5,356
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 1

"Sayang, abang dah masuk flight, see you later."

Setelah membaca pesanan itu dia segera membuat panggilan. Kedengaran suara suaminya selepas empat kali deringan panggilannya.

"Asalamwalaikum, nanti Sarah datang jemput abang okay...Bye, take care." Ucapnya pantas lalu talian diputuskan sebelum sempat Iskandar berkata apa-apa.

Kerana dek masa yang tidak mengizinkan, hanya mengenakan solekan nipis sahaja di calit ke wajahnya. Tidak seperti solekan rutin ke pejabat. Kalau tidak confirm lambatlah dia sampai di terminal. Tambahan dia cuma ada masa lebih kurang sejam sebelum ketibaan penerbangan suaminya. Harap-harap jalan raya tidaklah sesak nanti.

Pintu rumah segera di kuncinya berhati-hati sambil memandang sekeliling kawasan rumahnya. Memastikan keadaan dalam selamat sebelum meninggalkan villa mereka.

Lantas segera  masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanannya. Nasib baiklah jalan raya kelihatan sedikit lenggang. Dia memanjat rasa syukur.  Kenderaan milik suaminya di pandu laju.

Setibanya di terminal kelihatan Iskandar sudah sedia menunggu. Dia cuba melambai-lambai ke arah Iskandar yang kelihatan sedang berborak mesra dengan beberapa orang tetamu di airport tersebut.

"Nasib baiklah dia perasan." luahnya sambil tersenyum ke arah kekasih hatinya itu.

"Asalamwalaikum ..." Ucap Sarah bila melihat suaminya kini di hadapannya lalu mencapai dan mencium tangan suaminya.

"Walaikumsalam." Jawab Iskandar turut mencium di dahi Sarah. Diperlakukan sebegitu membuatkan Sarah terasa sungguh bahagia. Bagaikan dunia hanya dia yang punya! Walau hanya ciuman di dahi, itu sudah cukup membuatkannya terasa bahagia.

"Trafik jam?" Soal Iskandar sambil mengangkat kening kirinya.

"Biasa-biasa, cuma Sarah gerak lambat sikit dari rumah tadi." Iskandar hanya menganggukkan kepala, tanda faham.

"Lama tunggu?" Soal Sarah sambil melirih ke arah Iskandar.

"Tak adalah. Ni apa mimpi nak jemput abang kat airport?" Soal Iskandar kembali sambil menyimpan beg pakaiannya di tempat duduk belakang.

"Well, ..." Balas Sarah sambil menjungkit bahunya dan sudah sedia untuk masuk di tempat duduk memandu.

"Emmmr...sure nak drive?" Iskandar sedikit keliru melihat tindakan Sarah yang sudah sedia duduk di tempat memandu. Kalau sebelum ini Sarah selalu menolak alih -alih sekarang dia menawarkan diri untuk memandu pula.

"Why? Masuklah, hari ini biar isteri abang yang drive okay." Jawab Sarah sambil mengenyitkan matanya kearah Iskandar.

"Wow..." Ucap Iskandar yang masih keliru namun menurut sahaja seperti lembu yang ditarik talinya. Namun didalam hatinya menjerit hooray!

"Kalau macam ni selalu, kan best..." luah Iskandar sambil menarik tali pinggang kereta.

"Perli?" Balas Sarah sambil menghidupkan enjin kereta dan terus menukar gear reverse sementara Iskandar dengan pantas memasang radio setelah enjin kereta dihidupkan.

Kedengaran kecil tawa Iskandar namun bukan pada nada memperli.

"Boleh abang tidur, abang masih penatlah" Sarah hanya menggangguk. Dia faham akan penat suaminya itu. Sejak kebelakangan ini suaminya kerap bekerja di luar kampus.

Tanpa melengahkan masa Sarah segera memandu kereta menuju ke destinasi yang mana hanya dia sahaja yang tahu. Kejutan yang ingin dibuatnya pasti akan menjadi lebih menarik kali ini. Sepanjang perjalanan itu, dia hanya ditemani oleh suara-suara dj HOT FM yang tanpa jemu menemaninya dan lagu-lagu dari stesen mereka, sekali-sekala ditemani juga oleh dengkuran kecil jejaka di tepinya itu.

Setelah tiba di destinasi yang di tuju, dia memandu perlahan dan terus mencari kawasan tempat letak kereta.

"Abang... Abang... Kita dah sampai..." lembut suara Sarah mengejutkan Iskandar yang masih lagi lena dengan tidurnya.

"Abang.." Sayup-sayup kedengaran suara Sarah di corong telinga Iskandar. Dia cuba membuka matanya, mengesat-gesat matanya. Matanya sengaja di kecilkannya cuba memastikan keadaan disekelilingnya. Sekali lagi dia mengesat matanya.

