6,489
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 2

MENGGIGIL tubuhnya menahan kesejukan.Haifa berpeluk tubuh di atas katil. Giginya diketap banyak kali.Seluruh anggota badannya diselubungi selimut kecuali muka dan kepala. 


Pendingin hawa dikerling. Dia sudah tutup pendingin hawa sebentar tadi namun kedinginan masih terasa hingga ke tulang. Selimut ditebalkan. 


Sambil memejamkan mata,Haifa mengimbas kembali peristiwa malam tadi. Kenapa Zarul perlu memperlakukan dirinya seperti seorang pelacur? Dia bukan pelacur, dia adalah adik saudaranya.


Sifat Zarul dari sekolah menengah tidak pernah berubah. Sepanjang mereka duduk sebumbung,belum pernah Haifa melihat Zarul menghormati kaum hawa. Bukankah tugas dia sebagai kaum Adam untuk melindungi kaum Hawa? Bukannya untuk disakiti.Zarul sudah terpesong jauh,semua wanita dia pandang dengan penuh nafsu. 


Krek... 


Bunyi daun pintu dikuak membuatkan Haifa separuh tersedar.Pandangannya kelihatan samar-samar. Adakah lelaki itu Zarul?Apa lagi yang lelaki itu nak? 


"Haifa, papa ni. "


Haifa mengukirkan senyuman palsu


"Haifa rindu kat papa... "


"I miss you too sweetheart, " luah Dato' Sri Adli.Dahi Haifa disentuh.Terlalu panas suhu badan anak perempuannya.


"Haifa,kita pergi klinik ya?Jomlah..." Dato' Sri Adli memujuk. Dia cukup mengenali perangai Haifa, dari kecil Haifa sangat takut berjumpa dengan doktor.Walhal doktor itu bukannya hantu,tugasnya hanya perlu merawat pesakit.


Haifa menggeleng. 


"Pergi jelah. Nak abang dukungkan? " Zarul menyampuk seraya bersandar pada dinding. 


Haifa mengalihkan pandangan. Posisi baring ditukar mengiring ke kanan.


"Kenapa pusing sana? Dah menyampah tengok muka abang ke? " tanya Zarul kemudian menyilangkan tangan. 


Haifa diam.Kain selimut digenggam kuat. 


"Haifa yakin tak nak pergi klinik atau hospital? " soal Dato' Sri Adli untuk terakhir kali. Keluhan kecil dilepaskan apabila Haifa kekal dengan jawapan menggeleng.Di dalam rumah ini tiada siapa yang akan dapat memujuk Haifa selain Fawwaz. 


"Iyelah. Rest secukupnya okay. Kalau ada apa-apa masalah call papa. " Dahi anak perempuannya dikucup sebelum ditinggalkan. 


Haifa terus membisukan suara sejak disapa Zarul. 


"Yang kamu ni buat apa tercegat kat sini lagi? Jomlah pergi, " marah Dato' Sri Adli kepada Zarul. 


Zarul menggaru kepala lalu langkah dibawa masuk ke dalam bilik tidurnya yang hanya bersebelahan dengan bilik Haifa. Sangat mudah untuk dia menjenguk Haifa pada waktu malam. 


Dato' Sri Adli sempat memandang ke arah Haifa sebelum menutup pintu bilik. 


Tertutup sahaja pintu, tubuh Haifa kembali berpusing.Perlahan-lahan dia bangkit dari katil. Perutnya mula berbunyi dan berkeroncong. Sejak awal pagi hingga petang, perutnya masih belum diisi. Haifa membiarkan sahaja perut itu menjadi seperti tin kosong dek kerana melayan kesedihan. 


Haifa menyusun langkah menuju ke dapur. Arah kiri dan kanan diperhati dengan teliti, bahaya kalau Zarul ternampak kelibatnya.Otak si Zarul itu bukannya elok.Fikiran Zarul 24 jam dengan maksiat.Tidak pernahkah dia terfikir tentang dosa? Harapkan sijil sahaja Phd tapi tiada akhlak pun tak guna juga. 


