Titisan air hujan yang lebat di luar mengingatkan dia
pada kampung halaman yang sudah lama tidak dijenguknya dek kerana urusan kerja
yang melambak-lambak. Kuliah, kerja kursus dan tidak lama lagi exam pula bakal menjelma.
Rindu betul dia dengan ubi kayu bakar di cicah dengan air
asam buatan ayahnya. Pasti menjilat jari dia dan dua orang adik lelakinya
menjamah ubi kayu itu. Berebut-rebut mereka bertiga makan dengan lahapnya. Kenangan
itu membuat dia tersengih panjang.
“Oi, apa yang kau tersengih sorang-sorang ni?” Sapaan
kuat daripada suara yang dikenalinya itu menghilangkan bayangan kenangannya
sebentar tadi.
“Kenapa kau ni? Cuba la bagi salam dulu. Main sergah jer.”
Zara membuntangkan matanya.
Fatimah Al-Zahra, itulah nama gadis kecil molek itu. Muka
bujur sirihnya dihiasi mata bulat dan alis mata yang lentik. Hidungnya mancung dan
bibirnya yang bewarna merah jambu itu berbasah indah. Rakan sebiliknya Anne,
juga gadis kecil molek, berkulit cerah dan berkaca mata.
“Tak da la. Dah lama aku perhatikan kau. Tengok hujan,
tersengeh macam kerang busuk. Kau angau ke apa?” Anne mengusik lagi. Dia
melabuhkan punggungnya ke tilam yang empuk.
“Saja teringat kampung je. Dah lama aku tak jenguk ayah
dengan adik-adik aku kat kampung.” Jawabnya ringkas. Mata yang tadi kepada Anne
di alih semula ke luar jendela. Tiitisan air hujan semakin lebat menghempas
batuan tar di hadapan banggunan biliknya.
Ye, dia hanya punya ayah dan dua adik lelaki. Ibunya
sudah dua tahun meninggal kerana penyakit yang punyalah panjang nak di
ingatnya. Kalau bahasa kampung yang dia tahu paru-paru berair. Mengenangkan
perpisahan terakhir itu pasti akan membuat air matanya merebes keluar. Namun
kini, dia sudah menerima kehilangan itu sebagai qada’ dan qadar hidupnnya.
“Wei, aku ingat aku dengan geng-geng lain nak ajak kau
keluar hujung minggu depan depan dan depan lagi. Lepas exam. Kau nak tak?” Pertanyaan Anne mengejutkan lamunan kali
keduanya.
“Keluar? Pergi mana?” Pertanyaan Anne dibalas dengan
pertanyaan semula.
“Lepas exam ingat nak pegi KL. Sebab...” Kata-kata Anne
terhenti di situ. Zara mengalih pandangannya, memandang muka Anne tanda ingin
tahu.
“Emm. Kang Hae Jin nak datang Malaysia. Dan kebetulan
pulak nak buat kat KL. Kebetulan pulak lepas kita exam. Jadi kami ingat nak
pergi konsert dia la. Sebelum tu ingat nak jalan-jalan dulu kat KL.”Anne
tersengih-sengih macam kerang busuk. Seronok benar hatinya mahu bertemu dengan
idolanya.
“Kang Hae Jin? Sapa tu?” Zara blur. Anne menghela nafas panjang.
Dah agak mesti minah ni lupa, buat-buat lupa atau dia
memang tak mahu ingat.
“Ni mamat Korea ni la.”Anne menunjukkan jari telunjuknya ke
poster besar yang dilekatkan di dinding sebelah katilnya. Mata Zara terus tertancap
kepada poster tersebut. Seorang lelaki bermata sepet, memakai cap tertulis VIP. Tinggi lampai dan
berkulit putih. Dia baru teringat lelaki Korea itu menjadi kegilaan Anne dan
rakan-rakannya yang lain.
“Hari-hari aku kenalkan dia kat kau. Kau selalu lupa
kan?” Anne terjegil geram. Zara menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
Perlu ke aku ingat benda tak mendatangkan faedah macam
ni. Buang masa aku ja. Dia bergerutu sendiri. Refleksi daripada itu dia
menggelengkan kepala.
“Dia ni kumpulan duo
dari Korea. Kumpulan Wax_2. Lagu dia best gila. Jadi, dah kebetulannya dia nak
datang sini aku dengan geng-geng lain nak pergi la konsert dia. Mana tahu ada
jodoh.” Anne menyambung kata sambil tersengih-sengih lagi.
“Ala, malas la aku nak join benda-benda macam ni. Lagipun
aku tak minat la. Kau kan tahu aku tak suka.” Zara menolak perlawaan tersebut.
Anne mengeluh berat.
“Ala, jomla, Zara. Hilangkan stress lepas exam. Tiket
murah jer RM250. Bukan senang nak dapat peluang macam ni, Zara. Kau tak percaya
kau tanya Miya, Pena.” Anne masih mahu memujuk. Kakinya meluru ke bilik sebelah.
Memberi tanda supaya mereka juga memujuk Zara, si gadis degil. Dalam masa
beberapa saat kedua gadis itu seudah berada di dalam bilik. Pena menghampiri
Zara sambil memeluk bahu gadis itu.
“Yela, kau ikut jer kita orang. Okay?” Pena masuk jarum bagi memujuk Zara. Anne mengangkat ibu
jarinya.
“Tak nak lah. Mahal sangat la tiketnya. Aku tak mampu.
Lagipun bagi aku bukan begini caranya nak hilangkan stress. Kita boleh hilangkan stress
dengan bersolat sunat, mengaji Al-Quran atau berselawat ke atas Nabi. Itu lebih
baik.” Zara memberi cadangan lain kepada mereka. Mereka terdiam seketika sambil
mengangkat kening masing-masing. Anne dan Pena menolak Miya, meminta gilirannya
sebagai pemujuk.
“Okay, macam
ni. Biar kitaorang belanja kau tiket. Kau ikut je kitaorang. Okay?” Miya memujuk lagi. Zara pandang
gadis itu. Kemudian matanya meliar melihat Anne dan Pena. Dia menguntum senyum.
“Korang ni. Daripada korang habiskan duit kat tempat yang
tak berfaedah macam tu, baik korang sedekahkan kat orang yang memerlukan.
Korang tahukan nanti bila kita meninggal, Allah akan soal kita, mana kita
habiskan wang kita, untuk benda yang berfaedah atau kita berjihad di
jalan-Nya.” Zara memujuk lembut. Anne, Miya dan Pena memandang sesama sendiri.
Menyalahkan diri masing-masing. Mereka sudah faham dengan perangai Zara yang
ala-ala ustazah. Sepatutnya mereka tidak sesekali mengajak gadis itu ikut
serta. Namun, Anne yang beria-ia.
“Yela, ustazah. Suka hati kaulah. Kitaorang nak ajak kau
je. Niat kitaorang baik tau. Kau asyik memerap je dalam bilik. Dah hampir 4
tahun kat sini, kehidupan kau, kelas, library, bilik. Tak bosan ke?” Bebel
Miya. Anne dan Pena mengangguk setuju. Zara senyum lagi.
“Tak pe. Korang pergi jala ye. Aku nak solat Asar ni. Korang
dah solat ke?” Zara menukar topik. Ketiga-tiganya menggeleng kepala tanda belum
solat. Zara menggeleng kepala melihat ketiga mereka tersengih-sengih.
“Jom kita solat sama-sama.” Ajaknya sambil langkahnya
ligat keluar menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Ketiga mereka
membontoti langkah Zara.