"Emmr,... this?" Soal Iskandar sambil memerhatikan pemandangan di sekelilingnya. Tempat yang begitu asing. Iskandar kehairanan. Lantas dia mencubit tangan kanannya. Ternyata sakit, bererti dia bukan bermimpi. Sarah tertawa besar melihat telatah Iskandar.

"Well.., kita kat Bukit Tinggi..." Ucap Sarah seakan menjerit keriangan , cuba untuk melepaskan kebingungan Iskandar.

Seketika Iskandar berfikir. Mesti ada big day yang dia terlupa kalau tidak masakan ada surprise sebegini oleh isterinya.

"Oh.. I'm sorry.." Luahnya sambil menarik tangan Sarah ke ribanya lantas memalingkan badannya ke arah wanita pujaan hatinya itu. Perasaannya bila memandang wajah permaisuri hatinya itu tidak pernah pudar malah semakin bercambah dari hari ke hari. Baginya Sarah terlalu istimewa dalam hidupnya. Dia bukan saja jatuh cinta kerana paras wajah Sarah yang cantik, tapi turut jatuh cinta dengan keperibadian Sarah yang bersemangat tinggi,bijak dan paling dia kalah dengan sifat manja isterinya itu.

"Abang... minta maaf sayang, happy anniversary .." ucap Iskandar lembut sambil menarik tangan isterinya ke pipi lalu di ciumnya lembut.

"Tak usahlah minta maaf, mesti abang letih kan..." ucap Sarah lembut sambil menggusap anak rambut di dahi Iskandar. Ketika itu Iskandar memandangnya sekali lagi seakan-akan pandangan pertama kali bertemu. Lembut, penuh kasih sayang dan mendalam. Dia mengucap syukur akan nikmat yang Allah telah berikan kepadanya sepanjang usianya 32 tahun itu. Manisnya masih terasa bagaikan baru semalam mereka berkahwin. Moga-moga ianya berkekalan sehingga hujung nyawanya.

"Ishhh, kenapa pandang macam tu..." luah Sarah kembali sambil mencuit manja pipi Iskandar.

"Rindu...." balasnya sambil merenungnya lagi.

"Mengada-ngadalah sangat! Malulah."

"Ishh tak kan masih malu lagi? Emmr... Anyway abang suka tau. Seorang wanita yang berilmu harus memiliki rasa malu, terutamanya seorang isteri seperti Sarah ni..." ucapnya sambil menarik erat tangan isterinya ke ribanya kembali.

"Kenapa dengan Sarah bang?.." Soalnya sedikit kehairanan.

"Mestilah, seorang isteri perlu menjaga adabnya terutamanya bila berjauhan dengan suami. Kalau rasa malu tu tak ada macam mana dia nak jaga maruah suami dia. Abang bersyukur sangat, dapat memperisterikan Sarah. Abang janji akan jaga Sarah dan tak akan menganayai diri Sarah." Ucap Iskandar sambil merenung tajam ke arah isterinya. Dia cuba menjadi seorang yang romantis walaupun dia tahu dia tidak seromatik jejaka-jejaka di setiap drama di kaca television.

"Jangan pandang macam tu. Hati ni asyik nak mencair macam ice-cream jer tengok..." Gamam Sarah dengan lagak marah dibuat-buat bila melihat reaksi Iskandar yang semakin menjadi.

"Bukan dulu susah sangat nak cair?" Putar Iskandar seakan-akan mengimbau kembali kenangan di awal perkenalan mereka. Ya, dia akui dulu memang dia tak pernah terlintas untuk di dekati oleh lelaki bernama Iskandar Hail itu. Kalau bukan kerana kejadian Iskandar merosakan kertas kerjanya dia langsung tidak kenal siapa Iskandar Hail yang menjadi kegilaan gadis-gadis di Universitinya. Tapi sudah tertulis jodohnya, lari ke mana tetap mendekat.

Pantas dia mencubit kecil tangan Iskandar bila melihat gelagat Iskandar yang cuba untuk memutar belitkan suasana mereka.

"Aduh! Sakitlah. Nak manja pun tak boleh?" Adu Iskandar sambil membuka pintu kereta.

"Beg pakaian kat bonet belakang kereta." Pantas Sarah menarik panel bonet belakang kereta. Iskandar mengeluarkan satu beg yang sudah tersedia dan bersedia menuju ke Colmar Tropicale. 

Malam itu mereka ke restaurant La Flamme untuk menikmati pizza. Sarah tahu Iskandar pasti suka kerana itu merupakan kegemarannya selain menikmati masakan kampung. Tambahan pula rasa pizza di restaurant itu memang lain dari yang biasa. Mereka menikmati makan malam dengan penuh mesra sambil dihiburkan dengan beberapa show dari pihak restaurant dan ada juga pertunjukan budak-budak yang bermain kasut roda, pertunjukan opera Cina, dan pertunjukan gegelung rotan. Sambil menikmati makanan, tetamu lain turut bertepuk tangan sambil nyanyi bersama dan mereka juga turut sekali merancakkan keadaan.

"Abang, seronokkan tempat ni.." Puji Sarah sambil menepuk kecil jarinya mengikut rentak lagu nyanyian dari pihak restaurant.

"Mana dapat idea ni?" tanya Iskandar sambil meranggkul pinggang Isterinya. Dia memang tidak menyangka sekali yang isterinya membuat kejutan pada dirinya kali ini. Sebelum ini tiap ulang tahun mereka dia yang membuat segala kejutan kepada isterinya. Alih-alih tahun ini dia terlupa pula pada tarikh yang di tunggunya setiap tahun selain dari tarikh hari jadi wanita kesayanganya itu.

"Alya," Bisik Sarah ke telinga Iskandar sambil tersenyum riang.

"Owh, adik abang dah pandai main pakat dengan kakak ipar dia ya." Jawabnya sambil mencubit pipi isterinya. Sarah senang dilakunya sebegitu.

" Oh ya, Alya ada pesan kat Sarah yang ibu dan ayah abang akan datang ke rumah kita minggu depan." Pintas Sarah bila teringat akan pesanan adik iparnya ketika dia menghubungi adik iparnya beberapa hari yang lalu.

" Emmr ,ya... Lupa nak bagi tahu. Semalam ayah ada telefon, mereka nak datang rumah esok actually, tapi abang kata yang abang travel  hari ni baru balik. Maybe ayah nak bagi kita privacy sikit kot tu lah datang minggu depan tu"

"Oh.. ya ker.... Mungkin Alya dah bagi tahu kat ayah dan ibu. Sarah ada bagi tahu nak buat kejutan untuk abang sempena ulang tahun kita ni.. Tapi belum tahu kat mana, sebab itulah Alya cadangkan tempat ni.."

"Ya? Maybe juga, emmr, sayang dah ker ni.. Kalau dah kita balik..." Ucap Iskandar yang sudah sedia untuk meninggalkan meja makan mereka.

"Okay." Sarah turut bingkas bangun. Setelah selesai membayar di kaunter mereka berborak kecil sambil menuju ke arah lift , setiba di situ, Iskandar di tegur oleh seorang gadis yang kebetulan baru keluar dari lift sebelahnya.

"Encik Iskandar..." Lembut suaranya.

"Ooo, ya...." Iskandar seakan-akan cuba mengingat gerangan gadis di hadapanya itu. Wajah itu cukup dikenalinya namun dia lupa dimana dia pernah bertemu dengan gadis itu.

"Damia... Damia Zara.. Dah lupa ker?" Jawabnya pantas bila menyedari Iskandar seakan lupa akan namanya. Iskandar menggangguk setelah di ingati oleh Damia. Baru dia teringat. Gadis yang pernah berkerjasama dengan kumpulan fakulti mereka semasa menghadiri kursus peringkat negeri.

"My wife, Najla Qaisarah.." Iskandar memperkenalkan isterinya kepada gadis didepannya itu. Sarah mengguntum senyuman sambil menghulurkan tangan salam perkenalan kepada Damia. Damia menyambut ramah salamannya.

"You dah kahwin rupanya. Cantik wife you.." Ucapnya. Iskandar hanya tersenyum bila mendengar pujian tersebut. Kebetulan lift  sudah terbuka sedia untuk membawa penumpang seterusnya. Iskandar terus meminta izin dan tanpa berlengah mereka masuk ke dalam lift tersebut. Manakala Damia kelihatan didatangi oleh seorang jejaka tetapi tidak sempat melihatkan wajahnya kerana pintu lift  telah tertutup saat jejaka tersebut memalingkan mukanya kearah pintu lift  yang mereka naiki.

"Siapa tu bang..." Tanya Sarah setelah tiba di dalam bilik. Iskandar hanya memandang kosong kearahnya.

"Abang pun tak pasti. Ingat-ingat lupa. Kenapa? Cemburu?" Iskandar meluru ke arahnya sambil bersandar di dinding tepi meja solek menanti Sarah kemas membuka selendangnya dan menyisir rambutnya.

"Tak ada lah. Nak cemburu apa. Sarah dah jadi isteri abang lah, siap abang kenalkan lagi, lain la kalau abang tak kenalkan." katanya sambil memalingkan badan ke arah Iskandar yang masih lagi bersandar di dinding tepi meja soleknya. 

Iskandar tersenyum riang bila melihat reaksi Sarah. Risau juga dia kalau Sarah menjawab yang bukan-bukan. Dia mengurut dada saat Sarah memalingkan wajahnya. Nasib baik tak banyak soalan, kalau tak sampai esoklah dia disiasat oleh isterinya itu. Naya-naya.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh