Home Novel Cinta AJARKAN AKU CINTA
AJARKAN AKU CINTA
Dea Zoraya
21/6/2019 15:16:27
66,789
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Perlakuan kami itu rupa-rupanya menjadi perhatian beberapa pengunjung yang sedang merehatkan diri. Ada di antara mereka yang turut berteriak ‘I am handsome too’ yang membuatkan aku dah Aydin ketawa geli hati. 

Usai ketawa kami reda, aku megajukan satu permintaan kepadanya. “

Aku dah ikut kau daki bukit pagi ni, jadi boleh kau lakukan sesuatu untuk aku?” pintaku bersama senyuman manis yang terukir di bibir. Satu senyuman gembira yang sudah lama tidak bergaris di sana.

“Anything for you,” balas Aydin.

“Boleh lukiskan gambar potret aku?” 

Aydin mengangguk tanpa menunggu lama. Dia kembali duduk di hadapan kanvas lalu mengeluarkan helaian kertas lukisan yang baru. Berseri benar aku lihat wajahnya tatkala itu. Aydin kemudian memandang wajahku lama bersama senyuman yang langsung tidak lekang di wajah sebelum matanya beralih ke arah kanvas.

Selesai dia melukis potretku, kami berdua bergerak menuruni bukit itu. Menurut Aydin potretku itu dia mahu bingkaikan terlebih dahulu sebelum menyerahkan kepadaku kelak. Aku lantas bersetuju.

“Hai...Aydin kan?” suara seorang wanita yang menegur sewaktu aku dan Aydin tiba di kaki bukit membuatkan aku berpaling. 

Wajah seorang wanita berambut hitam panjang yang diikat satu itu menarik mataku untuk terus memandang. Di dalam hati aku sempat memuji akan kecantikan wanita yang mempunyai anak mata berwarna coklat muda itu. Kulit wajahnya yang putih bersih dan pipi yang kemerah-merahan itu membuatkan aku mengagak yang gadis itu bukan gadis yang biasa-biasa kerana untuk mendapatkan kulit secantik itu biasanya perlu ke spa atau pusat rawatan kulit yang pastinya berkos tinggi.

“Hai....Rania...what are you doing here?” tanya Aydin pula yang ternyata mengenali gadis cantik persis wajah pelakon Nur Fazura itu.

“Hiking..takkan baking kat tempat macam ni,” balas gadis itu bercanda.

Aydin tersenyum lebar. Aku dapat rasakan Aydin seperti menaruh minat pada gadis bernama Rania itu.

“Sorry....sorry,” ujar Aydin. Aku terus menjadi pemerhati.

“You dah nak balik ke? I dengan my friends baru nak naik,” kata Rania lagi yang mengerling ke arahku.

Aydin mengangguk. “I nak balik dah ni. By the way ini kawan I...Atilea.” Aydin memperkenalkanku kepada Rania.

Rania menggariskan senyuman lebar kepadaku lantas tangan dihulurkan kepadaku. Aku senang dengan perwatakan ramah gadis itu yang nampaknya tidak sombong pada orang yang baru dikenali. 

“Kawan yang macam mana...err istimewa?” tanya Rania lagi yang mungkin ingin tahu hubungan aku dengan Aydin.

“Kami kawan sejak di sekolah lagi. Kami kawan baik.” Aku memberi jawapan pantas sebelum Aydin membuka mulut. 

Aydin memandang sekilas ke arahku sebelum matanya beralih kepada si cantik Rania.

“Oh yeah...I dah lama tak nampak you di coffee place. Selalu setiap pagi akan bertembung dengan you kat sana.” Rania membuka cerita lain pula yang aku tidak tahu akan hujung pangkal ceritanya.

Aydin menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Lately ini memang I jarang ke sana. Sebab bos baru ni suka buat meeting awal pagi.”

Rania ketawa. “Oh begitu. Mungkin lepas ni kita boleh sarapan sama-sama. I pergi dulu ya,” ujar Rania sebelum meninggalkan kami.

“Okay....sure,” ujar Aydin yang nampak budiman. 

Aku lihat mata Aydin mengekori Rania sehingga kelibat gadis itu hilang di pintu gerbang menuju ke arah tracking kawasan bukit itu.

“Amboi...ada orang dah jatuh cinta nampak.” Aku sengaja mengusik Aydin.

Aydin tergelak. “Mana ada. Rania...err dia...kenalan di bangunan tempat aku kerja.” Aydin memberikan jawapan tanpa aku pinta.

Tiba-tiba aku terfikir akan sesuatu yang pernah Aydin kongsikan kepadaku sebelum ini. 

“Kejap...Rania ini ke gadis yang kau minati tu? Yang kerja satu bangunan dengan kau...yang kau selalu nampak di kafe? Eh! Bukan kau kata kau tak tahu nama dia ke? Tadi dia panggil kau Aydin dan panggil dia Rania?” soalku yang sedikit bingung dengan cerita Aydin sebelum ini.

“Sebelum ini memang aku tak tahu siapa nama dia. Tapi minggu lepas, kami ada terserempak di lobi dan masa tu kebetulan kawan aku kenal Rania. Itu permulaan perkenalan kami,” ulas Aydin.

Aku mengangguk.

“Dia macam berminat dengan kau. Cantik orangnya, Aydin,” pujiku lagi.

Aku mula berjalan untuk menuju ke arah kereta Aydin kerana menurutnya tadi dia mahu menghantarku pulang.

“Boleh kau tolong aku pikat dia?” soalan yang diajukan Aydin itu entah mengapa bagaikan menyentak tangkai hatiku.

Aku menoleh untuk mencari mata lelaki itu. Aydin menjadi berani untuk mendekati wanita kerana Rania. Aku dapat merasakan yang kali ini Aydin benar-benar serius untuk mencari wanita idamannya. Malahan matanya yang kelihatan bersinar-sinar sewaktu berbual dengan Rania tadi masih lagi hidup  di dalam matanya. 

Aku tidak mengerti mengapa aku perlu berasa kecewa dengan permintaannya itu sedangkan tugasku adalah untuk mengajarnya tentang cinta. 

Aku menggariskan senyuman buat Aydin. “Aku pasti akan bantu kau,” kataku akhirnya

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.