Satu persatu anak tangga dipijak tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Dia mengorak langkah menuju ke dapur lalu tudung saji di meja diangkat. Tiada sebarang hidangan lagi untuk hari ini.Pembantu rumah mereka telah melarikan diri sejak dua hari yang lalu kerana tidak tahan dengan perangai semua orang di dalam rumah agam ini. 


"Makan maggi lagilah nampak gayanya, " suara Haifa sendirian lalu langkah dibawa ke rak. Telah masuk hari kedua dia hanya makan maggi untuk mengisi perut.Perutnya mula terasa pedih.


Paip dibuka lalu air dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian periuk tadi diletakkan ke atas atas api gas,apabila air sudah menggelegak maggi dan serbuk dimasukkan. 


Beberapa minit kemudian maggi menjadi lembut,waktu makan telah tiba. Api gas ditutup lalu maggi disenduk masuk ke dalam pinggan. Perlahan-lahan dia bawa ke meja makan. Kerusi ditarik seraya punggungnya dihenyakkan.Doa makan dibaca sebelum maggi disuap masuk ke dalam mulut. 


"Ehem!" Zarul berdehem kuat. 


Tersentak Haifa.Tidak jadi dia mahu mengelamun. 


"Mengelamun apa tu? Teringat pakwe? " tanya Zarul seraya melabuhkan punggung di sebelah Haifa. 


Tiba-tiba Haifa terasa malas nak makan.Sudu dan garpu dilepas kasar.Secara mengejut Zarul melentokkan kepala pada bahu Haifa.Tanpa rasa segan dan silu kepala itu ditolak kasar.


"Boleh tak sehari je abang tak kacau Haifa! " Haifa bingkas dari kerusi. 


"Tak," balas Zarul sepatah.Dia juga turut bangun. Kakinya mendekati Haifa. 


"Berhenti abang, kalau tak Haifa jerit panggil papa. "


Automatik kedua-dua kaki Zarul berhenti. 


Haifa pergi meninggalkan dapur. Lekas dia melarikan diri daripada Zarul. 


"Argh! " bentak Zarul bengang.Meja ditepuk sehingga bergegar.Mata Zarul tajam memerhati ke arah Haifa yang sedang berlari menaiki tangga. 


"Hoi tunggu! "


Larian Haifa terhenti disaat suara wanita itu memanggil. 


"Kau buatkan aku maggi. Aku lapar," arah Datin Fatimah. Datin Fatimah merupakan adik bongsu kepada Dato' Sri Adli.Dari dulu hingga kini, dia suka menyuruh orang.Itulah antara sebab pembantu rumah di dalam rumah ini tidak betah. 


"Haifa dah masak tadi.Mak Su pergilah tengok kat dapur," tutur Haifa lalu dia kembali mengorak langkah menuju ke bilik. 


"Pemalas, " kutuk Datin Fatimah dalam diam. Tangannya sentiasa mengipas wajahnya supaya solekan tidak cair. 


"Hello baby boy mommy. " Datin Fatimah menyapa Zarul yang termenung jauh seorang diri di meja makan. 


"Termenung apa tu sayang?Girlfriend?" soal Datin Fatimah lalu pipi anak tunggalnya dicium.


"Nothing," jawab Zarul senada. Giliran dia pula meninggalkan dapur. 


Datin Fatimah membiarkan sahaja anaknya itu pergi. Yang penting sekarang dia ingin makan,perutnya sudah masuk angin.


Dia berasa terlalu penat hari ini.Tenaganya telah kehabisan melayan 'anak ikan' yang baru.Anak ikan yang lebih segar dan pastinya dipancing di kelab malam.


Kekasih gelapnya bertukar ganti setiap hari. Tiada lagi rasa hormat terhadap sang suami.Memikirkan perasaan suami apatah lagi. Dia peduli apa jika suaminya sakit hati. Yang penting dia dapat hiburkan hati yang sering tidak berasa tenteram.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh