, dah. Kita nak bincang pasal dia, kita pula yang diakenakan. Ayah serious ini. Apa kurangnya Eizlynn di mata along?”

“Ini bukan masalah lebih atau kurang. Masalahnya along kenaldia pun tak. Macam mana nak kahwin? Ini soal kahwin, melibatkan masa depankami. Bagaimana kami nak bina rumahtangga tanpa rasa cinta?”

“Siapa kata cinta itu akan jamin kebahagiaan? Ingat tak,apa yang pernah cakap pada along sebelum along bercadang untuk kahwin denganAmanda?”

Wafi mengangguk. “Ingat.”

“Apa yang along ingat?”

“Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, pastiberuntung, kan?”

“Jadi, menurut along, adakah Eizlynn tak ada kekeempat-empat ciri tu atau salah satu daripadanya?” soal Encik Wahib.

Wafi kehilangan kata. Dia kalau berbicara dengan ayahnya,memang sukar untuk dia patahkan hujah ayahnya itu. Dia merenung kelat ke arahayahnya.

“Ibu suka dengan Eizlynn. Ibu yakin dia mampu menjadipeneman hidup along yang baik,” sampuk Puan Hartini. Cuba meyakinkan anaknya.Dia bukanlah mahu memaksa tetapi hatinya kuat mengatakan Eizlynn adalah pilihanyang terbaik untuk anaknya.

“Macam mana ibu rasa dia baik?  Ibu tak rasa ke dia rendahkan diri dia biladia pinang anak ibu ni?”

“Kenapa along cakap begitu? Sebab dia cakap terus sendiridengan along, jadi along rasa dia sedang merendahkan martabatnya, macam itu?” tanyaPuan Hartini.

“Mana salahnya perempuan pinang lelaki. Kalau ikutkan Eizlynn,tak nak dia tanya along. Tapi ayah yang suruh dia cakap sendiri dengan along.Uncle Eijaz dah jumpa ayah terlebih dahulu dan bercakap tentang hal ini. Kalauikutkan, ayah dah setuju. Tapi iyalah kami ni sebagai ibu bapa nak kena tanyajuga pendapat along.”

Wafi diam. Akalnya ligat berfikir.  “Kalau ayah kat tempat along, apa ayah kanbuat?” soalnya.

“Istikharah,” ringkas jawapan Encik Wahib.

“Uit along termenung jauh nampak? Dah sampai mana tu?”soal Wadi sekaligus mematikan lamunan abang sulungnya itu. Dia yang tidur-tidurayam  mencuri pandang telatah Wafi sedaritadi. Usai solat abangnya itu termenung panjang dan adakalanya mengeluhsendiri.

Wafi mengurut dadanya. Terkejut dia apabila disergahbegitu oleh adiknya. “Dah sampai rumah,” jawabnya sebal.  

“Angah bukan tidur ke tadi?” sambungnya lagi.

“Tidur-tidur ayam aje. Bukan sedap tidur kat hospital ini. Habis sakit badan.”

“Dah tu kenapa tak tidur kat rumah aje?”

“Angah risau along sorang-sorang kat sini. Atleast along ada juga teman nakberbual macam sekarang ni kan. Kenapa nampak kusut sangat? Pasal lamaran KakEizlynn ke?”

Wafi mendengus. “Pasal apa lagi, pasal dialah.”

“Apa masalahnya? Angah tengok Kak Lynn tu okey apa. Baik,cantik, neutral beauty tau. Takadalah macam Kak Amanda tu cantik mekap semata.”

“Amboi puji melambung nampak? Berapa dia bayar angahuntuk yakinkan along ni?”

“Dia tak perlu bayar pun. Angah cakap berdasarkan apayang angah lihat. Lagipun angah nampak dia ikhlas nak kan along.”

“Dia nak kahwin dengan along sebab nak tutup malu tunangdia lari. Ikhlas ke macam tu?”

“Itu alasan aje. Cuba fikir logik, sebenarnya tak adamasalah pun kalau dia nak batalkan. Tak pun tukar aje majlis tu ke kenduri doaselamat ke tahlil ke, boleh je kan. Tapi kenapa dia nak teruskan? Sebab dia dahjumpa soulmate dia,” hurai Wadipanjang lebar.

“Along pun boleh gunakan Kak Lynn untuk tutup  malu keluarga kita sebab Kak Amanda tak nakkahwin dengan along,” sambungnya.

Wafi mencebik. Semakin memberat kepalanya. Ini bukan nakselesaikan masalah tapi  makin menyesakkanpula. Macam manalah adiknya itu boleh fikir dia adalah soulmate Eizlynn. Hiii...tolonglah tak sesuai!

“Ini pendapat angahlah, along terima aje pinangan KakLynn. Paling tidak, lepas ni dah ada orang jaga along. Ambil berat pasal along,sediakan makan minum along. Lupakan aje Kak Amanda tu. Mana tahu along dan KakLynn memang jodoh yang ditakdirkan. Tak rugi apa pun. Cuba perhatikan alongdengan Kak Lynn ditinggalkan tunang sebelum berlangsungnya masjlis kahwin. Tiba-tibaalong jadi hero selamatkan Kak Lynn. Ditakdirkan pulak ayah dengan Uncle Eijazpernah berkawan. Tak ke semua itu nampak macam takdir yang dah ditentukan?”

“Tang hero tu ada pembetulan. Bukan selamatkan Kak Lynn tapiselamatkan isteri dan anak yang malang.”

“Apa-apa ajelah along. Tapi yang nyaris nak kena tikam tuKak Lynn kan?”

Kelat wajah Wafi. Wadi senyum sinis.

“Kalau jodoh itu separuh jalan?” tanya Wafi, tidaksemena-mena.

“Itu semua urusan Allah. Yang penting along dan Kak Lynnjalankan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin. Selebihnya serahkan padaYang Esa.”

Terdiam Wafi seketika. Akalnya mula ligat memikirkanbicara Wadi.

“Tak payah fikirlah along. Dari along semakkan fikiranitu, baik tidur. Angah pun dah mengantuk. Selamat malam. Jangan diingat sangat,takut nanti Kak Lynn jengah dalam mimpi pulak,” usik Wadi sebelum merebahkantubuhnya kembali ke sofa.

Wafi menjeling tajam ke arah Wadi. Sempat lagi adiknyaitu mengusik.

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.