Home Novel Alternatif TIKAM BELAKANG
TIKAM BELAKANG
Eija Khadeeja
12/6/2015 11:28:02
20,146
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Senarai Bab
BAB 2

2

AMBIK kau! Macam-macam lauk pauk ah so ni order.

Nak tunjuk kayalah tu!

Haip! Tak baik kau orang fikir macam tu. Ke, aku yang terlebih fikir ni?

“Makanlah Cik Elly,” pelawa Mrs. Tan. Sopan tu tetap ada. Aku suka!

“Tak payah bercik-ciklah dengan I. Panggil Elly je.”

Mulut bercakap, tangan dah merayap. Mula-mula sikit, lama-lama penuh satu pinggan lauk aku humban.

Nak control ayu? Tak ada maknanya! Bukannya Mrs. Tan ni lelaki. Trang tang-tang perempuan uuuooolllsss!

“You pernah makan dekat sini?” Ramah Mrs. Tan ni.

“Tak pernah.” Aku hentikan kunyahan. Adab tu kenalah jaga.

“Bos you tak pernah belanja you makan dekat sini ke?”

‘Perempuan ular tu?! Jangan haraplah!’

Aku gelengkan kepala. Tak nak mengumpat kononnya. Tapi hati dah membara teringatkan perangai hantu ex-boss aku tu.

“I selalu jugak bawak staf I makan dekat restoran seafood ni.”

Okey! Now dah nampak sikit dah perangai riak ah so depan aku ni. Aku senyum jelah. Malas nak cakap apa-apa.

“Boleh I tanya you sikit?” soal Mrs. Tan.

‘Ni yang aku malas ni. Kalau dia kata sikit confirm meleret nanti!’ Yakin betul hati aku kali ni.

“Boleh ke, Elly?”

“Boleh. Apa dia?” Aku sedut jus tembikai. Ah! Nyamannya. Rasanya memang terlajak lazat!

“Kenapa you berhenti kerja?”

“Bukan berhenti. Tapi diberhentikan.” Relaks je aku jawab. Tak naklah tunjukkan pembakaran terbuka di hati aku ni. Bahaya!

“You kena buang kerja?! Terkejut I!” Muka terkejut tak menepati standard ISO ditunjukkan.

Hek eleh! Terlebih reactlah pulak ah so ni. Kalau ya pun cuba-cubalah berlatih dulu depan cermin.

“Tak apalah. Dah tak ada rezeki I, nak buat macam mana.” Cakap, cakap juga. Mulut tetap mengunyah.

“Elly... kalau I tawarkan you bekerja dengan syarikat I, you nak tak?” Pandangan penuh pengharapan Mrs. Tan lemparkan.

“Syarikat apa ya?”

“ECK Sdn. Bhd... Excellent Create Kitchen,” balas Mrs. Tan.

“ECK Sdn. Bhd? Ooo... okey. Syarikat you buat apa ya? I mean, house renovation jugak ke?” Aku dah mula berminat. Andai ini rezeki dari TUHAN, memang aku rembat.

“Syarikat ni, I dengan husband I yang tubuhkan.”

Erk... ah so ni faham Bahasa Melayu ke tak? Aku tanya lain, dia jawab lain. Pengsan!

“Okey. Tapi syarikat you buat apa ya?!” Sengaja aku ‘tegapkan’ sikit suara aku. Kalau ah so ni tak faham juga, memang nak kena buang daerah dia ni.

“Samalah macam syarikat lama you dulu. Tapi ECK Sdn. Bhd. ni khusus menjual peralatan-peralatan dapur je.”

Nasib baik ah so ni jawab betul!

“Ooo... kiranya skop syarikat you lebih kecil,” komen aku. Tak ada niat apa pun.

“Walaupun kecil tapi business syarikat I kukuh.” Berubah muka Mrs. Tan.

Sentaplah pula ah so ni!

“Tak... I tak bermaksud yang syarikat you tak kukuh. I mean... yalah, skop syarikat you kecil. Senang kita nak jual produk.” Bukan main lebar lagi senyuman aku waktu ni. Nak ambil hati bakal boslah katakan.

“Betul tu! So, macam mana dengan tawaran I? You setuju tak nak bekerja dengan syarikat I?”

“Sebagai apa?” Selamba je aku tanya. Dari tadi asyik tanya setuju ke tak! Jawatan apa tak bagitahu. Gaji apatah lagi.

Sales Executive. Sama macam jawatan you dulu.”

Macam mana dia boleh tahu jawatan aku dulu apa? Ooo... lupa pula, laki diakan ada name card aku. Ex clientlah katakan.

“Gaji?” Soalan penting ni!

“Berapa you nak?”

Wah! Berlagak betul ah so ni! Karang aku minta puluh-puluh riban baru kau tahu!

“RM 3000.” Aku petik satu angka. Lebih RM 500 dari basic aku dulu.

“Tinggi sangat tu. Kalau I bagi you basic 2300, okey?”

Aik? Tadi tanya aku nak berapa. Nah! Sekarang tak mampu pula.

Basic I dulu pun RM 2500. Itu tak campur dengan allowance dan claim I lagi.” Bukan nak riak. Cuma bagitahu je.

Mrs. Tan gigit bibir bawah. Nak goda aku ke apa? Tolonglah, aku straight okey!

“Baiklah! I setuju. RM 3000... But no claims or allowances. Deal?

“Komisen?” Aku angkat kening sebelah.

Memang aku akan push ah so ni habis-habis. Bukan senang dapat peluang keberlianan macam ni.

“Komisen... Emm... 5%! Deal?

Berapa banyak deal da!

“Okey deal!” Terus kenyang plus membayak perut aku. Bukannya sebab tawaran si ah so ni. Tapi sebab aku berjaya melicinkan hampir kesemua hidangan yang ada depan mata aku.

Tak percaya? Aku tak kisah pun.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.