Home Novel Cinta Jodoh Untukku
Jodoh Untukku
Nur Syazwani Ismail
12/7/2015 21:44:02
4,528
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1 & Bab 2

BAB 1

Okay class, any questions?.” Beberapa orang pelajar di barisan hadapan menggelengkan kepala. Ain yang dari tadi tersengguk-sengguk menahan kantuk terus segar. Biasa la, bila dalam majlis ilmu, syaitan memang suka begayut dekat kelopak mata. Cepat je datang mengantuk. Ain terus mengejutkan Adah di sebelah yang masih lagi tersengguk-sengguk.

If there is no question, then class dismiss.” Kata Dr. Hadi sambil melihat jam di tangannya. “Owh, we finished our class quit early today! So, you can have your breakfast first before the clinic started.” Seloroh Dr hadi sambil tersenyum. Beberapa orang classmates Ain di barisan hadapan melayan seloroh Dr. Hadi. Sememangnya Dr. Hadi merupakan antara lecturerkesayangan mereka. Bukan mudah nak jumpa lecturer yang sporting dengan pelajar. Kebanyakan lecturer semuanya berperwatakan tegas. Ialah, bila dah specialist yang mengajar, takkan nak expect yang sempoi je. Semestinya mereka harus ada ketegasan semasa mengajar lebih-lebih lagi jurusan Ain ni antara jurusan klinikal.

“Adah, jom breakfast. Hari ni patient aku datang lambat sikit. Dia cakap dalam 9.15 baru dia sampai.” Ain terus mengemas alat tulis yang berselerak di atas meja. Sambil itu Ain membelek handphone di tangan untuk memeriksa kalau-kalau ada mesej yang masuk sebab tadi Ain silent kan phone. Takut kalau patient dia tiba-tiba dapat datang awal pulak, tak sempat la nak breakfast.

“Jom la Ain. Kebetulan kita pun tak sempat nak breakfast tadi. Hari ni kau panggil siapa? Kita klinik perio kan hari ni?” Ain dengan Adah terus berjalan menuju ke café yang terletak di aras bawah bangunan.

“Haah, Perio. Aku panggil ummi. Nak buat second perio review. Ni last appointment dia la. Dia cakap hari ni dia datang dengan anak dia. Tu yang lambat. Husband dia ada hal pagi ni. Tak dapat nak hantar dia macam selalu”

“Owh. Panggil mak mentua ke hari ni. Patut la happy je muka. Eh, entah-entah husband kau yang hantar dia hari ni kot.” Ain terus menepuk bahu Adah dengan buku di tangan. Menyeringai Adah menahan sakit.

“Kau jangan macam-macam eh. Dengar dekat classmates kita yang lain kecoh pulak. Suka je usik aku. Lagipun mana kau tahu dia ada anak lelaki. Dia mana pernah cerita pasal anak dia. Selalunya dia cerita pasal cucu dia yang comel tu je”

“Alah. Mana la tahu kan. Lagipun aku tengok ummi tu macam berkenan sangat dengan kau. Kau pun aku tengok macam sweet je dengan dia. Dah macam mak dengan anak je.” Tersengih-sengih Adah mengusik Ain.

“Hmm..ikut suka kau la Adah. Malas aku nak layan. Jom beratur nak ambil makanan.” Usikan Adah, Ain biarkan je. Dah lali. Lagipun Ain tahu tak ke manapun lawak Adah tu.

Depan-depan ummi pun Adah selamba je cakap macam tu. Nasib baik ummi pun sporting. Dia senyum je tiap kali Adah usik mereka. Ain memang dah biasa sangat dengan perangai Adah tu. Diaorang mula rapat sejak tahun satu lagi. Dialah classmate yang pertama Ain jumpa semasa hari pendaftaran untuk pelajar baru Fakulti Pergigian ni. Kebetulan pula Adah jadi roommate Ain. Sejak dari itu mereka mula rapat sampailah sekarang. Cepat je masa berlalu. Sampailah sekarang mereka dah di tahun akhir.

Selesai makan, Ain menapak ke klinik di bangunan bersebelahan. Ain biarkan Adah pergi dulu sebab Adah kena set-upkan cubicle mereka. Di sini, pelajar tahun klinikal (tahun 3,4 dan 5) akan mula merawat patient di bawah penyeliaan pensyarah. Mereka dikehendaki bekerja berdua dengan pasangan klinikal atau dalam bahasa professional mereka panggil “four-handed”. Ain dan Adah bekerja bersama sebagai “clinical partner” dan mereka akan bergilir session. Kalau Adah bawak patient, Ain akan jadi assistant dia dan sebaliknya lah. So, hari ni turn Adah jadi assistant Ain.

Dari jauh Ain dah nampak ummi di pintu utama klinik. Tadi ummi baru mesej Ain yang dia dah sampai. Sebab tu la mereka cepat- cepat habiskan sarapan dan Ain terus suruh Adah pergi siapkan tempat mereka di dalam klinik. Ain nampak ummi tengah berborak dengan seorang lelaki. Mungkin anak dia. Hmm..nampaknya Adah benar kali ni. Ummi memang ada anak lelaki. Baik Ain diam kan je. Kalau tak nanti lagi suka dia menyakat Ain. Lelaki disebelah ummi berpakaian formal. Siap dengan kemeja tuck-in lagi. Cuma tak pakai tali leher je. Mungkin dia terus nak pergi kerja. Rasa bersalah pula Ain sebab dia terpaksa tunggu Ain. Mungkin dia nak cepat. Tapi Ain memang tak expectummi nak sampai awal sebab ummi bagitahu dia sampai lambat sikit. Ni belum pukul 9 dah sampai. Tu yang Ain dan Adah terkejut.

Perasan dengan kehadiran Ain, ummi terus melambaikan tangan sambil tersenyum. Ain hanya tersenyum dan terus mempercepatkan langkah. Lelaki di sebelah ummi terus berpaling ke arah Ain. Tajam renungannya pada Ain. Sedikit berdebarAin bila perasan dengan renungan lelaki itu. Raut wajah dia menunjukkan kematangan dan Ain agak umur dia mungkin dalam awal 30-an. Ada iras ummi sikit jadi sah lah dia anak ummi. Ain lihat dia terus berkalih menyatakan sesuatu kepada ummi , bersalam dan terus tergesa-gesa meninggalkan tempat itu. Mungkin dia dah terlewat ke tempat kerja.

Sampai di situ, Ain terus bersalam dengan ummi. Macam selalu,ummi terus memeluk Ain. Memang ummi sangat ramah membuatkan sesiapa sahaja cepat senang dengan dia. Sebab tu lah dia suruh Adah dan Ain panggil dia ummi. Masa awal-awal dulu memang segan. Lagipun nampak tak professional bila panggil patient macam tu. Tapi itulah sifat ummi yang diaorang suka. Dia pandai membuatkan diaorang rasa sampai dah tak ada jurang antara seorang doktor dengan pesakit apabila mereka bersama.

“Assalamualaikum ummi! Maaf ummi terpaksa tunggu Ain pulak.”

“Tak apa Ain. Lagipun ummi yang sampai awal. Anak ummi tu tiba-tiba dapat call dari ward, ada kecemasan. Tu yang ummi sampai awal.” Sambil itu aku terus mengiring ummi untuk naik ke klinik kami di tingkat atas.

Ward! Ain terdiam tiba-tiba. Takkanlah anak ummi tadi tu doktor. Tapi memang pun lelaki tadi nampak gaya professional. Habislah! Ain memang kena rahsiakan dari Adah.

“Haah dari ward. Dia MO dekat hospital ni. Sepatutnya hari ni dia amik cuti sebab ada kerja nak selesaikan sikit. Lagipun dia baru sampai rumah tadi lepas on call semalam. Belum sempat tukar baju terus dapat call.” Panjang lebar ummi punya explaination. Ain tak perasan pulak dia tersebut kuat pasal ward tadi. Ain hanya tersenyum. Lagipun dia rasa tak ada perlunya dia bertanya lebih-lebih pasal anak ummi tadi. Nanti takut ummi salah faham pulak.

Sampai sahaja dalam klinik, Ain terus mencari kelibat Adah. Dia titak tahu cubicle mana yang Adah dapat untuk mereka kali ini. Tiba-tiba ummi mencuit Ain dan menunjuk ke arah kanan. Oh rupanya Adah dekat belakang. Tengah melambai dekat ummi.

“Hai, nampaknya mata ummi lagi tajam dari mata Ain ni.” Ain berseleroh dengan ummi.

Ummi hanya tersenyum. Sampai di cubicle mereka, Ain terus meletakkan begnya di dalam almari.

“Adah, tolong prepare ummi kejap. Aku nak inform doktor apa aku nak buat hari ni. Group kita dengan Doktor apa hari ni?” Studentmemang diwajibkan inform kepada lecturer dulu sebelum mereka memulakan setiap procedure. Ain harap hari ni mereka akan dapat lectureryang baik la. Sebab ada sesetengah lecturer yang lebih strict. Kalau dapat lecturer yang strict, memang susah la nak bagi lepas kerja student. Kena buat sampai diaorang puas hati. Memang bagus lecturer strict. Sebab mereka akan pastikan kualiti kerja student. Tapi akan memakan masa la. Tambah-tambah lagi kalau student tu panggil lebih dari seorang patientuntuk satu sesi. Memang kena buat kerja cepat dan mereka kena confident yang mereka dah competent. Kalau tak memang tak sempat nak siapkan semua patient. Alih-alih ada patient yang terpaksa di suruh balik tanpa sempat nak buat apa-apa treatment pun. Sebab tu la pentingnya inform dekat lecturer dulu. At least kalau lecturer tahu diorang bawak patient ramai, lecturer akan keep on track dekat masa diaorang.

“Untung kau. Hari ni Dr. Faris jaga.” Adah terus menurunkan dental chair supaya ummi dapat naik dan duduk dengan selesa. Lega Ain bila tahu Dr. Faris yang jaga group diaorang. Dr.Faris memang linean sikit. Jadi tak susah kalau buat kerja dengan dia.

“Awal pulak ummi sampai tadi. Ain cakap sepatutnya ummi sampai lewat sikit.” Adah sudah memulakan soal jawab dengan ummi. Ain yang baru selesai berjumpa dengan Dr.Faris hanya memasang telinga je mendengar perbualan diaorang. Dalam hati berharap takkan ada soalan maut dari Adah.

“Tulah. Ummi pun tak sangka sebab tiba-tiba je anak ummi dapat call kecemasan dari ward”

Ain sudah berdebar-debar. Memang habis la dia disakat Adah.

“Dapat call dari ward? Anak ummi tu Doktor eh?” Adah dah pandang sinis dekat Ain.

“Haah! Dia MO dekat hospital ni. Dia tu lah satu-satunya anak lelaki ummi. Yang lagi empat orang semua perempuan. Nasib baik sorang je lelaki. Yang sorang ni pun pening ummi nak pikir. Umur dah sesuai sangat nak kahwin. Tapi asyik ada je alasan kalau ummi tanya. ”

Dush!!! Ain rasakan macam ada batu besar yang menghempap kepala dia. Memang dia kena tebalkan telinga nanti. Dia dah nampak dah muka Adah yang lain macam. Tersenyum sinis je Adah pandang Ain.

“Owh. Maybe dia tak jumpa yang sesuai lagi kot. Ataupun kalau susah sangat ummi carikan je la. Ni apa susah. Menantu kesayangan ummi dah ada kat depan mata tu.”

Ain yang faham tujuan kiasan Adah hanya mampu tersenyum. Lagipun dia dah pakai glove. Tak boleh nak sentuh barang sesuka hati. Kalau tak memang dia dah bagi habuan dekat Adah,

“Ummi pun memang terfikir macam tu Adah. Tunggu keputusan Ain je. Kalau Ain setuju memang ummi hantar rombongan terus.”

Ain tergamam. Lain macam pula ummi kali ini. Selalunya ummi senyum je kalau Adah sakat.

“Ye la tu ummi. Layankan sangat Adah ni. Ok ummi. Ain dah nak mula treatment ni. Umi pakai google ni ye. Ain nak on kan lampu. Nanti silau mata ummi.

Dengan lafaz Bismillah Ain memulakan treatment. Tiada lagi perbualan santai antara mereka.

JODOH UNTUKKU

BAB 2

Treatment ummi selesai dalam pukul 11 pagi. Ain menghantar ummi sampai ke depan pintu utama klinik. Tempat ummi mula sampai tadi. Kerja mengemas cubicle semua ditinggalkan kepada Adah. Lagipun memang itu tugas assistant. Nanti bila turn Ain jadi assistant, Ain pulak yang akan buat semua kerja itu.

Ummi cakap anak dia akan datang jemput. Dia tengah ambil kereta. Selepas siap kes di ward tadi, dia terus tunggu ummi call. Dia malas nak balik rumah dulu sebab nanti kena datang balik untuk jemput ummi. Jadi alang-alang dah dia kat sini baik dia terus tunggu ummi.

Ummi tiba-tiba memegang bahu aku minta aku berkalih kearah dia.

“Ain, tentang apa yang ummi cakap dekat dalam klinik tadi, memang ummi serius.”

Ain berdebar-debar. Dia dapat agak apa maksud umi.Tapi dia perlukan kepastian. Takut dia yang tersalah faham.

“Pasal apa ya ummi? Banyak sangat yang kita borak tadi. Ain tak tahu yang mana satu ummi maksudkan.”

“Ummi berkenan sangat kalau Ain jadi menantu ummi. Lagipun anak ummi tu memang cakap dia serahkan semua pada ummi. Kalau baik pada ummi, baik lah pada dia.”

“Errr, anak ummi tahu ke pasal Ain?”

“Ummi memang selalu cerita pasal Ain dekat dia. Tadi masa dia hantar ummi tadi, dia dah tengok Ain. Dia tak cakap apa pun. Maksudnya dia ok la tu. Sebab Di perangai dia kalau dia tak berkenan memang dia akan cakap terus terang.”

“Di?”

“Ahmad Fuadi. Nama satu-satunya anak lelaki ummi. InsyaAllah dia akan jadi ‘Fuad’ buat Ain juga nanti”

Fuadi. Ya, Ain tahu maksudnya. Jiwaku. Ain tak tahu nak cakap apa. Dia memang sangat lemah kalau bab-bab perasaan ni. Lagipun dia tidak pernah melalui alam percintaan. Mungkin kerana sifatnya yang agak kaku kalau dengan lelaki. Di hantar ke sekolah agama berasrama penuh semasa di zaman remaja membuatkan Ain sangat menjaga ikhtilatnya dengan kawan lelaki. Cuma sejak masuk ke USM ni dia lebih bersifat terbuka sedikit kerana kawannya ramai dari kaum cina. Tapi untuk bersentuhan tangan dan bertepuk tampar dengan kawan lelaki memang Ain tak pernah buat.

“Errr.. Ain minta maaf ummi. Ain tak pandai nak bagi keputusan kalau bab-bab macam ni. Tapi kalau ummi rasa dia sesuai untuk Ain dan Ain jugak sesuai untuk dia, ummi jumpalah dengan ibu bapa Ain. Ain akan ikut cakap diaorang. Kalau baik kata diorang, baik jugalah untuk Ain.”

Ummi tersenyum mendengar jawapan Ain.

“Memang itu jawapan yang terbaik Ain. Terima kasih Ain. Nanti Ain mesej alamat rumah Ain dengan no telefon ibu bapa Ain. Kalau tak ada aral boleh tak kami pergi rumah Ain hujung minggu ni”

Hujung minggu ni? Biar betul

“Cepatnya ummi. Biar betul hujung minggu ni.”

“Benda yang elok Ain, buat apa nak lambatkan. Benda yang sepatutnya senang, buat apa nak susahkan.”

Ya. Betul tu. Tak perlulah nak susahkan benda yang senang. Tapi, Ain masih susah nak percaya. Biar betul dia bagi jawapan macam tu dekat ummi. Dia rasa susah nak percaya, dalam masa yang sama, dia juga tak rasa nak menolak. Memang terkejutlah mama bila dia call nak bagitahu nanti.

“Kalau macam tu kata ummi, Ain ikut je.”Nanti Ain bagitahu parent Ain.”

Ummi terus memeluk Ain. Nampak bergenang sedikit air mata dia. “ Ummi dapat rasakan memang kamu berdua berjodoh. Ummi dah buat istikharah dan hati ummi rasa ini yang terbaik. Anak ummi tu tegas orangnya dan jenis yang berterus terang. Tapi umi percaya dia akan mengalah dengan kelembutan dan kesabaran Ain .

Drama hati ke hati Ain dengan ummi berakhir bila sebuah kereta Mazda cx-5 meluncur masuk ke depan pintu utama.

“Ok lah Ain. Ummi pergi dulu. Jangan lupa bagitahu parent Ain ye.”

Ain hanya mampu tersenyum dan memandang sahaja ummi melangkah masuk ke tempat duduk di sebelah pemandu. Cermin yang agak gelap menyukarkan Ain untuk melihat ke arah tempat duduk pemandu.

Malam itu, Ain menelefon mama, berhati-hati Ain menyusun ayat untuk mengkhabarkan perkara tersebut supaya tidak ada yang tersalah faham. Setelah berbincang dengan ayah dan along, mereka setuju untuk menerima rombongan dari pihak ummi. Alhamdullilah, Ain menarik nafas lega. Nampaknya semua dipermudahkan.

“Habis tu Ain balik tak hujung minggu ni?” Ain tak tahu apa yang patut dia jawab. Kalau ikutkan, sebenarnya dia memang ada kerja lab yang dia ingat nak siapkan hujung minggu tu. Lagipun dia rasa agak segan untuk terlibat sama dalam majlis tu.

“Hmm…kalau Ain tak balik boleh tak ma. Ain segan la.Lagipun ummi memang dah kenal Ain. Dia nak jumpa ma dengan abah je. Anak ma yang cun ni dia memang dah lama berkenan.”

Sempat lagi Ain berseloroh untuk menutup rasa hati.

“Pandai lah Ain. Ikut suka Ain lah. Masa ni tahu pulak nak segan. Lagipun kak long dengan kak cik ada nak tolong mama untuk masak. Adik kamu pun balik bermalam minggu ni.”

“Ha. Bagus tu. Mama kerah la diaorang tolong mama. Adik tu lagi lah. Bagi buat kerja sikit. Anak dara kena rajin. Cakap dekat diaorang, nanti Ain balik petang tu, Ain take over kemas rumah dan basuh pinggan untuk the whole weekend ni.” Ain kalau bab-bab nak bahagi tugas antara adik-beradik ni dia memang terror. Abang sulong dan kakak Ain dah kahwin. Mereka semua mengikut legasi ayahnya yang sekarang ini dah jadi cikgu pencen. Abang sulongnya, along dan kakak Ain, acik dua –dua tinggal dekat kawasan Kota Bharu. Jadi mereka memang selalu balik rumah abah kalau hujung minggu. Cuma abang Ain yang kedua je lain sikit. Tak tahulah macam mana abang dia yang tu boleh terlepas jadi pilot.

“Haish kamu adik beradik ni.Macam-macamlah. Ain pun jangan lupa buat istikharah sama. Biar Allah tunjuk yang mana baik untuk Ain.”

“Ok ma. Nanti Ain letak semua keputusan dekat ma dengan abah tau. Ain tahu mama memang tahu apa yang terbaik untun Ain. Assalamualaikum ma.”

Malam itu, Ain buat solat sunat istikharah. Dia harap, jalan yang dia pilih nanti adalah yang terbaik selari dengan apa yang memang telah ditetapkan untuk dia.

“Biar betul Ain kau dah bertunang.” Adah terkejut bila Ain memberitahu dia pasal majlis pertunangan tu.

“Kau kalau terkejut pun , volume tu slow sikit. Nanti semua orang denagr. Aku pun tak habis terkejut lagi. “

Tak sangka majlis yang sepatutnya hanya untuk merisik, tiba-tiba terus menjadi majlis pertunanagn. Ummi bawak sekali cincin untuk pertunangan. Bila mama setuju, dia terus bagi cincin tanda dekat mama.

“ Tak sangka aku. Masin jugak mulut aku. Untung kau dapat ummi jadi mak mentua ko. Jeles aku. Habis tu bila langsungnya? Tunggu habis belajar ke?”

Ain terus terdiam. Dia tak tahu macam mana nak bagi jawapan dekat Adah.

“Adah. Ni aku bagitahu kau sorang je dulu tau. Sebab aku tak nak heboh-heboh lagi. Kitaorang nikah hujung bulan ni.”

Adah terdiam. Ain ingatkan Adah nak gelakkan dia.

“ Hmmm.. Bagus jugak tu. Lagipun tunang kau kan dah stabil. Kita pun dah final year. Tak de masalah sangat. Tapi kenapa kau tak nak heboh? Kan benda baik.”

“Aku akad nikah je dulu hujung bulan ni. Majlis kami lepas aku dah habis nanti. Sebabnya diaorang cakap nanti senang kalau nak buat persiapan sama-sama nanti. Nak keluar berdua pun dah tak de halangan. Aku segan la nak heboh-heboh sekarang sebab dia kan dah kerja. Kita ni student lagi. Macam pelik je. Lagipun aku dapat tahu dia sometimes buat clinical teaching jugak dekat ward dengan budak medic. Nanti kalau kawan –kawan kita yang dekat faculty medic tahu, segan la aku.”

“Ok la. Kiranya aku sorang je la tahu sekarang ni ye. Ok. I’ll keep your secret. Eh, apa nama doktor tu ye. Nanti kalau terjumpa jangan lupa kenalkan dengan aku ye.”

“Fuadi. Nanti kau balik Sabah tak Raya Korban hujung bulan ni? Kalau kau balik tak dapat la kau datang majlis aku. Rugi la kau. Dah la aku buat special invitation dekat kau sorang je.”

“Nasib baik aku memang tak balik. Cuti kejap je. Tak berbaloi nak balik. Lagipun raya kat sini lagi meriah apa? Macam biasa la aku stay rumah kau ye.”

“ Kau ni. Macam tak biasa pulak.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.