Home Novel Cinta REMAKE
REMAKE
Amru
15/7/2023 13:45:57
6,142
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Ep.3

Khadijah gagal fokus dengan kerjanya sebagai editor hari itu. Cukup juga dia berusaha, namun fikirannya seakan terikat mati dengan manuskrip yang sudah dia simpan di dalam beg galasnnya. Manuskrip yang ditulis oleh seseorang bernama Umar.

 

‘Umar…kenapa aku rasa macam kenal sangat dengan nama tu?’ Sudah beberapa kali hatinya bertanya itu kepada dirinya. Namun kekal soal itu tidak bertemu jawapan pasti.

 

Ketika dia terlihat Alin melintas tidak jauh dari mejanya, pantas Khadijah memanggil sahabat baiknya itu dengan isyarat tangan. Tidak mahu terlalu menarik perhatian pekerja lain.

 

“Kau kenal tak sesiapa nama Umar kat kolej kita dulu?” Tanpa mahu berbasa-basi, dia terus mengajukan tanya.

 

Alin berfikir seketika. Cuba memanggil semua ingatan.Namun hasilnya memaksa dia untuk menggeleng.

 

“Kenapa kau tanya?” Alin bercakap dalam nada perlahan.

 

“Okey…sebenarnya…macam mana nak cakap ye?” Khadijah berkira-kira untuk berterus-terang.

 

“Peminat baru ke? Kau jangan la, kasihan Jibreel. Dia tu dah la handsomegentlemen lagi.” Alin membalas.

 

“Amboi puji lebih nampak?” kata Khadijah lalu tersenyum mengusik.

 

“Aku tu puji kosong je…kan?” Alin bijak mengembalikan usikkan kepada Khadijah.

 

Last time I check dia masih boyfriend aku. So sila swipe atas untuk mencari yang lain ya.” Khadijah tersenyum mengusik lagi.  

 

Begitulah perangai mereka berdua sejak di kolej lagi. Suka bersaing cara sihat. Jika salah seorang menang, yang seorang lagi pasti akan menerima dengan hati yang terbuka. Tidak pernah kemenangan itu akan menjadi gempa yang merobohkan jambatan persahabatan mereka.

 

“Okey berbalik dengan soalan aku tadi. Kenapa kau tanya pasal nama Umar?” ungkap Alin.

 

“Entah la. Nama Umar tu macam…aku kenal sangat.” Dalam keliru, Khadijah cuba memberi jawapan.

 

“Dari mana kau dengar nama tu? Pelik juga aku.Tiba-tiba je kau tanya,” ujar Alin. Terkerut sendiri keningnya.

 

“Manuskrip yang kau dan boss reject tu la. Nama penulis dia dan hero dalamnya, dua-dua nama Umar,” beritahu Khadijah.

 

“La yeke? Pelik. Aku perasan sejak kau jumpa manuskrip tu, kau macam lain.” Alin akhirnya mengakui sesuatu yang cuba dia diamkan saja mulanya.

 

“Lain macam mana maksud kau?” Pantas Khadijah bertanya.

 

“Kau nampak betul tak fokus buat kerja.”

 

Dalam diam Khadijah tetap rasa kagum dengan kepekaan kawan baiknya itu. Walau itu bukan kali pertama Alin mempamerkan kepekaan terhadap dirinya. Sama seperti mana pekanya dia kepada Alin.

 

“Kau dah baca sampai mana manuskrip tu?” sambung Alin lagi.

 

“Baru first page. Tapi…entah la. Aku rasa lain bila baca manuskrip tu. Rasa macam…cerita dia ada kaitan dengan aku.” Khadijah meluah. 

Previous: Ep.2
Next: Epi.4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amru