Home Novel Cinta Mika Mikael
Mika Mikael
Keyna Nasir
6/8/2019 01:04:27
4,415
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

1


Mata Aisya kosong memandang paparan skrin komputer. Pen yang digenggam diputar-putar dengan jari-jemarinya yang runcing. Semakin hari semakin buntu dia berada di ruangan kecil pejabatnya. Dirasakan kehidupannya membosankan. Seperti ada segala-galanya. Karier yang dikejar Aisya sedari zaman belajarnya di Seoul, sudah dikecapinya. Selaku Eksekutif Produser di Innoviv iaitu syarikat indipendent yang semakin mendapat tempat di kalangan pengguna sosial media, dia sudah puas. Namun jauh di sidut hati, ada dirasanya kurang. Perasaan itu dari dahulu lagi Aisya tidak pasti. Kurang. Kosong. Aisya mengeluh. Dia menepis perasaannya seketika, cuba untuk fokus dengan kerjanya. 


“Miss Aisya.” Kedengaran suara halus seorang gadis. Seraya mata Aisya tertumpu kepada Mia, rakan sekerja yang bertugas di bahagian sumber manusia. “Staf baru lagi Mia?” Mia menganggukkan kepalanya. Aisya sudah boleh meneka. Memang kebiasaan di Innoviv menerima pekerja baru, memandangkan syarikat itu semakin melebarkan empayarnya. Mia melangkah masuk apabila Aisya memberi response kepadanya. Seorang jejaka mengikuti Mia dari belakang perlahan. 


“Miss Aisya senyum lebih sikit harini ok.” Ujar Mia dengan nada mengusik. Sememangnya Aisya disenangi rakan sekerjanya baik yang bekerja di bawah mahupun memegang jawatan yang lebih tinggi darinya, dengan sesiapa Aisya mudah mesra. Disebabkan itu Mia tidak kekok untuk bergurau bersama. “Tapi mengapa perlu senyum lebih pula? Biasalah staf baru.” Bisik hati Aisya. Mia bergerak ke kanan beberapa langkah memberi laluan kepada pekerja itu bersalaman dengan Aisya. 


Barulah Aisya faham mengapa. “Padanlah perlu senyum lebih, tampan mamat ni. Dasar Mia ni, cuci mata nak kaitkan aku sekali.” 


“Muhammad Mikael, sebagai content creator and Mikael, ini Miss Aisya, awak pun akan bekerja banyak dengan dia nanti.” Mia memperkenalkan mereka sekaligus. “Miss Aisya, nice meeting you.”  Ujar Mikael seraya menghulurkan tangannya. 


“Welcome to Innoviv.com Mikael.” Mikael hanya membalas dengan senyuman. Aisya tidak berkata banyak, cukup sekadar ucapan aluan ringkas buat Mikael. 


“Okay Miss Aisya jumpa lagi nanti. Ada beberapa perkara lagi saya perlu brief dia.” Sepertinya Mia mahu meminta diri dan meneruskan tugasnya memperkenalkan Mikael kepada staf lain pula. 


“Jumpa lagi Miss Aisya.” Mikael bersuara, jelas sekali.  Matanya tepat memandang wajah Aisya. Sempat pula dia mengucapkan itu kepada Aisya sebelum  keluar dari bilik pejabat Aisya. Seolah-olah ada maksud disebalik ucapan itu. 


“Okay Mika, ini tempat awak, tugas saya sudah selesai. Hopefully awak sudah tahu selok-belok office ini, ada apa-apa awak nak tanya?” Mia ajukan soalan setelah selesai membawa Mikael pusing sekeliling syarikat. 


“This will do good for now.” Ujar Mikael. “Terima kasih Mia bawa I jalan-jalan.” 


“Jalan-jalan apalah sangat dalam office. Lainlah kalau I bawa you bercuti, itu baru namanya berjalan” Ketawa Mia hambar. Mia beransur pergi, tinggal Mikael kini seorang di mejanya. Mikael melihat sekeliling, staf lain sedang fokus dengan kerja masing-masing. “Dah macam dalam library. Betul ke ini entertainment company. Sebab Isnin kot, semua sibuk. Okay fine, aku buat kerja sendiri je.” Hati Mikael berseloroh. Matanya kemudian terhenti di sudut kanan, mejanya tidak jauh dari bilik pejabat Aisya. Agak mudah untuknya melihat kelibat Aisya melalu dinding kaca jernih itu. Kelihatan Aisya sedang berurusan dengan seseorang di telefon. Lama Mikael memerhati. 


“Boss besar tu bro.” Tiba-tiba muncul satu suara dari belakang. Seorang lelaki berkulit agak gelap menegurnya. Mikael masih ingat beberapa minit tadi, Mia juga menemukannya dengan Hafiz, salah seorang pekerja di situ. 


Mikael ketawa kecil “Tak adalah.” Mikael menjawab ringkas menafikan sangkaan Hafiz. Jauh di sudut hati, Aisyalah yang menjadi sasarannya yang membuatkan dia bekerja di situ kini. Masih ada sesuatu yang Mikael belum puas dengan si gadis manis yang berada di bilik pejabat kecil itu. Sesuatu yang sudah lama terbuku di hati. 


Jam menunjukkan pukul enam petang. Angin lembut menyapa wajah Mikael sejurus keluar dari Innoviv. Nyaman sekali. Gembira dia hari ini, mana tidaknya dapat pekerjaan tetap. Pada masa yang sama rancangannya untuk menawan Aisya berada di jalan yang betul. Perjalanan yang jauh, namun semakin hampir. Sedang dia berjalan menuju ke kereta, kelibat Aisya menaiki sebuah kereta hitam mewah membuatkan Mikael berhenti melangkah. 


“Panjang umur dia.” Mikael senyum simpul. Wajah Aisya yang baru saja terlintas difikirannya, kini berada di depan mata. Memandangkan Aisya pun tidak perasan akan kehadirannya di situ, dia pun malas untuk menegur gadis itu. Kelihatan juga seorang lelaki di tempat duduk pemandu. Nampaknya Aisya dijemput pulang dari kerja oleh seseorang. Mikael menyangka gerangan itu adalah kekasih Aisya. Gadis yang cantik, berkerjaya seperti Aisya semestinya sudah berpunya. Sedang melayang-layang minda Mikael ketika itu, kereta hitam mewah itu menyusur pergi hilang dari pandangan. 


 “Are you tired sayang?” Haiqal menegur lembut kekasihnya itu. Aisya tidak pula membalasnya. “Aisya?” 


“Hellooo sayang.” Disapanya lagi. Haiqal mencubit bahu Aisya. 


“Aduh sakitlah awak. Saya dengarlah , penat sikit je.” Aisya memuncungkan mulutnya, geram dengan cubitan yang hinggap dibahunya “Sakit kot.” Menggomel Aisya sendirian. 


“Ambui serious je sekarang, gurau sikit tak boleh, borak sikit buat tak endah je. Ada orang lain eh?”  Ajukan soalan Haiqal itu bukanlah tuduhan semata-mata, cuma gurauan.


“Hah mulalah tu, fikir bukan-bukan, malas saya nak melayan curiga awak tu.” Gadis itu sudah masak dengan perangai kekasihnya. Haiqal ketawa. 


“Kenapa ketawa? Tak kelakar pun.” Aisya hairan. 


“Awaklah, makin geram makin comel.” Kali ini pipi Aisya pula dicubit, digentel-gentel pipi polos gadis itu. “Ya Allah, geramnya awak ni, kena lagi.” Bibir Aisya seribu kali muncung, wajahnya berkerut. Dipandang wajah bersahaja Haiqal yang fokus memandu. Hati Aisya berbunga akhirnya, tercuit juga dengan usikan Haiqal. Ternyata kekasihnya itu pandai mengambil hati, menceriakan hari-harinya.


Sesungguhnya Aisya runsing akan kertas kerjanya yang masih belum habis. Makan minggu memikirkan idea untuk annual project merangkap setengah abad syarikat itu ditubuhkan. Kali ini konsep yang diterapkan haruslah yang teristimewa. 


“Tapi no idea! Video ape nak bagi dekat audience ni.” Keluh Aisya sendirian. Dia mengharapkan idea itu datang kemudian. “Tapi deadline dah makin hampir. Ah buntunya!” Aisya berbalik kepada Haiqal sebelum fikirannya terbang jauh. Waktu kerja sudah tamat, dia tidak mahu terbawa-bawa. Lagipun, sejak akhir ini dia kurang memberi perhatian kepada Haiqal. Meskipun Haiqal memahami kariernya, kadang-kala dia merasa serba salah apabila tidak dapat meluangkan lebih masa bersama kekasihnya itu. 


“Haiqal, hujung minggu ni jom kita bercuti?” Haiqal menoleh sejenak ke Aisya. “Wow, really? Ini jarang-jarang berlaku ni.”


“What do you mean?” Aisya mengecilkan matanya memandang Haiqal. Dia tahu Haiqal menyindirnya. Haiqal ketawa kecil. “Tak adalah sayang, bukan awak busy ke. Ini tiba-tiba ajak bercuti.” 


“Stress. Lagipun mungkin dengan bercuti saya dapat idea untuk content saya. ” Itu sahaja jawapan Aisya. Ringkas. “Masih tak settle lagi kertas kerja awak?”


 “Ya..” 


Haiqal mengusap lembut bahu Aisya cuba menenangkan kegelisahan kekasihnya. “I wish I can help you my dear. Tapi apa nak buat, boyfriend awak ni bidang arkitek. Takkan saya nak bentangkan drawing saya untuk audience awak pula.” Haiqal bukan memberi alasan. Sememangnya dia tidak petah tata kerja Aisya. Dia hanya mampu berikan sokongan buat buah hatinya itu.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Keyna Nasir