Home Novel Alternatif The Story of Σ
The Story of Σ
zoi mou
24/10/2024 01:17:38
1,620
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Senarai Bab
Bab 1

Selesai membasuh pinggan di belakang kedai makan itu, dia mengelap tangannya dan menuju ke arah locker tempat menyimpan barangnya.

"Kau nak balik terus?” sapa seseorang. “Dah clock out ke?”

Dia menoleh ke arah suara. Hassan tukang bancuh teh tarik juga sudah siap sedia untuk pulang.

“Ye lah, aku dah penat. Besok shift pagi,” balas Zailin.“Kau nak lepak lagi ke kat karoke tu?”

“Tak lah, bini aku dah memekak… hehe…aku kena balik awal aku nak vc dengan dia.”

“Ahh sudah..ada yang repot kau joli katak ke?”tanya Zailin ketawa.

“Taklah…orang perempuan memang ada ilmu sakti mungkin. Dia tahu saja,” balas Hassan menggeleng kepala. “Jom aku teman kau gi kereta.”

“Aku park kat depan kedai je hari ni,” kata Zailin.

Mereka melangkah ke arah parking. Kelihatan beberapa orang pelanggan masih melepak di restoren itu yang beroperasi 24 jam.

“Depan betul ni. Marah boss nanti. Lain kali kau park jauh sikit. Customer terkejut pulak nampak kau bawa kereta, pada hal kerja basuh pinggan.” kata Hassan ketawa.

“Alah… kereta buruk. Bukan aku bawak lambo.”

“Ye lah, tapi macam tak kena je.” Hassan tersengih.

“Aku pakai kereta lama aruah ayah aku.”

“Tapi mercedes ni nak beli tayar dia pun boleh jem otak, kalau aku lah…” kata Hassan.

“Tak apalah tu biar aku yang jem. Kau jangan lupa buat teh tarik yang kaw-kaw punya. Esok jumpa lagi,” kata Zailin masuk ke tempat pemandu.

“Balik terus tau. Jangan singgah mana-mana. Tak elok untuk orang perempuan muda dan cantik macam kau ni.”

“Alah..kau ni…macam lah first time aku balik malam.”

“Kalau kat negeri asal aku, memang tak selamat lah…”ujar Hasan. “Kawan lelaki kau yang dulu tu memang dah cancel ke? Lama dah aku tak nampak. Dia tak tolong hantar kau balik?”

“Pandai kau cakap macam style orang tempatan kan Hasan…hehe…” Zailin ketawa. “Tentang mamat poyo tu kau takyah fikirkan lagi.Aku dah bosan dengan semua itu. Single is better.”

“Jangan cakap saja. Kau kan pantang tengok lelaki kacak.”

“Mana ada. Dia tu kacak ke?”

“Kacaklah aku lagi. Hidung aku mancung. Hidung dia kembang. Dia pendek. Aku tinggi.” Hassan menyeringai.

“Janganlah bandingkan dengan kau. Kau Sharukh Khan pun kalah.”

“Bukan Sharukh Khan…kalau kat sini kau kena cari  yang macam Fattah Amin.”

“Aku tak tengok drama melayu…kau faham tak? Eh aku nak balik.” Dia ketawa sambil menggelengkan kepala.  Hassan melambainya pergi. Dia menghidupkan enjin kereta.

Matanya melirik ke arah bahagian depan restoren tempat kerjanya itu. Shift kawannya Yusuf pula menimang teh. Memang Yusuf pakar teh tarik di situ. Sekali minum mahu bergelas-gelas. Kadang kala dia cuba juga buat macam Yusuf tapi rasanya tak sama. Mungkin dia perlu tanya rahsia apa yang Yusuf pakai menjadikan teh dia sedap sangat.

Matanya menangkap susuk seseorang yang sedang duduk menghadap ke arah luar restoren, lelaki itu duduk mengadap betul-betul ke arah keretanya.  Matanya dan mata lelaki itu bertentangan. Dia menjangkakan lelaki itu hanya sedang menikmati keenakan teh tarik di situ. Dia mengenakan tali pinggang keledar. Beberapa detik kemudian, dia mengerling sekali lagi ke arah lelaki tadi, hatinya berdegup kencang apabila menyedari mata lelaki itu masih lagi memandang ke arahnya. Dan warna sinar mata lelaki itu kelihatan berpinar dengan warna ungu.
Previous: Prolog

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou