Bab 1
Kelajuan kereta yang dipandu Felix seiring dengan emosi amarahnya yang membara. Tanpa disedari dia sudah berada di suatu tempat yang sangat jauh. Perasaan hampa menyelubungi diri tatkala dikhianati. Rasa dunia sudah tiada ertinya. Felix berasa sangat sedih dan pada masa yang sama jiwanya kosong. Tangannya masih memegang stereng kereta tetapi fikiran tidak tahu hendak ke mana. Dia hanya membayangkan kampung nenek belah ayahnya saja.
‘AllahuAkbar Allahu akbar…’
‘AllahuAkbar Allahu akbar…’
Felix tersentak dengan laungan azan yang berkumandang. Alunan yang sudah sebati di Malaysia, waktu solat orang Islam. Fikir Felix biasa.
Felix mengeluh dan mengusap wajahnya. Dia perlu berhenti di mana-mana untuk menenangkan diri.
*
2 jam sebelum kejadian…
Felix mencari kekasihnya Rebecca yang berada di belakang tabir pentas peragaan.Kekasihnya yang merupakan seorang model ternama. Tatkala pergi mencari kekasihnya di bilik persiapan khas, Felix terlihat pintu bilik Rebecca yang sedikit terbuka. Felix langsung membuka pintu bilik itu dan rasa terkejut apabila melihat sesuatu.
Rebecca sedang bermesra dengan seorang model lelaki dan hanya berdua saja di bilik itu.Keadaan mereka sangat rapat sehingga boleh menimbulkan prasangka curang.Kelihatannya lelaki model berkulit sawa matang itu juga sedang rancak bermesra-mesra dengan kekasihnya seakan tiada kesopanan diantara mereka.
“Apa ni Rebecca??!!”marah Felix.
“Felix?!...”,pantas Rebecca melepaskan pegangannya dengan model lelaki itu.
“That’s not how you see…”, Rebecca mendapatkan Felix yang kecewa itu.
“Not how I see? Flirting each other? Then tell me not how I see?!”, Felix kecewa.
“Please…be professional. We just friend you know. Models… this kind of communication is just normal like Western people. Please don’t misunderstand”, pujuk Rebecca risau.
“Oh yeah just friend? Like Western people? What friend? Friend with benefit ke?!”,kemarahan Felix membara. Walaupun pergaduhan mereka tidak kecoh, tetapi orang di sekitar yang sedar ada juga memandang sedikit.
“Felix!!”,marah Rebecca pula saat Felix berkata demikian.
“I love you Rebecca. I try to adapt the way how you live. I try to understand your famous life. I know you’re very social person. But this one thing, you don’t test me! I’m a very jealous person!”, marah Felix.
“Felix…”,resah Rebecca.
“How many times I tell you this? And how many times do I need to face this situation? How can I stay calm when you touching-touching with other guy and the other guy touching-touching you? You’re a model not a whore!”, Felix rasa sangat tak tahan. Sudah sangat berkali-kali dia menghadapi perkara ini.
“Felix!!”,marah Rebecca apabila Felix sudah merendahkannya.
“Its just you who are overreacting!! Your mind is like old people!”, marah Rebecca kembali.
Felix terdiam. Dia berasa kecewa.
“You know, I’m always wondering if my mind like old school in terms of relationship. But my inside said that this is not the right thing to agree with… How can I feel secure? Still will touching-touching other guy even after marriage?”, tegas Felix lalu beredar pergi.
Rebecca menjeling menyampah lalu membiarkan Felix pergi. Apabila Felix sudah hilang dari pandangan mata. Model lelaki tadi datang menghampiri Rebecca.
“We not do anything, like sudah kantoi already ah?”, sengih lelaki itu.
“Ishh don’t say like that! He just too jealous. He will be okay next day if I pujuk dia”.
“Of course he will jealous, beauty like you. Siapa yang tak suka?”, senyum lelaki itu.
Rebecca terdiam dan hanya senyum sambil menggerakkan kening. Jauh di sudut hatinya, timbul rasa bangga.
**
‘Assalamualaikumwarahmatullah…’
‘Assalamualaikumwarahmatullah…’
Felix tersedar dari tidurnya apabila mendengar kalimat berkenaan. Masih termenung di dalam kereta dan mamai-mamai. Fikirannya kosong dan menerewang membuang masa di situ.Matanya hanya memerhati apa yang berada di hadapannya. Kelihatannya orang-orang Islam yang keluar dari masjid setelah selesai dengan ibadah mereka.
Lama memerhati situasi itu, hatinya terdetik.
‘Alangkah baiknya jika aku disibukkan dengan perkara yang sepatutnya’, fikir Felix terkenangkan masalah cintanya yang sepatutnya tidak menjadi masalah besar dalam hidup.
Hatinya semakin tenang disitu. Diam dan merenung sambil melihat warga emas yang turut keluar dari masjid itu membonceng motor.
Felix rasa tertarik, tiba-tiba satu bayangan terlintas di fikiran. Fikiran terbayang,Felix berada bersama mereka turut keluar dari masjid berkopiah dengan senyuman kecil.
“Ishhh…”,geleng Felix.
“Ehh apa benda aku fikir ni”, Felix mula menghidupkan enjin kereta dan mahu pergi dari situ. Baru sahaja hendak mengangkat menurunkan brek tangan, matanya terlihat seorang wanita yang berjalan ke arahnya. Wanita itu memakirkan kereta di sebelahnya.
Entah kenapa dia melihat saja wanita itu. Wanita yang bertudung bawal labuh dan berpakaian sopan. Wanita itu kelihatannya sedang membelek beg tangan untuk mencari kunci kereta, tetapi tidak menyedari kad-kad yang jatuh. Felix yang menyedari hal itu bertindak keluar dari kereta menghampiri wanita yang hendak memasuki keretanya.
“Cik cik… kad cik jatuh”, beritahu Felix.
“Allah Allah.. terima kasih…”, senyum gadis itu dengan wajah leganya.
“Sama-sama…”,senyum Felix. Penghargaan sekecil ini tiba-tiba rasa sangat bermakna dalam mengubati rasa kecewanya tadi. Mood Felix berubah menjadi baik.
Jannah mengambil kad miliknya yang dihulur lelaki itu. Jannah melihat lelaki dihadapannya ini lalu berkata lagi.
“Xiexie xiansheng!”, senyum Jannah rasa sangat menghargai keadaan itu.
‘Alhamdulillah....Subahna man La Yanamu Wa La Yashu…’, syukur hati Jannah apabila mengenangkan kecuaian dirinya.
Felix terdiam. Senyumnya makin melebar dan hanya mengangguk-angguk. Masing-masing bergerak ke kenderaan sendiri. Felix tersenyum sedikit teruja dengan keadaan itu. Jannah mendahului keluar dari situ sementara Felix hanya memerhati sahaja Jannah yang keluar.
‘Nice experience…’, fikir Felix.
Felix patah balik perjalanan ke rumahnya di bandar. Sepanjang perjalanan pulang,hatinya berasa sedikit tenang. Perjalanan pulang mengambil masa 2 jam lebih.Setibanya di rumah, kepulangannya disambut oleh mamanya Madam Xiao.
“Felix…how’s the show with Rebecca. Did you give her the flowers?”, sengih Madam Xiao.
Mood yang baik tadi sedikit terganggu apabila mamanya bertanya tentang insiden itu.Rasa sakit hati Kembali terngiang.
“No,I give the flowers to the dustbin”, jawab Felix.
“What?”,berubah riak wajah Madam Xiao.
“Tell me what happen?”.
“Ma…Felix dah penat nak hadap skandal-skandal Rebecca tu! Harini nampak dengan lelaki mana pula tah?!”.
“Felix,you need to understand her. Entertainment industry… memang life mereka macam tu, tapi mereka just professional okay like how you see in Hollywood”.
“Ma…dulu Felix sangat appreciate Ma kenalkan Rebecca dengan Felix. Rebecca tu cantik, every man’s dream… tapi bila lama kenal dia. I realize what I want in a woman. Cantik bukanlah perkara yang utama… Apalah guna cantik, but don’t know how to keep self-honour. Jiwa ni rasa sempit bila tengok dia act like pick me girl”.
“Apa Felix cakap ni? Do you want to be never satisfied type of men? You should know that I’ve chose a good future wife for you! She’s model… a famous superstar, knowledgeable… got so many links. On top of that, she’s a beauty too. I’ll be very proud to go out and shopping with her and announce to my friend that she’s my daughter in law”.
Felix menjeling, mamanya tidak habis-habis dengan kebanggaan cara hidup datin-datin.
“Dulu mama ingat Felix sangat head over heels pada Rebecca. You thanked me for introducing to Rebecca. Dia cantiklah, dia beautiful lah. Sekarang macam ni pula?”.
“Ma…you don’t understand what I mean”, Felix mengeluh lalu naik ke atas.
“Felix where are you going?”.
“I’m tired. I need to rest”.
*
Ceramah di masjid selepas waktu Isya’.
…“Nabi Muhammad (SAW) mengingatkan;
وَشَرُّنِسَائِكُمُالْمُتَبَرِّجَاتُالْمُتَخَيِلَّاتُوَهُنَّالْمُنَافِقَاتُلَايَدْخُلُالْجَنَّةَمِنْهُنَّ،إِلَّامِثْلُالْغُرَابِالْأَعْصَمِ
(wasyarru nisaikum almutabarrijat almutakhayilat, wahunnaal munafiqot, la yadkhulul jannata minhunna. Illa mithlul ghurabila’sam)
Dan seburuh-buruk wanita di antara kalian adalah yang suka berdandan berhias (ketika keluar rumah); sombong; merekalah wanita-wanita munafik. Mereka tidak masuk surga,kecuali seperti burung gagak bersayap putih (maksudnya langka untuk dijumpai).
Jadi di sini maksud almutabariijat, iaitu bertabarruj. Dia suka berhias bukan untuk suaminya,tetapi untuk dipuji orang lain, untuk menjadi tipuan bagi orang lain.
Al-mutakhayilat, kalau dia sudah berhias untuk dilihat oleh orang luar. Maka pasti dia adalah orang yang hatinya tinggi, sombong. Dia senang dipuji akan kecantikannya. Dia senang untuk dilihat sebagai orang yang hebat yang cantik yang luar biasa danyang sebagainya. Maka dia tidak memiliki hati yang rendah hati. Hatinya tinggi.Hatinya sudah merasa ujub dengan apa yang dia miliki. Padahal, semua kebagusan wajah ini hanyalah kulit yang melapisi daging sahaja. Kalau itu semuanya sudah tidak ada, kulit terkelupas sedikit saja, sudah tidak ada kebagusan pada wajah ini. Tidak ada…
Dan Nabi Muhammad(SAW) mengingatkan ‘hunnal munafikat’. Wanita-wanita seperti itu adalah wanita-wanita yang munafik. Mereka tidak akan boleh masuk syurga seperti susahnya untuk mendapatkan gagak yang ada warna putihnya. Burung gagak ini rata-rata hitam semuanya, ada jarang sekali gagak yang ada warna putihnya. Jadi wanita-wanita seperti ini wanita yang susah untuk masuk syurga.
‘Hunnal munafikat’, kerana mereka adalah ciri-ciri wanita munafik.
Juga berhati-hatilah pada sifat wanita al-salfa’. Apa itu wanita al-salfa’? As-Salfa' adalah wanita yang tidak punya rasa malu terhadap lelaki asing.
Sungguh kemuliaan wanita itu dari sifat Al Iffah iaitu menjaga diri dan sifat malunya terhadap kaum Adam.
Jika sifat Al iffah ini hilang maka ia akan terjatuh pada sifat Al salfa', hingga ia bergaul tanpa batasan antara lelaki dan perempuan hingga mendekatkan dirinya pada pintu perzinaan baik sedar mahupun tanpa dia sadari. Wallahu a’lam” …
“Takutlah abang Ikram bila dengar ciri-ciri wanita tadi. Rasa macam dekat sangat dengan hari kiamat tu”, beritahu Jannah pada abangnya setelah selelsai medengar ceramah tadi dan sedang menunggu ibubapa mereka.
“Kiamat itu pasti Jannah,Rasulullah (SAW) pun ada cakap, Islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. Jadi apa yang kita boleh relatekan ceramah ustaz dengan hadis ni?”.
“Nak katanya,mungkin zaman sekarang kalau perempuan yang tak makeup tabarruj ni dikatakan kolot tak up to date macam tak glow up dan sebagainya. Tapi Allah cakap tabarruj yang bukan untuk suami tu haram dan berani ke kita nak cakap arahan Allah tu tak up to date?”.
“Jadi pesan abang untuk Jannah, tetaplah berpegang dengan jalan tarbiyah tu. Tetaplah kekal bersama kawan-kawan yang sentiasa mengingatkan kita pada Allah. Hanya dengan mereka saja kita tak merasa asing”.
“Zaman sekarang yang serba serbi mencabar tu. Nak mengharapkan dai’e lelaki saja dah tak boleh.Perempuan pun perlu bergerak menjadi dai’e sebagaimana Khawla Al-Azwar merasa berkeperluan untuk turut join berperang hingga terpaksa menutup indentitinya. Lihatlah saudara-saudara perempuan se-Islam kita. Alangkah sayangnya mereka terkena peluru-peluru tembakan ghuzwatul fikr (serangan pemikiran).”
“Allahu… terimakasih abang Ikram sebab ingatkan Jannah. Jannah akan sentiasa berpegang denga nnasihat abang”.
“Alhamdulillah Jannah… harapan abang keluarga kita dapat menjadi pemain utama yang dapat menegakkan kemenangan Islam di muka bumi”.
“Betul abang, bermula dengan individu Muslim”, senyum Jannah.
“Ya betul bermula dengan menjadi individu Muslim yang sebenar”.